Isnin, 8 Januari 2018

Kerusi Parlimen Amanah : Mat Sabu Sugul, Salahuddin Menangis.

SEMALAM Malaysiakini melaporkan kenyataan Pengerusi Amanah Perak & Johor yang memboikot kehadiran di majlis Konvensyen Pakatan Harapan berikutan agihan kerusi yang tidak seimbang.

Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan dipetik sebagai berkata : "Kami minta lima kerusi parlimen, tetapi dapat dua (kerusi) sahaja - Parit Sulong dan Pulai. Jadi kami rasa tak perlu datang. Semua pemimpin AMANAH Johor tak datang".

Manakala Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi pula dipetik sebagai berkata : "Saya sendiri tak datang kerana (isu) pembahagian kerusi, tetapi yang lain (dari AMANAH Perak) datang".

Amanah mendapat 27 kerusi Parlimen berbanding BERSATU yang juga parti baru namun mendominasikan kedudukan kerusi Parlimen paling banyak dengan 52 kerusi.


Amanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dilaporkan bersedih hati apabila tidak diberikan walaupun satu kerusi untuk bertanding di wilayah itu. 

Menurut sumber The Malaysian Insight, Dr. Hatta Ramli yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Amanah WP sebagai tanda protes akan perkara tersebut. Dr. Hatta dikatakan akan bertanding di Parlimen Titiwangsa selepas dua tahun membuat kerja-kerja lapangan di kawasan tersebut.

Amanah WP dilaporkan juga memberi laluan kepada BERSATU atas semangat setiakawan untuk kerusi Putrajaya namun kecewa apabila hak mereka di Titiwangsa turut dirampas.

Menurut sumber, Dr. Hatta dijangka ditawarkan bertanding di kerusi Lumut mewakili Amanah - 4 kerusi yang Amanah Perak diberikan hak untuk bertanding.

Antara lain kerusi parti itu di Perak ialah; Bukit Gantang, Parit Buntar dan Parit.  Untuk rekod, Lumut ialah kerusi tradisi Perak.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian gambar-gambar oleh wartawan Malaysiadateline, Arif Atan memaparkan wajah-wajah Presiden Amanah, Mat Sabu yang sugul ketika menghadiri Majlis Konvensyen Pakatan Rakyat semalam.


 
Walaupun tidak bercakap tetapi dari riak wajah terserlah kedukaan dan kekecewaan yang dipamerkan oleh Presiden Amanah itu.

Manakala Timbalan Presiden Parti Amanah pula dilihat menangis dan sayu ketika majlis berlangsung.


Aksi Salahuddin yang kesedihan itu turut diperhatikan oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Akin. - 8 Januari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...