Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 7 Januari 2018

Mahathir, DSWA Calon PM, TPM Pakatan Harapan : Apa Kata Netizens?

PETANG tadi di Konvensyen Pakatan Harapan secara rasminya menamakan :

Tun Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri dan;

Datuk Seri Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri andai pembangkang berjaya memenangi PRU ke 14 kelak.

Mahathir tak pegang placard Anwar PM ke 7..

Ada beberapa sebab kenapa pentingnya penamaan calon ini dilakukan sebelum PRU ke 14 antaranya ialah;

i) untuk pengundi menilai dan membandingkan calon pembangkang dengan calon dari BN dan PAS; atau parti-parti yang bertanding.

ii) untuk mendapatkan sokongan dan keyakinan pengundi bahawanya PH bersedia untuk mentadbir dan mempunyai pemimpin berkelayakan untuk menjawat jawatan tertinggi itu.

iii) untuk menafikan dakwaan calon PM dan TPM PH ialah dari parti DAP.

iv) untuk menyatukan semua parti-parti komponen pembangkang dan supaya tidak wujud perbalahan selepas menang kerana PM dan TPM telah dinamakan dan ditentukan terlebih dahulu.

Selepas perkara tersebut diumumkan pelbagai pihak menzahirkan reaksi dan ini adalah pandangan netizens mengenai hal itu.

Mahathir tak sesuai PM - Zuraidah


Faizal Bin Ibrahim : "Negara polis is back. FRU is back. ISA is back. Well done PKR". 

Nome Nowzir : "Macam Emperor Palpatine jadi Ketua Jedi".

Azhar Harun : "The Q is not whether you want Dr M to be PM. It is whether you want Najib to be PM & BN to continue governing. #perspective".

Oslan Saimun : "So Tok Det jadi PM, lepas dia dibersarakan, adakah dia akan jadi Tun Tun? Atau Tun kuasa 2?"

David Soong : "So it's a Trump Vs Hillary choice".

Mat Sri : "Dulu mereka gelar sebagai Maha Zalim, Maha Dajjal, Maha Firaun. Kini mereka pakat junjung! Sebab itu jangan suka mengata orang". 

Gengta Tan : "Mengecewakan!".

Muhammad Farhan Nordin : "Penat-penat berdemo minta Mahathir turun, dia pergi lantik jadi PM balik pulak dah.. kahkahkah".

Ibnu Latiff : "Kejap je Tun Sailang".

Hazwan Haniff : "Mat Sabu pilu mengenangkan hakikat yang dia langsung tak dipeduli". 

Aimullah Arif : "Bila dah jadi gini elok duduk rumah makan popcorn je".

Abu Solehhuddin Zayyan : "Maknanya semua yang Anwar, Mat Sabu, Lim Guan Eng cakap pasal mahathir rasuah tu adalah pembohongan lah? Hehe". 

Eddy Nor Redzuan : "Dah la letak Mahathir PM, kerusi pun bungaraya lebih, sah PH kena game dengan Mahathir. Haha".

Nurul Asyikin : "Tahun 1998 kena caras. Tahun 2018 kena caras lagi. Dengan orang yang sama. Kesian Anwar".

Ali Abu : "Hari paling golap dalam sejarah pembangkang Malaysia. Takziah kepado Pakatan Harapan di atas kekalahan bosa dalam PRU ke-14. Tahniah pula kepado Najib dan BN di atas kemenangan bosa dengan berjayo mencapai 2/3 kerusi Parlimen dalam PRU yang samo".

Iskandar Shah Ismail : "Semoga Tun dapat membaikpulih kerosakan yang telah dilakukan oleh Najib n the gang".

Sem Nomes : "Kalau Tun M naik jadi PM balik... aku rela DS Najib terus berkuasa hahahahahah.. HIDUP NAJIB!!! HIDUP BARISAN!!!".

Mohd Redzuan Ben Mohd Tahir : "Kami sebagai non partisan taknak Mahathir dengan Anwar tadbir negara. Tapi still nak Najib malaun tu lingkup". 

Muhammad Anas : "Kalau lantik calon muda, ada lak yang cakap tak cukup pengalaman bla bla bla.. Kalau takda calon, ada pula yang kata PH takda orang yg sesuai jadi pm.. Pilih calon lain kang ada yang kata kenapa tak pilih Mahathir? Dia kan banyak pengalaman.. Itulah politik, ada saja yang tak kena".

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...