Berucap merasmikan sebuah dewan serbaguna di Marang, Terengganu pada
Isnin lalu, presiden PAS itu berkata Malaysia masih di bawah sistem yang
ditinggalkan penjajah walaupun penduduk majoriti beragama Islam, lapor Harakah Daily hari ini.
“Walaupun di Malaysia ini orang Islam 60%, Cina 25% je, India dengan
macam-macam hat baki, orang Islam 60%. Tapi pilihan raya kalah, kalah
Islam. Pasal apa? Banyak orang Islam jahil, tak tahu bahawa memerintah
negeri cara Islam ini wajib,” kata Hadi, seperti dipetik portal berita
rasmi PAS, Harakahdaily.
Menurutnya, umat Islam masih menganggap Islam hanya terbatas kepada beberapa rukun Islam seperti sembahyang, puasa dan haji.
“Pitih [wang] banyak, pergi haji umrah acap-acap kali, siapa dia
memerintah serupa dia je. Bahkan banyak kalangan kita pilihan raya ini
tak penting mana, pilihan raya tak mustahak, pilihan raya tak usah
caralah. Kita buat pilihan raya, orang lain naik. Orang lain itu siapa
dia naik? Orang yang memerintah tidak dengan cara Islam,” katanya.
Hadi berkata berbeza dengan pengundi Cina, umat Islam tidak merasakan mengundi sebagai kewajipan yang penting.
“Hidup dalam leka, sedangkan orang bukan Islam mengundi, orang Cina
kerja balak di Sarawak balik mengundi di Perak, balik mengundi orang
Cina, dia 20% je. Dia duduk dalam hutan, balik mengundi. Kita tak
penting mengundi ini, lak begitu," katanya lagi. - 10 Januari 2018.