Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 5 Januari 2019

Menjawab Rafizi Isu Skandal Tabung Haji Dan Kecaman Terhadap TGHH.

SOSMED | Warkah terbuka buat Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR - Lantikan)

Saya membaca dengan teliti kecaman tuan terhadap Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkenaan kenyataan TGHH tentang Tabung Haji [1]. Sebelum saya jawab berkenaan 3 point tuan berkenaan TH yang kebanyakannya diambil dari firma audit PWC, izinkan saya memahamkan tuan tentang maksud sebenar TGHH.


Daripada awal TGHH dan PAS sentiasa konsisten agar apa apa tuduhan terhadap institusi kewangan Islam ini diselesaikan melalui suruhanjaya bebas / diraja atau melalui medium mahkamah. Tidak ada sebarang usaha daripada mana mana pihak hatta dari UMNO sekalipun agar skandal tersebut ditutup (jika ada). Malahan UMNO sendiri mahukan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat sebarang salah laku pengurusan lama. [2]

Pendirian TGHH hanyalah mahu agar segala skandal ini (jika ada) dibicara dan diselesaikan di mahkamah dan bukannya di media bagi menjaga imej TH [3]. Jadi dimana salahnya?

Dan saudara sebagai Naib Presiden (lantikan) sebuah parti dalam kerajaan seharusnya mencerminkan langkah wajar dengan memulihkan keyakinan pendeposit terhadap institusi ini melalui sokongan terhadap apa2 proses undang2 dan siasatan. Sebarang usaha 'pendakwaan secara media' adalah perkara yang tidak wajar dibuat oleh saudara yang telahpun memiliki kuasa. Itu kerja pembangkang.

Pendakwaan secara media (media trial) hanya akan meruntuhkan keyakinan pendeposit dan pelabur.

Sekarang kita fokus kepada 3 point yang saudara sebut dalam tulisan saudara:

1. Saudara menyebut bahawa TH mengalami kerugian pelaburan RM549 juta yang mana sebahagian besarnya adalah daripada penyelewengan.

Jawapan: Saudara, penyelewengan apa? Pelaburan mana? Anak syarikat mana yang terlibat? See, inilah contoh "media trial" yang kami meluat dari dahulu hingga sekarang. Kalau ada penyelewengan, mana dakwaan dan keputusan mahkamahnya? Sejak bila saudara jadi Hakim?

2. Saudara menyebut bahawa keuntungan penjualan Bank Islam (BIMB) oleh TH sebanyak RM533 juta adalah helah perakaunan sebab TH kemudiannya beli balik pegangan saham Bank Islam tersebut.

Jawapan: Saudara, faham ke tidak walaupun beli semula, pegangan saham TH ke atas BIMB meningkat kepada 53.4% (sebelum ini 51%). Benda ni semua recorded dan kita patut puji TH sebab berjaya naikkan pegangan mereka selepas buat pelaburan kali ke 2 dalam BIMB.

3. Dividen RM436 juta anak syarikat kepada TH belum dibayar setakat 30 Sept 2018. Bila dividen belum dibayar, maknanya pendapatan TH tiada.

Jawapan: Saya tak berapa faham dengan pendirian saudara dalam isu ini. Dividen itu, apa jadi pun perlu dibayar sebab TH ada pegangan. Soal belum dibayar itu bukannya penyelewengan dari TH. Yang pengurusan baru perlu lakukan adalah meminta anak2 syarikat tersebut untuk bayar segera kepada TH.

Kenapa pendirian saudara ni pelik? Sebab apabila SPV mengambil alih aset dan ekuiti TH bernilai RM19.9bilion baru2 ini, TH pun tidak mendapat apa2 secara zahir memandangkan sukuk RM10b itu hanya boleh ditunaikan selepas 7 tahun. Dengan kata lain, duit jual tu tak masuk akaun pun lagi. Dah tu macammana kita boleh kata akaun TH dah comel selepas jual pegangan dan aset mereka kepada SPV?

Saudara,

Saudara dan saya orang Kemaman. Kita sekampung saja. Tetapi saudara diberikan nikmat kuasa yang orang Kemaman lain tidak ada. Sepatutnya saudara perjuangkan hak pendeposit dan bukannya bermain kata di media.

Contohnya, pejuangkanlah agar saham2 yang sudah dilepaskan kepada SPV tetapi berpotensi tinggi dan konsisten bagi dividen seperti Malakoff, Hap Seng dan Pintaras dapat dikembalikan semula kepada TH apabila nilaian saham mereka meningkat semula.

Perjuangkanlah agar aset2 berharga macam tanah TRX tidak dilepaskan secara harga modal (sukuk) tetapi cadangkan agar tanah tersebut dibangunkan secara PFI (Private Fund Initiatives) dengan TH diberikan pegangan dalam hartanah tersebut agar pendapatan itu dapat dinikmati pendeposit secara berterusan. Apa nak hairan dengan pelabur. Khalid Samad kata Syeikh Qatari ada modal 400bilion dolar kan?

Perjuangkanlah agar RCPS-i yang diberikan oleh SPV itu ada dividen. Bukannya kosong. Pintaras, Hap Seng dan Malakoff konsisten bagi dividen melebihi 4.5% setahun. Takkan munasabah diganti dengan RCPS-i yang zero dividen?

Perjuangkanlah agar sukuk RM10bilion yang diberi oleh SPV kepada TH sebagai timbalbalas pindahmilik aset itu dijamin oleh kerajaan. On paper, sekiranya SPV tersebut bangkap dan jahanam dalam masa 7 tahun, TH takkan dapat apa2 sebab tiada government guarantee.

Saudara ada banyak kerja. Pujuk Izzah, pastikan DSAI jadi PM sebagai contohnya. Banyak. Tapi berpolitik dalam media sosial bukan salah satu daripadanya.

Sekian

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Pendeposit TH sejak 1990

Rujukan:

[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2259445074089987&id=145165568851292

[2] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2229025110480833&id=100001200986490

[3] https://www.malaysiakini.com/news/457888

Mat Sabu Dedahkan Nama Anak Ditahan, Ikrar Tidak Akan Masuk Campur Proses Perundangan..

LAPORAN | Menteri Pertahanan Muhammad Sabu mengesahkan laporan Sinar Online pada sabtu, anak menteri yang ditahan kerana positif ganja malam tadi adalah anak lelakinya.


Selain mengesahkan anaknya ditahan, Muhammad Sabu turut mendedahkan nama sebenar anaknya di media dan berikrar akan menyerahkan proses perundangan kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan yang selengkapnya tanpa campurtangan.


MOHAMAD BIN SABU | KENYATAAN SEGERA

Assalamualaikum wbk

Saya telah dimaklumkan penahanan anak saya Ahmad Saiful Islam Mohamad oleh pihak polis hari ini.

Susulan penahanan ini, saya dan keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak berdasarkan proses undang-undang sedia ada.

Anak saya sama seperti anak orang lain juga tertakluk kepada proses undang-undang negara. - 5 Januari 2019.

Debat SPV Tabung Haji Pro Kerajaan Part 2.

Yaakob Osman | Tabung Haji dan SPV.
Perkara ini sebenarnya ialah "bail out" oleh kerajaan.

Saya perjelaskan dalam bahasa simple supaya and tidak tertipu dgn spin pembangang yg mengatakan DAP akan ambil alih harta Tabung Haji.


1. Syarikat SPV ditubuhkan oleh kerajaan untuk ambil alih non-performing assets TH.

2. Nilai assets tersebut ialah 19.9 billion.

3. SPV akan issue Sukuk (Bond) Dan RCPSi (saham) sebanyak 19.9 billion.

4. TH akan subscribe (langgan) kesemua Sukuk dan RCPSi.

5. TH akan melanggan Sukuk dgn discount yang yield Tahunan nya ialah 5% effectively.

Apakah maksud semua ini?

Ini bermakna for all intent and purpose Tabung Haji tidak hilang apa-apa assets.

Ini kerana apabila TH melanggan kesemua Sukuk Dan RCPSi tersebut, TH memegang hak kepada harta harta asal TH yang dipindahkan kepada SPV yamg kemudiannya disandarkan ( as collateral) kepada sukuk dan saham-saham tersebut.

Keduanya perlaksanaan SPV ini melapangkan apa jua liabilities yang bersangkutpaut dengan assets tersebut.

Contoh TH beli hotel dengan funding dari pinjaman bank.

Kesimpulannya, apabila selesai excercise ini, Assets TH tidak berubah nilainya di dalam buku ledger mereka, dalam masa yang sama mengurangkan liabilities (hutang).

Makanya apabila buku akaun akaun TH ditutup pada hujung tahun ini, dapat lah Assets TH mengimbangi Liabilities, dan mengurangkan deficits sebanyak lebih 4 billion, lalu membenarkan TH untuk membayar hibah (dividen) kepada pendeposit pendeposit.

Anak Mat Sabu Ditahan Dalam Operasi Kelab Malam Angkara Positif Ganja.

POLITIK | SINAR ONLINE melaporkan anak seorang menteri ditahan malam tadi kerana positif ganja. 

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan ketika dalam satu operasi di pusat hiburan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.



Dalam serbuan berkenaan, seramai 101 individu telah diperiksa membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki.


Menurut Sinar Online, dalam pemeriksaan itu, dua lelaki berusia 33 dan 31 tahun telah ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja. Bagaimanapun anak menteri itu dilaporkan telah dibebaskan dengan ikat jamin.


Laporan SINAR tidak menamakan individu yang ditahan bagaimanapun portal The Malaysian Insight menyebut anak menteri yang ditahan itu adalah anak kepada Menteri Pertahanan, Muhammad Sabu.

Anak lelaki Muhammad Sabu itu ditahan ketika berada di dalam sebuah kelab malam. Ketika ini Muhammad Sabu belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai kejadian itu.

Dalam perkembangan berkaitan, meskipun rata-rata netizens mengkritik anak menteri itu yang terlibat dengan ganja dan mengunjungi kelab malam namun kerajaan Pakatan Harapan dipuji kerana tidak mengawal media, dimana media diberikan hak untuk melaporkan penahanan tersebut dan menamakan anak menteri itu. 

Bahkan, kerajaan juga dipuji kerana tidak menghalang polis untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak termasuklah anak kepada Menteri Pertahanan sekalipun. - 5 Januari 2019.

Skandal Tabung Haji - Rafizi Tegur Sikap Hadi Yang Dilihat Membela Penyelewengan UMNO..

RAFIZI RAMLI | TABUNG HAJI & SKANDAL KEWANGAN:
JANGAN MUDAH BERPUAS HATI


Lebih kurang seminggu lalu, di London, Presiden PAS Dato’ Seri Hadi Awang mengulas mengenai skandal kewangan Tabung Haji di hadapan penyokong PAS dari kalangan penuntut Malaysia di London.


Laporan mengenai ulasan beliau itu disiarkan oleh Harakahdaily, yang kemudiannya dipetik oleh Malaysiakini seperti laporan berikut : https://www.malaysiakini.com/news/457888

Antara lain, Dato’ Seri Hadi menyebut:

"Mereka hentam Tabung Haji melalui media, bukan melalui mahkamah. Media menjadi hakim, ini tak betul, salah! Apa membimbangkan kita, digunakan isu ini untuk merendahkan imej Islam.

"Itu agenda itu ada. Ini kita kena sedar. Padahal pihak lain banyak juga buat salah. Tapi dibesarkan di media, agenda yang tersirat ialah untuk menjatuhkan imej Islam,”
katanya.

Bukti-Bukti Penyelewengan

Isu pengurusan dan penyelewengan kewangan di Tabung Haji ini telah saya huraikan sejak 2013 iaitu tahun pertama saya berada di Parlimen dahulu. Dari pengalaman saya sebagai juruaudit dan akauntan bertauliah, terlalu jelas ada benda yang tidak kena mengenai pengurusan kewangan Tabung Haji.

Sejak 2013, saya telah menulis 33 analisis dan pandangan, termasuk membongkar pelaburan-pelaburan Tabung Haji yang merugikan penabung sehingga mencecah berbilion ringgit. Semuanya boleh dibaca di sini, jika Dato’ Seri Hadi sudi meluangkan sedikit masa menimba ilmu yang di luar kepakaran beliau (kewangan):

https://rafiziramli.com/category/tabung-haji/

Apa yang dituduh oleh Dato’ Seri Hadi sebagai “agenda menjatuhkan imej Islam” itu adalah salah urus yang jelas, seperti yang telah dilaporkan secara meluas hasil dari audit terperinci PriceWaterhouseCoopers, iaitu:

1. Sebanyak RM549 juta kerugian dalam pelaburan Tabung Haji yang gagal (sebahagian besarnya kerana penyelewengan) telah disembunyikan. Ini untuk membolehkan Tabung Haji melaporkan keuntungan yang lebih tinggi untuk membayar dividen (keuntungan dari simpanan) kepada penabung, sedangkan keuntungan itu tidak wujud dan wangnya tiada

2. Keuntungan dari penjualan saham Bank Islam sebanyak RM533 juta seperti yang direkodkan oleh Tabung Haji, sebenarnya hanya helah perakaunan untuk “mencipta” keuntungan yang tidak wujud. Tabung Haji kononnya “menjual” saham-saham itu kepada empat broker saham iaitu UOB, Kenanga, TA Securities and Affin untuk menunjukkan keuntungan, sebelum membeli balik saham-saham itu pada harga yang sama.

3. Sebanyak RM436 juta keuntungan anak-anak syarikat Tabung Haji yang diisytiharkan sebagai dividen dan sepatutnya dibayar kepada Tabung Haji, kekal tertunggak sehingga 30 September 2018. Ini bermakna Tabung Haji merekodkan keuntungan dari anak-anak syarikat dan ia mendapat pendapatan apabila dividen dibayar oleh anak-anak syarikat. Masalahnya, dividen itu belum dibayar, bermakna pendapatan RM436 juta Tabung Haji itu tidak ada.

Kesemua ini boleh dibaca dengan terperinci di dalam laporan PwC yang dibentangkan di Parlimen, dan dirumuskan dalam laporan-laporan The Edge di bawah:

http://www.theedgemarkets.com/…/tabung-haji-fails-recognise…

http://www.theedgemarkets.com/…/tabung-haji-cooks-higher-pr…

Jangan Mudah Terkeliru

Saya faham kalau Dato’ Seri Hadi terkeliru dengan beberapa alasan yang diberikan oleh Dato’ Seri Najib dan pemuka-pemuka UMNO, tetapi wajar juga beliau mendalami ilmu kewangan untuk mengetahui sejelas-jelasnya kedudukan kewangan Tabung Haji.

Ada yang berkata kesemua angka kewangan itu hanyalah angka-angka yang dimanipulasi untuk memburukkan Dato’ Seri Najib, kononnya wang tidak hilang dan masih ada di situ.

Kerugian RM549 juta dalam pelaburan-pelaburan Tabung Haji itu benar-benar berlaku, maknanya wang benar-benar hilang. Sejak sedekad lalu, Tabung Haji melabur secara besar-besaran membeli anak-anak syarikat. Contohnya pelaburan di dalam syarikat roti, pelaburan di dalam syarikat kejuruteraan minyak TH Heavy Engineering, syarikat IT dan lain-lain.

Ia satu perubahan kepada model pelaburan Tabung Haji, iaitu daripada melabur membeli saham tanpa terlibat menguruskan perniagaan (seperti KWSP) kepada mewujudkan anak-anak syarikat yang terlibat secara langsung di dalam perniagaan (seperti PETRONAS).

Dalam contoh THHE, Tabung Haji terus menyuntik dana (dalam bentuk saham, pinjaman dan dana didahulukan) apabila THHE terus mengalami kerugian. Sahamnya terus merudum.

Dana yang disuntik oleh Tabung Haji itu hilang, kerana ia diselewengkan oleh orang-orang yang diberikan amanah menguruskan pelaburan Tabung Haji itu. Akhirnya syarikat itu digantung kerana sudah mencecah tahap muflis.

Sepanjang sedekad, Tabung Haji memang telah menyuntik melebihi RM600 juta ke dalam THHE (dalam pelbagai bentuk). Di dalam rekod kewangan Tabung Haji, ia menunjukkan lebih RM600 juta telah disuntik.

Dana Rakyat Benar-Benar Hilang
Tetapi saya, juruaudit dan seluruh dunia (yang tidak mudah berpuas hati) mengetahui dana itu telah hilang kerana telah diselewengkan. Kalau Tabung Haji menuntut kembali dana itu, ia tidak akan mendapat balik kerana THHE tiada lagi nilai.

Mengikut peraturan kewangan, pelaburan-pelaburan seperti ini mestilah direkodkan susut nilainya untuk menunjukkan nilai terkini yang realistik. Walaupun lebih RM600 juta telah dilaburkan dan disuntik, tetapi jika RM600 juta itu tidak menjana pendapatan dan dana itu tidak dapat diambil balik, maka nilai pelaburan itu menjadi sifar. Jumlah RM600 juta yang telah dilaburkan itu perlulah direkodkan sebagai susut nilai (“impairment”) akibat kerugian pelaburan.

Tetapi Tabung Haji mengubah peraturan kewangannya agar susut nilai ini tidak direkodkan, yang bermakna ia menyembunyikan kerugian yang benar-benar telah berlaku.

Bukan sahaja wang simpanan orang miskin lesap, ia cuba pula disembunyikan.

Penyelewengan Cuba Disembunyikan

Tujuan ia disembunyikan ialah supaya Tabung Haji dapat membayar dividen kepada penabung, walaupun undang-undang tidak membenarkan dividen dibayar kecuali ia menjana keuntungan. Maka, ia menyembunyikan kerugian dan mencipta keuntungan untuk menidakkan hujah orang-orang seperti saya yang membongkar kelemahan urus tadbir kewangan Tabung Haji.

Bila tiada keuntungan dan kerugian disembunyikan tetapi dividen tetap dibayar, dari mana wang itu datang? Wang itu datang dari wang baru yang ditabung oleh penabung-penabung Tabung Haji.

Skim pelaburan begini tidak ubah seperti skim cepat kaya atau skim piramid, iaitu memberi gambaran untung besar untuk menarik dana baru, dan menggunakan dana baru itu untuk membayar keuntungan (yang dicipta) untuk membayar penabung asal. Lama-lama, piramid itu akan runtuh.

Sebab itu bila Dato’ Seri Hadi berselindung di belakang hujah “ini rancangan jahat menjatuhkan Islam”, ia satu mainan politik yang tidak bertanggungjawab.

Mainan Politik

Sebagai presiden sebuah parti yang mengaku mempertahankan Islam, sepatutnya PAS lah yang paling gusar jika ada penyelewengan di dalam Tabung Haji. Sepatutnya beliaulah yang paling ke depan meneliti setiap langkah Tabung Haji, supaya institusi itu menjadi tabung kewangan Islam yang paling handal dan disegani di dunia.

Beliau terpaksa bermain politik dan mengheret sentimen perkauman (konon ada agenda bukan Islam mahu memangsakan Tabung Haji) akibat satu strategi politik yang telah gagal menjelang PRU14 dahulu.

Beliau dinasihati oleh orang-orang seperti Dr Zuhdi Marzuki kononnya PAS boleh menjadi “king maker”. Untuk menjadi “king maker”, PAS mesti nampak berbaik-baik dengan Dato’ Seri Najib dan UMNO.

Maka, apabila saya mendedahkan pelbagai penyelewengan dan salah laku di Tabung Haji, pentadbiran Dato’ Seri Najib pada ketika itu menggunakan PAS untuk “menyucikan” keadaan di Tabung Haji.

Rombongan PAS mengunjungi Tabung Haji, mendapat taklimat dan seterusnya mengumumkan bahawa “PAS berpuas hati dengan tadbir urus kewangan Tabung Haji”. Secara tidak langsung, menjadi “king maker” dalam isu Tabung Haji dengan menghantar isyarat kononnya saya mereka-reka cerita mengenai Tabung Haji.

Jadi, apabila bukti-bukti mula keluar bahawa apa yang saya bongkar itu betul, PAS terperangkap.

Jika mereka bersetuju, jatuh air muka Presiden PAS kerana sebelum ini mereka juga yang menjadi panel menyucikan penyelewengan di Tabung Haji.

Akhirnya, walaupun bukti-bukti itu terlalu kukuh, Dato’ Seri Hadi terpaksa bermain politik sekali lagi. Kali ini, bukan sebagai panel penyuci, tetapi untuk membina sentimen kebencian terhadap orang bukan Islam dengan menuduh kononnya ini sebahagian dari agenda menjatuhkan Islam, seolah-olah kerosakan kewangan di Tabung Haji itu tidak berlaku.

Ia permainan politik yang hebat dan bulat-bulat ditelan oleh penyokong PAS. Dato’ Seri Najib tersenyum puas, kerana beliau masih boleh berharap dengan panel penyuci.

Tetapi ia memangsakan jutaan penabung Tabung Haji dan akan membenamkan Tabung Haji. Jika amalan ala skim piramid tidak dihentikan, akhirnya nasib Tabung Haji sama seperti nasib skim Pak Man Telo.

Mentua Dan Menantu Yang Mencuri

Bagi saya, sikap Dato’ Seri Hadi ini tidak ubah dengan sikap lama dalam masyarakat Melayu.

Kalau seorang mentua tahu bahawa menantunya mencuri, dia akan berdolak dalih. Dia lebih bimbangkan malu yang ditanggung oleh besannya (maklumlah besannya itu orang bangsawan) dan malunya sendiri, kerana dia juga yang berbangga-bangga dengan besannya (walaupun orang kampung kurang selesa dengan besannya).

Akhirnya, dia bersekongkol menyembunyikan dan menafikan yang menantunya mencuri, walaupun menantunya mencuri dari dalam rumah dia sendiri!

Bila ditanya, dia lebih rela menuding jari kepada anak jiran di sebelah rumah dari menerima hakikat yang menantunya yang duduk dengannya yang mencuri dari dalam rumah.

Kita akan terus berdepan dengan cerita-cerita penyelewengan begini. Ada yang berpunca dari pentadbiran Dato’ Seri Najib dahulu, ada yang datang dari pentadbiran Pakatan Harapan di masa depan.

Nasihat dan ingatan saya kepada diri sendiri dan orang ramai: jangan mudah berpuas hati, teliti terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan menyucikan sesuatu.

Sebabnya, lama-kelamaan bukti akan keluar juga, jika penyelewengan benar-benar berlaku. - 5 Januari 2019.

Jumaat, 4 Januari 2019

Debat SPV Tabung Haji Pro Kerajaan Part 1.

Zamsaham | Kisah Tabung Haji Jual Asset Saham yang dah turun harga atau sebab Dap nak kuasai Tabung Haji?

Saya bukan ahli politik.

Saya tak pandai nak main politik sebab saya tak pernah masuk mana-mana parti. Komen saya ni tak side mana-mana, pastinya tak dapat sesen pun dari Tun M atau Lim Guan Eng. Saya bercakap pasal isu yang saya rasa terpanggil nak betulkan.

Banyak sangat emosi bermain dikala ini. Ahli politik berkepentingan. Sama ja. 2 x 5.

Kisah TH gagal pelaburan saham Silverbird Bhd.

Kejelekan apakah bila tengok TH pemegang saham utama dalam sebuah syarikat roti Silverbird yang kilangnya kena tutup gara-gara isu kebersihan dan halal pada tahun 2009. Kilang Roti yang kotor dan menjijikan menjadi headline masa tu.

Silverbird ni keluarkan roti high -5. Ingat tak kes Silverbird ini,saham silver ni top dan popular dikalangan pemain saham dalam tahun 2007-2011.

Malang,Tahun 2012 Kena delisted!

Pelaburan dianggarkan hampir RM100juta.

Hari ini semua Kilang Silverbird dah ditutup secara rasminya tahun 2016. Silverbird siapa punya? Tabung Haji is the single largest shareholder!

Masa tu ada yang komen, perlunya lihat kejayaan TH dalam bantu orang naik haji dan kenaikan nilai reserved asset TH. Ini bukan citer pasal naik haji ini cerita kegagalan pelaburan saham dan kisah penyelewengan.

Syarikat Mems Berhad Delisted
Tahun 2009,saya ada isukan pasal kegagalan ahli lembaga pengarah bahagian pelaburan TH akan Mems Technology Bhd yang delisted semua sahamnya sebanyak 65juta unit.TH pemegang saham terbesar Mems Bhd.Kesian Tabung Haji,habis duit buang ke longkang gitu!

Isu penyelewengan dana RM200juta pada tahun 2001

Kes masalah tabung haji ini bukan masalah baru,ianya masalah lama,sampai masuk mahkamah. Rajin-rajin lah cek, supaya anda tahu saya sampaikan ni fakta ke auta.

Dividend Lewat : TH dan Audit Bank Negara

Ingat balik hujung tahun 2015, BNM bagi warning letter kat Tabung Haji selepas dikesan TH liabilities lebih dari assets. Governor, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dah cakap kat Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang TH hanya ada 98 sen asset bagi setiap singgit ringgit liability. Tapi Dato Azeez on juga bagi dividend.

Bacalah link ini pasal Bank Negara pun dah detect sesuatu pasal akaun Tabung Haji yang negatif.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2016/02/05/tabung-haji-announces-dividends-bonus-of-5-from-record-profits-to-benefit-over-eight-million-account

Bank negara pun dah detect awal dah. Takkan lah Bank Negara audit pun ko tak percaya.

Pelaburan Tabung Haji dlm Thheavy(Ramunia)

Larikan diri dari beli saham oil&gas seawal tahun 2014, tapi peliknya Tabung haji makin tambah saham dalam Th heavy Engineering. Dulu harga atas singgit hari ni tinggal 3sen! nampak tu 3sen, berapa banyak nilai asset semasa saham negatif pada Tabung haji.

Citer ni bukan baru,lebih awal lagi sebenarnya.

 
Banyak kisah dahulu yang kita kena cek supaya faham, yang Tabung Haji banyak invest pada:

1.Company tak betul

2.Company yang total loss/delisted

3.Kisah adanya unsur penyelewengan.


(Bab pelaburan saham banyak fail rasanya)

Now, kita bincang pasal SPV dan cerita Utama yang saya ringkaskan pada aliran dibawah.

Isu Utama- harga saham turun ==> Nilai Asset Negatif ==> tak boleh bayar dividend ikut sec 22 Akta Tabung Haji 1995 ==> Positifkan akaun dengan cara jual yang rugi ni pada harga asal ==> SPV yang ditubuhkan oleh MOF beli dalam bentuk Sukuk RM10billion dan 9.9bllion RCPS ==> Akaun positif danTabung Haji boleh jalankan business as usual ==> akaun positif dan boleh bagi dividend pada saya dan 9juta pemegang unit TH yang lain. Banyak sikit dividen. Wallahualam.

Berapa banyak company tabung haji ada labur kat Bursa Malaysia?

Total ada 89 syarikat Tabung Haji labur kat saham di Bursa Malaysia yang masih ada, ini tak termasuk syarikat saham-saham yg sudah ditendang keluar. Delisted! Total nilai asal dekat RM19.9billion (80 saham : 20 hartanah).

Berapa banyak loss tahun ni jer?

Untuk tahun ni sahaja, harga saham TH Heavy turun 71.4%, Icon Offshore (69.6%), Naim Holdings (68%), Lion Industries (64.8%), Pelikan (62.2%) dan star Media (58.2%).

MCT Turun 13.6%, termasuk Saham Tan Sri Syed Mokhtar pun tahun ni turun Malakoff Corp (18.4%) dan Integrated Logistics Bhd turun (16.7%).

Hampir kesemua saham ni harga sahamnya turun.Bukan ratus juta ni cerita billion punya paper loss.

Berapa banyak saham yang dijual?

TH dah jual Malakoff Corporation Bhd (500 juta UEM Sunrise Bhd (348.87 juta saham), IJM Corporation Bhd (227.31 juta saham), Hap Seng Plantations Holdings Bhd (66.07 juta saham), Dayang Enterprise Holdings Bhd (76.37 juta saham) dan Pintaras Jaya Bhd (11.35 juta saham).

Syarikat lain pula ialah Naim Holdings Bhd (24.83 juta saham dipindahkan), Integrated Logistics Bhd (20.58 juta saham), Eastern & Oriental Bhd (94.25 juta saham), Pelikan International Corporation Bhd (157.19 juta saham), Icon Offshore Bhd (103.61 juta saham) and TH Heavy Engineering Bhd (334.16 juta saham).

Semua saham kat atas ni, harga saham dah turun dah.turun banyak,boleh cek carta untuk fakta. Kenapa ye? TH tak beli Nestle yang naik dari RM6.90 now dah RM140, F&N RM3.50 now dah Rm35 seunit. Kan bagus?

Pada harga berapa asset termasuk saham yang turun harga ni dijual?

Tabung Haji jual pada nilai asal RM19.9billion untuk tukaran saham-saham yang harganya dah rugi.

Kenapa Tabung Haji jual harga RM19.9billion sedangkan asset tu harganya kalau yang saham cuma RM1.9billion?

Logiknya, nak tanya anda, nak atau tidak beli saham Parkson pada harga RM4.50 walhal anda boleh senang-senang sahaja beli saham Parkson kat harga market 25sen! Hari ni 25sen seunit sahaja tuan-tuan. Murah kan???

Nak mana, beli saham harga 25sen atau ambik saham yang Tabung haji beli parkson pada harga RM4.50? Contohnya.

Hanya orang bodoh atau nak menyelamatkan sahaja akan ambik pada harga RM4.50 sedangkan buta-buta boleh beli kat market 25sen. Mudahan dapat faham apa yang nak disampaikan.

Inilah yang berlaku dimana, SPV urus jamaah sdn bhd ini beli semua saham pada harga kos RM19.9billion. Harga semasa semua saham-saham yang dipegang cuma nilai RM1.9billion sahaja. Nisbah asset ikut rekod 20 hartanah dan 80saham. So saham ini yang buat kacau banyak sehingga asset TH jadi negatif.

Selamat Tabung Haji
Dah tentulah SPV yang dibuat oleh CEO Baru Datuk Zukri Samat ni niatnya baik, niat nak selamatkan Tabung Haji dan nak pastikan pemegang unit dan semua yang ada simpan kat Tabung Haji kekal Dapat Dividend. Kalau tak faham cubalah tanya akauntan yang ada CPA, ACCA atau yang bijak sikit tentu dia faham nilai pelaburan semasa yang rugi perlu direkodkan dan semua saham yang rugi ni memberikan kesan rugi pada penyata kewangan Tabung Haji.

Bacalah penstrukuran semula Tabung haji satu persatu dari kaca mata sbenar. Jangan emosi sangat cakap DAP nak sapu aset melayu islam dan sebagainya.

Cicak Mengkarung

Ahli politik seperti Cicak Mengkarung yang boleh bertukar-tukar warna mengikut suasana keliling, mengikut sedap nak main emosi orang. Lebih lagi kalau kurang faham pasal Isu Sebenar Tabung Haji yang banyak simpan saham dengan paper loss berbillion!

Beli saham pada harga pucuk dan pegang tak jual-jual sampai harga turun ke longkang! Ada yang dah delisted dan saya rasa akan ada beberapa lagi company menunggu masa kena delisted. Ini masalah Tabung Haji.

Kena fahamkan isu harga saham mahal dibeli dan harga semasa hari ni yang murah. Ini cerita pokok yang perlu difahami. Kalau tak faham ni, susahlah.

(Saya ulang banyak kali, nilai asset negatif sebab harga saham turun sebab inilah punca yg menyebabkan Tabung Haji tak boleh bayar Dividend dan bonus jika nilai asset kurang dari liability mengikut section 22 Undang-undang tabung haji)

Benda yang dibuat betul, patut korang terima kasih kat CEO Baru tu Dato Zukri Samat. Ni tak korang hentam dah kenapa. Korang duduklah sebagai Orang Tabung Haji atau bagi solusi dan selesaikan jawapan bagaimana nak bagi Dividend setiap tahun kalau dah akaun tu negatif.

Bank negara siap dah audit akaun tu negatif dan kena perbetulkan lagi.

So,saya sayangkan Tabung Haji dan semoga Tabung Haji dijalankan oleh orang yang amanah lagi cerdik pandai.

Amanah kalau tak cerdik masalah juga.

Sekian,

Sekadar menyampaikan

Wallahualam.

Selamat Tahun Baru.

Kenali Zukri, Individu Yang Bertanggungjawab Pindahkan Aset TH Ke SPV.

MALAYSIADATELINE | Dari sebuah bank yang secara teknikalnya sudah muflis, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB yang juga Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat, berjaya memulihkan bank itu.

Itulah juga orangnya yang kini diberikan kepercayaan oleh kerajaan untuk mengetuai usaha untuk membaik pulih Tabung Haji, yang juga berada dalam keadaan tenat apabila hutangnya lebih besar dari aset yang ada.

Zukri diminta membantu untuk memulihkan Bank Islam pada tahun 2006 ketika Bank Islam berada dalam keadaan kucar-kacir dan mengumumkan kerugian sebanyak RM1.3 bilion.


Malah menurut Zukri, secara teknikalnya, Bank Islam sudah pun muflis ketika itu.

Menggunakan kepakaran dan pengalaman yang ada, Zukri berjaya memulihkan keadaan. Sehingga kini, kedudukan Bank Islam boleh dikatakan setara dengan bank-bank konvensional yang lain di Malaysia, lapor Utusan Malaysia dalam satu rencananya.

SPV

Pada 13 Julai lalu, Tabung Haji melantik Zukri sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) yang baru.

Selepas kira-kira lima bulan menjadi CEO, Zukri mengumumkan akan memindahkan aset yang tidak menguntungkan Tabung Haji bernilai kira-kira RM19.9 bilion kepada syarikat tujuan khas (SPV) menjelang 31 Disember ini.

Langkah ini bermatlamat memantapkan kedudukan kewangannya selepas ia agak kucar kacir selepas pelbagai masalah menimpanya ekoran pengurusan yang kurang baik dan telus sebelum ini.

Zukri berkata aset yang dipindahkan itu merangkumi hartanah dan ekuiti, manakala SPV itu akan dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

Katanya, aset tidak menguntungkan akan dikenal pasti menerusi dua kriteria.

“Bagi hartanah, ia membabitkan aset dengan hasil kurang dua peratus dan bagi ekuiti, nilai rosot nilai melebihi 20 peratus.

“Sebagai pertukaran kepada aset, SPV akan terbitkan RM10 bilion sukuk tujuh tahun dan Saham Islamik Boleh Ditebus Boleh Ditukar (RCPS-i) berjumlah RM9.90 bilion,”
katanya pada sidang media 11 Disember lepas.

Zukri berkata, TH menyasarkan pemindahan aset tidak menguntungkan itu akan selesai akhir tahun ini. Beliau berkata, sebaik saja pemindahan itu selesai, aset dan liabiliti TH akan seimbang.

Ekoran langkah ini, pelbagai tuduhan telah dihalakan kepada kerajaan Pakatan Harapan termasuk menyerahkan aset Tabung Haji yang dimiliki oleh orang Islam kepada Kementerian Kewangan yang dipimpin oleh orang Cina.

Bahkan satu laporan polis telah dibuat bagi membantahnya.

LAPORAN POLIS

Tabung Haji pula pada 30 November 2018 lalu telah membuat dua laporan polis berkenaan penyelewengan dana berjumlah RM22 juta dan penjualan 95 peratus pegangan milik anak syarikatnya melibatkan jumlah RM3.8 bilion.

Antara pihak yang dinamakan dalam laporan tersebut ialah bekas Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim; bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Johan Abdullah dan beberapa kakitangan kanan termasuklah Ketua Pegawai Operasi, Datuk Adi Azuan; Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida Omar; Penasihat Undang-undang, Hazlina Mohd. Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah, Rifina Md. Ariff.

Menurut Tabung Haji, laporan pertama melibatkan program Yayasan Tabung Haji (YTH) pada tahun 2017 yang mana dana melebihi RM22 juta telah digunakan untuk aktiviti berkaitan politik.

Laporan kedua pula melibatkan Ismee, Hazlinda dan Rifina berkaitan penjualan 95 peratus pegangan dalam syarikat PT TH Indo Plantations yang dimiliki oleh dua anak syarikatnya, iaitu TH Indopalms Sdn. Bhd. (THI) dan TH Indo Industries Sdn. Bhd. (THII) kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) untuk RM3.8 bilion (AS$910 juta) pada tahun 2012.

Sepentas Dengan UMNO Demi Islam - Ustaz Idris Ahmad.

Idris Ahmad | Pengalaman Sepentas Dengan Umno.

1.Sudah dua kali saya sepentas dengan pemimpin Umno di dalam siri penerangan.




2. Kali pertama 28/12/18 anjuran PAS Kuala Kedah bersama Datuk Hashim Jahaya Ketua Umno Kuala Kedah dan Datin Noor Hasnita Ketua Wanita Kuala Kedah.

3. Kali kedua 31/12/18 di Jasin bersama Datuk Seri Razali Ibrahim Ahli Majlis Tertinggi Umno

4.Saya tidak terbayang penglibatan dan minat politik saya dengan PAS sejak berumur 14 tahun, sewaktu krisis politik di Kelantan 1977. Tiba-tiba boleh sepentas dengan pemimpin Umno.

5. Saya penyokong tegar dilahir dalam keluarga PAS. Menentang Umno sejak sekolah, di universiti dan sewaktu menjadi pensyarah ITM lagi

6. Sewaktu di Universiti pernah diambil tindakan di bawah AUKU kerana demo menentang tindakan UTM membuang pelajar yang memakai purdah. Menteri Pendidikan waktu itu DS Anuar Ibrahim.

7. Sewaktu menjadi pensyarah di ITM, apabila hendak dilantik menjadi Ko Ordinator UIS ( subjek pendidikan Islam ), tersangkut kerana saya orang PAS tegar.

8. Walau pun selepas itu dilantik juga, kerana merit tinggi di pihak saya.

9. Tiba- tiba boleh sepentas dengan musuh tradisi saya.

10.Kenapa saya boleh berbuat demikian?

11.Semua kerana Islam.

12.Dengan siapa PAS berkawan, Islam tetap menjadi batas sempadan.

13.Apabila kerjasama tidak menguntungkan Islam, PAS akan tarik handbrake walau pun nampak rugi dari segi politik.

14. Pada saya medan untuk bercakap Islam terbuka dengan luas di hadapan ahli dan penyokong Umno.

15. Memperkenalkan Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan menjelaskan untuk mengangkat martabat melayu mesti Islam sebagai tonggak. Melayu tidak ke mana jikalau tanpa Islam.

16.Menjelaskan peranan Islam di dalam menyelesaikan kemelut negara dan permasalahan masyarakat.

17.Meyakinkan bahawa Islam selamat melayu selamat. Islam selamat, negara selamat. Islam selamat, cina, India dan bangsa lain akan selamat.

18.Yakinlah tidak rugi bersama Islam walau pun dicerca, akhirnya kebenaran akan terserlah.

Melaka Gateway, Najib Maafkan Pemfitnah Yang Tuduh Dia Jual Negara..

NAJIB RAZAK | Antara projek-projek yang PH sering menyerang saya dengan kuat sebelum PRU14 sebagai "bukti" saya "jual negara" ialah Projek Melaka Gateway yang melibatkan pelaburan RM48 bilion dimiliki 60% syarikat tempatan Malaysia dan 40% dari Negara China.

PH sering menghasut dan melabel projek ini sebagai bukti saya menjual kedaulatan negara kepada pihak asing.

Mereka juga mendakwa kita tidak perlukan projek ini kerana Malaysia sudah ada banyak pelabuhan dan infrastruktur.


Kini projek ini telah diluluskan dengan sepenuhnya oleh kerajaan PH pada 20 September.

Saya pelik apabila Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dipetik sebagai berkata bahawa projek-projek pelabuhan Melaka Gateway dan pelabuhan Kuala Linggi (yang juga dilabur oleh pelabur negara China) amat penting untuk pembangunan negeri dan bakal membawa Melaka kembali ke zaman kegemilangan kesultanan Melaka.

Saya pelik juga mengapa projek yang dibuat semasa saya menjadi Perdana Menteri dilabel sebagai jual negara tetapi bila diteruskan oleh PH, ianya tiba-tiba menjadi projek penting yang boleh membawa Melaka kembali ke zaman kegemilangan kesultanan Melaka - walaupun projek-projek di atas tidak mengalami apa-apa perubahan dari segi skop projek atau pemegang saham,.

Sebenarnya, Melaka Gateway yang dilancarkan oleh saya pada tahun 2014 merupakan projek inisiatif swasta merangkumi pembangunan bercampur di atas empat pulau buatan yang diiktiraf sebagai projek nasional Bidang Ekonomi Utama Negara.

Selain terminal penumpang kapal persiaran antarabangsa pertama di Melaka, pembangunan yang lain di Melaka Gateway termasuk bandar komersial, terminal pukal cecair, pusat pelancongan, taman tema dan dan terminal pelbagai guna termasuk kontena serta taman industri maritim.

Projek ini tidak akan melibatkan atau menambah hutang negara kerana ia melibatkan projek swasta dan diberikan kepada syarikat dalam negara, bukan syarikat luar.

Tanah yang ditebus bukan mengambil tanah rakyat dan bukan ambil tanah orang kampung, tanah yang kita reclaim. Singapura reclaim jual pada orang, Dubai reclaim jual pada orang . Di Dubai tu padang pasir pun boleh jadi metropolis yang hebat di dunia. Mengapa Melaka tidak boleh dan mengapa Malaysia tak boleh?

Projek ini untuk kesejahteraan rakyat serta pembangunan ekonomi untuk negeri Melaka dan Malaysia.

Berpuluh-puluh ribu peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung untuk anak tempatan diwujudkan semasa pembinaan projek dan selepas projek ini beroperasi.

Apa-apa pun, tomahan dan fitnah sudah dilakukan. Saya reda dan maafkan mereka yang membuat tuduhan melulu sebelum ini.

Saya optimis projek-projek ini bakal memberi pembangunan ekonomi dan menjana pekerjaaan.

Oleh itu, saya doakan projek-projek tersebut akan dimajukan dengan lancar dan matlamat tercapai.

#FitnahSudahMenang

 

Khamis, 3 Januari 2019

PAS Merayu Sumbangan RM10 Seorang Untuk Biayai Kos Saman Sarawak Report..

LAPORAN | Malaysiakini sahkan penyebaran mesej rayuan derma yang dibuat oleh Ustaz Idris Ahmad adalah sahih. 


Perkara itu dinyatakan dalam artikel yang bertajuk, "minta tolong sangat-sangat, kena bayar peguam lagi 2 minggu".



Laporan itu menyebut Ustaz Idris Ahmad mengesahkan penyebaran mesej berkenaan ketika dihubungi oleh wartawan portal itu.



Terdahulu mesej rayuan derma seorang rm10 tular di laman sosial pro PAS.


Mesej itu menuntut agar derma diberikan untuk membiayai kos guaman bagi meneruskan saman terhadap Sarawak Report. 


"Minta tolong sangat-sangat. Bantuan untuk bayaran Guaman saman Sarawak Report. Perlu RM400,000 lagi. Dalam masa 2 minggu mesti jelaskan kepada peguam di UK.

Wang terkumpul sekarang RM69,000. Perlu lagi RM331,000.

Banyak lagi bil selepas ini sewaktu kes ini berjalan nanti.
Sudah bayar hampir RM2.5 juta.

Kempen sekurang-kurang RM10 seorang.

Bank In 5640 7070 5537 May bank PARTI ISLAM SEMALAYSIA

Sila makluman pada saya 019 2622141

Yang merayu
Ust Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS,"
kata kenyataan yang tular itu. - 3 Januari 2019.
3/1/19

Sebar Cerita Agung Letak Jawatan Kerana Nak Jatuhkan Maruah Kelantan Kata TMB.

MALAYSIAKINI | Kerajaan negeri Kelantan menafikan khabar angin yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat.



Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkara itu.

"Kerajaan negeri tak ada maklumat. Kalau itu khabar angin, kita janganlah percaya.

"Kita nak terkejut apa sebab khabar angin macam-macam orang cakap. Bukan tentang Yang di-Pertuan Agong saja, tentang kerajaan, kita janganlah termakan dengan romours,"
katanya ketika ditemui di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, isu tersebut tular di media sosial yang mengatakan Sultan Muhammad V akan meletakkan jawatannya.

Bagaimanapun sehingga kini tiada kesahihan mengenai perkara itu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai motif pihak tertentu menyebarkan khabar angin tersebut Mohd Amar berkata, perkara itu juga salah satu usaha untuk menjatuhkan maruah kerajaan negeri Kelantan.

"Kalau kita baca dari sudut politik ia memang sebahagiannya untuk menjatuhkan maruah kerajaan negeri. Sebab mereka tahu hubungan kerajaan negeri dengan sultan ini rapat.

"Jadi kalau boleh dikenakan sesuatu terhadap Yang di-Pertuan Agong, boleh dipalitkan sama kerajaan negeri,"
jelasnya.

Naib presiden PAS itu berkata, sebelum ini Sultan Muhammad V mengambil cuti selama dua bulan atas faktor kesihatan.

"Tak ada apa yang terjadi, disebut baginda bercuti untuk kesihatan. Jadi kita terima macam itulah, takkan kita nak siasatan," kata Mohd Amar.

Tambah beliau, pihak berwajib sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan khabar angin sedemikian.

"Pada pandangan saya, oleh kerana banyak sangat tohmahan dan tuduhan kerajaan perlu ambil tindakan. Pejabat Peguam Negara sendiri perlu prihatin dan bertindak.

"Ini bukan melibatkan peribadi sultan, tetapi institusi. Yang di-Pertuan Agong sebagai institusi, jadi perlu dipertahankan dan dijaga kehormatannya.

"Itu tugas peguam negara, dia perlu ambil berat dalam hal ini. Kadang kita tertanya apa yang dibuat oleh peguam negara, sampai tersebar macam-macam tuduhan, maklumat, berita khabar angin dalam media-media sosial.

"Sepatutnya peguam negara ambil berat dan beri perhatian. Apa yang boleh diambil tindakan, kena ambil tindakan dan siasatan.

"Perkara seperti ini sudah lama dibiarkan, orang jadi berani apabila tiada reaksi daripada kerajaan,"
katanya. - 3 Januari 2019.

20 Juta Kos Beli Atau Pampasan Tol Motorsikal Setiap Tahun?

NAJIB RAZAK | Pampasan bagi menghapuskan tol motorsikal di Jambatan Pulau Pinang dan di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) diumum sebagai RM20 juta..

Tetapi, Menteri Kewangan tidak menjelaskan dengan telus jika kos RM20 juta ini ialah untuk pampasan tahunan ataupun untuk mansuhkan tol bagi selama-lamanya.

Kemungkinan besar kos RM20 juta hanya pampasan setiap tahun.
Jika ini benar-benar kos pampasan tahunan, maka ini bukan mansuhkan tol untuk motorsikal seperti diumum dengan bangga oleh Menteri Kewangan.

Untuk minggu ini sahaja, kerajaan PH akan mengutip sekitar RM140 juta dari cukai tersembunyi petrol yang sekurang-kurangnya 30 sen satu liter kerana tidak mengurangkan harga petrol.

Satu minggu sahaja, cukai tersembunyi ini cukup untuk membayar pampasan RM20 juta tol motorsikal itu 7 kali ganda.

Bayangkan bahawa kerajaan PH telah mengutip cukai tersembunyi ini untuk tempoh lebih dari dua bulan akibat kejatuhan harga minyak dunia. Mereka tak bagi subsidi minyak kepada rakyat tetapi rakyat yang bagi subsidi kepada mereka.

Rakyat berhak untuk terus mendesak PH menepati janji manifesto untuk mansuhkan semua tol di Malaysia tetapi perlu berhati-hati ini bukan hasil dari cukai petrol tersembunyi yang ditibai secara senyap-senyap dari kita juga.

Tipu Sakit : "Saya Doakan Saudara, Saudari Yang Menfitnah Kembali Ke Jalan Benar," - Syed Saddiq.

SOSMED | Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya membuka mulut mengenai dakwaan beliau sengaja berlakon sakit ketika menghadiri Perhimpunan Agung PPBM baru-baru ini.


Berkongsikan gambar di Instagramnya, Syed Saddiq meluahkan perasan sikap sesetengah netizens yang mempolitikan insiden beliau jatuh motor.




"Cedera jatuh motor pun ada pihak nak politikkan. Biarkan gambar berbicara. Bagi mereka yang fitnah saya, saya doakan saudara saudari akan kembali ke jalan yang benar," katanya di post itu.


Sebelum ini netizens menyebarkan dakwaan, Syed Saddiq kantoi kerana tampalan luka di wajahnya berubah kedudukan, beliau sengaja berlakon sakit kerana luka didagunya tiada parut, berjalan terhincut-hincut di depan wartawan tetapi berjalan normal ketika keluar kenderaan dan jatuh kerana bermain kayak atas air tak mungkin menyebabkan mukanya luka dan berdarah.


Semua dakwaan-dakwaan itu membuatkan netizens pro PPBM bergaduh dengan netizens pro pembangkang.

Meskipun gambar hidung Syed Saddiq yang berdarah viral, sesetengah netizens tetap beranggapan menteri itu berlakon sakit demi mendapatkan simpati dan sokongan politik. - 3 Januari 2019.

Menteri PH, Lagi-Lagi Uturn..

Khairy Jamaluddin | i) Terima kasih kepada PH untuk ‘hadiah’ tahun baru. Rakyat terus membayar ‘subsidi’ kepada kerajaan melalui harga petrol yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Thumbs up!



Kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan hari ini bahawa pelaksanaan Automatic Price Mechanism (APM) bagi harga runcit minyak akan ditangguh untuk beberapa hari. Bermakna harga runcit RON95 akan kekal pada paras RM2.20 setiap liter.

Dengan kenyataan terbaru ini, bermakna rakyat telahpun dipaksa untuk membayar cukai kepada kerajaan untuk tempoh 8 minggu berturut-turut memandangkan purata harga minyak semasa adalah di bawah paras RM2.20.

Kenyataan ini adalah jelas bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan baru-baru ini. Walaupun dikatakan harga runcit RON95 akan hanya kekal untuk beberapa hari sahaja, kenyataan ini sekaligus membuktikan bahawa kerajaan Pakataan Harapan hanya pandai membuat pengumuman sedangkan tiada perancangan rapi dalam melaksanakan sesuatu dasar.

Selain itu, alasan kerajaan Pakatan Harapan bahawa penangguhan ini terpaksa dilakukan kerana adanya penentangan daripada pengusaha stesen minyak di seluruh negara. Sekali lagi jelas menunjukkan tiada konsultasi dan perbincangan lanjut dibuat antara kerajaan dan pemegang taruh (dalam kes ini, pengusaha stesen minyak) dalam penentuan dasar berkaitan harga minyak ini.

Jika dahulu kerajaan Barisan Nasional ditekan dan dituduh kononnya selalu menyebelahi pengusaha stesen minyak, kini kerajaan Pakatan Harapan bukan sahaja menyebelahi pengusaha stesen minyak, malah menghukum rakyat yang telah menjadikan mereka sebagai kerajaan dengan membayar harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.

(Kredit gambar: The Star)


ii) Masih belum boleh buat keputusan. Hari itu buat pengumuman harga minyak akan turun pada 1 Januari. Sekarang tangguh pula sebab nak berunding dengan pemilik-pemilik stesen minyak. Ini lah masalah bila buat pengumuman sebelum teliti semua aspek. Rumah dah siap pahat masih berbunyi.

Patut rakyat bayar RM1.90 untuk seliter RON95. Tapi masih bayar RM2.20. Bermakna setiap liter rakyat memberi ‘subsidi’ 30 sen kepada kerajaan.

Dulu minta rakyat derma kepada Tabung Harapan. Sekarang senyap-senyap kutip ‘subsidi’ dari rakyat. Kerajaan apa ini? - 3 Januari 2019.

Dulu PH Yang Kempen Negara Berhutang 1 Trillion, Sekarang Buat-Buat Terkejut Pula..

Ahmad Fadhli Bin Shaari | Hutang 1 Trillion : Alasan Yang Sudah Lama Dirancang

Hari ini Menteri Kewangan menyatakan bahawa Pakatan Harapan memerlukan masa tiga tahun untuk memulihkan kewangan negara kerana terpaksa menanggung masalah skandal 1MDB, hutang negara 1 trillion dan kegagalan dasar kerajaan yang lepas.

Realitinya, semua masalah itu sudahpun diulang-ulang sejak sebelum PRU14 lagi. Pakatan Harapan seringkali pada hari ini samada di dalam parlimen mahupun di luar, mengulangi alasan hutang 1 trillion sebagai penyebab mereka gagal untuk melaksanakan janji manifesto.



Sedangkan sewaktu merangka manifesto Pakatan Harapan itu sendiri yang meletakkan garis masa 100 hari untuk janji-janji tertentu, mereka sudahpun mengetahui bahawa kerajaan Malaysia menanggung hutang RM1 trillion.

'Hutang 1 Trillion' inilah yang menjadi modal pimpinan Pakatan Harapan untuk berkempen di dalam pilihanraya umum yang lepas. Bahkan Tun Dr Mahathir sendiri pada tahun 2016 menyatakan bahawa Malaysia sedang berhutang sebanyak RM900 billion - satu angka yang secara logiknya pada tahun 2018 tidak mustahil mencecah RM1 trillion. (Rujuk : https://www.freemalaysiatoday.com/…/forget-vision-2020-say…/)

Kesimpulannya, pimpinan PH sewaktu merangka manifesto dalam sedar dan tahu bahawa hutang negara RM1 trillion. Tetapi mereka 'pura-pura terkejut' dan tidak sedikit di dalam dewan rakyat yang mendakwa bahawa 'kami tidak tahu hutang negara 1 trillion' sewaktu merangka manifesto.

Saya mohon, azam tahun 2019 ini, janganlah berbohong.

Berundur Atau Dipecat, Agung Sultan Muhammad V Dispekulasikan Tamat Perkhidmatan Lebih Awal..

SOSMED | Angin spekulasi bertiup kencang dua tiga hari di sosial media mengenai jawatan DYMM Agong Sultan Muhammad V.

Ia bermula dari blogger pro Tun Mahathir, Steadyaku47. Blogger itu melaporkan menerima perkhabaran dari Istana Perak.


"Sah, semalam raja-raja bermesyuarat dan memutuskan baginda (Sultan Muhammad V) agar berundur (dari taktha Agong) ataupun bersedia berhadapan dengan gesaan untuk dipecat sebelum 9 Januari ini.

Surat (atas gesaan tersebut) dah pun dikeluarkan hari ini (2 Januari 2019). Perak akan menjadi pemangku Agung. Dalam masa beberapa minggu kemudian, raja-raja akan memilih AGONG yang baru. Pahang (sepatutnya) seterusnya, jika Ayahanda (Sultan Pahang) berundur (enggan kerana kesihatan tidak mengizinkan), maka ia diantara Johor atau Perak.

Tun Mahathir berkata tak boleh bekerja dengan Johor. Kita tengok apa yang akan berlaku seterusnya," katanya dipetik sebagai berkata, lapor blogger itu.

Menurut blogger itu lagi, Agong sepatutnya bercuti dan menjalani program rehab, sebaliknya baginda ponteng dan berkahwin. Ketagihan beliau sudah tidak terkawal lagi, tulisnya.

Bagaimanapun blogger itu turut berkata, laporan mengenai desakan Agong dipecat masih perlukan semakan lanjut.

Dalam perkembangan berkaitan, halaman OPS Johor melaporkan;


"Berita dari Istana Negara : Mahathir mengelabah cuba halang Sultan Johor ditabal sebagai Yang Dipertuan Agong?

Berita yang terbaru kami terima ialah berkenaan Mesyuarat Khas Majlis Raja2 yang membincangkan perihal Sultan Muhammad V yang bakal menamatkan tugasan Yang Dipertuan Agong lebih awal atas sebab-sebab tertentu.

Giliran seterusnya untuk menaiki takhta ialah Sultan Pahang namun Baginda telah menyatakan hasrat untuk menolak perlantikan sebagai Yang Dipertuan Agong atas sebab kesihatan Baginda yang tidak mengizinkan.

Justeru itu, giliran berikutnya ialah kepada DYMM Tuanku Sultan Johor di mana Raja2 Melayu sudah bermesyuarat dan bersetuju bahawa Baginda Tuanku Sultan Johor akan ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16.

Bagaimanapun, berita ini tidak menggembirakan seseorang, siapa lagi jika bukan Mahathir. Beliau berdendam kesumat pada Keluarga DiRaja Johor dan akan buat apa sahaja perkara untuk memastikan Sultan Johor tidak ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

Mahathir tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau perlu mengadap DYMM Sultan Ibrahim selaku Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada setiap hari Rabu sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet.

Mahathir kini gelabah, terdesak dan mengarahkan jenteranya supaya melakukan apa sahaja untuk menghalang Sultan Johor dari bersemayam di Istana Negara.

Ini kerana Mahathir sedar, bahawa Sultan Johor akan meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi segala-galanya dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak untuk kepentingan politik mereka semata-mata.

Baginda akan bersikap tegas, menitahkan perkara yang hak dan menyuarakan bantahan terhadap perkara yang batil lebih2 lagi jika ia melibatkan kebajikan rakyat.

Mahathir sudah tentu tidak selesa dengan keadaan seperti itu kerana ia akan mengganggu segala perancangannya kerana sehingga kini tidak ada siapa yang berani menegur pentadbirannya yang semakin menyimpang jauh dari kehendak rakyat.

Keputusan Majlis Raja2 supaya Sultan Johor ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang baharu adalah satu keputusan yang amat tepat dalam mana negara sekarang berada dalam keadaan terumbang-ambing akibat terlalu banyak politiking, kos sara hidup yang tinggi, keadaan ekonomi yang menguncup serta hubungan luar negara yang merosot teruk.

Kita mengharapkan rakyat Johor khususnya dan rakyat Malaysia seluruhnya supaya mendoakan supaya Mahathir gagal menyekat sekaligus menyaksikan DYMM Tuanku Sultan Johor ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16.

Amin ya rabbal alamin,"
katanya dalam satu kenyataan.


Netizens yang mengikuti perkembangan kes ini nampaknya memerhatikan dengan penuh debaran. Drama awal tahun. Jangan lupakan POPCORN. - 3 Januari 2019. 

Benarkah Tanpa UMNO Tiada Melayu, Tanpa PAS Tiada Islam?

TAMRIN TUN GHAFFAR | BENAR KE TANPA UMNO TIDAK ADA MELAYU, TANPA PAS TIDAK ADA ISLAM?

1. Saya memilih tarikh hari ini 1hb Januari 2019 bagi menulis artikel seperti tajuk diatas kerana keinginan melihat lembaran baru negara tercinta ini bermula.


2. Tahun 2018 adalah tahun yang dipenuhi peristiwa bersejarah , suka dan duka yang tidak mudah dilupakan.

3. Bermula dengan Pilihanraya Umum pada Rabu 9hb Mei 2018 apabila buat pertama kalinya UMNO dan Barisan Nasional ( BN ) telah di kalahkan.

4. Sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO nama Najib Tun Razak mula tercatat dalam sejarah sebagai orang yang bertanggungjawab diatas kekalahan parti tersebut.

5. Buat pertama kali sejak 1957 UMNO dan 13 komponen parti yang lain di bawah BN telah ditumbangkan oleh hanya 4 parti – PKR , DAP dan 2 parti baru , AMANAH dan BERSATU yang yang diwujudkan menjelang PRU 14.

6. Ketika Anwar Ibrahim di dalam penjara, isteri beliau Dr. Wan Azizah menerajui PKR sedangkan DAP pula di pandu oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang bertindak sebagai Setiausaha Agung.

7. Terdiri dari mereka yang berhemah dan tidak ekstrem, mereka akhirnya meninggalkan PAS dan menubuhkan parti AMANAH yang diketuai oleh Mohammad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

8. Oleh kerana tidak tahan dengan penyelewangan kuasa , rasuah dan rompakan wang negara melalui 1MDB , SRC dan lain – lain oleh Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO meletak jawatan dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu atau BERSATU.

9. Tun Dr. Mahathir yang sebelum itu bergerak atas tiket Deklarasi Rakyat dan telah berjaya mengumpulkan hampir 3 juta tandatangan tanda protes terhadap tindakan Najib telah dilantik sebagai Pengerusi BERSATU dan Pengerusi Pakatan Harapan atau PH , gabungan 4 parti tersebut.

10. Raja – Raja termasuk Agong ketika itu TIDAK MAHU melayani Tun yang ingin menyampaikan memorandum tersebut.

11. Majlis Raja – Raja HANYA bertindak seperti ‘Melepaskan Batuk Di Tangga’ sahaja apabila mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu 1MDB tapi TIDAK ADA TINDAKAN SUSULAN; rakyat tertanya-tanya di manakah Raja-Raja ketika rakyat dahagakan pembelaan?

12. Sebaliknya ekoran dari usaha Tun hendak mengadap Raja – Raja , Sultan Kelantan yang kini Yang Di Pertuan Agong bertindak menarik balik pingat DK Kelantan dari beliau.

13. Selain Sultan Kelantan , Sultan Johor dan anaknya dan Sultan Selangor juga turut menyerang Tun.

14. Menjelang Pilihanraya yang baru berlangsung itu , Najib berserta Timbalannya dan pemimpin – pemimpin UMNO yang lain tidak berhenti – henti menakutkan pengundi – pengundi Melayu , konon tanpa UMNO Melayu akan jadi bangsa bangsat dan orang Cina melalui DAP pula akan menghapuskan hak istimewa dan bahasa Melayu , menjadikan negara ini sebagai Republik dan lain – lain lagi.

15. Hadi dan PAS pula mengeluarkan berbagai fatwa dengan harapan pengundi – pengundi Melayu menolak calon-calon DAP tapi keputusan Pilihanraya membuktikan tindakan mereka tidak menjadi.

16. Diatas kepercayaan ‘CASH IS KING’
Najib menggunakan wang ringgit yang begitu banyak bagi memenangi Pilihanraya tersebut.

17. Selain itu segala bentuk penindasan terhadap para pengkritik dilakukan termasuklah tindakan polis terhadap Tun Siti Hasmah dan Tun Dr. Mahathir sendiri.

18. Sebenarnya Najib dan Hadi percaya bahawa orang Melayu masih boleh ditipu dengan isu – isu perkauman dan agama sedangkan orang Melayu sudah lama bangkit.

19. Tangapan mereka ‘Tanpa UMNO Melayu Akan Mati , dan Tanpa PAS Tidak Ada Islam’ adalah iguan mereka semata – mata.

20. Adalah lebih baik jika UMNO dan PAS mencermin diri sendiri bagi mengelakkan diri mereka daripada sebarang cacian dan cemuhan.

21. Sempena tahun baru 2019 ini , elakkan diri dari terus bercakaran dan memburuk – burukkan pemimpin demi membangunkan negara tercinta ini ; lagi pun kita semua manusia biasa yang tak boleh lepas dari kelemahan dan kesilapan; BUKAN SENANG membaik pulih sebuah rumah yang hampir ranap yang telah dimakan anai-anai.

22. Jika negara Jerman dan Jepun boleh bangkit semula selepas mengalami perang dunia ke 2 dengan teruknya maka mengapa kita tidak boleh berbuat sedemikian?

23. Jangan Buang Air Di Tempayan Dek Dentuman Guruh Di Langit.

24. Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Sama-Sama Akan Roboh – JANGANLAH KITA BERKELAKUAN SEPERTI ANAI – ANAI.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2019.

Terima Kasih.

Selasa, 1 Januari 2019

Debat SPV Tabung Haji Pro Pembangkang Part 3.

ISHAM JALIL | SOALAN SIAPA UNTUNG HARI INI: SIAPA UNTUNG DALAM PERPINDAHAN ASET TABUNG HAJI?

Hampir semua aset-aset yang dipindahkan keluar daripada Tabung Haji dan dimasukkan ke dalam syarikat “khas” Special Purpose Vehicle (SPV) Kerajaan PH adalah aset-aset yang berdaya maju dan menguntungkan dan telah membayar dividen yang baik kepada Tabung Haji selama ini.

Dulu saya pernah belajar Undang-undang korporat di Harvard Law School dan kewangan korporat di Wharton. Saya juga pernah bekerja sekejap di New York dalam bidang ini. Saya pernah buat SPV ini.

 
Kebiasaannya, antara sebab utama SPV diwujudkan adalah untuk memberikan perlindungan undang-undang dan risiko kewangan kepada syarikat asal sekiranya aset yang diasingkan dalam SPV itu ada risiko bankrupsi yang boleh memberikan kesan negatif kepada syarikat asal.

SPV juga dibuat untuk membaikpulih syarikat yang tidak berdaya maju sementara mengasingkan risiko bankrupsinya daripada syarikat asal.

Namun dalam kes Tabung Haji ini, mengapakah aset-aset atau syarikat-syarikat yang baik dan menguntungkan pula dipilih dan dikeluarkan daripada Tabung Haji?

Apabila aset-aset baik ini dikeluarkan, mereka tidak lagi perlu membayar dividen kepada Tabung Haji dan pendapatan Tabung Haji mungkin akan berkurangan.

Mengapa tidak ambil syarikat-syarikat atau aset yang tidak berdaya maju untuk dipulihkan?

Ini sudah terbalik. Syarikat yang baik pula dikeluarkan dan ini meningkatkan lagi risiko kewangan Tabung Haji dan bukan sebaliknya.

Mungkin ada orang yang dapat untung besar daripada urusniaga di atas. Yang saya pasti ianya bukan Tabung Haji dan bukan rakyat.

Marina One Termahal Di Singapura, Najib Tumpang Bangga.

NAJIB RAZAK | Penjualan unit kediaman baru termahal di Singapura untuk tahun ini ialah satu unit kondo di projek Marina One seperti dilapor oleh media Singapura.

Dan ianya hasil dari projek milik kerajaan Malaysia.

Unit ini yang merupakan sebuah penthouse dengan keluasan 6,469 kaki persegi dijual dengan harga S$18 juta (RM54.7 juta) iaitu dengan harga S$2,782 (RM8,456) satu kaki persegi.



Kediaman ini ialah antara 1,042 unit-unit kediaman di projek Marina One bernilai S$7 bilion (RM21.3 bilion) yang dimiliki 60% oleh Khazanah Nasional, syarikat milik kerajaan kita.

Setiap unit kediaman ini telah dijual dengan harga purata S$2,543 (RM7,730) untuk satu kaki persegi.

Selain unit-unit kediaman mewah di dua menara 34 tingkat ini, projek Marina One juga melibatkan dua bangunan 30 tingkat pejabat gred A dengan keluasan 1.88 juta kaki persegi dan pusat membeli-belah "The Heart" dengan keluasan 140,000 kaki persegi.

Projek Marina One adalah projek terbaru dan terbesar di kawasan berprestij Marina Bay yang merupakan pusat kewangan Singapura.

Antara syarikat-syarikat antarabangsa yang kini sedang memindah ibupejabat Singapura mereka ke projek milik Khazanah ini termasuk Bank Julius Baer, Facebook, PwC, Grab, Daiwa Capital, BP Global dan Mitsubishi Financial Group.

Khazanah akan kutip sewa setiap bulan dari syarikat-syarikat ini dan menjana hasil dari luar negara bagi jangkamasa yang panjang untuk Malaysia.

Saya pelik kerana PH tidak pernah menuduh Singapura sudah jual negara kepada Malaysia ketika saya Perdana Menteri.

Selain dari projek Marina One, Khazanah Nasional juga memiliki 60% kepentingan di dalam projek DUO residensi bernilai S$4 bilion (RM12.2 bilion) di kawasan Ophir-Rochor, pusat perniagaan (CBD) baru Singapura.

PH sibuk menjual aset-aset negara, manakala kerajaan BN dahulu lebih berminat untuk meraih keuntungan dan menambah aset negara - seperti untuk projek mega Battersea di England yang saya tulis dua hari dahulu.

Yang itu pun, PH tidak pernah menuduh saya telah menjajah tanah England iaitu negara penjajah kita dahulu.

Saya harap kerajaan PH tidak akan mengambil jalan senang untuk menjual projek-projek Singapura ini seperti dilaporkan oleh media Singapura beberapa bulan dahulu: https://www.freemalaysiatoday.com/…/khazanah-akan-jual-peg…/

Kedua-dua projek mega di Singapura ini ialah hasil perundingan semula tanah KTM Tanjung Pagar yang saya kerap ditohmah dahulu.

Ini Penjelasannya:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155750121715952

https://www.edgeprop.sg/…/penthouse-unit-marina-one-residen…

Isnin, 31 Disember 2018

Debat SPV Tabung Haji Pro Pembangkang Part 2.

KHALED NORDIN | Ada beberapa aset yang dipindah ke SPV (Urusharta Jamaah Sdn Bhd). Sebuah syarikat bawah Mof Inc.



Nilai keseluruhan aset yang akan dipindahkan ke SPV bernilai RM 19.9 billion. Sebagai ganti SPV akan isu sukuk zero coupon rate sebanyak RM 10.0 billion dan RCPS-I RM 9.9 billion dan bagi pada Lembaga Tabung Haji.

Yang warna merah dalam gambar tu bermaksud TH pegang associate shareholding. Maksudnya TH ada lebih 20% pegangan dalam dua syarikat iaitu TH Heavy Engineering Bhd dan Pelikan International Corp Bhd. Yang lain semuanya TH pegang minority shareholding.

Jadi kat bawah ialah syarikat-syarikat yang akan dipindah ke SPV berserta dengan percent ownershipnya:

- TH Heavy Engineering Bhd (29.80%)
- Pelikan International Corp Bhd (28.664%)
- Integrated Logistics Bhd (10.85%)
- Naim Holding Bhd (10.38%)
- Malakoff Corp Bhd (10.36%)
- Puncak Niaga Holding Bhd (9.84%)
- Adventa Bhd (9.38%)
- IJM Corp Bhd (9.16%)
- Icon Offshore Bhd (8.43%)
- Hap Seng Plantation Holding Bhd (8.13%)
- Dayang Enterprise Bhd (7.92%)
- UEM Sunrise (7.76%)
- CSC Steel Holding Bhd (7.387%)
- Eastern & Oriental Bhd (7.12%)
- KSL Holding Bhd (7.04%)
- Pintaras Jaya Bhd (6.84%)
- MCT Bhd (6.52%)
- Malaysia Marine & Heavy Engineering Holding Bhd (6.04%)
- Mah Sing Group Bhd (5.767%)
- Star Media Group Bhd (5.395%)


Kat atas ni baru aset ekuiti, belum lagi dicampurkan sekali dengan aset property. Antara property yang nak dijual ialah tanah TRX. Aset hartanah pula dijual dengan harga book value. Kalau nilai sekarang mestilah dah meningkat.

Mungkin ada lagi aset yang akan diumumkan untuk dijual kepada SPV. Mungkin Isnin ni sebab dalam tu tak ada Felda Global Ventures (FGV) Holding Bhd. Ikutkan, LTH ada 7.78% share dalam FGV.

Tambah lagi, syarikat macam Malakoff tu antara syarikat yang bagi dividen setiap tahun. TH pegang RCPS macam tu jeklah lepas ni. Kalau tak redeem tak dapatlah untung tu. Pegang pulak sukuk yang zero coupon rate yang tak ada pulangan setiap tahun.

Tak faham dengan kerajaan sekarang, dia yang manipulate market dengan kenyataan-kenyataan bodoh daripada menteri. Lepas tu dia jual. Dia salahkan asset tu underperforming. Lepas tu jual.

Tak apalah. Bak kata penyokong PH kelas bawahan.

"Baik pilih pemimpin bukan Islam yang tak mencuri, daripada pilih pemimpin Islam yang mencuri".

p/s : prepare for #tokongnomics.

Rujukan :

1. Tabung Haji commences sale of underperforming assets to SPV : http://www.theedgemarkets.com/article/tabung-haji-commences-sale-underperforming-assets-spv
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...