Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 31 Disember 2018

Anwar Bakal Disembelih Oleh Azmin.

Wanji Wanhussin Wanji | ANWAR BAKAL "DISEMBELIH" OLEH AZMIN

1. Seorang kawan saya berbangsa cina, suatu hari bertanya kepada saya berkenaan Azmin Ali. Saya menyatakan, andai kamu orang cina berbangga dengan kehebatan Sun Tzu dalam seni perang, kami dari kalangan orang melayu ada Azmin Ali.


2. Antara hujah saya, Sun Tzu pernah mengeluarkan teori menarik dalam perang, iaitu kemampuan membunuh musuh politiknya menggunakan pisau musuh. Demikian juga kelebihan pada politik Azmin Ali.

3. Semasa Khalid Ibrahim menjadi MB, orang yang mula-mula bangkit keraguan terhadap pengurusan kewangan kerajaan Selangor adalah Azmin Ali. Tetapi, pada masa itu, orang tidak ambil port sangat. Akhirnya, yang kempen untuk jatuhkan Khalid Ibrahim adalah Rafizi dan Saifuddin Nasution.

4. Lebih menarik, walaupun nak dicadangkan nama lain sebagai MB Selangor selepas kejatuhan Tan Sri Khalid Ibrahim, tetapi yang jadi MB adalah Azmin Ali. Rafizi dan Saifuddin Nasution pula terpalit dengan "kotoran" serangan terhadap Khalid Ibrahim.

5. Kebijaksanaan politik cara Azmin Ali lebih terserlah, apabila beliau pandai memposisikan diri dan pandai mengambil peluang untuk keuntungan politik beliau. Disamping bijak memanfaatkan testimonial untuk kelangsungan politik beliau.

6. Kalau kita mahu melariskan barang jualan kita, antara mekanismanya adalah testimonial. Iaitu, barangan kita dipegang oleh seorang artis terkenal. Demikian juga, kebijaksanaan Azmin Ali dalam testimonial politik, iaitu beliau selalu mengungkapkan bahawa beliau adalah orang yang paling setia dengan Anwar Ibrahim. Dengan ungkapan itu, beliau semakin berjaya membina keyakinan ahli PKR terhadap karakter dirinya.

7. Bukan sekadar dalaman PKR, malahan setelah beliau menjadi Menteri, beliau cuba buktikan kepada awam bahawa beliau ada kelebihan berbanding Anwar Ibrahim. Itu dapat dilihat dalam ucapan beliau dalam parlimen dan sebarang ucapan beliau yang dihadiri Anwar sama.

8. Kebijaksanaan Azmin dalam politik juga dapat dilihat, apabila beliau amat pandai untuk menentukan masa bila nak bercakap, dan masa bila dia perlu berdiam diri. Ini berbeza dengan Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli.

9. Sebab itu, semasa pemilihan sedang berlaku - Rafizi melawan Azmin - beliau banyak diam. Apabila Rafizi banyak sangat bercakap menyebabkan lahir persepsi bahawa Rafizi kelihatan seperti meroyan. Dari satu sisi, beliau berjaya mencipta imej buruk pada musuh politik beliau.

10. Selepas beliau diumumkan menang jawatan Timbalan Presiden PKR, ucapan beliau nampak macam sindir Rafizi, tetapi sebenarnya beliau sindir Anwar Ibrahim. Kita dapat dengar, apabila nada suara beliau agak lain sikit ketika sebut pada nama "Ibrahim".

11. Yang lawan beliau dalaman parti yang kalah, semuanya berbinkan Ibrahim - Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim. Bermakna, yang bakal kalah lepas ini adalah Anwar Ibrahim. Tetapi, dia sebut nama Rafizi kerana dia amat halus dalam menyindir.

12. Azmin tak akan mau musuh beliau dari kalangan orang-orang yang banyak mulut. Maka dengan sebab itu, semalam beliau nyatakan yang beliau tak setuju Rafizi berada dalam jawatankuasa tertinggi PKR. Mungkin kita kata beliau tak suka berdebat, tetapi sebenarnya, beliau tak mau masa beliau terbuang dalam agenda melaksanakan apa yang beliau mahu.

13. Semasa pemilihan PKR berlaku, beliau kata beliau tak ada masalah bekerjasama dengan Rafizi. Itu ucapan politik beliau sahaja. Sepertimana ucapan politik beliau yang beratus kali beliau kata, beliau setia dengan Anwar Ibrahim.

14. Dalam jangka masa yang begitu lama, beliau sudah berjaya membina pengaruh dalaman PKR. Lebih menarik, apabila beliau berjaya mengurangkan rasa hormat dan pengaruh Anwar dalam PKR. Dia berjaya menampilkan beberapa sikap Anwar yang akhirnya, kelemahan Anwar dilihat ramai.

15. Kejayaan itu amat terserlah, apabila sudah ada serangan terbuka yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR terhadap Anwar. Dengan bantahan beliau semalaman, itu lambang beliau dah bersedia untuk menunjukkan perlawanan beliau terhadap Anwar.

16. Anwar Ibrahim kena ingat bahawa dia bakal dihabiskan oleh Azmin. Dua anak Ibrahim (Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim) telah dia muziumkan. Kini tinggal satu lagi anak Ibrahim yang perlu dia muziumkan, iaitu Anwar Ibrahim.

17. Di atas kertas, calon PM adalah Anwar. Tetapi dari sudut perancangan tersusun, Azmin Ali adalah PM Malaysia selepas Tun M.

18. Sebelum ini, PM yang paling lama adalah Tun M, iaitu semasa PM ke 4 lalu. Selepas ini, PM yang paling lama adalah Azmin Ali.

19. Kalau Anwar Ibrahim nak selamat, dia lawan Azmin Ali itu sendiri memberi bahaya pada masa depan politik Anwar.

20. Sebelum ini, saya tulis berkenaan PKR, pasti akan ada pemimpin PKR pesan kat saya yang saya terlalu baru dalam PKR. Jadi tak layak tulis berkenaan PKR. Saya harap, tulisan ini tidak ada pemimpin PKR yang pesan macam tu kat saya lagi

Sekian.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...