Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 26 Oktober 2013

Kes Pegawal Keselamatan Merompak - KDN, Securiforce Atau Kawalan Prima Yang Menipu?

Untuk episode pertama, kedua dan ketiga, disini, sini dan sini.


Aku juga ada menerima link penafian dari pihak Securiforce disini.  Tetapi apabila aku menelefon sendiri no yang dinyatakan untuk pengesahan lanjut, ianya tidak berangkat. Kenapa? Sibuk agaknya?

Jika pihak SF [Securiforce] baca betul2, takde isu tuduh menuduh di laman ini. Sekadar nak dapatkan pengesahan dan jawapan dari SF je. Yang aku heran, hanya satu laman blog aje yang siarkan statement SF. Kenapa tak gunakan pihak media?

Aku dah check google, buat masa sekarang hanya laman tersebut je satu2nya yang memberikan penafian berkaitan. Di harap SF boleh tampil beri kenyataan media sebab bila kami call, tak berjawab. Jadi kami pun ragu2 ketulenan penafian tersebut. Ragu2 bukan sebab SF menafi, jangan salah faham ye. Ragu2 sebab itu laman pro UMNO. Semua orang tahu

Blogger UMNO = fitnah = satu geng.

Harap maklum.

Berbalik kepada perkembangan susulan kes berkaitan. Untuk rekod pihak KDN tak dedahkan pun nama syarikat tersebut sampai sekarang. Akan tetapi, ada pihak lain berhasil mendapatkan nama agensi keselamatan yang menaungi pekerja tersebut.

Ironinya, kenapa KDN sampai sekarang enggan menyebut nama syarikat? SF mendedahkan perkara ini boleh jadi kerana ia berpunca membabitkan nama baik syarikat tersebut. 

Rujuk ;
Meanwhile, Security Services Association Malaysia (SSAM) president Datuk Shaheen Mirza Habib confirmed that Ardi was employed by Kawalan Prima.
 
"Kawalan Prima told us the suspect has a gun licence," and that is all the family-owned security company was willing to tell Shaheen.

Read more: http://www.fz.com/content/who-let-their-guard-down-hire-norazitas-killer#ixzz2in9ONpFt


Datuk Shaheen Mirza yang juga bekerja di SF, mengesahkan bahawa pengawal keselamatan tersebut ;


1. Dari syarikat Kawalan Prima.

2. Mempunyai lesen senjata api.

Apa maksudnya mempunyai lesen senjata api? Maksudnya penjenayah tersebut telah pun melalui proses screening oleh KDN. KDN yang bagi lesen senjata api kepada penjenayah tersebut. Syarikat keselamatan tersebut telah pun melalui protokol yang di tetapkan. Inila persepsi yang
Datuk Shaheen Mirza selaku Pengerusi Gabungan Syarikat Keselamatan Malaysia ingin sampaikan secara halus.


Di pihak KDN, mereka salahkan syarikat keselamatan kerana gagal patuhi protokol.

Di pihak SF, mereka menyebut bahawa ia adalah syarikat KP bukan nya syarikat mereka [melalui penafian blog].

Bahkan mereka juga menyatakan bahawa KP mengakui kepada mereka bahawa individu tersebut telah melalui proses screening sebelum di issuekan dengan lesen senjata api.

Datuk Shaheen Mirza juga mendedahkan bahawa proses screening KDN sangat ketat. Jadi jika ada kesilapan di mana2, sepatutnya dari awal lagi KDN dah berhasil detect. 

Persoalannya, sekarang siapa yang menipu?

Adakah KDN menipu untuk lepas tangan?

SF menipu dengan menggunakan pakai nama KP supaya masyarakat tak salahkan mereka?

Atau KP menipu bahawa individu tersebut telah melalui screening yang sepatutnya?

Masyarakat perlu tahu kebenaran nya. Mohon didedahkan satu persatu2. Bila penjelasan yang dibuat tidak menyeluruh, maka masyarakat akan mula berspekulasi.

Untuk rekod, bagi yang tidak tahu, bukan hanya individu tersebut sahaja memiliki KP palsu, bahkan 3 rakanya yang lain termasuk wanita yang dikatakan isterinya juga memiliki KP palsu dan semuanya beralamat di Sabah. Gila. Itu baru yang kita dapat tahu. Yang kita tak dapat tahu ada berapa ramai lagi di luar sana ? Ini adalah situasi yang sangat menakutkan.

Dan kalau diperhatikan dari statement dari pihak kementerian ;
He further warned security companies to comply to set regulations, including on sourcing guards from other contries to avoid their licenses from being revoked without notice.

Rujukan : http://www.malaysiandigest.com/news/36-local2/468472--updatedour-sources-revealed-security-company-that-hired-rogue-guard.html 

Seolah2 mengupah pengawal keselamatan asing itu merupakan satu kesalahan. Namun rasanya jika agensi pun tatau mereka warga asing, jelaslah mereka pun terpedaya sekali. Yang menjadi kehairanan orang ramai bagaimana warga asing boleh lepas sampai dapat lesen senjata api? Ini pula spekulasi ye, tapi fakta. Rujuk statement dari pengerusi SSAM sendiri. Penjenayah tersebut ada lesen senjata api yang KDN sendiri luluskan permohonan.

Fikir2kan la ek.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...