Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 16 April 2019

Pegawai BNM Sahkan Pernah Serbu Ambank Untuk Dapatkan Maklumat Akaun Bank Milik Najib.

BICARA NAJIB | i) 15 April 2019;

Mahkamah Tinggi diberitahu lapan dokumen termasuk empat akaun bank milik Datuk Seri Najib Razak dirampas di Bangunan Ambank, Jalan Tun Razak oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tujuan siasatan.

Pengurus BNM, Azizul Adzani Abdul Ghafar, 49, yang bertindak sebagai pegawai penggeledah dalam operasi di Ambank, berkata selain empat akaun Najib, pihaknya turut merampas dokumen membabitkan dua akaun SRC International Sdn Bhd dan satu akaun milik syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd.

 
Azizul yang juga saksi kedua pendakwaan, berkata rampasan itu dibuat mengikut peruntukan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) bagi mendapatkan senarai akaun berhubung obligasi pelaburan.

Katanya, pada 6 Julai 2015, beliau menerima arahan daripada pegawai penyiasat BNM, Ahmad Farhan Jamaluddin untuk melakukan kerja penggeledahan bersama tiga lagi pegawai iaitu Azhamudin, Rizuan Kujikoya, Abdul Latif Abdul Karim.

“Sejurus tiba di cawangan bank berkenaan, kami bertemu dengan pengurus cawangan bank itu, R Uma Devi dan memaklumkan secara lisan senarai akaun yang diperlukan untuk siasatan BNM.

“Pengurusan cawangan itu kemudian pergi mendapatkan semua dokumen yang dinyatakan dan selepas meneliti dokumen berkenaan, saya mencatatkannya di dalam senarai geledah,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Suhaimi Ibrahim.

Suhaimi: Selepas menerima dokumen daripada Uma Devi, ada tak kamu serahkan pada sesiapa?

Azizul: Tidak

Suhaimi: Apa kamu lakukan selepas merampas dokumen itu?

Azizul: Saya serahkan kepada pegawai penyiasat kes pada keesokan harinya, pada 7 Julai 2015.

Suhaimi: Selain dokumen yang diserahkan, apa dokumen lain yang diserahkan?

Azizul: Borang senarai menggeledah berserta dokumen yang dirampas.

Pada prosiding itu, Azizul turut mengecam dan mengesahkan dokumen yang ditunjukkan pihak pendakwaan.

ii) 16 April 2019;


Seorang pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dua pasukan dari BNM telah membuat serbuan di Ambank Jalan Raja Chulan untuk mendapatkan dokumen berhubung obligasi pelaburan.

Azizul Adzani Abdul Ghafar berkata, beliau bersama pasukannya membuat serbuan dari jam 9 pagi hingga 11 pagi pada 16 Julai 2015 dan beliau turut berada di situ sehingga 9 malam kerana menunggu satu pasukan lagi membuat serbuan di bank itu.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada terdapat pasukan lain selain dua pasukan itu yang membuat serbuan di bangunan terbabit pada hari yang sama.

Saksi pendakwaan kedua berkenaan berkata demikian semasa disoal balas peguam, Harvinderjit Singh yang mewakili Datuk Seri Najib Razak pada perbicaraan bekas Perdana Menteri itu yang masuk hari ketiga hari ini.

Harvinderji: Setuju dengan cadangan saya, ada satu lagi pasukan yang melakukan serbuan di bank itu pada hari sama?

Azizul Adzani: Setuju

Harvinderjit: Jadi dari 9 pagi sehingga 9 malam, anda masih di Ambank?

Azizul Adzani: Benar

Harvinderjit: Hanya untuk dapatkan lapan folder (fail) dan tiga sampul surat?

Azizul Adzani: Lapan folder dan tiga sampul dapatkan waktu pagi. Selepas itu saya tunggu pasukan lain lakukan penggeledahan di tempat lain di Ambank.

Harivinderjit: Siapa dalam pasukan itu?

Azizul Adzani: Saya tidak ingat, tidak semua pegawai di jabatan terlibat. Kami memang akan tunggu sehingga pasukan lain di Ambank jalankan tugas.

Harvinderjit: Pada pagi itu, selain dari terima arahan berkenaan akaun, tuan juga dimaklumkan akan ada pasukan lain buat serbuat di bangunan Ambank, tetapi di bahagian lain di bangunan sama?

Azizul Adzani: Setuju

Ditanya peguam itu mengenai kenderaan yang digunakan semasa melakukan serbuan itu, Azizul Adzani berkata: “Antara tiga atau empat kenderaan”.

Senarai lapan dokumen tersebut adalah;

1. Folder dengan borang pembukaan dan dokumen sokongan untuk pembukaan akaun Najib 211-202-201188-0 (Akaun ini dikatakan di mana Najib menerima RM27 juta)

2. Folder dengan borang pembukaan dan dokumen sokongan untuk pembukaan akaun Najib 211-202-201189-8 (Akaun ini dikatakan di mana Najib menerima RM10 juta)

3. Satu folder dengan borang pembukaan dan dokumen sokongan untuk pembukaan akaun Najib 211-202-201190-6 (Akaun ini dikatakan di mana Najib menerima RM10 juta)

4. Satu folder dengan borang pembuka dan dokumen sokongan untuk pembukaan akaun Najib yang keempat, serta surat pada Oktober 2011 daripada Najib sendiri, dan surat kebenaran

5. Satu folder dengan borang pembuka dan dokumen sokongan untuk pembukaan akaun SRC Antarabangsa

6. Folder dengan borang pembukaan dan dokumen sokongan untuk pembukaan akaun SRC Antarabangsa

7. Satu folder dengan borang pembuka dan dokumen sokongan untuk pembukaan akaun SRC Antarabangsa

8. Satu folder dengan borang pembuka dan dokumen sokongan untuk pembukaan akaun Gandingan Mentari. - 16 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...