Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 15 April 2019

ECRL & Putar Belit Jomo. - Ulasan Pro Pembangkang.

Hazim Farid | ECRL. Ouroboros Malaysia Baharu


Pernah terbaca tentang ular yang memakan ekornya atau Ouroboros? Ia adalah satu simbol mistik tamadun Mesir purba yang berkaitan kitaran infiniti tanpa penghujung - kehancuran (destruction), pembaharuan (renewal), dan pengulangan (repetition). 

Ia juga ibarat kisah ECRL, projek mega laluan keretapi moden - seperti Ouroboros, projek yang mengalami kehancuran, penjelmaan semula dan pengulangan (yang mengelirukan). 

Mari kita sama-sama mengimbau garis masa kos ECRL dari tahun 2016-2019. 

1. Ketika ia dilancarkan pada tahun 2016, projek ini dianggarkan bernilai RM55 bilion (RM9 bilion untuk Gombak ke Pelabuhan Klang dan RM46 bilion dari Wakaf Bharu, Kelantan ke Gombak).

2. Tony Pua dan Rafizi (Nov, 2016) mendakwa kos ECRL sepatutnya sekitar RM30 bilion sahaja dan menuduh RM25 bilion mungkin akan lesap untuk tujuan lain. 

3. Pada tahun 2017, kertas Kabinet (mengikut laporan The Star) menunjukkan kos telah naik RM10.5 bilion kepada RM65.5 bilion kerana akan dinaik taraf kepada landasan berkembar. 

4. Setelah PH mengambil alih kerajaan, Tun Daim (Mei, 2018) mendakwa kos sebenar adalah lebih dari RM66 bilion. 

*Dakwaan Tun Daim adalah kunci kepada masalah berselirat ini (labyrinth). 

5. Pada Julai 2018, Menteri Kewangan YB Lim mengatakan projek ini tidak boleh diteruskan kerana kos sebenar adalah RM81 bilion. Satu kos yang mengelirukan kerana memasukkan kiraan bunga (interest). 

6. Tun Mahathir (Ogos, 2018) mendakwa Kerajaan menerima tawaran serendah RM10 bilion untuk projek tersebut. 

Beliau juga mengatakan "Membayar RM55 bilion untuk sesuatu yang anggaran kos paling tinggi hanya mencecah RM30 bilion tidak baik untuk kedudukan kewangan negara".

7. Pada Januari, 2019, Kerajaan telah membatalkan ECRL atas alasan - tanggungan hampir RM500 juta (Azmin Ali). 

8. Tetapi tak sampai seminggu, YAB PM telah memperbetulkan kesilapan dan mengatakan ECRL tidak batal. Tun M menyatakan perlu menunggu pengumuman Kementerian Kewangan. 

9. Mac, 2019 - Kos ECRL adalah sebanyak RM130 bilion (termasuk pinjaman dan bunga) ujar YAB PM di sidang Parlimen. Bagaimanapun kenyataan Tun M ini diandaikan jika 'interest' dikenakan 2 kali ganda dan kos RM66 bilion dibayar sekaligus mula dari tahun pertama. 

10. April, 2019 - Setelah persetujuan antara kerajaan Malaysia dan China dicapai, Tun Daim telah mengumumkan kos ECRL kini adalah RM44 bilion dengan 32.8% penjimatan dari kos asal RM65.5. 

- TAMMAT -

Bagaimanapun 'penjimatan' tersebut terhasil dari pengurangan jarak rel dan pemansuhan beberapa stesen strategik di sekitar Pantai Timur, Gombak serta pegumuman stesen baru di Kajang/Bangi dan Jelebu/Kuala Kelawang, Negeri Sembilan. 

Jadinya angka kos yang berbelit-belit macam ular di atas masih berpaksikan nilai RM66 bilion kos asal. Ia sekaligus melenyapkan segala dakwaan negatif - curi duit rakyat, rasuah, perjanjian rahsia China untuk 'bail-out' 1MDB dan juga rasuah RM30 bilion untuk Jho Low (dakwaan sebuah akhbar Australia). 

Tahniah saya ucapkan untuk kerajaan lama kerana telah berpandangan jauh untuk kelestarian ekonomi Malaysia 20-30 tahun akan datang atau bak kata bekas PM - "a game changer". Juga tahniah kepada kerajaan PH kerana telah meneruskan projek ini dan membuktikan ia bukan sia-sia kerana mampu menjadi pemangkin ekonomi domestik.

Malah Tun Daim telah berhasrat agar dengan kejayaan perjanjian ini, hubungan Malaysia China menjadi lebih erat dan lebih ramai pelabur dan pelancong datang ke Malaysia. 

Bagaimanapun kita perlu tunggu minggu depan untuk maklumat lengkap kerana difahamkan ada stesen yang siap melebihi 50% telah dimansuhkan dari jajaran asal. 

Teringat pada Prof Jomo. Ramai guna kenyataan beliau bahawa ECRL ini satu penipuan. Pastinya ECRL ini memberi manfaat jika diteruskan. Kalau batal pasti ada pihak lawan yang untung.

Terfikir pula Prof. Jomo ni sebenarnya mewakili pihak yang mana?? Ular 'biblical'?

Sumber :

https://www.nst.com.my/news/nation/2017/05/238867/najib-witnesses-signing-ecrl-phase-two-construction-agreement

https://www.roketkini.com/2016/11/15/kos-ecrl-sepatutnya-lebih-rendah-baki-rm25-bilion-mungkin-digelapkan/

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/07/03/final-cost-for-ecrl-rm81b-but-costs-must-be-reduced-further/

https://www.nst.com.my/news/nation/2018/05/370851/daim-says-ecrl-cost-could-exceed-rm66-billion

https://www.themalaysianinsight.com/s/141736

https://www.malaysiakini.com/news/440645

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/524191/kerajaan-batal-projek-ecrl

https://www.nst.com.my/news/nation/2019/01/455654/pm-ecrl-not-cancelled-negotiations-still-underway

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/01/18/ecrl-cost-inflated-by-rm30-billion-to-pay-jho-low-consultants-says-report/

https://www.malaysiakini.com/news/462284

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...