Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Pendapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendapat. Papar semua catatan

Isnin, 14 Januari 2019

Memang Patut SKMM Siasat Penyebar Gambar Wanita Agih Wang Pada Jentera, Ini Dalilnya..

Mohd Fauzi Mohd Azmi | Gambar Agih Wang PRK CH - Kenapa SKMM?

Betul lah kalau ikut Prosedur Siasatan. Gambar ditularkan dalam Facebook, maka #PDRM melalui #SKMM ambik tindakan mengenal pasti pemilik sebenar Facebook yang sebar gambar berkenaan.


Dah kenal pasti pemilik Facebook, Pegawai atau IO Cawangan Multi Media (SKMM) akan panggil pemilik Facebook berkenaan ke Balai atau Pejabat SKMM terdekat untuk diambil keterangan.

Antara maklumat yang diperlukan ialah dimana lokasi, tarikh dan masa kejadian berlaku, siapa individu-individu terlibat, siapa saksi-saksi yang nampak kejadian.

Paling penting IO akan dapatkan maklumat siapa yang mengagihkan duit tersebut, untuk apa duit tersebut diagihkan dan siapa penerima-penerima duit tersebut.

Kalau sah duit tersebut diagihkan oleh calon atau mana-mana wakil calon kepada "Pengundi" dalam kawasan ditandingi calon, maklumat-maklumat akan disalur terus pada #SPR & #SPRM untuk diambik tindakan.



Sebelum tu melalui maklumat-maklumat yang didapati oleh IO melalui keterangan pemilik Facebook, ia akan dirujuk pada Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Kalau maklumat mengesahkan agihan duit berkenaan melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, barulah PDRM, SPR & SPRM ambik tindakan.

Korang geng UMNO geng PAS tak pernah kena ketuk pintu tengah malam buta sebelum ini mana korang tau SOP dalam Penguatkuasaan undang-undang.

Tapi takpe lah. Korang ada masa 1 penggal untuk belajar. Zaman korang dulu, korang guna undang-undang untuk pertahankan kuasa. Zaman PH, kami beri kuasa pada Penguatkuasa untuk melaksanakan undang-undang.

Bukan main tangkap semborono je. Paham..? - 14 Januari 2019.

Khamis, 10 Januari 2019

Sabarlah Abang Mat Sabu...

Ustaz Ridhuan Tee (ISMAWEB) | SAYA turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa anak Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu @ Abang Mat, yang ditahan polis kerana positif ganja.



Dalam laporan media empat hari lepas, anak Abang Mat ditahan dalam pemeriksaan polis di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, kira-kira jam 3 pagi. Anak Abang Mat disyaki positif dadah jenis ganja dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Insiden ini turut mendapat simpati Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang melahirkan rasa simpati terhadap Abang Mat.

Guan Eng berkata: “Saya amat simpati kepada beliau kerana walaupun sukar untuk menjadi menteri, tetapi kadang kala ia lebih sukar untuk menjadi seorang bapa”.

Sebelum ini, pada November 2017, anak lelaki Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 20 gram.

Mengikut pertuduhan, anak beliau didakwa memiliki dadah itu di sebuah rumah di Lot 409, Jalan Pasir Mas Salor, Kampung Jelutong di sini pada jam 3.30 petang, 18 November 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sembilan sebatan jika sabit kesalahan.

Untuk makluman, kedua-dua mereka adalah bekas pimpinan PAS.

Kejadian ini mengingatkan saya kata-kata hikmah seorang ahli falsafah Cina, Konfucius yang berkata:

“If you want to rule the state, first put your house in order, to put your house in order, first cultivate yourself morally, to cultivate yourself morally, first put your heart right, to put your heart right, you must be sincere.“

Bermaksud, jika kita mahu menjadi seorang pemimpin, pertamanya, pastikan rumah tangga dapat dijaga dengan baik.

Bagi memastikan rumah tangga dapat dijaga dengan baik, pertamanya, diri sendiri hendaklah mempunyai akhlak yang baik.

Bagi memastikan diri mempunyai akhlak yang baik, pastikan hati dapat dijaga dengan baik.

Bagi memastikan hati menjadi baik, ia bermula dengan sifat ikhlas.

Memanglah, bukan salah ibu mengandung, jika sesuatu perkara buruk dilakukan oleh anak kita. Ibu bapa tidak wajar dipersalahkan, jika anak tidak menjadi.

Tetapi, apapun, kita sebagai ibu bapa tetap akan dipertanggungjawabkan. Persepsi masyarakat tetap melihat kita sebagai ibu dan bapanya seperti kata-kata hikmah Konfucius.

Saya amat berharap Abang Mat cekal dalam menghadapi semua ujian ini. Buatlah muhasabah terhadap diri. Kenapa Allah ﷻ turun ujian keluarga sebegini perit? Mesti ada hikmahnya.

Muhasabah yang boleh saya kongsikan adalah, pertama, ikhlaskan diri kita dalam semua perkara. Paling penting, menjaga amanah dalam kementerian yang dipegang. Jagalah kementerian yang menjadi nadi pertahanan dan keselamatan negara ini dengan baik.

Percayalah, jika kita tolong Allah, pasti Allah akan menolong kita. Allah ﷻ berfirman yang bermaksud:

“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Surah Muhammad ayat 7)

Kedua, elakkanlah daripada melakukan kritikan dan kecaman terhadap rakan-rakan sesama saudara dalam PAS, parti yang dianggotai oleh Abang Mat sebelum ini. Bersangka baiklah dengan PAS dan UMNO. Janganlah ‘menembak’ kedua-dua parti ini lagi.

Sebaliknya, mohonlah supaya pemimpin dan ahli PAS dan UMNO mendoakan kesejahteraan keluarga Abang Mat.

Inilah masanya untuk Abang Mat mengurus perbezaan yang wujud sesama umat Islam melalui ujian yang diturunkan ini. Jika tidak dapat pun mencari titik persamaan dengan parti yang tidak sebulu dengan kita, sekurang-kurangnya kita dapat menguruskan perbezaan ini dengan rasa ikhlas.

Yakinlah, sifat ikhlas dalam segala perkara yang kita lakukan kerana Allah ﷻ akan datangkan kebaikan yang kita tidak ketahui.

Ketiga, ingat Abang Mat, kadang-kala mereka yang kita anggap musuh itu, itulah kawan yang sebenar. Sebaliknya, mereka yang kita anggap kawan, belum tentu menjadi kawan yang sebenarnya. Justeru, berhati-hatilah dalam berpolitik. Jaga hati kawan-kawan.

Akhirnya, Abang Mat berdoalah banyak-banyak kepada Allah ﷻ mohon taufik dan hidayatNya untuk memelihara keluarga Abang Mat. Percayalah, setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmah di sebalik yang kita tidak tahu.

Muhasabah ini bukan sahaja untuk Abang Mat, tetapi untuk kita semua yang menjadi pemimpin.

Seperti yang dikatakan oleh Konfucius, dan saya yakin kata-kata ini langsung tidak bertentangan dengan nilai agama lain, untuk menjadi pemimpin hebat, pastikan keluarga dapat dijaga dengan baik.

Begitu juga diri kita hendaklah baik. Diri yang baik bermula dengan hati yang baik. Hati yang baik bermula dengan sifat ikhlas. Ikhlas adalah ibu kepada segala kebijaksanaan. Ikhlas juga adalah asas sama ada ke syurgakah kita atau ke nerakakah kita?

Tanyalah kepada diri bermula sekarang, ikhlaskah kita dalam berjuang? Tepuk dada, tanya iman.

Ahad, 17 Jun 2018

Temberang Editor Ekonomi Astro Awani Sebab Nak Back Up Dr. Mahathir? - Faqar.

Oleh : Zainulfaqar

TEMBERANG EDITOR EKONOMI ASTRO AWANI

Hampir 98 peratus hutang negara adalah dalam Ringgit Malaysia, cuma 2% sahaja dalam mata wang asing.

Hutang dalam RM ini adalah daripada depositors guaranteed seperti KWSP, KWAP, BSN, Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Simpanan Wang Guru-Guru.




Semua depositors guaranteed ini beli bon yang diterbitkan oleh Treasury atau syarikat korporat milik MoF Inc. kerana itu langkah pelaburan paling selamat.

Kalau Fed Govt melangsaikan hutangnya secara mendadak kepada KWSP umpamanya, ia akan menjejaskan sektor awam, sektor swasta dan sektor kewangan sendiri. Ini, kena baca bab Sectoral Balances https://goo.gl/UPXrgr.

Kalau faham Sectoral Balances, hutang Fed Govt itu adalah sama dengan net financial savings.

Tak akan terjadi keadaan net financial savings bertambah, melainkan Fed Govt kena berbelanja lebih atau terus berhutang pelaburan daripada depositors guaranteed.

Lain lah, Dr Mahathir memang nak ekonomi meleset, Fed Govt cut spending, dan net financial savings tak bertambah, krisis kewangan akan terjadi, sebelum ke tahap ekonomi rakyat dan negara kian meleset.

Bagi Bon, Treasury hanya bayar interest sahaja dalam satu tempoh matang, barulah bayar hutang kepada KWSP umpamanya.

Itupun, selagi bon kerajaan diterbitkan, KWSP lebih didorong beli sebab hutang kepada Fed Govt itu pada masa yang sama adalah pelaburan paling selamat bagi KWSP.

Kalau faham birokrasi pembayaran balik hutang bon, kita akan faham ia sama sekali berbeza dengan birokrasi bayar balik hutang kad kredit (Principal + Interest) yang Editor Ekonomi Astro Awani temberang.

Daripada aspek lain, seperti disebut oleh Editor Ekonomi Astro Awani yang nak back up sangat Tun Dr Mahathir Mohamad, suka saya nak tanya, “RM50 bilion faedah itu Fed Govt bayar kepada siapa?”

Jawapannya kepada depositors guaranteed aka pelabur. Takkan bayar kepada KWSP dianggap merugikan negara? Jawapannya, tentu tidak!

Kedua, kadar faedah yang tinggi dalam pembayaran hutang kepada depositors guaranteed itu siapa yang tetapkan? Bekas Perdana Menteri Malaysian Datuk Seri Najib Razak? Ji Xinping? Jho Low? Jepun? Haha

Jawapannya, Malaysia Fed Govt sendiri yang mempunyai kuasa dalam menentukan dasar kewangan, selain dasar fiskal.

Maksudnya, kadar faedah tinggi sebab Fed Govt memang nak pastikan bayaran faedah daripada pembelian bon ini bawa lebih pulanga hasil keuntungan kepada pelabur, iaitu KWSP umpamanya.

Selain itu, andaikan Fed Govt membayar 98 peratus hutang persekutuan dalam RM kepada semua depositors guaranteed sekalipun, Treasury tetap akan terbit bon, kerana BNM ada interest rate targeting supaya kadar faedah tidak jatuh pada lantai sifar.

Di samping itu, saya sendiri hingga sekarang masih bertanya, “apa tujuan Dr Mahathir terbang ke Jepun?”

Kalau Perdana Menteri Ke-7 itu bertemu Perdana Menteri Jepun sebab nak minta negara mata hari terbit itu datang melabur di Malaysia, ertinya naik lah FDI negara.

Dr Mahathir tak langsung tak sebut apa program ekonomi yang dia nak buat untuk rakyat Malaysia. Program Sara Hidup sebagai ganti BR1M itu umpamanya hanya dasar fiskal biasa, bukan program ekonomi nasional.

Kalau pinjaman dalam mata wang Yen Jepun ini untuk bayar hutang negara yang 98% dalam RM, seperti ditemberang oleh Editor Ekonomi Astro Awani, memang nampak Dr Mahathir semacam nak digambarkan naif. Beliau, PM berpengalaman 22 tahun!

Pinjaman Yen Jepun untuk bayar hutang, tak jauh bezanya dengan “teruk pinjam ceti sebab nak bayar kalah judi Forex.” Ini contoh mudah. Kalau Dr Mahathir nak pinjam duit dalam Yen Jepun untuk bayar hutang negara Malaysia, ia jelas bukan pinjaman pelaburan yang menguntungkan rakyat dan negara!

Bab pinjaman negara dalam mata wang asing Yen Jepun, telah saya sebut semalam (lihat garis masa Facebook saya).

Pinjaman dalam Yen lebih berisiko berbanding pinjaman dalam mata wang RM.

Bayangkan.

 

Ahad, 8 April 2018

Dr Maszlee Malik Cakap Tak Serupa Bikin.

Oleh : Ali Abu

Cakap tak serupa bikin

Apo yang Dr Maszlee Malik pernah cakap dulu tidak serupa dengan tindakannya sekarang. Pado 3 Januari 2018 lalu, beliau mahukan negara ini diterajui oleh mereka yang berdarah muda.




Tetapi akhirnya beliau memasuki parti politik yang diterajui oleh orang yang sangat tuo. Dan orang yang sangat tuo itu pula menjadi calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan.

Jikalau Dr Maszlee memang asalnya seorang politikus, den tak berapa heran sangat. Sobab politikus memang cakap lain, buat lain. Tapi beliau berasal dari golongan akademik yang mempunyai title PhD yang sah. Ini amat menghairankan kerana beliau tidak mempertahankan prinsip dan statement beliau yang dulu seperti mano biaso yang dilakukan oleh golongan akademik bilo mempertahankan sesuatu pendapat dengan adil dan tanpo prejudis.

Sepatutnya golongan akademik memperjuangkan hak dan nasib rakyat terbanyak. Bukannya memperjuangkan hak seorang diktator tuo kembali semulo menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Selasa, 27 Mac 2018

10 Sebab Anda Patut Undi Pakatan Harapan Walaupun Tak Suka Mahathir - Ibnos Sal.

Oleh : Ibnos Sal.

Tidak dinafikan lagi, ada segolongan rakyat tidak dapat menerima bahawa bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh, jika dimenangi oleh Pakatan Harapan adalah Tun Mahathir. Bagi mereka, pemerintahan beliau selama 22 tahun telah memperlihatkan banyak perkara yang kurang disenangi.

Bagi mereka, juga, banyak perkara buruk yang terjadi di negara ini adalah legasi dari pemerintahan Tun M sendiri. Malah berdirinya DS Najib Tu Razak adalah hasil tangan mantan Perdana Menteri itu.

Namun disebalik kekurang-selesaan mereka dengan perkembangan terbaru ini, mereka masih memilih untuk mengundi PH. Kenapa? Daripada tinjauan, kami kenalpasti 10 sebab mereka ini bakal memangkah Pakatan Harapan dan memberi mandat kepada mantan PM itu.




PERTAMA : KEPENTINGAN EKONOMI NEGARA


Bagi mereka, politik demokrasi yang matang adalah politik memilih kepentingan rakyat dan negara. “Interest is greater than the political actors’.

Masalah Malaysia sekarang ini adalah negara ini menuju ke lembah dan gaung kemusnahan ekonomi. Hutang Malaysia sekarang sedang menuju ke satu trillion ringgit (satu juta-juta).

Ketidakcekapan ekonomi dan ketidakjujuran pentadbiran menyebabkan rakyat terbeban, dicukai hanya untuk membayar faedah hutang. Bagi mereka, jika kita tersiksa sekarang, bayangkan anak cucu kita di rejim yang sama.

KEDUA : CITA-CITA REFORMASI


Jika mereka bersama dengan ahli-ahli politik di dalam pakatan harapan, mereka dihidangkan janji reformasi pentadbiran dan sebagainya. Jika itu yang ‘kita semua’ mahu, kata mereka,jalan manakah perlu diambil untuk menuju ke arah itu.?

Ya, Pakatan Rakyat hampir memperoleh kejayaan dengan sokongan lebih 50 peratus undi, namun dinafikan dengan jumlah pensepadanan. BN kini adalah semakin lemah, namun dengan koalasi politik itu ditongkat PAS, dan PAS melarikan sejumlah besar sokongan, misi itu akan menjadi hampir mustahil.

Perlu diingat, senjata retorik paling ampuh BN bagi pemikiran tradisional melayu adalah kehilangan kepimpinan Melayu di tangan DAP. Dengan janji Tun M sebagai teraju dan bakal diganti Anwar Ibrahim seterusnya, bukankah ianya meyakinkan lantas menjadi masa terbaik untuk beralih rejim?

KETIGA : JANJI REFORMASI PAKATAN


PH menjanjikan reformasi seawal PRU14. Antara janjinya ialah Perdana Menteri tidak lagi boleh menjawat sebagai Menteri Kewangan dan Peguam Negara tidak lagi dilantik oleh Perdan Menteri, sebaliknya oleh jawatankuasa khas Parlimen.

Pelbagai janji lagi agak menarik untuk diperhatikan seperti gaji minimum dan mungkin yang paling menarik adalah penghapusan GST. Perkara-perkara yang dijanjikan setidaknya, langkah awal untuk menuju ke arah reformasi pentadibiran yang lain juga dan alangkah baiknya jika SPRM mempunyai kuasa paling mutlak kelak?

Persoalan adakah ianya bakal ditepati atau tidak itu perlu difikirkan juga. Soalannya bagi mereka, berbanding BN yang langsung tidak menjanjikan perkara tersebut, mana lebih baik?




KEEMPAT : PILIHANRAYA YANG BERSIH DAN ADIL.


Mereka tak perlu untuk mengundi PH selamanya. Yang mereka mahu, jika PH suatu hari melakukan kerosakan dan penderaan undang-udang yang sama, atau mungkin ada blok lain yang wujud nanti lebih baik, kenapa tidak tukarkan mereka pula?

Masalahnya ialah, jika melihat dengan sokongan pada PRU13, pembangkang mungkin sudahpun mentadbir Putrajaya. Dan kali ini bukan sahaja pensepadanan semula diadakan, undi awal dan pos diperbanyakkan, pengiraan undi juga dibuat serentak bagi memungkinkan kemenangan pihak kerajaan.


Kata mereka, rakyat sepatutnya dibenarkan memilih dalam suasana yang adil dan melambangkan pilihan sebenar mereka. Jika ianya tidak berlaku melalui PH, sampai bila-bila ianya takkan berlaku.



KELIMA : KOREKSI MASYARAKAT YANG SEMAKIN MEMBARAH


Mereka mendengar betapa parahnya masalah rasuah di negara ini. Mereka mendengar betapa pegawai bawahan pun didapati tertangkap dengan duit hingga jutaan ringgit.

Yang peliknya, tiadapun mereka itu didakwa. Dan dengan penangkapan itu, ia turut mencerminkan kerosakan institusi formal dan masyarakat dari atas hingga ke bawah. Yang nyatanya rasuah dan salah laku adalah membarah.

Dan ianya boleh dibaiki dari atas. Lihat saja Indonesia. Kira-kira tujuh menteri telah dibicarakan. Dulunya, rasuah sangat lah meruncing hinggakan tiba saja di lapangan terbang, di minta pegawai akan ‘ole ole’nya berbentuk rupiah. Namun masalah itu tiada lagi, satu sebabnya badan anti rasuah di sana tidak tuduk di bawah Pak Presiden, malah berada terus di bawah tuhan!

KEENAM : GST


Bagi para peniaga, GST adalah sesuatu yang memberi kesan terhadap kelangsungan ekonomi mereka. Bukan sahaja peniaga kecil, gudang dan hypermarket besar pun terkesan dengan penutupan outlet dan sebagainya.

BN dilihat tidak memberi petunjuk bahawa ianya bakal berakir, malah khabar angin mengatakan kadar peratusan GST bakal bertambah. Parti lain seperti PAS juga tidak menjadikan penghapusan GST sebagai modal perjuangannya.

Bagi golongan ini, kaum Tiong Hua khususnya, masalah kelangsungan ekonomi lebih penting dari masalah persepsi terhadap pemimpin. Kerana ini adalah masalah survival ekonomi mereka.

KETUJUH : PERIHAL PAS.


Bagi golongan ini Tun M adalah musuh tradisi. Namun ketidaktentuan haluan PAS dalam pertandingan kali ini membuatkan mereka untuk tidak mengundi parti itu dan sebaliknya mengundi PH.

Mereka tidak perlu keluar dari parti dan mereka cukup maklum kemungkinan nasib parti itu kali ini. Mereka yang mengikuti rapat perkembangan politik pasti melihat tinjaun INVOKE contohnya yang menjangka bahawa PAS bakal pulang dengan tangan kosong.

Dengan kata lain, pada kali ini, memberi undi untuk parti itu adalah bagaikan memberi kemenangan terhadap BN. Dan daripada menungkat BN, memberi undi untuk perubahan adalah lebih baik.


 

KELAPAN : MEREKA DI KUBU KUAT BN.

BN bagai mempunyai deposit tetap undi di tempat-tempat tertentu seperti Borneo dan komuniti Felda. Secara umumnya agak jarang mereka dari komuniti ini untuk tidak menyukai Tun, namun hakikatnya ada.

Di FELDA contohnya, bukan sedikit warga FELDA mengalami masalah keberhutangan hingga melibatkan ratusan ribu ringgit. Dari masalah baja, masalah tanaman semula, semuanya membebankan warga FELDA.

Bagi di sabah dan Sarawak pula, tarikannya adalah janji PH untuk mengkaji dan mempercepatkan Perjanjian Malaysia 1963. Janji PH juga adalah antara lainnya pulangan 20 peratus royalti minyak dan sebahagian cukai tempatan.
PERIHAL BORNEO

KESEMBILAN : UMUR TUN M


Tiada parti dalam PH yang bakal mendominasi pakatan itu. Maka Tun M sebagai perdana menteri adalah PM yang tidak boleh melakukan sesuka hatinya, diluar kemahuan semua pihak dalam PH.

Dan melihatkan umurnya dan mungkin tenaganya, paling lama dia bakal mejadi PM adalah satu penggal. Umum juga tahu bahawa DS Anwar Ibrahim dijanjikan bakal menggantikannya.

Daripada dapatan yang didengari, mungkin paling lama beliau berkuasa dalam dua tahun. Dan kali ini, adalah bagaikan waktu untuk perbetulkan apa yang perlu dibetulkan di negara ini, dan mmmungkin kesilapan lampunya sendiri.

KESEPULUH: GST, DS NAJIB DAN DS ROSMAH LIMA TAHUN LAGI.


Persepsi umum kepada dua watak ini adalah agak buruk. Keduanya dikatakan menyalhgunakan dana dan seterusnya membebankan rakyat.

Dalam Borneo menjadi deposit BN dan PAS menungkat BN, adalah tidak rasional bagi mereka ini untuk tidak mengundi PH. Bagi mereka, ini bukan mengundi kemudaratan yang lebih kecil, ini adalah persoalan penolakan marabahaya yang bakal menimpa.

Walaupun apa pun persepsi terhadap Tun M, memikirkan bahawa keduanya di puncak di penggal seterusnya amat lebih menakutkan. Maka mahukah keduanya untuk lima tahun lagi?

Isnin, 26 Mac 2018

Mahathir, Tolonglah Bersara Dengan Aman - Nome Nozwir.

Oleh : Nome Nozwir

SI TUA TAK SEDAR DIRI

Masalah takut jadi tua ni ada pada ramai orang. Semua orang suka bullshit diri sendiri, mengaku diri muda, dan cuba jadi orang muda. Contohnya lelaki umur 35 tahun tiba-tiba nak buat tarian sotong, mestilah kau nampak gonjeng, betul tak?

Orang kata "age is just a number". Bullshit. Umur ialah penanda aras hidup kau. Sebab tu undang-undang kata kau tak boleh hisap rokok bawah umur 18, kau mengundi umur 21, kau pencen umur 60 etc. Kalau kau beromen dengan budak bawah umur 18 tahun, kau kena dakwa jadi child rapist. Siapa cakap age is just a number?



Kalau kau dah 94 tahun tapi kau masih in denial yang kau dah tua, kau ada masalah mental. Mak aku yang umur 58 tahun pun bila nak minta tolong aku angkat benda berat pun dia kata, "ma dah tua dah, abang". Mak aku yang beza 30 tahun lebih tu pun sedar diri dah tua.

Tapi isu aku kat sini bukanlah sebab Mahathir dah umur 94 tahun tapi tak sedar diri dah tua, tapi macam mana juak-juak penyokongnya yang bersorak mengatakan betapa gempaknya Mahathir datang ke forum Sinar Harian macam gaya Paddayappa dan terus memalukan Dr Kamarul.

Aku tak kenal siapa pun Dr Kamarul ni, dan aku peduli apa dengan pendirian politik dia. Aku rasa pendirian politik dia hampir 99 peratus aku takkan setuju. Dia adalah ahli ISMA dan aku tak pernah setuju dengan ISMA.

Tapi ada satu perkara yang aku setuju. Mahathir dah tua. Kalau itu pun Mahathir tak boleh terima hakikat, susahlah.

Aku mungkin tak setuju dengan politik Dr Kamarul, tapi call spade a spade.

Kau nak cakap otak Mahathir masih function? Jimmy Carter Presiden AS, umur 93 tahun, ada tak dia terkial-kial nak jadi Presiden Amerika balik? Gorbachev, ada nak jadi Presiden Russia?

Sure, kau akan cakap, Mahathir tak puas hati dengan Najib, sebab tu kau mewajarkan dia jadi calon Perdana Menteri. Tapi Jimmy Carter pun tak puas hati dengan Donald Trump, Gorbachev pun tak puas hati dengan Putin.

Setiap zaman ada zeitgeistnya. Zeitgeist tu semangat zaman. Ini bukan zaman Mahathir lagi. Tak payahlah comeback. Tolonglah bersara dengan aman. For your own good. Tolonglah jadi negarawan yang berjiwa besar dengan buat rilek je. Paling-paling pun buat je macam apa Jimmy Carter buat - tanam pokok depan bangunan kerajaan atau potong reben mesyuarat bahagian parti.

Tapi penyokong Pakatan Harapan mana fikir semua ni. Bagi aku, mereka ni umpama clapping seals yang hanya menepuk tangan bila pucuk pimpinan suruh. Pucuk pimpinan pun bercelaru entah siapa yang ketua sebenarnya.

Hanya sebab nak tumbangkan Barisan Nasional je ke impian kau? Sure kau nak tumpaskan perompak tapi kau pakai penyamun. Tak ada beza. Ini macam cerita filem Alien vs Predator. Mana satu alien mana satu predator aku pun tak tahu dah.

Pakatan boleh menang hati orang jika mereka buat ni.

1. Kurangkan influence DAP dalam pakatan ni. Orang Melayu terutamanya di luar bandar skeptikal dengan parti ni. Bagi DAP hanya level macam MCA.

Tapi sure lah ego Lim Kit Siang akan tercabar. Tapi kau nak menang, kan? Kau kena tahu yang 60 peratus penduduk negara ini ialah Melayu. Dan perbuatan membuat parti Melayu berpecah-pecah macam sekarang akan memperlihatkan yang Cina nak berkuasa. Kau suka atau tak, politik kaum masih lagi politic of the day negara ni.

2. Kurangkan influence liberal urban dalam pakatan ni. Orang Melayu luar bandar takkan suka LGBT rights, dan benda-benda 'kebaratan' ni. Nak tak nak kau kena terima hakikat yang masyarakat di Malaysia masih konservatif.

3. Gabungkan semua parti Melayu yang menentang BN menjadi satu gabungan yang kuat. Sebab politik negara ni masih politik perkauman, maka kau kena gabungkan PKR Melayu, PPBM dan Amanah dalam satu parti baru.

Serius parti berbilang kaum masih tak dapat sambutan yang baik di luar bandar. Sebab tu PPP ni jadi parti nyamuk.

4. Buang Dr Mahathir. Dia adalah kanser kepada Pakatan pembangkang. Kerana dia, Pakatan pada hari ni jauh dalam keadaan chaotic berbanding dulu (sebenarnya dari dulu dah chaotic).

5. Begitu juga The Lims, The Anwars (except Izzah) dan lain-lain. Time for new guys for action. Alasan "siapa calon yang kau nak selain Mahathir dan Anwar" takkan wujud kalau kau wujudkan cadre dan pelapis. Sepatutnya Lim Kit Siang patut letak jawatan dan bersara duduk diam-diam macam Chen Man Hin masa PRU 1999 bila DAP kalah teruk dulu.

Pakatan cakap, PRU kali ini, it's now or never. Tapi terus terang, sejak 2004, inilah barisan pembangkang paling teruk. Nampaknya kalau macam ni lah lineup korang, memang never lah.

George Santayana kata, siapa yang tak memahami sejarah akan disumpah akan mengulanginya. Nampak gayanya Pakatan Harapan tak pernah belajar dari Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.

Pada malam pilihanraya umum nanti, duduklah termenung dan baca semula tulisan ni, sambil bayangkan aku cakap di depan muka kau, "aku dah kata dah".

Tapi, kalau ditakdirkanlah Pakatan Harapan menang, rilek dulu, jangan ketawakan aku. Sebab lepas tu kau akan tengok satu demi satu pengkhianatan, dan satu demi satu kekalutan dan keserabutan di samping tiada kerjasama antara semua. Kerjasama hanya wujud kerana ad-hoc dan bukannya berkekalan.

Lebih baik kalah dan belajar balik semula, dari menang tapi terkial-kial tak tahu apa nak buat.

Mahathir? Dah tua dah. Silap-silap dia ajar korang macam mana nak jadi lebih korup. Ke kau memang nak Pakatan Harapan ni jadi parti yang korup? Ke memang dah korup sejak dahulu lagi?

"Hadi Pun Tak Layak Jadi Calon PM, Selalu Sakit Ganggu Kehadiran Ke Parlimen," - RORA.

Oleh : Dr Rozaimi Ramle
[Komentar Berkaitan Wacana Sinar]
Ramai sahabat-sahabat meminta komentar saya berkaitan wacana anjuran Sinar Harian bertajuk : Adakah Tun M Terlalu Tua Untuk Menjadi PM?
Pada mulanya saya fikir tidak mahu memberikan ulasan kerana saya bukan orang politik, namun ramai meminta pandangan saya, saya kira elok juga saya menulis sedikit berkaitan wacana ini.
Berikut ulasan saya :
1. Jawapan bagi tajuk wacana ini sebenarnya jelas iaitu sememangnya Tun sudah tua. Tiada bantahan pada fakta ini.
2. Ada isu yang lebih utama disebalik penganjuran wacana ini iaitu adakah Tun M mampu menjadi PM di umur begini. Ini persoalan utamanya.
3. Panel yang menjadi perbualan netizen pada wacana itu ialah panel pertama iaitu Dr Kamarul Zaman.
4. Berbagai-bagai respons netizen berkaitan hujah Dr Kamarul Zaman ini. Ada yang mengatakan ia hujah yang kuat walaupun beliau tidak fasih. Ramai penyokong PAS saya lihat membela beliau dan menyatakan hujahnya kuat termasuk pimpinan PAS. Ada yang mengatakan hujah beliau ke laut ditambah pula gagap terutama setelah Tun M sampai ke dewan wacana.
5. Benar kefasihan bukan segalanya dalam wacana ilmiah. Hujah dan fakta lebih utama. Saya cuba memerhatikan isi kandungan hujah beliau. Setelah mendengar hujah-hujah Dr Kamarul Zaman yang tidak bersetuju Tun M menjadi PM. Dari 10 hujah beliau saya kira 3 hujah utama yang beliau utarakan. Manakala bakinya bagi saya adalah hujah sampingan yang menyokong hujah utama ini. Atau dalam bahasa ilmu hadisnya ia hujah isti'nas.
6. Dr Kamarul Zaman menyatakan isu kesihatan Tun M yang tidak baik maka ia menjadi alasan beliau untuk mengatakan Tun tidak layak menjadi PM.
Saya kira jika ini yang menjadi hujahnya, Presiden PAS juga tidak layak menjadi calon PM bagi Gagasan kerana faktor yang sama. Faktor kesihatan Presiden PAS serba sedikit menganggu kehadiran beliau ke Parlimen. Sehinggakan beliau diberi rawatan rapi tahun lepas di IJN.
Saya menjadi tertanya-tanya adakah pimpinan PAS dan penyokong PAS yang menyokong hujah Dr Kamarul Zaman sedar apa yang mereka sokong? Adakah mereka juga bersedia untuk mengatakan Presiden mereka sendiri juga tidak layak menjadi PM atas alasan yang sama?
Atau mereka hanya sokong kerana Dr Kamarul menghentam musuh politik mereka. Apa saja implikasi hujahnya mereka tidak fikir atau peduli?
7. Dr Kamarul membawa hujah berkaitan genetik Tun M. Jika kerabat Tun M meninggal dunia pada umur tertentu menjadi alasan. Saya kira hujah ini hanya bersifat spekulatif. Jika mahu diterima juga, jangan dilupa bahawa Tun Razak meninggal pada umur 54 tahun. Adakah YAB Dato Sri Najib juga tidak layak menjadi calon PM akan datang kerana alasan genetik?
Saya juga dimaklumkan bahawa 4 orang adik beradik Presiden PAS juga sudah meninggal dunia. Jika berita ini benar, adakah secara genetik Presiden PAS juga tidak layak menjadi PM?
Setelah hujah pertama menolak Tun M dan ia juga boleh difahami menolak presiden PAS. Maka hujah ini boleh difahami menolak tiga-tiga calon. Maka siapa calon pilhan Dr Kamarul Zaman?
8. Hujah seterusnya yang diutarakan oleh Dr Kamarul Zaman ialah hujah flip flopnya Tun. Dahulu kata Tuan Guru Nik Aziz sudah tua untuk terus berpolitik, Anwar juga telah tua untik jadi PM.
Saya kira hujah ini relevan. Dr Kamarul Zaman wajar untuk minta Tun M tarik balik pendiriannya yang lama.
Tapi itulah ahli politik. Jarang mahu tarik balik pendirian lama. Jika ada pun alasan mereka, mereka akan kata suasana telah berubah. Sama macam dulu PAS yang sangat keras dengan UMNO namun sekarang mereka perkenalkan politik matang dan sejahtera. Itu biasa bagi ahli politik.
Namun bagi saya, jika Tun M tarik balik pendirian beliau itu bagus. Namun jika beliau tidak tarik, ia tidaklah sampai menyebabkan beliau hilang kredibiliti mentadbir negara.
Sekian ulasan saya bagi hujah Dr Kamarul Zaman tempoh hari.

Nak Banding Harga Barang Dengan Negara Lain, Lihatlah Semua Aspek, Jawapan Untuk Menteri.

Oleh : Datuk A Kadir Jasin / Tokoh Wartawan Negara
 


BARU-BARU ini seorang menteri dilaporkan berkata rakyat jelata Malaysia wajib bersyukur kerana harga barang di negara ini lebih rendah daripada di Singapura dan Brunei.

Beliau berkata kita patut berbangga kerana harga barang di Singapura adalah 70 peratus lebih tinggi manakala di Brunei 71 peratus lebih mahal.

Saya telah beberapa kali mengulas isu perbezaan harga di antara sebuah negara dengan negara lain. Tetapi eloklah saya ulang sekali lagi untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam. Perbuatan membandingkan harga barang dan perkhidmatan di negara kita dengan negara-negara lain, khususnya negara-negara jiran, tidak boleh dilakukan secara langsung.

Sebarang perbandingan hendaklah mengambil kira beberapa perkara pokok seperti kadar pertumbuhan ekonomi, nilai wang, inflasi dan pendapatan rakyat jelata.

Itu pun ia masih tidak boleh memberi gambaran yang seratus peratus tepat kerana di dalam sesebuah negara mesti ada orang miskin dan ada orang kaya.

Memang betul harga kebanyakan barang dan perkhidmatan di Singapura dan Brunei adalah lebih tinggi daripada di negara kita. Tetapi kita harus ingat dua negara itu adalah negara kecil yang berpendapatan tinggi.

Pendapatan per kapita Singapura pada tahun 2016 adalah AS$53,880 atau kira-kira RM215,520 dan Brunei AS$27,893 (RM111,572) berbanding kita sebanyak AS$9,659 (RM38,636).

Apa yang tidak diketahui ramai ialah pendapatan per kapita kita sebenarnya merosot dengan agak teruk daripada kemuncak AS$11,183 (RM44,732) pada tahun 2014.

Ertinya pendapatan purata rakyat Singapura kira-kira lima setengah kali ganda lebih tinggi daripada rakyat jelata Malaysia manakala Brunei pula hampir tiga kali ganda lebih daripada kita.

Jadi kalau harga barang di Singapura 70 peratus dan Brunei 71 peratus lebih mahal daripada di Malaysia, ia tidaklah menghairankan dan tidak menjadi masalah bagi rakyat jelata mereka.

Sebaliknya berbanding pendapatan, harga di Singapura dan Brunei adalah lebih rendah daripada di negara kita. Harga di Singapura hanya boleh dikira lebih mahal daripada di Malaysia kalau ia lima atau enam kali ganda lebih tinggi dan di Brunei tiga kali ganda.

Kita ambil harga minyak petrol sebagai contoh. Harganya pada 19 Mac lalu adalah kira-kira AS$0.56 (RM2.24) di Malaysia dan AS$1.59 (RM6.36) di Singapura.

Jadi, walaupun pendapatan rakyat Singapura lima setengah kali ganda lebih tinggi daripada kita tetapi harga petrol di negara itu hanya tiga kali ganda lebih mahal daripada di negara kita.

Ertinya, berbanding pendapatan di Singapura dan di Malaysia, harga seliter petrol lebih murah di Singapura. Lagi pula Singapura adalah negara kecil dan padat dengan pengangkutan yang sangat baik. Jadi kos pengangkutan mereka sebenarnya murah.

Cara yang lebih baik dan wajar mengukur harga barang dan kos sara hidup di negara kita adalah dengan membandingkan pendapatan per kapita kita dengan kadar inflasi. Kalau pendapatan per kapita kita meningkat pada kadar yang lebih tinggi daripada kadar inflasi maka secara logiknya taraf hidup kita menjadi lebih baik.

Sebaliknya kalau peningkatan pendapatan per kapita kita lebih rendah daripada kadar inflasi maka taraf hidup kita merosot.

Apa yang berlaku sekarang ialah perangkaan menunjukkan ekonomi kita secara purata berkembang pada kadar yang memuaskan. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 5.9 peratus tahun lalu tetapi rakyat jelata mengeluh bahawa pendapatan mereka merosot dan kos sara hidup meningkat dengan banyak.

Ini adalah kerana pertumbuhan ekonomi kita tidak menyeluruh, kurang bermutu dan tidak disertai oleh pembahagian kekayaan. Pertumbuhan hanya berlaku di sektor-sektor tertentu dan kekayaan negara dikecap oleh segelintir kecil golongan atasan sahaja sedangkan majoriti rakyat biasa tersisih.

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada semakin ramai penerima ada pengakuan bahawa rakyat jelata kita semakin hari semakin miskin. Wallahuaklam.

Jumaat, 9 Mac 2018

Yang Lagi Saya Naik Angin Bila Pak Lebai Boleh Selalu Berkecuali Dalam Parlimen.

Oleh : Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang (Malaysiakini)

Dalam artikel yang ditulis oleh Samantha Chiew di theedgesingapore.com. pada 2 Mac lalu, penulis menyatakan bukan sahaja kapal layar mewah" Equanimity" bernilai AS$250 juta yang dikatakan milik Low Taek Jho atau Jho Low dan dibeli dengan wang 1MDB yang dirampas oleh pihak berkuasa negara luar Malaysia.



Menurut Samantha, pada bulan Februari lalu, jet peribadi Bombardier Global 5000 bernilai AS$35 juta yang juga katanya milik Low juga telah dirampas ketika jet itu diparkir di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.

Dalam kedua-dua rampasan itu (kapal mewah dan jet peribadi ), Low tiada di tempat kejadian.

Menurut Samantha juga, kapal layar mewah "Equanimity" telah dikurniakan award "Best in Show" dalam Monaco Yatch Show pada tahun 2014.

Kedua-dua aset mewah ini adalah sebahagian daripada aset yang diburu oleh Jabatan Keadilan (DoJ), Amerika Syarikat. Untuk rekod, pegawai tinggi 1MDB dan rakan mereka (their associates) telah dikatakan merompak (stolen) wang sebanyak lebih kurang AS$4.5 bilion.

Sikit tentang kapal Equanimity. Menurut media - Jakarta Globe, pada 21 Februari lalu, Bareskrim Polri telah terima surat dari FBI dengan permintaan untuk rampas kapal layar mewah itu .

Maklumat itu diberitahu kepada media itu oleh jurucakap polis, Brig Gen Muhammad Iqbal Abduh. Iqbal juga kata penyiasatan awal oleh FBI mendapati kapal layar mewah itu ada kaitan dengan skim penggubahan wang haram antarabangsa.

Dikatakan juga kaptel kapal itu - Kapten Rolf telah mematikan sistem automatik pengesan beberapa kali ketika melalui perairan di sekitar Singapura dan Filipina bagi elak dikesan. Kapal mewah itu juga hanya dirampas setelah ada perintah mahkamah dari Denpasar.

Dan antara harta atau aset lain yang juga telah dirampas adalah permata hiasan (jewellery) bernilai UAS$8.1 juta yang Low berikan sebagai hadiah kepada model antarabangsa Miranda Kerr bila mereka berpacaran pada tahun 2014.

Low dikatakan beri Miranda 18 carat set permata hiasan berwarna putih yang mengandungi rantai leher, sepasang anting-anting, bracelet dan cincin.

Jho Low juga telah beri hadiah mewah kepada pelakon Hollywwod, Leornardo Dicaprio yang juga dibeli dengan duit 1MDB.

Hadiah mewah itu merangkumi poster lithograph yang direka oleh artis Jerman, Heinz SchulzNewdamm bernilai AS$1.2 juta yang mana poster itu telah digunakan dalam filem senyap (silent film) pada tahun 1927 "Metropolis Morte au Crane de Taureau".

Low juga dilaporkan telah beri DiCaprio hadiah lukisan mewah karya Pablo Picasso bernilai AS$3.28juta, fotograf Diane Arbus yang diberi nama "Boy with the Toy Hand Grenade” bernilai AS$750,000 dan "collage" by Jean-Michel Basquiat bernilai AS$9.19 juta. Dilaporkan DiCaprio telah melalui wakilnya, menghubungi DoJ untuk pulangkan semula setiap hadiah yang ada kaitan dengan wang 1MDB itu.

Low juga beri " hadiah" pada diri dia sendiri , menggunakan wang 1MDB iaitu karya masterpiece Van Gough "La Maison de Vincent a Arles" bernilai AS$5.48juta. Begitu juga dua lukisan karya Monet - yang telah dirampas oleh pihak berkuasa Switzerland.

Di Singapura, aset bernilai AS$177 juta juga telah dirampas oleh pihak berkuasa di negara itu. Ia termasuklah dua apartment mewah di TwentyOne Angullia Park di Orchard Boulevard yang dibeli pada tahun 2013 pada harga dolar Singapura 54 juta. Juga dibeli triplex penthouse bernilai S$42.9 juta.

DoJ kini dalam proses untuk rampas pula kepentingan Low di Electrum. Melalui syarikatnya Jynwel Capital, Low didakwa telah melencongkan (diverted) AS$150 juta daripada pengeluaran bond 1MDB pada tahun 2012 untuk membolehkan beliau ada kepentingan di dalam Electrum Group.




Berdasarkan maklumat di atas, tolong jawab pada saya macam mana kami (Ahli parlimen Pakatan Harapan) tak meradang dan naik angn bila soalan kami tentang 1MDB kena tolak dalam Parlimen.

Selepas itu ada pula ahli parlimen BN yang dok pulun bela 1MDB, bela Jho Low dan bela MO1.Yang lebih teruk lagi ada juga yang kata mana ada isu ini melibatkan duit rakyat!

Yang lagi saya naik angin bila Pak Lebai boleh selalu berkecuali dalam Parlimen, tak bernafsu sangat nak lawan 1MDB , kata saman DoJ adalah campurtangan asing, selalu ponteng Parlimen dan dalam dua jam sahaja boleh puas hati bila dengar taklimat dari orang kuat 1MDB.

Allah lebih tahu.

Isnin, 5 Mac 2018

Hutang Negara, Jawapan Untuk Dyana Sofea - Syahir.

PADA 28 Februari lepas, Dyana Sofea menyebarkan satu poster propaganda mengenai hutang negara andai Najib diberikan peluang untuk mentadbir Malaysia selama 5 tahun lagi.

Poster tersebut tular dan kini telah dikongsikan sebanyak 6,876 kali (setakat ini) di laman Facebook. 
Meskipun disebarkan oleh ramai pro pembangkang, namun di ruangan komen nampaknya Dyana diserang dengan beberapa persoalan dari pengomen-pengomen terlalunya mereka yang pro kepada Pakatan Harapan terutamanya yang terlibat dalam bidang ekonomi.
Penggiraan Dyana macam skim ponzi - Hashime












Setakat ini Dyana tidak memberikan apa-apa respon berhubung dengan persoalan dan kritikan di ruangan komen atas post itu. 
Syahir, team media sosial penyokong Barisan Nasional turut memberikan jawapan kepada Dyana bagi mengulas poster tular itu. Berikut dibawah adalah jawapan darinya;
Oleh : Syahir
Pertama kali saya nampak grafik di bawah minggu lepas saya bagitau kawan saya, siapa yang buat grafik ini dan sebarkan grafik ini adalah mereka yang jahil dan tak faham langsung apa-apa tentang hutang kerajaan.
Saya rasa ianya terlalu bodoh untuk diulas tapi saya lupa bahawa propaganda seperti ini sangat mudah untuk menyebabkan orang percaya.
Sebab tu saya selalu cakap, hal-hal berkaitan ekonomi dan kewangan tak payah dengarlah pendapat ahli politik yang tak ada kelayakan, pengalaman atau kepakaran dalam bidang itu.
Bukan sahaja apa yang mereka cuba propaganda kan itu salah, faktanya pun salah.
Pertama sekali hutang kerajaan persekutuan belum lagi mencecah RM1 trillion seperti yang didakwa di dalam grafik tersebut. Setakat suku ke-4 2017, hutang kerajaan persekutuan dicatatkan pada RM632.67 billion.
Najib Razak juga tidak mengumpul RM1 trillion hutang kerajaan seperti yang didakwa. Semasa mengambilalih tampuk kepimpinan negara pada tahun 2009, hutang kerajaan persekutuan adalah sejumlah RM308.27 billion, pada hujung tahun 2017 jumlah hutang adalah RM632.67 billion, maka Najib Razak sebenarnya "mengumpul" RM324.4 billion hutang sejak beliau menjadi Menteri Kewangan, bukannya RM1 trillion.
Malah sebahagian hutang yang diterbitkan pada zaman Dr. Mahathir bin Mohamadpada tahun 1998 dan 2003 masih lagi belum dilangsaikan kerana tempoh hutang (bon) yang diterbitkan bagi tempoh 20 tahun masih belum sampai ke tarikh matang (untuk ditebus atau dibayar semula).
Pun begitu seperti yang banyak kali sudah saya terangkan hutang kerajaan persekutuan bukanlah suatu perkara negatif atau masalah yang perlu diselesaikan: https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10210551448120442
Memang sebahagian daripada hasil kerajaan digunakan untuk membayar faedah atau bunga kepada hutang/bon kerajaan. Pada tahun 2016, RM26.5 billion atau 12% daripada RM212 billion hasil kerajaan digunakan untuk membayar faedah hutang kerajaan.
Hasil kerajaan termasuklah cukai-cukai yang dikutip daripada rakyat seperti cukai pendapatan, GST, duti eksais dan sebagainya. Jadi secara teknikalnya rakyat yang membayar faedah hutang kerajaan persekutuan setiap tahun. Tetapi bukanlah seperti yang dipropagandakan Dyana Sofya dan gerombolan pembangkang seolah-olah hutang kerajaan mesti dilangsaikan dalam masa 5 tahun ataupun perlu ditolak dengan gaji pekerja-pekerja muda.
Bebanan hutang kerajaan secara tidak langsung yang ditanggung rakyat melalui cukai yang dikutip tidak bertambah selagi kadar cukai tidak dinaikkan. Kadar GST masih kekal 6%, kadar cukai pendapatan pula sudah dikurangkan sejak beberapa tahun lepas. Jika jumlah bayaran cukai anda bertambah setiap tahun pun ianya kerana anda berbelanja dengan lebih banyak (bayar GST lebih banyak) atau pendapatan anda meningkat (bayar cukai pendapatan lebih banyak), bukannya kerana hutang kerajaan meningkat.
Malah sebenarnya faedah atau bunga yang dibayar oleh kerajaan juga sebenarnya mengalir semula kepada rakyat melalui dividen KWSP, KWAP (duit pencen), interest di dalam akaun simpanan, semasa dan fixed deposit serta faedah insurans.
Lebih separuh atau RM367 billion hutang kerajaan dimiliki oleh KWSP, KWAP, bank-bank dan institusi-institusi kewangan tempatan serta syarikat-syarikat insurans. Mereka melabur di dalam hutang atau bon kerajaan kerana hutang kerajaan adalah aset yang paling selamat di dalam semua kelas aset yang terdapat di dalam pasaran kewangan. Kerajaan hampir pasti tidak akan gagal membayar faedah hutang mereka setiap tahun.
Faedah hutang yang dibayar oleh kerajaan sebenarnya adalah pendapatan kepada rakyat.
Tidak masuk akal kerajaan nak tolak duit daripada gaji anda untuk membayar hutang mereka. Sesiapa yang ada di dalam slip gaji mereka "deduction" untuk membayar hutang kerajaan sila buat laporan polis kerana anda sebenarnya ditipu oleh majikan anda. Tapi tak tahu la pulak kalau mereka yang bekerja dengan DAP, gaji mereka ditolak untuk membayar hutang kerajaan?
Yang dibayar setiap tahun adalah faedah/bunga hutang kerajaan. Prinsipal hutang kerajaan tidak dibayar secara langsung menggunakan hasil kerajaan atau duit pembayar cukai. Untuk melangsaikan atau menebus hutang kerajaan yang telah matang, kerajaan hanya perlu menerbitkan hutang/bon baru.
Tahun lepas (2017) contohnya, kerajaan menebus RM73.2 billion hutang yang telah matang dengan menerbitkan RM113.9 billion hutang baru. Lebihan daripada terbitan hutang itu sejumlah RM40 billion digunakan untuk membiayai defisit kerajaan persekutuan atau lebih spesifik perbelanjaan pembangunan kerajaan.
Itulah "kuasa" atau kebolehan sesebuah kerajaan. Bayar hutang lama dengan membuat hutang baru. Kerana kewangan kerajaan bukan seperti kewangan peribadi atau kewangan isi rumah. Semua kerajaan dalam dunia melakukan benda yang sama. Malah itulah yang dilakukan Malaysia sejak negara ini wujud.
Kerajaan tak perlu tolak gaji rakyat untuk bayar hutang.
Tidak logik juga hutang kerajaan akan mencecah RM2 trillion pada tahun 2025.
Setiap tahun kerajaan hanya menambah hutang bersih sejumlah RM40 billion setiap tahun. 7 tahun dari sekarang, secara purata kerajaan hanya akan menambah RM280 billion menjadikan jumlah hutang lebih kurang RM900 billion, bukannya RM2 trillion seperti yang dipropagandakan Dyana Sofya.
Hutang kerajaan yang bertambah tidak akan mempengaruhi kebolehan orang muda untuk membeli kereta baru atau rumah apatah bercuti ke luar negara.
Tidak ada halangan untuk anda membeli apa sahaja yang anda mampu atau bercuti ke mana sahaja sekiranya anda mempunyai wang. Kerajaan tidak mengambil duit anda atas dasar untuk membayar hutang. Cukai yang dikutip melalui cukai pendapatan dan GST adalah untuk pembangunan negara. Seseorang tidak akan membayar cukai efektif begitu banyak sehingga memakan sebahagian besar gajinya.
Malaysia juga tidak akan menjadi seperti Greece atau Venezuela kerana hutang kerajaan kerana pertama Malaysia mempunyai kedaulatan monetari (monetary sovereignty) sendiri iaitu kebolehan mengawal bekalan wang (money supply) bukan seperti Greece yang tidak boleh mencetak matawang Euro dan keduanya 98.8% hutang kerajaan Malaysia adalah dalam Ringgit dan bukannya matawang asing. Hanya RM16.6 billion hutang kerajaan dalam matawang asing lain seperti USD dan Yen. Tidak ada risiko kerajaan Malaysia akan menjadi seperti Greece mahupun Venezuela.
Dyana Sofya juga perlu bezakan di antara hutang kerajaan dengan hutang luar negara. Hutang luar negara Malaysia pada tahun 2017 berjumlah RM883 billion pun tak sampai RM1 trillion seperti yang didakwa. Hanya 23% daripada RM883 billion itu adalah hutang luar kerajaan yang merangkumi hutang kerajaan dalam Ringgit yang dimiliki oleh pelabur asing. Selebihnya adalah hutang yang dibuat oleh sektor swasta. Kalau ada orang luar simpan duit di dalam bank Malaysia ianya juga akan dikira sebagai hutang luar negara.
Bacaan lanjut hutang luar negara boleh dibuat disini: https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10212011705865973
Berhati-hatilah menyebarkan sesuatu yang anda tidak pasti. Ahli politik seperti Dyana Sofya, kerjanya mempolitikkan semua benda termasuklah hutang kerajaan. Tatkala dia sibuk berjoli sana sini, dia menyebarkan fakta palsu tentang hutang kerajaan untuk membuatkan anda benci kepada kerajaan.
Siapa sahaja jadi kerajaan ataupun Perdana Menteri selepas PRU14 tidak akan mengubah fakta bahawa hutang kerajaan tidak akan dibayar melalui gaji anda.
p.s. Tahukah anda nisbah hutang kerajaan persekutuan kepada saiz ekonomi negara menurun kepada 50.8% tahun lepas (2017) berbanding 52.7% pada tahun sebelumnya (2016)?
Rujukan:
1. Federal Government Domestic Debt by Holder - BNM: http://www.bnm.gov.my/…/publication/msb/2018/1/xls/3.1.5.xls
2. Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016 - Jabatan Akauntan Negara: http://www.anm.gov.my/…/Penyata-Kewangan-Kerajaan-Persekutu…
3. Summary of Government Issuances and Redemption - BNM: http://bondinfo.bnm.gov.my/portal/server.pt…
5. Economic and Financial Data for Malaysia - BNM: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic_nsdp#fiscal

Rabu, 28 Februari 2018

Malaysia Malang : Bila Isu Rasmi Tudung Di Zouk Lebih Penting Dibahas Dari Isu Pendidikan & Kemiskinan.

Oleh : ZF Zamir

SAYA mengambil masa lebih daripada 24 jam untuk mula menulis ayat ini : “Hari ini adalah hari yang menyedihkan untuk Malaysia.”


  
Saya teringat hari sebelumnya ketika melintas dari bangunan Axiata ke KL Sentral, di rembang petang yang hangat ketika orang-orang bekerja mulai memenuhi stesen LRT untuk bergerak pulang ke rumah.

Saya dan Amir baru pulang dari pelancaran laporan Unicef dengan kerjasama DM Analytics bertajuk “Kanak-kanak pinggiran: Satu kaji selidik mengenai kemiskinan dan penafian hak kanak-kanak bandar di rumah pangsa di Kuala Lumpur”.

Kami berhenti di sebuah kafe di lantai bawah KL Sentral dan memesan air. Kami baru saja selesai berdepan dengan satu daripada dapatan paling menyakitkan, yang tidak pernah kita semua bayangkan terutama ketika Wawasan 2020 bakal menjelang kurang dari 2 tahun saja lagi.

Dapatan ini mengingatkan saya kepada tahun-tahun awal aktivisme saya dalam bidang pendidikan. Enam tahun yang lalu, saya mengajar di sebuah sekolah di Wangsa Maju. Sekolah ini menerima pelajar dari dua latar belakang yang berbeza. Sebahagian kecilnya dari keluarga yang menetap di kondominium dan duduk di kelas-kelas hadapan, dan sebahagian besarnya dari rumah pangsa sekitar yang menduduki kelas-kelas corot.

Pernah satu hari ketika selesai menjalankan kelas tambahan untuk anak-anak kelas hujung ini, seorang anak perempuan memujuk saya agar tidak menghantarnya pulang ke rumah pangsanya. Jam pada ketika itu sekitar 3 petang dan saya bertanya kepadanya mengapa. Jawapannya mengubah sudut pandang dan cara saya berfikir terhadap anak-anak ini, golongan marginal dan terpinggir yang tak ada siapa peduli.



Anak itu menjawab, dia tidak mahu pulang kerana datuknya gemar mengganggunya jika tiada orang lain di rumah. Saya akhirnya membawa anak-anak ini makan di sebuah kedai untuk membuang masa sebelum menghantar mereka pulang lewat petang.

Laporan ini dengan jelas mendedahkan walaupun Malaysia semakin maju dari segi pembangunan fizikal dengan pembukaan pusat beli belah baru setiap bulan di Kuala Lumpur, pembinaan laluan MRT3 dalam masa terdekat dan menara lebih tinggi dari KLCC yang bakal siap tak lama lagi, anak-anak Malaysia yang hidup di flat kos rendah dan rumah pangsa di sekitar Kuala Lumpur dinafikan hak dan mereka hidup di bawah paras kemiskinan.

Dilarang makan makanan sihat

Menurut laporan tersebut, 22% anak 4 tahun di rumah pangsa mempunyai tumbesaran yang terbantut; 20% anak bawah 5 tahun kurus kering manakala 15% anak ini kurang berat badan. Angka-angka ini malah lebih tinggi dari purata kebangsaan dan Kuala Lumpur. Purata kadar bantut KL ialah 11%, kurus kering 9% dan kurang berat badan ialah 8%.

Ini bermakna prestasi Malaysia dalam melarang anak-anak rumah pangsa mendapat makanan yang berzat dan berkhasiat meletakkan mereka di tangga ke-3 dalam kategori bantut mengalahkan Thailand (16.3%) dan Singapura (4.4%); tangga ke-8 dalam kategori kurus kering mengalahkan Filipina (7.9%), Myanmar (7.0%) serta Thailand (6.7%), Vietnam (6.4%), Laos (6.4%), Singapura (3.6%) dan Brunei (2.9%).

Dalam kategori kurang berat badan juga prestasi Malaysia begitu memberansangkan dengan mengalahkan Brunei (9.6%), Thailand (9.2%) dan Singapura (3.3%). Prestasi Malaysia yang begitu menyerlah ini bahkan meletakkan peratusan anak bantut Malaysia lebih ramai dari Ghana (18.8%).

Lebih mengerikan, 1 daripada 10 anak kita makan kurang dari 3 kali sehari (12%), 97% ahli keluarga berpendapat harga makanan berkhasiat mahal dan 1 dari 2 anak tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan.

Dilarang belajar dan bermain

Laporan ini juga melaporkan 51% anak berumur 5 dan 6 tahun tidak menghadiri prasekolah; 2% anak berumur dari 7 ke 17 tahun tidak bersekolah; 4 dari 10 ahli rumah tidak membekalkan permainan kepada anak berumur kurang dari 5 tahun serta 31% ahli rumah tidak mempunyai buku untuk anak-anak berumur di bawah 18 tahun.

Ini bermaksud, bukan saja ramai anak-anak rumah pangsa ini tidak menghadiri pendidikan awal kanak-kanak, mereka juga dilarang untuk memiliki permainan. Mereka dilarang untuk belajar bahkan dilarang untuk bermain. Generasi ini juga dilarang untuk membaca kerana tiada dibekalkan dengan buku.

Dan untuk anak-anak yang mahu belajar pula, 8 dari 10 anak belajar di ruang tamu yang sempit dan menyesakkan. Ini bermakna mereka dilarang untuk belajar dalam keadaan yang kondusif.

Miskin dan pemalas

Namun di sebalik naratif orang miskin adalah golongan pemalas dan mempunyai masalah sikap, laporan ini mendedahkan bahawa 9 dari 10 orang mempunyai pekerjaan (88%).

90% dari mereka ini bekerja sepenuh masa, 1 dari 3 orang tidak mempunyai jaringan keselamatan sosial dan yang lebih penting, mereka bekerja lebih masa tetapi beroleh pendapatan yang lebih rendah berbanding pekerja biasa iaitu RM 9 sejam berbanding RM12 (standard kebangsaan).

Dapatan ini sebenarnya meruntuhkan naratif dan tanggapan umum bahawa orang miskin adalah pemalas. Dan kesemua data laporan yang dikemukakan ini jika dianalisis lebih dalam sebenarnya menimbulkan lebih banyak persoalan.

Pertama, mengapa masalah bantut dalam kalangan anak kecil tidak kita selesaikan 30 tahun yang lalu?

Kedua, kehadiran dua ekstrem di antara masalah bantut dan kurus kering dengan masalah obes (12.7%) menunjukkan gaya pemakanan yang tidak sihat iaitu sama ada (i) adakah makanan tidak sihat lebih mudah didapati atau (ii) adakah makanan berkhasiat mahal dan sukar diperolehi?

Ketiga, mengapa hampir 50% anak kecil di rumah pangsa tidak menerima pendidikan awal kanak-kanak?

Apakah agensi kerajaan terutama dalam sektor pendidikan tidak sedar akan ‘blindspot’ ini dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2025?

Keempat, adakah pihak berkuasa sedar hampir 7% penduduk KL hidup di bawah paras kemiskinan dan hampir 85% isi rumah dianggap miskin bandar dengan pendapatan isi rumah untuk warga rumah pangsa hanyalah RM575 berbanding pendapatan isi rumah untuk semua warga Kuala Lumpur dalam kumpulan B40 iaitu RM3,248?

Saya masih ingat beberapa minggu yang lalu Dr Muhammed Abdul Khalid, ketua kumpulan pengkaji yang menghasilkan laporan ini mengingatkan kepada saya bahawa produktiviti negara bakal terjejas dalam masa 30 tahun ke depan jika masalah generasi bantut ini tidak ditangani dengan betul.

Ini bahkan mengingatkan saya kepada soalan seterusnya iaitu, jika ekonomi negara semakin berkembang, mengapa kemakmuran tidak dapat dinikmati oleh semua orang, terutamanya kepada anak-anak kecil kita?

Adakah kita telah melakukan yang terbaik untuk anak-anak kita? Mengapa ada sebahagan dari anak kecil kita yang dinafikan hak untuk belajar dan bermain atau untuk membesar dengan sihat?

Dan sebenarnya semakin banyak soalan perlu dirungkai. Apakah rancangan pihak berkuasa terhadap pembandaran dan urbanisasi?

Adakah isu orang miskin hanya akan dibincangkan di dalam forum seperti World Urban Forum (WUF) semata-mata tanpa melibatkan polisi aktif di pihak berwajib?

Semua persoalan ini sangat menyakitkan. Ini kerana GDP ekonomi kita berkembang 10% setiap tahun semenjak 1970 dan kadar kemiskinan berjaya mencecah angka 0%.

Kita harus berasa malu kepada anak-anak kita kerana telah gagal menyediakan suasana yang lebih baik dan menunaikan segala hak dan tanggungjawab negara kepada mereka. Tetapi lebih kita harus lebih malu kerana masyarakat lebih gemar untuk bercakap mengenai penutup kepala wanita berbanding anak-anak terpinggir miskin bandar yang didedahkan dalam laporan ini.

Sesungguhnya, hari ini adalah hari yang menyedihkan buat Malaysia kerana masyarakat membuktikan tudung lebih penting dari hal anak-anak miskin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...