Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 9 Jun 2012

Najib lawan fatwa Syeikh Yusof Al-Qardhawi pula..

Sorry bukan aku yang cakap. Tapi najib. Mungkin penyokong2 UMNO tak boleh terima najib tersasul sampai melalut tetapi itulah hakikatnya. Piem wasatiyah korang memang suka merepek dulu berbanding siasat sebelum komen melulu.

Apa pun korang perhatikan sendiri kenyataan najib kat bawah neh oke ;


Justeru, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak mencontohi perhimpunan BERSIH 3.0 yang bertukar ganas pada April lalu dan tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang kononnya ulama terkenal, Yusof al-Qardawi mengeluarkan fatwa rakyat Malaysia wajib menumbangkan kerajaan.

“Saya hairan, ada pemimpin pembangkang kata fatwa Yusof al-Qardawi boleh dipakai... halal menggulingkan kerajaan zalim. Sebenarnya, fatwa itu dibataskan hanya kepada Mesir dan Libya tetapi tidak bagi Arab Saudi, Qatar, Malaysia dan negara lain,” katanya. -BHO-

1. SYQ tidak mengeluarkan apa2 fatwa mengenai kerajaan malaysia buat masa sekarang neh. Aku tak dengar pun dia cakap macam tue. Direct menyebut wajib menumbangkan kerajaan zalim di malaysia. Dia langsung tak pernah sebut atau apa, so aku tak faham mana najib dapat info tersebut. 

2. Najib cakap ;
 Saya hairan, ada pemimpin pembangkang kata fatwa Yusof al-Qardawi boleh dipakai... halal menggulingkan kerajaan zalim. Sebenarnya, fatwa itu dibataskan hanya kepada Mesir dan Libya tetapi tidak bagi Arab Saudi, Qatar, Malaysia dan negara lain,”

SYQ ada menyebut menumbangkan kerajaan yang zalim memang dibolehkan. Dan dia bercakap mengenai negara2 yang zalim terhadap rakyat marhaen. Dia sikit pun tak sebut nama negara malaysia oke.

Bagaimanakah mahu menumbangkan kerajaan yang zalim ?  

SYQ mengariskan tiga panduan penting iaitu ;

1. Dengan menggunakan kekuatan / Bala tentera.

2. Peti undi jika menggunakan sistem demokrasi.

3. Kuasa rakyat = berdemo.

Bersih tiada kaitan dengan mana2 medium di atas sebab bersih bukan nak tumbangkan kerajaan bien tapi nak reform spr. Dan SPR bukan sebahagian dari parti politik bien. Selesai satu perkara.

Di malaysia, kita menggunakan kaedah no 2. Dan itu lah juga kaedah yang PR buat zaman berzaman. Bukan nya PR ajak berperang dan saling berbunuhan. Cuma memohon rakyat menggunakan kuasa undi jek. 

Itupun najib gabra semacam siap nak menyangkal fatwa SYQ. Kalau nak sangkal sangat, sangkal lah. Tapi apa salahnya sangkal setelah memahami fatwa dan perincian nya? Bukan main sangkal jek macam sekarang. Buat malu jek ada piem macam neh.


Bukan sekali, berkali2 dah mempersendakan ulama dan hukum islam. Walaupun aku tak hadap pemimpin aku maksum dan sempurna tapi at least benda yang melibatkan hukum dan ketetapan dalam islam tue jangan lah dok buat main2 dan perleceh tak tentu pasal.

Walaupun aku bukan orang baik dan alim tapi at least aku mengharapkan pemimpin yang baik dan alim supaya sedikit sebanyak aku boleh menjadikan dia contoh untuk aku semakin baik dan alim. Tapi neh belum pape, pemimpin dah hancur, macam mana larh rakyat tak terikut2. Heh. 

Ameno : Najib, ko je lah buat fatwa, keluar hukum dan jadi ulama. Dah terer sangat kan. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...