Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 15 November 2016

Sayalah Orang Pertama Yang Arahkan Siasatan #1MDB, Kata Najib Kepada Media Jepun.

Hak ala.

Slumber gile kaw dia membohong.

Semua orang di Malaysia tahu siasatan ke atas 1MDB berlaku disebabkan serangan Mahathir ke atas Najib dan tekanan dari pihak pembangkang yang membawa sentimen rakyat yang mempersoalkan isu 1MDB. Disebabkan tekanan-tekanan tersebutlah akhirnya siasatan dijalankan tapi itupun penuh dengan kepelbagai jenis halangan dan cabaran.

Beberapa Perkara Yang Korang Tak Tahu Tentang The All New Proton Persona 

Siapa boleh lupa apa yang terjadi ke atas Zeti, Ghani dan Abu Kassim?

Siapa boleh lupa 2 orang pegawai kanan SPRM diarahkan pindah secara mendadak sebelum keputusan itu ditarikbalik selepas menerima kecaman umum?

Siapa boleh lupa jawatankuasa siasatan khas #1MDB dibubarkan secara tiba2 selepas Ghani Patail berhenti (diarahkan bersara awal)?

Siapa boleh lupa yang siasatan Jabatan Audit Negara tentang 1MDB dimasukkan ke dalam OSA?

Siapa boleh lupa PAC yang menyiasat #1MDB, boleh pula off record butiran2 tertentu (siapa baca laporan itu pasti faham point aku neh)?

Ayoyooo Najib.

Kau nak menipu tak beragak langsung kan?


Bercakap kepada Nikkei Asian Review, Najib menyatakan dia ialah individu pertama yang mengarahkan satu siasatan terperinci ke atas 1MDB.

Dalam temubual tersebut, Najib menyatakan dia memberikan sepenuh kerjasama sepanjang proses siasatan 1MDB dan dia la yang mengarahkan beberapa agensi kerajaan menyiasat tentang proses pengurusan dan dakwaan penyelewengan yang dikaitkan dengan 1MDB.

Semua proses siasatan berjalan seiringan dengan undang-undang negara. Walaubagaimanapun isu 1MDB telah dipolitikkan oleh pihak tertentu dalam negara untuk mencapai sesuatu tujuan (secara peribadi).

Bahkan ada pihak-pihak yang memberikan maklumat palsu dan butiran tidak lengkap tentang 1MDB kepada pihak berkuasa luar negara.

Pihak luar tak seharusnya terlalu masuk campur dalam urusan politik dalaman Malaysia. 

Ini kenyataan Najib yang kau semua boleh baca kat sini.

Wawancara ini adalah bersempena lawatan kerja Najib ke Jepun selama 3 hari. Tak pastilah Riza dan Arul ada ke takde dalam lawatan kerja tersebut. Kalau ada pun mesti Najib dah sorok elok2 supaya tak terkantoi lagi buat kali kedua macam kes di China hari tu. Kalau tak kena makan maki lagi la jawabnya.

KAHKAHKAH

Btw, statement Najib tentang 1MDB nampak sangat dia mempertahankan 1MDB yang mana terbukti gagal bahkan kerugian teruk. Isu penyelewengan 1MDB terbukti merupakan satu fakta juga.

Ini bukan tuduhan rambang. Baca sini untuk tahu kenapa. Dan nak sambung gelak bahak-bahak jap. Najib? Orang pertama arahkan siasatan ke atas 1MDB? Are you seriyus, Najib?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...