Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 16 November 2016

Adam Dulu Duduk PPRT Aje, Selepas Kerja Dengan Zuraidah Terus Jadi Kaya-Raya Kata Kenalan..

Kenalan katanya. 

Tetapi Adam lebih mengetahui samada individu yang sebarkan perkara di bawah neh kawan dia ataupun bukan ;



Dan, dia la yang melakukan hebahan bahawanya Adam Rosly ;

1. Tinggal di flat PPRT

2. Lepasan SPM

3. Selepas bekerja dengan Zuraidah dalam masa dua tahun telah menjadi kaya 

4. Mampu membeli rumah banglo bernilai 7 juta

5. Memiliki beberapa kenderaan mewah

6. Sejak 2016 lagi Adam dan keluarga menjadi proksi kepada Zuraidah dan ADUN disitu (ADUN Ampang kah?)

7. Makan komisen atas angin lepas orang2 atas park duit atas nama Adam dan keluarga Adam

----------

Sebab itulah ramai orang asyik kata Adam neh duduk PPRT.. rupa2nya datangnya dari penulisan di atas. Jika benar si Adam neh duduk PPRT at least mesti ada bukti gambar ke ataupun kesaksian dari bekas jiran-jirannya.

Bukan apa. Cara percakapan tu nampak macam dah lama si Adam neh duduk PPRT.. so bila dah lama tinggal kat situ takan takde 'sebatang' jiran pun yang boleh jadi saksi kan? Tun Carlos neh 'proksi' Najib. Kita tak boleh terima kesaksian dia bulat-bulat, agak menakutkan untuk mempercayai budak2 UMNO neh sebenarnya.

Btw. Katanya ADUN kat situ pun terlibat sama. Bila kita google ADUN Ampang, kita dapati kerusi itu dimiliki oleh 5 orang wakil rakyat. Ada Azmin, Iskandar, Saari, Tuan Kassim, Tiew Way Keng. (rujukan)

Siapa yang dia maksudkan neh? Azmin MB Selangor? Iskandar dan Tuan Kassim dari PAS. Saari dari AMANAH. Manakala Tiew dari DAP. Kena sebut la siapa sebab kalau tak orang mesti syak semua. Tu pun kalau nak rasa syak la kan.

Bila kita lihat pada penyebaran gambar, ya juga di sekeliling tempat Adam tinggal, memang sekitarnya kawasan perumahan setinggan. Adam pula mengatakan dia membeli rumah tersebut dengan harga 1 juta melalui jualan lelong. Bapanya ahli perniagaan.

Bagi aku benda neh senang je nak buktikan. 

Pertama, mesti ada bukti jual-beli lelong neh. Jual beli lelong neh leceh gila. Dan untuk bank bagi pinjaman (takan Adam beli cash kot?) mestilah Adam boleh buktikan pendapatan dia layak untuk membeli rumah tersebut. Tak boleh gunakan pendapatan bapanya melainkan beli menggunakan nama bapanya. Tapi Adam dah dapat title Datuk. Walaupun dari Pahang still title Datuk juga. Btw, kebiasaannya orang memang akan meragui title Datuk dari Pahang sebab selalunya dikaitkan dengan sindiket jualbeli gelaran Datuk.

Kedua. Adam dah boleh umumkan jenis perniagaan bapanya. Almaklumlah, kalau anak dah datuk, bapanya pun mestilah kategori orang yang ada-ada juga memandangkan ahli perniagaan yang berjaya. Kalau dah kaya raya mestilah di anggap berjaya kan.

Ketiga. Adam neh AMK Ampang. Ketua. Takan baru masuk parti terus jadi ketua, ye tak? Mestilah lalui satu proses dari bawah ke atas. So, dalam pada dok bergaul2 dengan ahli2 AMK yang lain, takan la dorang tak perasan kekayaan Adam dan bapanya sepanjang dia berada dalam AMK, kan? Mereka2 neh boleh la voice out serba sedikit. 

Selain dari rumah, Adam juga ada koleksi kereta yang super-havoc. At least pendapatan Adam mestilah di angka yang begitu menyakinkan bank untuk membolehkan dia membeli kereta2 tersebut. Takan beli cash pula ye tak? Kalau beli cash kira banyak juga cukai yang Adam bayar neh. LHDN kalau kita beli rumah atau kereta cash, dorang awal2 dah mark kita tau! Nak collect cukai. 

Selain dari penyebaran di atas, bebudak UMNO sekarang sedang sebarkan ini pula ;


Dorang kata Adam sedut api dan air secara curi. Ah ini gambar yang diambil di hadapan pintu masuk rumah Adam. Bab tu serahkan kepada Adam untuk menjawabnya.

Adam dalam hujah mempertahankan diri menegaskan bahawanya dia bersih dari sebarang amalan salah laku dan tindakan undang-undang akan diambil ke atas individu (Jamal) kerana melakukan pertuduhan ke atas Adam. Adam juga menegaskan jika benar dia mengambil dana haram, tak mungkin dia membinanya di hadapan orang ramai. Orang boleh nampak benda macam tu. Dia beli rumah tu pun sebab nilai lelongannya sangat murah. 1 juta je.

Haha.

Dan ini, aku petik penulisan dari tahun 2013.


Nama : Adam Rosly
Umur : 26 tahun
Pendidikan : SPM

Apa yang penulis akan coretkan di sini merupakan sumber yang diberikan oleh kepimpinan PR Ampang sendiri yang tidak berpuas hati dengan mamat di atas ini. Tak perlulah penulis mention sama ada parti PKR, PAS ataupun DAP sebab yang pentingnya, ketiga-tiga parti ini memang haprak.

Berbalik pada story asal, inilah ceritanya.

Ada seorang tokoh korporat yang berstatus 'Tan Sri' telah berniat ikhlas untuk memberikan sumbangan peribadi untuk pembangunan & maintenance sebuah Masjid di dalam kawasan Lembah Jaya, Ampang. Sumbangan yang disampaikan Tan Sri tersebut tidak sampai jutaan RM tapi bagi rakyat seperti saya, jumlah RATUSAN RIBU RINGGIT itu memang banyak.

Untuk info, Lembah Jaya terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di mana wakil rakyatnya terdiri daripada wakil PAS iaitu Kassim Abd Aziz dan Parlimennya pula dipegang oleh PKR, Zuraidah Kamaruddin.
Al kisahnya bermula apabila duit sumbangan Tan Sri terbabit telah diselewengkan secara senyap oleh seorang budak mentah yang berusia awal 20an dan tidak mempunyai kerjaya dan kelulusan. Yang menjadi persoalannya, menurut sumber di Lembah Jaya. Si mamat Adam Rosly ni mempunyai beberapa buah kenderaan mewah yang secara logiknya memang tidak harus ada oleh seseorang yang tinggal di Apartment Projek Perumahan Rakyat di sana.

Duit yang diselewengkan Adam Rosly ini sememangnya diketahui oleh ADUN Lembah Jaya yang merupakan master mind dan perancang utama. Duit yang sepatutnya digunakan untuk tujuan mulia telah disalah gunakan untuk tujuan peribadi. Sungguh memalukan lagi apabila si Adam Rosly menggunakan wang haram tersebut untuk tujuan beli undi bagi menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Ampang. Secara logiknya, memang budak ni tak boleh menanglah sebab dia sendiri tidak mempunyai ground personal touch dengan penduduk di sana.

Oleh kerana tidak berjaya mendapatkan jawatan dalam PAS, ADUN Lembah Jaya si Kassim tadi tu pun mengesyorkan Adam Rosly melompat ke dalam PKR kerana masih ada ruang dan peluang untuk Adam Rosly ni menempatkan diri dia di dalam kepimpinan PKR Ampang.

Dengan izin dan green light daripada Zuraidah a.k.a Mak Lampir yang memegang tampuk kepimpinan PKR di Ampang maka pelan yang dirancang oleh ADUN Lembah Jaya pun berjaya di dalam PKR. Dengan kadar segera tiba-tiba budak ni dilantik pula memegang jawatan selaku Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan restu Mak Lampir.
Secara tidak langsung dengan perlantikan ini, Mak Lampir telah berjaya meletakkan Adam Rosly pada kedudukan jawatan tertinggi dalam PKR Bahagian Ampang dan sekali gus memangku terus jawatan selaku Pembantu Khas Mak Lampir, perghhh pantas.

Timbul rasa tidak senang di kalangan ahli-ahli dan orang-orang PR di sana yang seakan-akan tidak diiktiraf pengorbanan mereka menaikkan Mak Lampir di Ampang pada PRU yang lepas. Sudahlah banyak kali Mak Lampir buat hal di Ampang, mereka pula banyak cover tingkahlaku buruk YB ini dengan pelbagai alasan. Ini termasuklah semasa terjadinya banjir kilat di Ampang dan Hulu Langat di mana Mak Lampir gagal membantu penduduk di sana sehingga menyebabkan UMNO dan BN turun padang menyelesaikan masalah tersebut.

Adam Rosly seperti yang diberitahu oleh sumber, dia merupakan proksi kepada 2 orang wakil rakyat yang tamak iaitu ADUN Lembah Jaya & YB Parlimen Ampang. Banyak duit korupsi kedua-dua pemimpin ini dimasukkan dalam account budak sorang ni.

Something yang geng2 guaman Adam neh boleh consider untuk ambil tindakan seterusnya bagi mengekang persepsi buruk yang boleh menjejaskan imej diri dan parti.
Oleh kerana kes ini akan dilaporkan kepada SPRM oleh geng2 Jamal dan akan dibawa ke pengetahuan LHDN juga, kita tunggu je la perkembangan selanjutnya macam mana. Apa pun nasihat aku kepada Adam, dedahkan je jenis perniagaan kau dan bapa kau untuk mengekang tohmahan ini dari berlanjutan. Itu antara point bela diri yang kukuh sebetulnya. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...