Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 15 November 2016

Rakaman Video Membuktikan Jamal Tertumbuk Dirinya Sendiri & 3 Orang Ini Memang Pro #BERSIH5 Bukan Agen Provokasi.

Sebelum ini telah tersebarnya satu gambar yang menunjukkan 3 orang lelaki yang memakai baju #BERSIH5 bergambar bersama Jamal dan mereka ini telah dituduh sebagai agen provokasi yang akan menyelinap ke dalam #BERSIH5 bagi mencetuskan kekacauan dan menimbulkan huru hara pada hari perhimpunan kelak.

Penyebaran gambar itu diturut mendapat perhatian Maria Chin dengan menyeru agar pendemo2 BERSIH 5 pada masa berhimpun kelak berhati2 dengan sebarang provokasi yang mungkin dilakukan oleh beberapa individu bagi mencetuskan suasana yang tegang.



Namun sebenarnya gambar di atas bukanlah merujuk kepada ahli kumpulan Jamal sebaliknya ketiga-tiga individu di dalam gambar tersebut sememangnya adalah penyokong #BERSIH5.

Mereka ialah ahli parti PKR Bukit Antarabangsa. Dan penyebaran gambar itu sebenarnya membuatkan mereka mendapat imej buruk kerana dianggap sebagai 'geng Jamal'.

Menurut laporan dari The Sun Daily pula, Jamal dipetik sebagai berkata bahawanya dia terserempak dengan penyokong-penyokong #BERSIH5 (gambar) ketika mahu menunaikan solat Zohor.

Dan selepas Jamal menasihati ketiga-ketiga remaja penyokong #BERSIH5 itu akhirnya mereka insaf dan kembali bertaubat dengan tidak lagi mahu menyokong #BERSIH5.

Menurut Jamal, dia sangat menghargai golongan remaja dan doanya dimakbul Tuhan apabila ketiga2 remaja itu tidak lagi menyokong #BERSIH5. (rujukan)

Kah Kah Kah!

Apa punya pembohong la Jamal kau neh.

Dalam pada itu, Kinitv menyebarkan dua rakaman video gerak perlahan bagi menganalisis kejadian sebelum hidung Jamal berdarah bagi mencari kepastian siapakah individu yang menyebabkan hidung Jamal berdarah.

Rujuk video satu & video dua.




Dan satu lagi ; 




Hah. Bagaimana ini dikatakan Jamal menumbuk dirinya sendiri? Sebelum kejadian, Jamal telah diarahkan oleh polis untuk kebelakang dan kalau dia nak keluar pun, sila keluar ikut laluan belakang. 

Namun Jamal berkeras mahu keluar menggunakan laluan tersebut. Demi laluan itu, Jamal menolak polis yang 'escortnya' ke belakang secara kasar. Ketika itu beberapa pengawal keselamatan Jamal turut bersama Jamal.

Disebabkan keadaan yang huru hara itu, yang diwujudkan oleh Jamal sendiri, mereka saling tolak menolak, yang mana polis tolak Jamal ke belakang sebagai langkah pertahankan diri manakala Jamal pula asyik mengepak-ngepak tangannya macam sotong kurita, tak boleh duduk diam, sekejap ke sana sekejap ke sini membuatkan polis punya tangan terkena hidung Jamal.



Pun begitu netizens tetap mempertikaikan keadaan itu boleh membuatkan hidung Jamal berdarah memandangkan tangan polis itu hanyalah seperti tersentuh lembut ke muka Jamal.

Dalam rakaman kedua pula menunjukkan seolah-olah jam tangan yang dipakai Jamal seperti terkena sedikit ke arah hidungnya yang membuatkan Jamal terpaksa memalingkan mukanya selepas terkena sentuhan tersebut.

Jamal kemudiannya terjatuh. Pengawal keselamatan Jamal turut memakai jam tangan. Ketika Jamal terjatuh inila kedua-dua pengawal keselamatan Jamal bertindak macam terkena sawan bagi menjarakkan posisi Jamal dengan pengawai polis.

Netizens lebih mempercayai bahawanya hidung Jamal berdarah adalah disebabkan terkena jam tangannya sendiri atau jam tangan yang dipakai oleh pengawai keselamatannya bukannya kerana ditumbuk polis. Oleh itu salam padan muka dari netizens kepada Jamal Yournose.

Kah Kah Kah!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...