Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Jamal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jamal. Papar semua catatan

Isnin, 2 Januari 2017

Pelik Tapi Benar, Kerana Serbu Pusat Judi, Jamal Samseng Dipuji & Disokong Ramai Netizens.

Aku pernah cakap dulu. Jangan underestimate modus operandi Jamal. Gila dia bukan sebarang gila. Gila dia berjaya memperbodohkan EXCO negeri Selangor.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan aksi Jamal yang berjubah dan kopiah untuk serbu beberapa pusat judi haram di sekitar Selangor.

Sebenarnya isu perjudian di Selangor bukan isu baru. Aku sejujurnya tiada fakta kes tentang ini tetapi hasil kaji selidik dengan beberapa rakan yang menetap di Selangor, mereka ada maklumkan kegiatan judi haram semakin bertambah dan pegawai penguatkuasa seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa.

Pandangan beberapa orang memang tak boleh dijadikan asas untuk menuduh kegiatan perjudian haram di Selangor semakin menambah tetapi selepas Jamal menyerbu beberapa pusat judi haram di sekitar Selangor, beberapa portal telah melaporkan hal tersebut dan aku membaca komen-komen netizens yang meluahkan perasaan. Aku dapati perjudian haram di Selangor sedikit sebanyak memang mengusarkan perasaan penduduk Selangor.

Dan apa yang paling penting ialah bagaimana sentimen netizens itu berubah dari mengejek, mengkritik dan marah bertukar kepada menyokong, memuji dan bersetuju dengan tindakan Jamal.

Ini apa yang aku berjaya screenshot pada beberapa hari yang lepas.







Sebenarnya Jamal bermain politik. Inila pandangan aku. Dia sedang mengumpul pengaruh disamping membentuk satu persepsi bahawanya perjudian haram di Selangor semakin bertambah semenjak Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

Oleh kerana itu, pengundi seharusnya mula memikirkan untuk pangkah parti lain pada PRU ke 14 jika serius mahu menyelesaikan isu perjudian haram di Selangor.

Tetapi sayangnya bukan semua boleh kekal konsisten dan menolak BN untuk selama-lamanya. Lihat sahaja contoh respon-respon di atas. Ada yang merasa seronok dengan memikirkan Jamal sudah bertaubat. Bahkan ada yang sokong usaha Jamal dan mengkritik penguatkuasa sebagai lemah.

Nampak?

Jawapan oleh EXCO Selangor.

Kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menutup atau menyita sebarang pusat perjudian kerana tanggungjawab mutlak untuk berbuat demikian terletak pada pasukan polis persekutuan, kata anggota Exco, Ean Yong Hian Wah.
Mengulas isu itu, Ean Yong mengingatkan Jamal bahawa kuasa untuk menyerbu atau memantau pusat perjudian adalah di tangan polis dan bukannya kerajaan negeri.
Oleh itu, beliau berkata Jamal tidak boleh melepaskan tanggungjawab berkenaan kepada kerajaan negeri.
"Saya gesa Jamal jangan bertindak tanpa mematuhi undang-undang.
"Jika beliau ada sebarang maklumat mengenai pusat judi haram, beliau perlu menyerahkannya kepada pihak polis," kata Ean Yong yang juga adalah ADUN Seri Kembangan pada sidang akhbar di Serdang hari ini. (rujukan)

Stastistik Pusat Judi Haram Di Selangor
Respon netizens

Netizens bukan sahaja tidak terbeli dengan alasan EXCO Selangor malahan menyifatkan jawapan itu sebagai tindakan lepas tangan.

Exco turut memberikan alasan mereka kekurangan kakitangan. Jika kurang kakitangan = tambahlah kakitangan.

Jika tidak boleh menyerbu, menyita, lakukanlah pemantauan dan berkerjasama dengan pihak polis.

Sebenarnya ada bermacam cara nak menyelesaikan isu berbangkit yang pasti jawapan EXCO terhadap tindakan Jamal dibaca sebagai alasan nak melepaskan diri dan mengalihkan kesalahan ke atas pihak lain. Jika yang memerintah pun tak dapat menyelesaikan masalah maka apa gunanya undi mereka untuk duduk di atas jawatan tersebut. Inila apa yang difikirkan oleh rata-rata rakyat Selangor.

Semoga kerajaan negeri Selangor jangan mengabaikan kritikan dan bersegera memikirkan penyelesaian konlusif bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit.

Khamis, 22 Disember 2016

Rakaman Video Kerja-Kerja Perobohan Hotel Jamal Sekinchan Ikan Bakar.

5 tahun. 

Itulah tempoh masa yang telah diberikan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) kepada pemilik Hotel & Resort Sekinchan Ikan Bakar, Datuk Seri Jamal Yunos bagi mematuhi peraturan yang tertakluk di bawah undang-undang berkaitan perniagaan perhotelan. 

Dan selama itulah Jamal gagal mengikuti peraturan yang telah ditetapkan sehingga hari ini menyaksikan resort miliknya terpaksa dirobohkan oleh MDSB.



Menurut notis awal yang dipaparkan berhampiran premis, ia menyebut; "Menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada Majlis mengikut UUK 4".

Jamal diarahkan untuk memohon lesen perniagaan bagi membolehkan berniaga seperti biasa selepas ini. Lokasi yang menempatkan premis berkenaan akan diperiksa semula pada 4 Jan 2017.


 
Laporan Malaysiakini turut memetik kenyataan daripada Adun Sekinchan, Ng Suee Lim bahawanya kerja-kerja perobohan tersebut tiada kaitan dengan tindakan Jamal yang bertuala ke SUK Selangor pada semalam disebabkan menyuarakan protes berikutan kegagalan kerajaan Selangor menyelesaikan masalah bekalan air.

Walaubagaimanapun beberapa posting viral di laman sosial oleh penyokong-penyokong Jamal menyalahkan Azmin Ali dalang disebalik perobohan kerana dendam.

Sebelum itu, pagi tadi Jamal dan Ratu Naga bekas cybertroopers BN yang kini ahli PKR bergasak di hadapan rumah Jamal disebabkan isu air. Ratu dikatakan berkunjung ke rumah Jamal dengan membawa sebotol air mineral dan disebabkan tersindir dengan provokasi itu, penyokong-penyokong Jamal memandikan wanita itu dengan air longkang. 



Rabu, 21 Disember 2016

Dengan Hanya Bertuala Jamal Tuntut Air Di Hadapan SUK - Tarik Je Tuala Jamal Kat Situ Ramai-Ramai Biar Dia..

Kesian pada anak-anak dan famili dia.

Nak halang tak dapat, nak nasihat tak dengar. Makanya terpaksa bersabar dalam orang macam Jamal sebagai ahli dan ketua keluarga.

Kah Kah Kah!

Perkara bangang yang Jamal buat semalam belum habis lagi lawaknya, kali ini dia sambung lawak baru. Mungkin sebagai taktik nak alihkan pemerhatian netizens yang kini riang ria mengutuk perangai bangang dia pada semalam. Maka dia tampil dengan perangai bangang terbaru. 

Baca : Jamal bengang air takde, buat video tak senonoh protes air takde.

Menurut maklumat yang kami terima dari Kay Azlee, Jamal Yunos sekarang berada di hadapan SUK, negeri Selangor. Ini dilakukan oleh Jamal sebagai satu protes ketiadaan air di Selangor selama beberapa hari disebabkan proses penyelenggaraan yang dilakukan oleh TNB

Pun begitu, TNB mengesahkan proses penyelenggaraan tersebut hanya menyebabkan ketiadaan air selama 16 jam sahaja. Oleh itu permasalahan berkenaan ketiadaan air selama beberapa hari tidak patut dikaitkan dengan agensi berkenaan.

Ini laporan dari Kay Azlee.


Dengan bertuala yang menutupi bahagian atas bawah (actually tak perlu kot sebab semalam 1 Malaysia dah nampak.. kah kah kah ) dan membawa sabun, shampoo di dalam bekas cebok air, Jamal berdiri di hadapan bangunan SUK bagi menyatakan bantahan.

Jamal juga dikatakan mahu tumpang mandi dalam bilik air yang berada di dalam SUK Selangor.

Jamal, Jamal. Berani juga dia berkemban ke sana ke mari.. tak takut ke terlucut ditarik orang? Aku rasa ramai kot yang berada di sana nak tarik tuala yang dia pakai tu..


Kah Kah Kah!

Jumaat, 18 November 2016

Menjelang Perhimpunan #BERSIH5 - Jamal Hilang Secara Tiba-Tiba & Geng #Merah Pun Taktahu Di Mana Dia Berada..

Siang tadi polis telah menjalankan tangkapan terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan perhimpunan #BERSIH5.

Berikut di bawah merupakan senarai terkini tentang tangkapan yang telah dilakukan oleh polis (setakat ini) ;

Sumber Gambar : Malaysiakini

Siang tadi dilaporkan Jamal sepatutnya membuat sidang media pada jam 2.30 petang di perkarangan Masjid Negara. Walaubagaimanapun Jamal tidak memunculkan diri langsung, sehingga lah wartawan beredar pada jam 5.00 petang.

Menurut Razali Zakaria, salah seorang sekretariat NGO Baju Merah, dia tidak mempunyai sebarang maklumat keberadaan Jamal pada ketika ini. Jamal menurutnya, gagal dihubungi. 

Pada awalnya, Jamal dapat dihubungi. Ketika itu Jamal memaklumkan dia akan sedang menuju ke Masjid Negara. Namun selepas beberapa ketika, mereka mencuba menghubungi Jamal semula namun gagal.

Jamal ketika ini gagal dikesan oleh NGO Baju Merah.

Esok, #Merah akan menjadikan Masjid Negara sebagai lokasi berkumpul utama sebelum bergerak ke destinasi lain. Diberitakan 4 baju warna berbeza akan berkumpul esok dan polis meningkatkan kawalan keselamatan bagi menanggani apa-apa pertembungan yang bakal terjadi esok. 

Sebanyak 58 jalan dilencongkan (ditutup) bagi menanggani perhimpunan #BERSIH5 esok.

Selasa, 15 November 2016

Rakaman Video Membuktikan Jamal Tertumbuk Dirinya Sendiri & 3 Orang Ini Memang Pro #BERSIH5 Bukan Agen Provokasi.

Sebelum ini telah tersebarnya satu gambar yang menunjukkan 3 orang lelaki yang memakai baju #BERSIH5 bergambar bersama Jamal dan mereka ini telah dituduh sebagai agen provokasi yang akan menyelinap ke dalam #BERSIH5 bagi mencetuskan kekacauan dan menimbulkan huru hara pada hari perhimpunan kelak.

Penyebaran gambar itu diturut mendapat perhatian Maria Chin dengan menyeru agar pendemo2 BERSIH 5 pada masa berhimpun kelak berhati2 dengan sebarang provokasi yang mungkin dilakukan oleh beberapa individu bagi mencetuskan suasana yang tegang.



Namun sebenarnya gambar di atas bukanlah merujuk kepada ahli kumpulan Jamal sebaliknya ketiga-tiga individu di dalam gambar tersebut sememangnya adalah penyokong #BERSIH5.

Mereka ialah ahli parti PKR Bukit Antarabangsa. Dan penyebaran gambar itu sebenarnya membuatkan mereka mendapat imej buruk kerana dianggap sebagai 'geng Jamal'.

Menurut laporan dari The Sun Daily pula, Jamal dipetik sebagai berkata bahawanya dia terserempak dengan penyokong-penyokong #BERSIH5 (gambar) ketika mahu menunaikan solat Zohor.

Dan selepas Jamal menasihati ketiga-ketiga remaja penyokong #BERSIH5 itu akhirnya mereka insaf dan kembali bertaubat dengan tidak lagi mahu menyokong #BERSIH5.

Menurut Jamal, dia sangat menghargai golongan remaja dan doanya dimakbul Tuhan apabila ketiga2 remaja itu tidak lagi menyokong #BERSIH5. (rujukan)

Kah Kah Kah!

Apa punya pembohong la Jamal kau neh.

Dalam pada itu, Kinitv menyebarkan dua rakaman video gerak perlahan bagi menganalisis kejadian sebelum hidung Jamal berdarah bagi mencari kepastian siapakah individu yang menyebabkan hidung Jamal berdarah.

Rujuk video satu & video dua.




Dan satu lagi ; 




Hah. Bagaimana ini dikatakan Jamal menumbuk dirinya sendiri? Sebelum kejadian, Jamal telah diarahkan oleh polis untuk kebelakang dan kalau dia nak keluar pun, sila keluar ikut laluan belakang. 

Namun Jamal berkeras mahu keluar menggunakan laluan tersebut. Demi laluan itu, Jamal menolak polis yang 'escortnya' ke belakang secara kasar. Ketika itu beberapa pengawal keselamatan Jamal turut bersama Jamal.

Disebabkan keadaan yang huru hara itu, yang diwujudkan oleh Jamal sendiri, mereka saling tolak menolak, yang mana polis tolak Jamal ke belakang sebagai langkah pertahankan diri manakala Jamal pula asyik mengepak-ngepak tangannya macam sotong kurita, tak boleh duduk diam, sekejap ke sana sekejap ke sini membuatkan polis punya tangan terkena hidung Jamal.



Pun begitu netizens tetap mempertikaikan keadaan itu boleh membuatkan hidung Jamal berdarah memandangkan tangan polis itu hanyalah seperti tersentuh lembut ke muka Jamal.

Dalam rakaman kedua pula menunjukkan seolah-olah jam tangan yang dipakai Jamal seperti terkena sedikit ke arah hidungnya yang membuatkan Jamal terpaksa memalingkan mukanya selepas terkena sentuhan tersebut.

Jamal kemudiannya terjatuh. Pengawal keselamatan Jamal turut memakai jam tangan. Ketika Jamal terjatuh inila kedua-dua pengawal keselamatan Jamal bertindak macam terkena sawan bagi menjarakkan posisi Jamal dengan pengawai polis.

Netizens lebih mempercayai bahawanya hidung Jamal berdarah adalah disebabkan terkena jam tangannya sendiri atau jam tangan yang dipakai oleh pengawai keselamatannya bukannya kerana ditumbuk polis. Oleh itu salam padan muka dari netizens kepada Jamal Yournose.

Kah Kah Kah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...