Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 22 Disember 2016

Rakaman Video Kerja-Kerja Perobohan Hotel Jamal Sekinchan Ikan Bakar.

5 tahun. 

Itulah tempoh masa yang telah diberikan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) kepada pemilik Hotel & Resort Sekinchan Ikan Bakar, Datuk Seri Jamal Yunos bagi mematuhi peraturan yang tertakluk di bawah undang-undang berkaitan perniagaan perhotelan. 

Dan selama itulah Jamal gagal mengikuti peraturan yang telah ditetapkan sehingga hari ini menyaksikan resort miliknya terpaksa dirobohkan oleh MDSB.



Menurut notis awal yang dipaparkan berhampiran premis, ia menyebut; "Menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada Majlis mengikut UUK 4".

Jamal diarahkan untuk memohon lesen perniagaan bagi membolehkan berniaga seperti biasa selepas ini. Lokasi yang menempatkan premis berkenaan akan diperiksa semula pada 4 Jan 2017.


 
Laporan Malaysiakini turut memetik kenyataan daripada Adun Sekinchan, Ng Suee Lim bahawanya kerja-kerja perobohan tersebut tiada kaitan dengan tindakan Jamal yang bertuala ke SUK Selangor pada semalam disebabkan menyuarakan protes berikutan kegagalan kerajaan Selangor menyelesaikan masalah bekalan air.

Walaubagaimanapun beberapa posting viral di laman sosial oleh penyokong-penyokong Jamal menyalahkan Azmin Ali dalang disebalik perobohan kerana dendam.

Sebelum itu, pagi tadi Jamal dan Ratu Naga bekas cybertroopers BN yang kini ahli PKR bergasak di hadapan rumah Jamal disebabkan isu air. Ratu dikatakan berkunjung ke rumah Jamal dengan membawa sebotol air mineral dan disebabkan tersindir dengan provokasi itu, penyokong-penyokong Jamal memandikan wanita itu dengan air longkang. 



Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...