Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 21 Disember 2016

Najib Dipersendakan Media Indonesia, Kenapa Tiada Wartawan Yang Membela Luah Bekas Editor Utusan - Kesian Najib, Wartawan Pun Rasa Meluat.

Oleh : Ku Seman Ku Hussain.
Bekas Editor Kanan Utusan Malaysia.
MANA SUARA WARTAWAN KITA?
(Petikan: kayangdailypost)
Wartawan Indonesia walaupun kritikal kepada Presiden tetapi dalam keadaan tertentu, misalnya dikritik wartawan Malaysia, mereka berada di sebelah Presiden.
Saya pernah mengalami keadaan ini apabila mengkritik Presiden Jokowi yang mengarahkan tentera Indonesia membakar bot-bot nelayan kita yang ditahan di perairan Indonesia.
Saya ketika itu sebagai wartawan bangkit menegur kebiadaban Jokowi dalam etika hidup bertetangga. Tidak perlu melemparkan provokasi seolah-olah Malaysia sebuah jajahan Indonesia.
Saya diserang teruk oleh media Indonesia. Koresponden Utusan di Jakarta ketika itu, Saharudin Mohd Musthafa memberitahu hal ini kepada saya.
Di Malaysia pula ada pihak kurang senang dengan ketegasan saya terhadap Jokowi, Saharudin menjadi mangsa untuk menulis yang baik-baik tentang Jokowi untuk cover up tulisan saya.
Beberapa wartawan Indonesia di Jakarta mahu wawancara saya, tetapi dinasihatkan oleh pihak atasan Utusan supaya menolak, dan tidak membesarkan isu itu. Saya akur.
Sebagai wartawan dan rakyat Malaysia, saya percaya telah melakukan yang betul demi maruah negara. Saya melakukannya dengan penuh sedar.
Akhbar Jakarta Post keluaran 17 Disember lalu menyiarkan karikatur yang menghina Perdana Menteri, Najib Razak pada halaman 7 akhbar berbahasa Inggeris itu.
Najib (dari name tag yang dipakai) digambarkan memegang uncang yang bertulis "1MDB" di tangan kanan, sementara tangan kiri menepis neraca sistem perundangan hingga terpelanting.
Saya memang melanggan e-paper Jakarta Post dan tahu tentang karikatur itu pada hari berkenaan. Sengaja tidak menulis respons untuk melihat kalau ada wartawan lain mempertahankan Perdana Menteri.
Tetapi selepas lima hari tidak ada wartawan yang menulisnya (mungkin saya terlepas pandang) saya membuat kesimpulan wartawan kita tidak berminat mempertahankan Perdana Menteri kita yang dihina oleh media Indonesia.
Adakah ini semua dengan pengetahuan Jokowi? Ini kerana kalau di Malaysia selalu dianggap dengan pengetahuan Perdana Menteri.
Pada situasi beginilah Perdana Menteri memerlukan sokongan moral daripada wartawan-wartawan arus perdana. Malah 
sepatutnya ada suara ini daripada wartawan media arus perdana, kesan diplomatiknya pasti lebih besar.
Maka tertanya-tanyalah saya di mana hilangnya wartawan-wartawan kita dalam situasi pemimpin negara dihina dan dimalukan? Atau ada "wahyu" supaya diam. Tetapi kenapa? Adakah ini mengiyakan "fitnah" Jakarta Post?
Wartawan-wartawan yang selama ini berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dan menyokong apa sahaja termasuk yang sukar diterima akal, tidak boleh membiarkan Perdana Menteri keseorangan.
Mereka mesti menyerang balas Jakarta Post sebagaimana mereka menyerang tokoh negarawan seperti Dr Mahathir yang suaranya senada dengan Jakarta Post.
Sepatutnya simpanlah sedikit rasa benci kepada Dr Mahathir kerana jasanya, tetapi seranglah Jakarta Post yang tidak ada apa-apa jasa kepada kita.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...