Isnin, 19 Disember 2016

Dikecam Kerana Berpeluk Dengan Syiah, Ini Jawapan Balas Presiden PAS Kepada Pengkritik.

Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang ketika ini teruk dikritik oleh beberapa tokoh agamawan yang terkenal dalam dan luar negara berikutan penglibatan TGHH dalam satu persidangan di Iran.



TGHH disifatkan sebagai menjatuhkan maruah Malaysia di mana-mana, menghalalkan kekejaman ke atas Syria dan tindakan itu disifatkan sebagai menghina.

Berikutan dari kecaman demi kecaman yang diterima, pihak PAS mengeluarkan satu respon bagi menjawab kritikan tersebut.

Kenyataan media.

Jawapan Pemergian TGHH ke Persidangan di Iran 

Pemergian TGHH ke konferensi berkenaan adalah antaranya permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (org sunni dan dilantik oleh Syeikh Dr Yusof Qardhawi) supaya dpt membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap ahli Sunni yang berada dan menjadi rakyat Iran. 

Selain dari itu TGHH juga menjelaskan isu isu keganasan dan puncanya di waktu ini. TGHH juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yg dtg ke KL bulan lepas, dgn hujah di atas. Jadi tak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusof Qardhawi. 

Selain dari TGHH, antara tokoh Sunni lain yang hadir ialah Sheikh Dr Mustafa Ceric (Mufti Bosnia Herzegovina), Mufti Iraq, Wakil Hamas, Mursyid Am Saadat Party Turki, Sheikh Dr Taj El- Din Hilaly (mantan Mufti Umat Islam Australia), wakil dari Jamaat Islami Pakistan dan sebagainya lagi. 

Isu yang dibangkitkan mengenai apa yang berlaku di Syria dalam minggu ini adalah memerlukan kupasan dan analisa yang lebih mendalam, dan insyaAllah TGHH sendiri akan megupasnya secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana mana media antarabangsa atau mana mana pihak, berdasarkan gambaran yang lebih luas. 

Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat akan memaklumkan tarikh dan waktunya yang sesuai untuk program berkenaan. 

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar 
Setiausaha Politik Presiden PAS

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...