Jumaat, 23 Disember 2016

Sekolah Tak Wujud Dijadikan Pusat Pengundi, Apa Sudah Jadi Ini SPR? Cuba Jawab Sikit.

Kenyataan Media 

Fuziah Salleh 
Ahli Parlimen Kuantan 
22/11/2016 


SPR Mewartakan DUA Pusat Mengundi yang sudah tidak lagi wujud untuk Parlimen Kuantan P083. 

Umum mengetahui bahawa Sekolah Kebangsaan St Thomas dan Sekolah Menengah St Thomas tidak lagi wujud secara fizikal semenjak tiga tahun lepas. Pengoperasian kedua-dua sekolah ini sepanjang tiga tahun lepas menumpang di Sekolah Kebangsaan Teruntum dan di Sekolah Menengah SABS. 

Malah bangunan Sekolah juga telah bertukar nama. Namun senarai Pusat Mengundi yang di wartakan oleh SPR pada 29 April 2016 dengan jelas meletakkan kedua sekolah ini sebagai Pusat Mengundi untuk Parlimen Kuantan. 


Ini merupakan bukti kecuaian SPR yang mengakibatkan penghapusan keyakinan rakyat terhadap SPR. Surat saya kepada Pengarah SPR Pahang yang memohon penjelasan bertulis di sertakan bersama kenyataan ini bersekali dengan senarai Pusat Mengundi yang di wartakan. 

Kerjasama pihak media amat-amat dihargai.

Terima Kasih.

Fuziah Salleh

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...