Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 17 November 2016

Betul Ke Mahathir Tak Join #BERSIH5 Atau Sekadar Propaganda - Najib Kalau Tak Nak Pertembungan Merah, Kuning Halang la Jamal!

Wayang Najib.

Aku perhati je perangai Najib. Dia punya propa kemain lagi. Memetik laporan dari TheMalayMailOnline, Najib berkata bahawanya dia tidak mahu ada apa-apa pertembungan fizikal di antara kumpulan Merah dan Kuning.

"Jika penyokong kerajaan keluar.. dan kumpulan yang protes keluar.. saya tak mahu berlakunya sebarang pertembungan fizikal.."

Ceh.

Cakap macam prihatin. Padahal inila wayang Najib kau. Kalau dia seriyus nak bendung perkara tu senang je. Dia kan PM. Dia call la Jamal arahkan Jamal jangan buat kerja gila pada 19 Nov neh. Apa susah sangat sampai nak bercakap depan media? Itu taktik nak dapatkan persepsi positif. Nanti bila Jamal buat kerja gile, orang salahkan Najib maka penyokong2 Najib boleh la gunakan ayat di atas bagi membekap Najib.

Helloo.. Najib pun tak sokong tindakan Jamal sebab nak elakkan kekerasan fizikal.. lue baca berita sekian2 tajuk pada sekian2 tarikh neh sebagai bukti. Apa lue nak tuduh2 Najib lagi. Sohai.

Lagipun Jamal dah terbukti melakukan kekerasan fizikal. Penyokong2 dia pun sama. Dah boleh sangat Najib arahkan Jamal berhenti. Sebab Jamal ketua UMNO bahagian. Najib boss dalam UMNO. Kekerasan yang dilakukan oleh Jamal jejaskan imej UMNO. Kenapa Najib tak kenakan sebarang tindakan tatatertib ke atas Jamal?

Sedang Muhyiddin, Mukhriz, Shafie yang mempersoalkan isu 1MDB sampai kena teranjang terus dari parti dan kerajaan.

Ini yang melakukan kekerasan menggunakan label UMNO dibiarkan bermaharajalela.

Takan rakyat bodoh sangat tak nampak permainannya?
Najib takan ingat rakyat betul2 bodoh sangat? Najib takan ingat rakyat tak tahu bahawanya Najib gunakan media untuk manipulasi niat sebenar dia?

Podahh.

Kalau betul taknak wujud pertembungan, maka halangla Jamal dari sekarang. Jangan sembang kencang depan media je.

BERSIH nak demo pada 19 November.
Jamal nak demo pada 19 November sebab nak kacau BERSIH.
Kat sini dah boleh tahu tang mana pengacau dan siapa yang perlu diberhentikan dari mengacau.

-----------
Wayang Mahathir.

Sebelum neh beria orang sebarkan gambar Mahathir pakai badge 'Free Anwar'.


Aku dapat tahu yang Mahathir tak pakai benda tu sendiri. Petugas yang pakaikan. Mahathir buka masa atas pentas. Aku pun tak pasti petugas mana yang pakaikan. Aku taknakla cakap pasal FREE Anwar babitkan Mahathir sebab nampaknya dia takde kecenderungan ke arah itu.

Bila aku tonton video2 ucapannya tentang Anwar. Tentang reformasi. Jelas terpapar kehipokritannya disitu.

Dia sebut beberapa kali kerjasama ini perlu bagi menjatuhkan Najib. Maksudnya dia terpaksa belakangkan apa yang dia percaya sebab dia terlalu ingin nak menjatuhkan Najib.

Jika dia perlu pegang LKS, maka dia pegang.
Jika dia perlu sampai ke tahap merayu Anwar, maka dia merayu.

Salah ke betul ke apa ke pasal individu2 tersebut tu semua dia taknak peduli asal dapat menjatuhkan Najib.

Inila perangai yang dia bawa masa dia jatuhkan Pak Lah dulu.

Dia tak peduli dengan siapa dia bekerjasama janji dia dapat jatuhkan Paklah.

Jika dia peduli pada masa itu, Najib mungkin bukan PM pada masa ini. Tetapi bila kita sebut BN, siapa pun PM tak penting. Kita tetap kena tabuh.

Cuma aku nak sebut. Yang Mahathir pada hari ini telah terbukti mempergunakan pembangkang dari segenap segi. Terbukti.

Ada orang berhujah. Kenapa bila Mahathir nak berubah memperjuangkan benda betul kita persoalkan. Kenapa nak ungkit kisah silam.

Sebenarnya kesalahan Mahathir bukan kisah silam. Ianya masih ada sampai ke hari ini.

Kita bukan mengungkit tetapi kita menyatakan kerana ia berlaku sehingga ke hari ini. Dan kerana kita neh orang yang ada pendirian bila melawan. Bila membenci. Bila menolak. Kita tahu dengan jelas kenapa. Kita bukan sekadar mengikut arahan dan diperbodohkan untuk patuh.

Penerimaan terhadap perlakuan baru Mahathir perlukan masa.

Kita perlu masa untuk letakkan kepercayaan padanya.

Kita perlu masa untuk mengkaji segala perlakuannya.

Kita perlu masa untuk menganalisa kejujurannya.

Kita tak boleh dipaksa untuk terima dia hanya kerana pemimpin2 pembangkang menerimanya.

Lupa ke bagaimana kita diperbodohkan? Ini kerana kita tak bagi masa pada diri sendiri untuk kaji baik buruk satu2 parti, pemimpin, tindakan. Kita main terima je bulat2. Macam kita neh puppet. Orang arah, kita ikut.

Pemimpin2 pembangkang pun bukan terima Mahathir. Dorang halalkan kerjasama itu atas nama perebutan kuasa.

Jangan tipu diri sendiri bahawa pemimpin2 pembangkang buat semua tu atas nama rakyat.

Pembohong. 

Ya, memang ada beberapa dari kalangan wakil rakyat pembangkang yang betul2 ikhlas. Aku takan namakan siapa. Kita boleh rasa siapa berdasarkan cara mereka mempertahankan hak rakyat. Dan mereka2 ini pun aku rasa terpaksa terima memandangkan hala tuju pembangkang dah ke arah itu.

Taknak sentuh mereka.

Punya beria paksa orang terima Mahathir sampai guna dalil agama. Ini yang aku nampak. Terdesak perlu sokongan. Dia ingat manusia punya ahti neh dalam 1 hari boleh tukar. Semua benda neh memakan masa. Perlu kepada proses tertentu untuk kita akhirnya benar2 terbuka ahti mempercayai Mahathir.

Bagi aku, aku pilih tak percaya pada Mahathir. Bahkan aku was-was dengannya.

Bagaimana jika, BN kalah dalam PRU ke 14?
Najib bukan PM lagi?
MP Bunga Raya kembali menjadi UMNO?
Untuk memastikan BN menguasai negara?
Parti Shafie pun melompat sama?

Matlamat Mahathir hanyalah mahu menjatuhkan Najib. Dia hanya kutuk Najib, Najib, Najib, Najib, Najib. Dia tak kutuk UMNO dan BN secara am. Dia khususkan peluru dia tembak Najib je. Perlakuan Najib dalam BN, dalam UMNO. Apa2 yang dia kritik mesti dia babitkan Najib.

Bagaimana jika itu yang berlaku nanti?
Apakah ada dalil agama bagi menghalang kita menyokong Mahathir pula seperti mana dalil agama digunakan bagi melarang kita menolak kerjasama dengan Mahathir?

Mahathir dah beria buat video kerahkan penyokong pembangkang turun BERSIH5 bagi membersihkan SPR untuk melawan Najib. SPR memang perlu direformasikan. Tetapi bukan di bawah aturan Mahathir.

Aku tak boleh turun.
Kerana aku taknak turun.
Aku akan rasa prinsip aku tergadai disebabkan pembabitan Mahathir yang aku tak boleh hadam.

Mahathir dikatakan tidak akan turun BERSIH5 tetapi aku belum bersedia menyakini kata2nya.

Boleh jadi ini sekadar propaganda untuk mengelirukan keadaan.

Perkara sebenar akan diketahui pada 19 November nanti. 

Aku meraikan kepelbagaian pendapat. Sesiapa pun berhak turun atau tidak turun demo BERSIH5. Bagi yang turun aku nasihatkan jangan kempen beria seolah memaksa orang turun jika dia tak turun bermaksud dia sokong Najib. Jangan sampai aku persoalkan samada semua wakil rakyat pembangkang turun ke tak.

Walaupun aku meraikan kepelbagaian pendapat namun ia tidak akan menghalang aku dari mengkritik perhimpunan itu kelak. Aku takan kacau rakyat tertindas macam aku. Aku akan kritik sang penindas. Sang penindas bukan hanya wujud di kalangan pro kerajaan semata. Dalam geng pembangkang mereka juga bersepah, kawan.

Dari ;

Aku yang menolak semua pemimpin yang melakukan kejahatan selagi mana mereka tak menerima hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...