Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 November 2016

Yak Yew Chee Didapati Bersalah & Kaitannya Dengan #1MDB Yang Anda Perlu Tahu.

Siapakah Yak Yew Chew?

Yak Yew Chew ialah bekas pegawai bank BSI cawangan Singapura. Pada Mei 2016, MAS (pihak kewangan berkuasa Singapura) telah menarik semula lesen bank saudagar BSI disebabkan ;

- Salahlaku teruk membabitkan sebahagian pegawai bank tersebut

- Pelanggaran serius terhadap keperluan anti-penggubahan wang haram

- Pengawasan pengurusan yang lemah terhadap operasi bank


Susulan dari tindakan berkenaan, beberapa nama pegawai kanan dan kakitangan BSI telah dikemukakan kepada pendakwaraya bagi tujuan pendakwaan atas pertuduhan jenayah.

Dan Yak Yew Chew adalah salah seorang daripada mereka yang didakwa. Pada 11 November lepas, mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Yak Yew Chew atas 7 perlakuan jenayah antaranya ;

- 2 pertuduhan atas kesalahan memalsukan surat rujukan vouching untuk keluarga Low

- 2 pertuduhan atas kegagalan melaporkan urusniaga mencurigakan yang membabitkan pengaliran wang jutaan ringgit ke BSI Bank cawangan Singapura

Yak Yew Chew mengakui bersalah atas 7 pertuduhan jenayah tersebut oleh itu mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman 18 minggu penjara dan denda sebanyak 24 ribu dollar Singapura.

Pada Khamis lepas, Taek Jho Low telah dinamakan orang yang perlu bagi membantu siasatan dalam perkara membabitkan transaksi 1MDB.

Ini berlaku kerana ;

- Pada tahun 2012, Taek Jho Low telah memindahkan wang sebanyak 790.35 juta USD dengan menggunakan 9 akaun bank yang berbeza yang melibatkan 6 jenis bank, dalam dan luar negara.

- Pemindahan itu berlaku hanya dalam tempoh 2 minggu.

- Wang itu pula datangnya, dari 1MDB Energy (Langat).

- Dan, akhirnya sebanyak 110 juta USD, sebahagian dari wang tersebut masuk ke dalam akaun bank Swiss, atas nama Selune, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Taek Jho Low.

Jelas?

Perkara ini adalah terkandung dalam butiran perbicaraan kes mahkamah di Singapura yang melibatkan pertuduhan ke atas pegawai bank BSI, Yaw Yew Chee tadinya tu.

Faham?

Sambungan ;

- Perkara itu akhirnya menimbulkan kecurigaan pihak berkuasa Switzerland.

- Bagi menyekat kecurigaan tersebut, dengan bantuan Yaw Yew Chee yang ketika itu bekerja di BSI, satu surat rujukan dihantar kepada bank Swiss Rothchild di Zurich untuk menjamin kesahihan urusniaga (pemindahan wang 110j ke Selune).

- Ini kerana 110j itu dipindah masuk ke dalam account bank syarikat Selune yang didaftar menggunakan bank Swiss Rothchild tadinya tu.

Lihat carta ini dengan teliti.
- Jho Low merupakan pelanggan terbesar BSI.

- 2 tahun selepas itu, Yak sekali lagi mengeluarkan surat rujukan kepada BNP Paribas, Switzerland kali ini mengenai aset bersih Jho Low yang bernilai 1.63b USD.

- Surat rujukan itu ditanda-tangani oleh Yak bersama rakan sekerjanya Yvonne Seah Yew Foong.

- Menurut pendakwaraya Leong Weng Tat, Yak melakukan kesalahan tersebut kerana didorong rasa tamak. Bukan kerana paksaan atau tekanan.

- Yak dilaporkan menerima faedah berbentuk kewangan dari Jho Low ketika diminta bantuan kerjasama oleh Jho Low atas beberapa urusan berkaitan perbankan.

- Dalam pada itu, menurut kenyataan peguam kepada Yak, Lee Teck Leng menyatakan yang Yak akan melepaskan hartanya yang bernilai 7.5 juta dollar Singapura kepada kerajaan bagi menunjukkan rasa kekesalan atas perlakuan tersebut.

- Peguam Lee juga menyatakan Yak Yew Chee setuju untuk membantu siasatan dengan memberi keterangan berhubung isu penggubahan wang haram yang membabitkan operasi BSI bagi pertuduhan2 ke atas rakan-rakan sekerja Yak.

- Yak juga menafikan dia mengetahui bahawanya Taek Jho Low terlibat dalam perlakuan jenayah berhubung isu pemindahan wang jutaan ringgit.

- Yak memberitahu bahawanya orang atasan (BSI) mengarahkan Yak untuk menggembirakan Jho Low memandangkan Jho Low merupakan pelanggan penting bagi bank tersebut.

Yak mengaku bersalah selepas sebulan didakwa atas 7 perlakuan jenayah, beberapa hari selepas nama Jho Low didedahkan oleh pihak berkuasa Singapura sebagai individu penting bagi membantu siasatan berkaitan penggubahan wang haram dalam BSI bank.

Selain dari Yak Yew Chee, Yeo Jiawei bekas pegawai bank BSI juga sedang didakwa di mahkamah atas 4 perlakuan jenayah. Kita akan membincangkan hal tentang Yeo untuk penulisan seterusnya.


(Video ehsan : Ibtimes)

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...