Rabu, 16 November 2016

LYNAS Tak Bayar 50 Juta Kepada AELB Ikut Perjanjian.. Kenapa?

Saya baru selesai bahas di peringkat Jawatankuasa Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi. Bertanya kepada Menteri mengapa mereka bagi muka sangat kepada Lynas.

Laporan yang saya ada ialah Lynas tidak membayar wang cagaran USD 50 juta kepada AELB mengikut jadual seperti di dalam syarat yang dikenakan ke atas Lynas.


 
Timbalan Menteri tidak mahu menjawab lisan. Malah sudah pun membuat ketetapan sebelum saya bahas bahawa sekiranya Kuantan bangun maka jawapan akan diberikan secara bertulis.


Beliau juga kata soalan Kuantan mesti detail. Maka dia takut tersilap cakap! 

Saya minta jawapan dgn segera.
 

Timbalan Menteri kata ikut suka lah bila dia nak bagi.

Itu macam ke?? Angkuhnya! Dah lah tak boleh jawab. Angkuh pulak tu! Mungkin dia takut kantoi mcm Menteri dia haritu kot.


Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...