Rabu, 16 November 2016

Lagi Cepat Adam Rosly Isytihar Harta Lebih Mudah - Rafizi.

Episode pertama disini.

Adam ialah ketua AMK Ampang.

Manakala Rafizi ialah SUA PKR (walau main swap-swap jawatan, dan aku tak setuju cara PKR neh okey).

Dan apabila SUA parti dah bagi kenyataan bahawanya lagi cepat Adam Rosly isytihar harta lagi bagus makanya Adam seharusnya mengambil kenyataan itu sebagai satu nasihat yang membina. Di mana Adam dah boleh dah plan untuk isyiharkan harta dia kepada public bagi mengekang persepsi negatif ke atas dirinya dan parti.

Samada Jamal lapor kepada SPRM ataupun tidak, ianya tak mudah juga untuk Adam tepis persepsi negatif. Sebab masyarakat pun dah hilang rasa percaya terhadap SPRM.



Apa yang masyarakat akan fikir ialah jika ;

i. Jika Jamal report SPRM ialah merupakan amaran pertama kepada Adam - nak jadi perisik atau nak berkeras

ii. Tindakan akan dikenakan kepada Adam jika enggan bekerjasama atau kes akan ditutup jika Adam memilih sebaliknya.

iii. Jika Adam didakwa sekalipun, orang akan fikir Adam dibayar dengan lumayan untuk menjadi kambing hitam bagi ahli politik tertentu.

Pendek kata, reputasi Adam dah hancur sejak kes ini diwar-warkan. 

Sebab tu cara terbaik bagi Adam ialah isytiharkan perniagaan, jumlah aset dan mendedahkan bagaimana dia berjaya secara terperinci supaya Jamal dan orang2nya tidak boleh menganggu Adam lagi ataupun paling2 kurang masyarakat tidak akan mempersoalkan intergriti Adam.

Bercakap kepada media, Rafizi ;

1. Mengatakan Adam perlu isytiharkan hartanya secepat yang mungkin. Bahkan Rafizi juga berkata lebih baik semua ahli parlimen isytiharkan harta.

2. Rafizi akan lakukan perkara yang sama pada minggu depan, samada hari selasa ataupun rabu.

3. Rafizi langsung tidak mengenali Adam.

4. Adam sebenarnya agak baru dalam AMK (tapi dah jadi ketua?).

5. Rafizi pun tatau apa bisnes Adam.

6. Adam juga mungkin dari PAS (Rafizi agak2 je).

Kann. Tu sebab aku kata Adam kena dedahkan apa jenis perniagaan dia.

Video ;

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...