Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label JPJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JPJ. Papar semua catatan

Selasa, 23 Oktober 2012

JPJ beri jaminan untuk terus menipu dan KAMERA AES yang tumbang.

Baru2 neh kecoh satu kamera AES tumbang. Kamera AES tue tumbang disebabkan kena langgar akibat kena flash. Sukar aku nak menerima jalan cerita tersebut. Sejujurnya ahti kecil aku berkata, orang yang bawa citer neh buat lawak bodoh ke apa?

Aku percaya la kamera tue tumbang. Tapi aku tak percaya kat jalan cerita dia. Kelakar. Aku bahkan rasa aii macam saja langgar jek kot. Ye tak? Almaklumla memang ada idea untuk rosakkan seme AES yang sedang beroperasi di Malaysia.

Aku tak galakkan berbuat demikian. Rosakkan ia = kos penyelengaraan. Nak beli AES guna duit kita. Rosakkan lagi? Sapa nak kena bayar? Repair guna duit kita lagi. Sebab tue jangan buat kerja bodoh. Buat camne pun kita tetap gak kena. Seelok2nya bantah jek AES ikut KASE. Follow dan update setiap apa yang KASE inform. Rujuk sini.




Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi jaminan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikuatkuasakan bermula 23 September lalu,  telus dan tidak dimanipulasi seperti dakwaan segelintir pihak.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa JPJ,  Ahmad Nasir Abdul Gani berkata, segala imej dan data dirakam AES  tidak boleh dipadam atau diubah suai.

Nampak sangat pembohongnya. Si JPJ pembohong bila dia cakap dia boleh bagi jaminan yang AES telus. Pui. Orang bodoh jek percaya kat ko JPJ. Untuk rekod, ada banyak kes2 yang melibatkan penguatkuasaan JPJ tapi JPJ gagal jalankan peranan mereka. Ini dilaporkan oleh akhbar utusan sendiri. Tak percaya? Baca bawah neh hah ;

Tetapi soalnya, penggunaan kamera di lokasi-lokasi yang dikenal pasti khususnya di lebuh raya sebagai cara mengurangkan kadar kemalangan telah lama dilakukan tetapi apa yang berlaku ke atas peralatan berkos tinggi itu - sebahagiannya dilaporkan ditinggal tidak berfungsi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0815&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2A6vwvVEK 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kena tinggal. Sebab apa? Takde duit kot nak selenggara. Telus konon. Haktuih. Bab selenggara pun dah failed. AES pernah dilaksanakan pada tahun 2007. Tapi JPJ tinggal. Buat kerja main2. Ini ko cakap telus? Babi terbang la gini.

Sama macam dorang buat kerja penguatkuasa main2. AKu taknak tuduh secara general. Ada juga dak2 JPJ yang baik beb. Kita cakap secara umum jek. Kegagalan JPJ antara punca lori2 menganas di malaysia.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi jaminan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikuatkuasakan bermula 23 September lalu,  telus dan tidak dimanipulasi seperti dakwaan segelintir pihak.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa JPJ,  Ahmad Nasir Abdul Gani berkata, segala imej dan data dirakam AES  tidak boleh dipadam atau diubah suai.

Sumber ;

http://www.sinarharian.com.my/nasional/jpj-beri-jaminan-aes-telus-tidak-dimanipulasi-1.97378

Bayangkan ek lori yang senget tayar pun boleh on the road lagi. Lori senget sebelah, dua belah, senget habis, rosak, reput, memandu secara merbahaya? Toksah cakap la weh. Aku dah jenuh tengok. 

Lori tak tutup barang2 mereka? Aku ingat takde pemandu di malaysia yang tak pernah jumpa lori yang bawa pasir tapi tak tutup. Terbang la pasir tue masuk mata. Kalau ko buka tingkap kereta tak pasal2 mata ko masuk habuk.

Kalau ko guna motor dan angkat cermin helmet tak pasal2 mata ko kena habok gak. Ada pernah fikir tak? Aku pernah la alami satu situasi di mana aku di tepi satu lori. Lori neh bawa kayu2. Kayu2 tue pula sampai terkeluar2 melebihi badan lori tue. Lepas tue tak ikat. Silap2 hari bulan kayu2 tue boleh la tergolek jauh keluar. Tapi itu tak berlaku la pada hari tue. Pasal aku nampak depan mata kat mana lori tue hantar barang2 dia.

Aku dalam ahti memang kutuk la lori tue. Aku siap berangan2 lagi. Kalau aku polis nahas korang seme aku kerjakan. Setakat 10 tahun lokap tue perkara biasa jek. Jangan panggil aku kpn la weh. Konon2 la. Time tue aku KPN dalam anganan aku.

Then lampu isyarat hijau. Jalan la. AKu saje jalan slow. Siput pun kalah. Aku kalau nampak lori2 tak berhemah macam tue memang jarakkan diri. Biar ko blah dulu la. Semak jek aku tengok. Nak laju2 pun tak mampu. Motor le katakan. Kang terlebih laju tak pasal2 dicop sedang merempit.

Sekali aku terperasan. JPJ lepas aku. Aik. JPJ tue beb. Lepas JPJ ada polis traffic. Lepas polis traffic ada kereta polis. Rupanya polis traffic dan kereta polis sedang iringi satu kereta. Aku tatau la sapa kat dalam tue. Tak nampak. Cermin hitam.

Tapi aku heran. JPJ ada. Polis traffic pun ada. Polis biasa pun ada. Apa dorang buta ke tak nampak lori kat depan tue? Kalau polis traffic dan polis biasa tue bagi alasan mereka mengiringi kereta vvip, apa pula alasan JPJ? Tatau la pula kalau JPJ pun kena iringi orang time tue.

Sebab tue aku cakap BODOH le korang kalau percayakan jaminan JPJ. Bab pemandu bas yang cuai, bab lori2 yang langgar peraturan pun dorang tak berjaya buat kerja dengan cekap, telus apatah lagi amanah lagi nak sembang kencang boleh bersikap telus dan tidak memanipulasikan sistem AES? Ibarat JPJ cakap babi boleh terbang. Itula kata2 JPJ kat telinga aku. 

kah kah kah

Sabtu, 9 Jun 2012

Liow Tiong Lai, JPJ dan drama no plat WWW.


Aku dok perhatikan jek si Liow Tiong Lai [LTL] buat statement demi statement mengenai isu no plat WWW.  Aku bukan apa, semakin dia bercakap semakin menampakkan dia memang bengap. Siyes.

Isu nya mula kecoh bila nama dia antara yang didedahkan oleh JPJ sebagai pembida no plat WWW. Rujuk sini. Dan selain dia, sebenarnya ada jek menteri2 lain yang bida dan berjaya memperolehi no plat WWW. Rujuk sini.  Tapi yang hairan nya pasal apa nama LTL jek yang naik tapi tidak nama menteri2 seperti puad dan nazri?

Apa yang kontroversi sangat neh? Jawapan nya mudah. Sebab menteri neh bingai tak sudah. Bingai dan mengkantoikan diri sendiri. 

kah kah kah

Ketika nama dia terdedah antara yang berjaya membida no plat WWW, selain dari sultan johor, dia turut ditanyakan status pembidaan tersebut. Wartawan tanya then dia jawab no tue untuk kenderaan rasmi dia. Jadi ia rasmi lah. Rujuk sini.

Dia juga cakap bahawa kementerian sebenarnya ada peruntukkan khas untuk membeli no plat bagi kenderaan rasmi. Bila dia cakap macam tue macam mana lah kita tak fikir bahawa dia guna wang rakyat, betul tak? 

Bida no untuk kenderaan rasmi mesti guna wang rakyat. Kalau ko nak tukar kenderaan, ko tukar je larh tapi kenapa mesti ko bida no tertentu apatah lagi ia digunakan untuk tujuan rasmi atas nama jawatan?

Bukan kah jika meninggalkan jawatan ko akan meninggalkan kenderaan rasmi tersebut? Ka bawa sekali?

kah kah kah

Bila orang dah marah2, dia keluarkan satu lagi kenyataan bodoh piang mengenai no plat WWW yang dia bida. Dia cakap 

NO PLAT WWW adalah PERCUMA!

Maksudnya dia tak perlu bayar satusen pun. Dan dia mengakui memang dia tak bayar satusen pun. Kejap kita rewind balik der.

1. Mula2 LTL suruh pengawai dia bida no www untuk tujuan rasmi. Tapi dia tak mengaku dia suruh oke. Dia cuma cakap pegawai dia yang melakukan seme kerja2 bida membida, dia tatau apa2. Pffttttt = tahan gelak aku siot.

2. Kenderaan yang dia pakai kini sudah tamat tempoh penggunaan.

3. Jadi dia nak tukar kenderaan. Takpelah, itu peruntukkan untuk menteri. Yang heran nya nak tukar kenderaan perlu kah bida no plat khas?

4. Lepas tue JPJ dedahkan dia antara 20 terawal yang berjaya raih no plat WWW.

5. Then wartawan soal dia.

6. Then dia cakap ia untuk kenderaan rasmi. Maka ia rasmi.

7. Netizens mula kecoh. Dah kenderaan rasmi = mesti guna wang pembayar cukai. Apakah logic wang pembayar cukai digunakan untuk membida no plat rasmi menteri?

8. Then dia keluarkan statement bahawa no plat WWW tue dia dapat percuma. Sehari selepas netizens kecoh.

9. Then kementerian nafikan bahawa menteri ada peruntukkan khas untuk membida no plat.

Pftttttttttt.. = aku tahan gelak siot.

Yang paling tak boleh blah tue kan.. selepas tue JPJ pula keluarkan statement cakap bila masa ada no plat percuma untuk menteri bagi no plat panas ? Tiada no plat percuma terutamanya no plat panas. Rujuk sini.

KANTOI SIOT!

kah kah kah

Kalau no tak panas takpe, menteri boleh apply untuk dapatkan ia secara percuma tetapi bukan no plat panas. Lepas tue tiba2 JPJ keluarkan kenyataan yang lain. Dia cakap menteri boleh dapatkan no plat tersebut secara percuma ataupun membayar bidaan dengan harga tertinggi. Kat sini jek aku dah nampak pelik.

Pasal apa?

Mula2 cakap tiada no percuma tapi tiba2 bertukar nada. Lepas tue sultan pun kena bayar takan menteri boleh dapat percuma? Lepas tue yang tak tahan tue, kalau LTL cakap dia nak mohon percuma kenapa dia bida in the first place? Maksud aku nilai bidaan rm24k tue macam mana ia wujud?

Bukan kah ia wujud sebab ada orang yang membida / menawarkan harga tersebut? Dan bukan kah LTL dapat no plat WWW 15 sebab dia sendiri yang menawarkan harga rm24k tersebut? Sebab tue larh nama dia antara yang diumumkan sebagai senarai yang layak dalam sesi bidaan.

Tapi, ye lah bila ia melibatkan menteri bn dan sesetengah kakitangan kerajaan segala2 yang mustahil pun boleh jadi tak mustahil. Yang salah pun boleh jadi betul. Yang pelik pun boleh jadi normal. 

kah kah kah

Ameno : Only in Malaysia. 

Artikel neh telah dikemaskini. 10 june 2012.

Selasa, 21 Jun 2011

JPJ buat laman web kos rm2juta?

kah kah kah

Facebook rm1.8 juta sudah.
Portal rm1.4juta pun sudah.

Sekarang baca bawah ;




GENTING HIGHLANDS - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijangka melaksanakan sistem e-Tukar yang akan membolehkan orang ramai memeriksa maklumat berkaitan pembelian dan penjualan kereta secara online pada November ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata maklumat online itu dibangunkan oleh eAuto Sdn. Bhd. dan disokong penuh JPJ, akan membolehkan orang ramai memeriksa maklumat mengenai kereta yang mereka mahu beli, terutamanya butiran mengenai pemilik asalnya dan butiran penting yang lain.
Menerusi sistem itu, seseorang boleh mengesan rekod dan status kewangan pemilik asal dan status kenderaan itu, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Ke-33 Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) 2011 di sini.

Weh ameno tang mana dia cakap kos laman tue bernilai rm2juta hah?

Memang takde pun. Aku main agak2 je bhai. Biasalah projek2 kerajaan neh kan special. Mesti cecah juta-jutaan. Kalau tak juta-jutaan tak laman web nama nya. Kita kena faham konsep penyediaan tender dan konsep kita untung mesti sama2 mao share.

kah kah kah

Tengok aje contoh kes portal rm1.4 ismail sabri tue. Kan ke juta-jutaan nilainya? Itupun update yang sangat2 tidak konsisten. Yang neh plak aku suspect mestilah cecah juta2 gak. Barulah boleh dinamakan projek kerajaan barisan nasional.

Tapi kalau tak cecah juta2 baguslah. Alhamdullilah. Jimat duit kita semua. Anggaplah ini perlian sopan jerk. Heh

kah kah kah

Ameno  : JPJ taknak dedahkan nilai tender ka?

Jumaat, 21 Januari 2011

Hebat! Kini JPJ boleh saman di mana-mana.


Ini berita BAGUS untuk rakyat malaysia..

Lihat petikan di bawah ini ;


PJ kini berkuasa di semua jalan

ALOR GAJAH 9 Jan. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan termasuk jalan kampung dan kawasan perumahan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata, ia berikutan pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang telah diluluskan oleh Dewan Negara, 22 Disember lalu.

Katanya, penguatkuasaan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Menurutnya, sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan Persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran.

"Namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

"Malah semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan, kita boleh ambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup program Satu Komuniti Satu JPJ kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna negeri, Datuk R. Perumal yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam merasmikan majlis itu.

Program itu disertai seramai 494 orang yang berjaya memperoleh lesen menunggang motosikal.

Ismail memberitahu, di bawah pindaan sama, pemilik kenderaan yang gagal memaklumkan pertukaran alamat kepada jabatan itu dalam tempoh dua bulan akan dikompaun RM300.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi mengelakkan pemilik kenderaan menggunakan alasan bertukar alamat sebagai helah tidak menerima saman daripada JPJ.

"Melalui peraturan baru ini, pemilik kenderaan tidak lagi boleh menggunakan helah bertukar alamat sebagai punca surat saman tidak sampai ke tangan mereka.

"Jika lewat (pertukaran alamat) dimaklumkan kepada JPJ, pemilik kenderaan akan dikompaun RM300," katanya.

Okey, mari sini aku nak ulas guna akal positif aku. Ingat kalau kita fikir positif kita akan sentiasa di kelilingi oleh perkara2 yg positif2 belaka.

1. kalau ada pakcik/makcik yg ada motor buruk sila simpan dalam bangsal. i sure punya motor u tak 'relevan' dengan spesifikasi keselamatan jalan2 kebun. Kalau tak nanti kena saman.. auww.

kesan positif : memastikan setiap pengguna membeli motor baru ataupun upgrade motor mereka dari semasa ke semasa. kalau yang takde duit boleh exercise jalankaki atau naik basikal [err guna basikal tak kena saman kan?]

2. kalau nak pergi kedai yg tak sampai 100 meter kena guna helmet you.. kalau tak kena saman.. walaupun ikut jalan dalam [kampung2].

kesan positif : memastikan helmet korang sentiasa terguna dan mengelakkan rambut2 korang dimasuki oleh habuk2 jalanraya.

3. motor2 yg takde roadtax [takde duit nak bayar], motor2 yg tak berapa elok lepas accident [malas/takde duit repair] bolehlah dijual terus kalau tak nanti kena saman kang kalau korang guna motor2 tue even kat jalan2 kampung.

kesan positif : memastikan rakyat yg miskin hina pokai takde duit nak bayar roadtax tidak berangan yg bukan2 [sebab tak mampu bayar roadtax/insurans sibuk pakai motor plak] dan motor2 yg hancur kapak dek accident boleh dijual ke besi buruk terus bagi memastikan peniaga2 besi buruk meraih sumber pendapatan yg gemilang.

Hah.. positif kan pemikiran aku? Sapa ketuk aku dalam posting neh jaga dia. Lebih2 si shah tue. Aku dah puas bodek umno neh. Agak2lah nak ketuk aku pun. Heh.

Ameno : Jika ko fikir ko boleh melakukan.. engkau boleh.. erkk apa kena mengena lagu neh dengan tajuk citer kat atas hah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...