Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Pas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pas. Papar semua catatan

Selasa, 2 Mei 2017

Ribut Muktamar : Beberapa Pengajaran Untuk Agamawan PAS.

"Jagalah lidah. Kerana dari lidah ia mengambarkan sikap," inilah yang ingin disampaikan kepada agamawan-agamawan di dalam PAS.

Kejadian ribut

29 April 2017 yang lepas, berlakunya satu kejadian ribut di lokasi terletaknya Muktamar PAS yang menyebabkan beberapa khemah peniaga runtuh dipukul angin kencang.

19 dilaporkan tercedera. Ada yang masuk ke wad kecemasan. Ia menandakan kecederaannya agak serius. Tak patut dimain-mainkan.

Namun penyokong parti berbalah di laman sosial. Ia gara-gara penyokong Pakatan Harapan yang memulangkan kembali paku buah keras kepada pemimpin PAS yang pada perhatian mereka seharusnya mengambil iktibar atas kejadian.

Laungan kata menjahanamkan Amanah bergema. Kemudiannya dipukul ribut. Siapa yang 'terjahanam' sebenarnya? Itu ejekan yang diterima.

Penyokong berbalah kerana isu lama

Pada 19 Julai tahun lepas, Ustaz Idris Ahmad pernah menempelak pihak tertentu agar jangan angkuh kerana musibah yang berlaku semuanya atas ketentuan Allah.


(rujukan)

Pada awalnya Ustaz Idris Ahmad (UIA selepas ini) mengatakan berbagai bencana yang melanda di bumi adalah kuasa Allah. Perancangan Allah lebih berkuasa dari perancangan manusia meskipun manusia cuba menghalang dari berlakunya bencana. UIA juga bersimpati pada mereka yang menjadi mangsa di beberapa daerah sekitar Kedah, Penang dan Kuala Lumpur cuma janganla bila banjir di Kelantan katanya tak pandai uruskan banjir, itu tuduhan yang angkuh, marahkan pada PAS sampai lupa ianya kerja Tuhan. Orang yang angkuh Allah bayar cash (kejadian banjir di Penang itu tandanya Allah bayar cash bahawanya musibah juga boleh berlaku di mana-mana).

Itulah ringkasan yang cuba disampaikan oleh UIA. Sebenarnya tidak salah menasihati orang jangan angkuh tetapi jangan mislead dari fakta sebenar. 

Banjir di Kelantan berpunca dari tangan manusia yang merosakkan alam. Ini hakikatnya. Memang Allah berkuasa atas tiap-tiap kejadian, tetapi bukan bermaksud setiap kali berlakunya musibah ia adalah kerana Allah 'mahukan' ia begitu. Contohnya kejadian ribut, kita menjangkakan akan berlakunya ribut tetapi kalau dah khemah melayang, ia bukan sesuatu yang mampu kita halang. Kalau banjir, kita boleh perkemaskan undang-undang seperti kawal pembalakan, sistem perparitan dan dalamkan longkang. Kerja manusia yang cuai = menyumbang kepada kejadian banjir di Kelantan. 


Disebabkan kerajaan negeri gagal menjalankan langkah-langkah pemuliharaan kawasan yang boleh mengurangkan risiko banjir; maka berlaku lah Bah Kuning 2014. Kritikan dibuat bukan ke atas mangsa banjir sebaliknya bertujuan agar di lain masa, kerajaan negeri boleh lah tumpukan perhatian untuk memperkemaskan mana-mana perkara yang menyumbang kepada kejadian banjir. Bukan kerana angkuh atau marahkan PAS sebaliknya mahu mengelak, membendung atau mengurangkan kejadian banjir pada masa-masa akan datang. Bila berlakunya banjir besar, ia bukan merugikan PAS Kelantan sahaja, malahan satu Malaysia merasai kesannya. Tiada orang gembira dengan musibah sehingga mahu menyalahkan membabi buta. Yang orang marah bila kita bagi pelan untuk mengatasinya, ia dibaca sebagai kita sedang bersikap angkuh. Itu salahnya.

Banjir Penang

Dengan sebarangan, UIA berkata Allah bayar cash, kononnya sebab tu berlaku banjir di negeri-negeri lain. Sama seperti di Kelantan, banjir di Penang berpunca dari sistem perparitan dan kecuaian manusia. Kritikan yang sama turut dizahirkan juga. Banjir diburukkan dengan kegagalan manusia mengemukakan dan melaksanakan pelan pemuliharaan. 

Aktivis rakyat suarakan hal yang sama. Kerana masalah yang lebih kurang serupa walaupun bukan kegiatan balak yang menjadi teras masalah. Tidak semua reaksi DAP Penang itu menarik untuk dikongsikan namun sekurang-kurangnya tidaklah mereka melindungi kelemahan dengan mengheret agama!

Melindungi kecuaian manusia dengan mengatakan ia kuasa Allah tidak akan menyelesaikan masalah. Yang paling penting hentikan masalah sama berulang, bukannya siapa petah berbahas atau tidak dengan menggunakan hujah agama.

Situasi berulang

Datang pula ribut yang terbangkan khemah-khemah peniaga di muktamar kita. 19 luka-luka. Barang rosak banyak. Ikut konsep UIA, Allah bayar cash terhadap kejadian musibah ini kot sebab menjahanamkan Amanah di atas pentas; Iyakah begitu?

Tidak. Sebahagian penyokong Pakatan Harapan hanya menyindir sahaja bukanlah bermaksud mereka benar-benar beranggapan begitu. Ia bagi menyedarkan agamawan PAS, dalam pada kita berpolitik perlu juga kita seimbangkan diri dengan terbuka kepada kritikan.

Apabila orang mengkritik tentang punca kepada banjir > ia adalah kerana orang sedang berpakat untuk mengatasinya. Lihat kepada isi kritikan, bukan kepada siapa yang mengkritik. Jika ia boleh menyelesaikan masalah, apa salahnya? Terima kelemahan diri dan move on untuk atasi masalah. Jangan tunjukkan atau wujudkan satu suasana seolah-olah jika menjadi agamawan atau ulamawan PAS wajib dipertontonkan kepada umum kita maksum, bebas dosa dan bebas kelemahan.

Tiada mana-mana pemimpin Pakatan Harapan (setakat ini) mengambil tindakan yang serupa seperti agamawan UIA dalam mengulas kejadian musibah ribut muktamar.

Yang bermaksud mereka pun sedar, jagalah lidah kalau tiada sesuatu yang baik boleh diucapkan, diam sahajalah. Jangan la terlihat makin berucap untuk membela parti, makin terlihat bodoh.

Yang lebih teruk bila kita mengheret Tuhan, seolah-olah emosi Tuhan mengikut emosi kita. Bagaimana Tuhan mengklasifikasikan sesuatu perkara adalah mengikut apa yang tertanam di pemikiran kita. Itu ialah bala, itu ialah musibah, ini pula kerja Tuhan, hah yang neh balasan, manakala yang itu pula sudah tentu rahmat nak cuci dosa rakyat Kelantan!

Sudah-sudahlah tu agamawan PAS.
Sepertimana kami, kamu juga manusia.
Sepertimana kami bisa tersadung, kamu juga boleh terjatuh. Sepertimana kami melakukan kesilapan, seperti itu juga kamu terdedah kepada melakukan kesalahan. Berhentilah dari bercakap atau beranggapan seolah-olah setiap yang mengkritik kamu itu sedang menentang kamu sedangkan kadang-kadang orang cuma nak menyampaikan kebenaran sahaja, tetapi itupun dianggap sedang melawan Islam. Alahai agamawan PAS..

Isnin, 17 April 2017

Husam Nafi Pernah Terima Dana Tauke Judi, Mahu Zaharin Minta Maaf.

Baru-baru ini pemain media sosial yang terkenal, Datuk Zaharin Mohd Yasin, menulis di laman facebook beliau bahawanya Husam memang pernah menerima wang dari tauke judi bagi membiayai dana politik PAS atas tujuan menajai pilihanraya.

Respon Zaharin itu susulan dari dakwaan Raja Petra Kamaruddin di portalnya yang menulis bahawa selain dari PKR yang menerima dana John Soh, Husam juga pernah menerima dana yang lebih kurang serupa bagi mempertahankan Genting andai pembangkang menang pada pilihanraya ketika itu.

Penulisan Zaharin boleh dibaca dibawah ini;




Bagaimanapun, Husam petang tadi telah menafikan dakwaan tersebut dan mendesak agar pemain media sosial itu membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari dan menarik balik kenyataan itu.

Husam juga telah menghantar surat tuntutan guaman kepada Zaharin Mohd Yasin yang menuntut permohonan maaf dan penarikan balik dakwaan itu. Kegagalan berbuat demikian akan membuatkan tindakan saman diambil ke atas Zaharin, kata Husam lagi.

"Tuduhan ini tak benar,” katanya pada sidang media di Wisma AMANAH di ibu negara hari ini. Husam juga menafikan pernah berjumpa wakil syarikat itu dan pemiliknya, yang terkenal sebagai seorang taikun judi.

Khamis, 15 Disember 2016

Isu Makcik Merempat Dalam Khemah Bukan Fitnah - AMANAH Dedahkan Penipuan PAS Kelantan Pula..

Episode satu disini.

Sebelum ini Amanah mendedahkan kepincangan kerajaan negeri Kelantan dalam menyelesaikan isu penempatan rumah sementara bagi mangsa-mangsa banjir.

Isu tersebut dijawab oleh PAS dengan mengatakan AMANAH menfitnah kerajaan negeri Kelantan. Dan ini adalah jawapan balas daripada penjelasan oleh Pemuda PAS Kelantan yang viral sebelum ini.


Baca ;

ISU IBU HAFIZAH TINGGAL DALAM KHEMAH: BUKTI PEMUDA PAS BERBOHONG DAN MENCIPTA FITNAH
Lihat dan dengarlah sendiri pembohongan Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPNK) terhadap ibu Hafizah. Pemuda Pas membuat fitnah kononnya sudah 3 kali Ibu Hafizah dipujuk untuk tinggal di rumah transit PLKN tetapi menolak dan terus tinggal di dalam khemah.
Ibu Hafizah sendiri memberitahu bahawa beliau pernah tinggal sebulan di situ tetapi anaknya tidak selesa apabila sebuah bilik terpaksa berkongsi dengan 3 keluarga. Kerana tidak sanggup melihat anaknya tinggal bersendirian di khemah maka Ibu Hafizah memilih untuk terus tinggal di dalam khemah.
Hari ini saya bersama saudara Afifi Thahiri (Ngoh) (Naib Ketua Pemuda Negeri) dan Ustaz Wan Yakkob berjaya memujuk Ibu Hafizah untuk berpindah ke rumah sewa. Untuk makluman, Ibu Hafizah memang teramat ingin untuk berpindah ke rumah sewa yang lebih selesa namun hasratnya itu terlalu mahal baginya.
Ibu Hafizah hanya bekerja di kantin sekolah dan tidak mampu untuk membayar sewa bulanan sekiranya beliau sekeluarga berpindah ke rumah sewa. Cadangan kami untuk membantu mencari rumah sewa disambut baik oleh ibu Hafizah.
Saya telah berjanji dengan Ibu Hafizah akan membayar secara pukal sewa rumahnya untuk setahun. Saya meminta beliau mencari sendiri rumah sewa yang selesa untuk memudahkannya mencari rumah mengikut kesesuaian mereka sekeluarga. Kami Pemuda Amanah Kelantan akan datang sekali lagi dan membantu keluarga itu untuk berpindah.
Saya turut membuka peluang ini untuk kita semua bersama-sama membantu ibu Hafizah. Kepada yang berminat boleh hubungi Pemuda Amanah Kelantan bagi meringankan bebanan beliau sekeluarga.
Kepada Nazman Che Iberahim, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS. Tulisan kamu menunjukkan siapa kamu. Kamu tidak pernah jejak kaki kesini tetapi bercakap seolah-olah kamu pernah duduk berbual dengan Ibu Hafizah. Ibu Hafizah tidak kenal dan tidak pernah mendapat pertolongan dari kamu mahu pun daripada PAS.
Buat penyokong tegar, kamu lihat dan dengarlah sendiri video ini. Pemuda Amanah Kelantan tidak berniat untuk memalukan Pemuda PAS Kelantan, tetapi jawapan Pemuda Pas itu sendiri memalukan Dewan Pemuda Pas Kelantan.
Namun, jalan untuk membaiki kesilapan masih terbuka luas. Kita lupakan soal politik dan marilah kita sama-sama bantu Ibu Hafizah. Ibu Hafizah tidak memerlukan kemenangan perbalahan 2 parti. Ibu Hafizah memerlukan keperihatinan dan kepedulian kita. Inilah manusia yang tidak mempunyai pilihan.
Jom peduli, jom kita bantu Ibu Hafizah.
Hazmi Hassan
Ketua Pemuda Amanah
15 Disember 2016

Selasa, 6 Disember 2016

Jangan Bimbang, PAS Sedar Muslihat UMNO Kata SU Presiden PAS - Yeke? Betul Ke Hadi Tahu Atau Dah Masuk Perangkap?

Betul ke PAS menyedari tentang permainan UMNO disebalik sikap acah-acah mesra mereka terhadap PAS? Bukan PAS sekarang tengah bergelut dari ditikam belakang berulang kali ke macam mana?

Berikut kenyataan penuh oleh Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokthar yang dipetik menerusi laman facebook.

PAS kena 'game' oleh UMNO?

"Ana sangat memahami kebimbangan sahabat-sahabat dlm melihat percaturan antara PAS -Umno.


 
Jangan bimbang. Semua kita tahu bahawa Umno sedang lemas dan mencari penyelamat politik mereka. Mereka boleh bermuka-muka, seperti kebiasaan mereka selama ini.

Tuan Guru sangat sedar dan arif terhadap tipu muslihat Umno dan seangkatan dengan Umno. Bukan sehari dua Tuan Guru dan pimpinan Pas mengenali Umno. Puluhan tahun yang penuh perit.

Tapi, selama pimpinan kita tetap menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan prinsip utama, fiqh sirah sebagai garamnya, pengalaman sebagai pemanisnya, selama itulah kita dalam pemeliharaan Allah dalam mencapai mardhatillah. 


Politik dan dakwah serta tarbiyah yg kita bawa ini tidak terpisah-pisah. Kita tak akan rugi, kerana kerja buat kita utk meninggikan kalimah Allah ini akan dikira sebagai amal kebaikan di sisi Allah. Bekalan kita mengadap Allah di hari pengadilan-Nya. Tetaplah kita istiqamah, insyaAllah."

~ Pesanan Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar, Setiausaha Politik Presiden PAS.

اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ

Khamis, 1 Disember 2016

"Jangan Jual Agama Kepada Kami", Orang Asal Tulis Surat Luah Perasaan Marah Kepada Kerajaan PAS Kelantan.


Berikut surat yang dimaksudkan.


 


----------------


 


Surat luahan hati orang asli selepas dibebaskan.

"Kamu marah bila kami panggil wilayah kami sebagai tanah adat. Tapi kamu tolak permohonan kami walau tanah TOL pun! Walau kami dah duduk situ zaman sebelum orang putih. Kubur kami usia ribu tahun.

Kalau kamu luluskan tol, kami panggil tanah kami tanah tol, lulus geran, kami panggil tanah kami bergeran! Kamu kata cadangan dah lulus. Belas tahun kami dengar alasan itu. Kenapa tak warta? Kenapa tak buat? 


 


Guna alasan kampung lain yg luluskah? Guna penghulu tanpa kampung yg dapat gaji kerajaankah? Berpuluh lagi kampung kami susah sangatkah nak susun semula? Wartakan, bagi geran. Kalau tuntutan kami tidak tepat, betulkanlah, berundinglah, takut jubah kotorkah?


 


 







 


Kamu suruh patuh undang2 tapi undang2 kamu yg buat. Undang2 kamu lindungi siapa? Syarikat singaporekah? Syarikat taiwankah?



Jangan jual agama pada kami. Tuhan kamu bukan Allah tapi kapitalisme. Kamu yg tentukan siapa yg boleh tanam sayur sape tak boleh, siapa boleh tebang pokok, Siapa tak boleh. Kalau potong tangan hudud pun, kamu yg tentukan siapa kena, siapa terlepas, siapa pencuri, siapa bukan?

Jangan bawa cerita nabi pada kami. Kenapa kamu tidak susah macam nabi? Kamu susahkan org lain pula. Cuba kamu hidup 24 jam di tempat kami. Minum air kami yg kamu kotorkan. Buat susu bayi kamu guna sungai kami yg kamu cemarkan racun itu. Basuh baju keluarga kamu. Takut nyamuk, takut pacat, atau takut racun?"

**bawah sebelah kanan tu dia suruh aku bagi kat Aduka, Suresh, Kak Siti.


 


 



Khamis, 17 November 2016

PAS Terima 10 Juta? Ini Jawapan Balas Dari Pemuda PAS.

Ketika ini PAS masih lagi belum menjawab apa-apa secara rasmi tentang persoalan yang ditimbulkan tentang komisen 10 juta yang diterima oleh Pejabat Presiden PAS.

Baca : PAS Terima Sumbangan 10 Juta Selepas Luluskan Projek?

Pun begitu, terdapat satu sebaran kenyataan balas yang telah dinafikan oleh Nazman Che Ibrahim yang kini viral di laman sosial. Nazman ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan.

 
Ini apa yang dia tulis ;

Pejabat Presiden PAS Terima Komisen Lombong? Cuba Kerja Kuat Sikit Lagi Wahai Pemfitnah.

Saya ada beberapa soalan buat puak pemfitnah dalam isu ini, dan saya sertakan juga jawapan sekiranya mereka tidak mampu jawab;

1. Kenapa tidak dedahkan gambar TGHH sedang solat?

Maklumat yang kami dapati adalah, Tuan Guru Presiden dijemput untuk solat hajat di tapak lombong ini. Lalu, kenapa tidak dimasukkan gambar TGHH tengah solat hajat tersebut? Kenapa hanya gambar TGHH melihat peta/pelan itu sahaja yang disebar sedangkan ianya dibuka dan ditunjukkan oleh individu lain dan TGHH hanya melayan sahaja melihat pelan tersebut.

2. Perjanjian ataupun 'surat aku janji' yang disebar tersebut diarahkan oleh TGHH?

TGHH tidak tahu menahu berkaitan surat perjanjian itu. Dan sekiranya ia benar wujud, maka kenapakah diwujudkan Pejabat Presiden PAS di Taman Melewar sedangkan PAS telah lama beroperasi di Pejabat Agungnya di Jalan Raja Laut.

Keduanya, siapakah Zuraidin Abdullah? Benarkah dia bertugas sebagai Pemegang Amanah Pejabat Presiden PAS? Tahún bila dia masuk bertugas? Wujudkah individu ini di Pejabat Presiden PAS tengan jawatan sedemikian?

Ketiganya, andai kata Surat Aku Janji ini benar wujud, maka naif sangatkah semua yang terlibat untuk menulis dengan jelas di dalam perjanjian tersebut "Pejabat Presiden PAS" ? Sengaja mendedahkan parti dan individu kepada risiko dan bahaya?

3. Projek ini luluskah?

Ia hanya diluluskan dalam mesyuarat JKSM sahaja iaitu Jawatankuasa Mineral yang dihadiri antaranya oleh wakil Geosains, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Alam Sekitar dan beberapa wakil lain. Sedangkan kelulusan mutlak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) adalah ditolak. Ia tak lulus langsung.

4. Bila MMK tolak, apakah pemohonnya marah dan mengamuk?
Ya, inilah isu yang sebenarnya. Pemohon telah mengamuk akibat permohonannya ditolak dan telah meminta sebuah parti politik yang memang hidup dengan isu fitnah, untuk mencemarkan terus imej TGHH yang pada asalnya dijemput oleh mereka untuk solat hajat sahaja.

Bahkan, pemohon itu sendiri telah menyertai parti pecahan PAS tersebut sebelum daripada tersebarnya gambar TGHH tersebut.

Dan, yang penting juga untuk dinyatakan di sini adalah, pemohon telahpun mengugut untuk mencemarkan imej TGHH dengan gambar tersebut sejak sebelum Hari Raya Korban lalu lagi sekiranya permohonan lombong mereka ditolak oleh MMK.

5. Apapun, puak pemakan fitnah tetap percaya akan cerita tersebut dek kerana mendalamnya benci mereka kepada TGHH. Jadinya?

Sekiranya benar dakwaan puak pemfitnah, di mana bukti transaksi duit yang bernilai jutaan itu?

Terima kasih Nazman Che Ibrahim info yg diberikan....

Ahad, 30 Oktober 2016

Akhirnya Menteri Kata Mungkin Tak Cukup Masa Nak Bahas Usul Hadi, Apa Kata Penyokong PAS?

Malaysiakini melaporkan ; 

Dewan Rakyat mungkin tiada masa menangani Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata menteri hal ehwal Parlimen, Datuk seri Azalina Othman Said. 

Azalina berkata Dewan hanya mempunyai baki 2 hari lagi selepas perbahasan Bajet 2017 selesai, tetapi urusan kerajaan perlu didahulukan. “Mengikut kalendar, ada 2-3 usul menanti untuk diluluskan selepas perbahasan Bajet selesai,” katanya lapor Sin Chew Daily. Turut berada dalam agenda adalah usul menggantung Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng selama 6 bulan.



“Kami hanya ada dua hari untuk selesaikan semua urusan, saya tak tahu sama ada kita ada masa kecuali kita semua bermalam di Parlimen,” katanya yang turut dipetik portal Free Malaysia Today. Sidang Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung sehingga 24 November. Sebanyak 6 hari diperuntukkan untuk rang undang-undang dan urusan kerajaan, manakala 23 November hingga 24 November diperuntukkan untuk urusan lain. 

Hadi mengemukakan usul mendapatkan persetujuan ahli Dewan untuk membentangkan rang undang-undang memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah. Sekiranya usul diluluskan, RUU dianggap sudah dibentangkan tetapi ia perlu dikemukakan menteri berkaitan untuk dibahaskan. 

RUU itu bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan mahkamah syariah negeri melaksanakan sebarang hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang Islam kecuali hukuman mati. 

----------------------- 

Nampak tak permainan UMNO kat situ? Tak nampak-nampak juga tatau la nak cakap apa dah dengan korang neh.

Isnin, 2 Mei 2016

PAS, Sudah-Sudahlah Rosakkan Alam Ciptaan Tuhan.


Gua Batu Kapur Chiku 7, Surat Terbuka kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Saya dahulukan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan diatas kejayaan kerajaan Negeri bersama dengan pelabur untuk membina sebuah Sebuah kilang simen terbesar membabitkan pelaburan RM1.38 billion usahasama Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dengan Syarikat ASN Cement Sdn Bhd bakal dibuka di Chiku tahun hadapan.

Saya tidak untuk berniat untuk menjadi penghalang cita-cita murni Kerajaan Negeri Kelantan untuk memiliki sebuah Kilang Simen terbesar di Malaysia tetapi saya mempunyai beberapa persoalan dalam cadangan pembinaan kuari dan kilang simen ini.

1) Sanggupkah Kerajaan Negeri Kelantan meletupkan Gua Batu Kapur Chiku 7 yang berusia hampir 200 juta tahun?

2) Bagaimana dengan nasib gua-gua lain seperti Gua Tok Guru, Gua Cinta dan Gua Paya yang merupakan warisan alam ciptaan Allah SWT dan khazanah berharga buat warga Gua Musang.

3) Bagaimana dengan nasib rakyat yang tinggal berdekatan dengan tempat projek tersebut dan terdapat kampung dan kawasan penempatan Felda yang berada di sekitar gua tersebut.

4) Bagaimana nasib khazanah alam dan flora yang tidak ternilai itu apabila projek kilang simen itu dilaksanakan.

Menurut sumber, bermula hari ini, projek pembinaan kilang simen itu akan dilaksakan dalam masa 60 hari bermula hari ini. Projek ini akan siap menjelang tahun 2017. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood menyatakan projek ini mampu member peluang pekerjaan sehingga mencecah angka 2000 penduduk setempat dan sekaligus memberi pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat. Jika dilhat kepada pertumbuhan ekonomi, memanglah projek ini sangat baik untuk negeri Kelantan namun bagaimana dengan kesan daripada projek ini. Sebagai contoh

1) Bagaimana dengan nasib rakyat yang berkerja sebagai petani? Apa akan terjadi terhadap tanaman-tanaman seperti tanaman sawit, getah, buah-buahan dan pelbagai lagi tanaman lain. Adakah debu kilang ini tidak merbahaya terhadap tanaman-tanaman tersebut?

2) Bagaimana dengan masalah pencermaran bunyi dan pencemaran udara. Adakah pihak Kerajaan Negeri ada cara untuk mengatasi masalah ini?

3) Bagaimana dengan maslaah kesihatan penduduk tempat. Adalah menjadi kebiasaan apabila sebuah kilang simen dibangunkan, akan ada aduan dari rakyat tempatan mengadu masalah kesihatan seperti batuk, deman, masalah kulit dan pelbagai lagi. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mengatasi masalah ini?

4) Bagaimana dengan sumber air bersih sekiranya kilang ini dibangunkan? Adakah ianya tidak memberi kesan kepada kefungsian gua untuk menjadi kawasan tadahan air?

5) Pokok-pokok yang berada diatas gua itu memerangkap air dan mengelakkan hujan turun dengan lebat dan boleh menyebabkan berlakunya banjir seperti tahun lepas. Adakah projek ini akan mengekalkan pokok-pokok diatas gua tersebut?

6) Bagaimana nasib generasi akan datang sekiranya artifak-artifak berkualiti dan berharga yang tersimpan ini dimusnahkan dan digantikan dengan kilang simen?

7) Bagaimana dengan pemandangan, suasana tenang dan damai hari ini sekiranya kilang simen ini akan beroperasi 24 jam sehari dan mengeluarkan debu dan bunyi bising. Suasana balik kampong seperti mimpi ngeri apabila masuk sahaja ke Gua Musang.

8) Bagaimana dengan industri pelancongan seperti di Kuala Koh, Gunung Stong, Gua Ikan dan banyak lagi tempat menarik di Gua Musang mungkin terjejas teruk sekiranya Kilang Simen ini dibangunkan?

Saya juga mendapat maklumat, penduduk setempat masih tidak bersetuju dengan cadangan ini dan taklimat yang diberikan oleh Majlis Daerah Gua Musang tidak dilakukan di Gua Musang tetapi diadakan di Kuala Lumpur bersama dengan majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU)

Saya berharap pihak Negeri dapat mengkaji balik projek ini. Benar projek ini mampu memberi pertumbuhan ekonomi, namun saya berasakan rakyat dan Negeri Kelantan lebih rugi sekiranya kehilangan khazanah yang tidak ternilai harganya ini.

Alam Sekitar merupakan aset yang penting untuk kelestarian kehidupan semua makhluk di muka bumi ini. Adalah menjadi tanggungjawab setiap umat manusia untuk memelihara alam sekitar ini kerana kita telah diamanahkan untuk menjaganya. Sekiranya gajah memijak tanaman kerana mencari makanan, maka apa beza dengan kita, sekiranya meletupkan sewenang-wenangnya sebuah bukit hanya kerana harta.

Mungkin ada maklumat yang silap saya lampir, namun saya dalam perancangan dengan pihak Jawatankuasa Bertindak Felda Gugusan Chiku merancang untuk bertemu dengan pihak Kerajaan Negeri pada satu tarikh yang ditetapkan. Satu “ Memorandum Bantahan Pembinaan Kilang Simen Bersepadu di Felda Gugusan Chiku” akan dihantar dan kami sendiri ingin mendengar penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri mengenai projek ini. Saya juga akan membuat satu sesi lawatan ke Gua Batu Kapur Chiku 7 untuk melihat sendiri dan akan mengajak para pencinta alam bersama dalam misi ini.

Saya menyeru pihak Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif mengawal dan memulihara Gua Batu Kapur Felda Chiku 7, Gua Musang. Memanfaatkan gua tersebut bagi memperolehi manfaat dari segi nilai-nilai warisan semula jadi yang terdapat di sini daripada memusnahkan alam sekitar. Menjadikan gua tersebut sebagai makmal semula jadi yang unik untuk dilawati.

Jeming Hassan
25 April 2015
Presiden Angkatan Prihatin Kelantan

Rabu, 18 November 2015

PAS, Saksikanlah Bagaimana Akhirnya Kamu Dipermainkan UMNO Dalam Isu Hudud!


Dah cakap banyak kali. Tapi modal dorang.

Sangka baik. Sangka baik. Kalau terjadi juga, balasan pasti akan tiba buat mereka.

Bagi aku, pemikiran macam tu sebenarnya bebal. Ko dah tahu si dia tu penipu yang kau nak berkerjasama dengan si penipu tu dah kenapa? Lepas tu dengan kau-kau sekali kena tipu. Tak terasa padan muka ke?

Baru-baru neh ramai juga yang pelik dengan pemikiran dan halatuju PAS. Dalam bajet berkecuali. Lepas tu isu YAPEIM sepatah haram tak berbunyi. Tak faham aku. Then ada permintaan dari geng2 PAS harap menghukum 3 ahli parlimen PAS yang undi tolak bajet 2016.

Whathefuck is that beb? Kenapa kau semua macam neh? Perjuangan 60 tahun melawan UMNO dicampak ke mana? Pengalaman bukan cikai-cikai. Baik yang mati, dipenjara, didakwa semua cukup. PAS melalui pelbagai jenis kepayahan dalam melawan UMNO. Tetapi PAS pada hari neh ialah.. apa yang aku tak faham. Aku taktau nak cakap macam mana.

Btw. Petikan berita dari Malaysiakini ini mendedahkan jawapan menteri di parlimen tau. Bagaimana PAS kena kencing setepek kaw2 dengan geng2 UMNO.

Yolah. Sangka baik la. Biar UMNO kencing dalam MULUT kau semua pun, tolongla sangka baik oke.

KAH KAH KAH

Beberapa anggota parlimen PAS membantah - akibatnya seorang diperintah keluar Dewan Rakyat - selepas seorang menteri mendedahkan bahawa kerajaan pusat tidak membawa cadangan pindaan undang-undang hudud ke mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pada 11 Mac.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata enakmen syariah itu tidak pernah dibawa untuk perhatian majlis itu sejak mula lagi.
Pengakuan itu mencetuskan kemarahan wakil-wakil rakyat PAS yang berkata kerajaan pusat pernah berjanji dalam jawatankuasa teknikal hudud untuk berbuat demikian sebelum pindaan dibawa ke Parlimen.
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) diarah keluar dewan selepas beberapa kali cuba menyoal Jamil Khir sebab kerajaan tidak mahu mengikut apa yang telah dipersetuju dalam jawatankuasa teknikal.
Beliau diarah keluar oleh Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said selepas 30 minit bertikam lidah, dengan menteri tersebut tidak memberi jawapan memuaskan berhubung perkara itu.
Bercakap dalam sidang media selepas diarah keluar dewan, Mahfuz mendakwa bahawa mesyuarat Majlis Kebangsan bagi Hal Ehwal Islam yang dipengerusi oleh perdana menteri, telah bersetuju dengan pindaan itu dan telah disebut akan dibentang dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja baru-baru ini.
Oleh kerana kerajaan tidak berbuat demikian, dakwanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen.
"Rang undang-undang itu akan membuat ia mudah bagi Kelantan untuk menguatkuasakan apa yang telah diluluskan di sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini," katanya.
Menurut Mahfuz lagi, ini membuktikan bahawa apabila terdapat tekanan dari parti-parti komponen BN berhubung dengan hudud, kerajaan tidak meneruskannya.
Sebut 'bacul'
Sementara itu, Bernama melaporkan tindakan itu diambil kerana Mahfuz tidak mengendahkan arahan Ismail dan menghina Jamil Khir ketika menteri berkenaan menggulung perbahasan usul itu.
"Tindakan ini jangan dijadikan isu di luar dewan selepas ini. Ia dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 42.
"Yang pertama, tidak mengendahkan nasihat saya supaya duduk diam, lama saya biarkan....selain mengeluarkan perkataan menteri 'bacul'. Saya dengar perkataan ini terhadap menteri (Jamil Khir).
"Dia (Mahfuz) berdegil tidak menghormati (Timbalan) Speaker dan apabila diminta duduk diam, dia tidak menghiraukan arahan saya dan bukan kerana menteri gagal jawab," kata Ismail seperti dilaporkan agensi berita nasional.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...