Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perak. Papar semua catatan

Khamis, 14 Jun 2012

Dua gambar panas tersebar.


Lokasi?

Marina Island Ferry Terminal, Lumut, Perak

Besar + jelas + terang.

Harussani tak pernah lalu sini so dia takan perasan. Dont worry geng. Rahsiakan dari harussani dan geng2 umno oke?

kah kah kah

Gambar kedua.


Tengok anak panah. 

Pekerja neh dah disahkan berwarganegara bangla. 

Takde masalah apa pun pun warganegara bangla nak kerja di restoran sekinchan ikan bakar yang mendapat tender pengendali makanan di vale yang mana vale cakap kalau vale beroperasi di perak mereka akan mengutamakan peluang pekerjaan untuk orang tempatan tapi setelah member kita dok tanya2 pekerja sana dia bagitau dia mai dari kl yang lain plak mai dari bangladesh.

Panjang siot aku taip tanpa noktah. Neh kalau sedang bercakap, nafas pun tak sempat nak lalu. Err jap. Kan ke pemilik restoran ikan bakar sekinchan pejuang rasmi bagi peniaga2 melayu tapi napa dorang tak utamakan orang melayu untuk bekerja di restoran milik mereka?

kah kah kah

Sambung pasal VALE. Maiii aiii. 

TEMPATAN larh sangat.

Jap. 

Apasal sekinchan ikan bakar gak yang VALE pilih sebagai caterer rasmi?

No komen. Wa tatau apa2. Wa no comment jek memanjang walaupun dah komen panjang2 kat atas neh.

kah kah kah

Ameno : Sorang mengaku pejuang agama, sorang mengaku pejuang melayu tapi kalau tengok bukti.. ekekeke.. HARAM.

Selasa, 12 Jun 2012

Boleh komplain Sultan - Paper dulu-dulu.


Kerajaan negeri perak boleh pecat sultan. Ada kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan negeri melalui dewan negara perak untuk memecat mana2 sultan yang melakukan kesalahan besar yang menyalahi undang2 negara.

Dalam artikel yang sama juga ada tertera bahawa rakyat boleh mengemukakan aduan kepada dewan rakyat berhubung salah laku sultan. Kalau ia masih diamalkan sekarang, aku berharap sangat diberikan pencerahan bagaimana nak mengadu pasal sultan. 

Pasal aku nak buat beberapa aduan. Pasal penjualan tanah kepada warga asing itu yang terutamanya. Kalau takde dah abaikan je larh.

KAH KAH KAH

Dan dalam artikel yang sama juga ada jelas tertera statement neh ;

"Pada dasarnya pertelingkahan di antara raja-raja melayu dan kerajaan pusat diselesaikan secara rundingan"

Maksudnya disini ialah kerajaan pusat pernah bertelingkah dengan raja2 melayu. Aku rasa asas kepada pertelingkahan tersebut ialah untuk mengurangkan kuasa raja2 di malaysia pada ketika itu. Dan aku juga dapat tahu bahawa umno sendiri pernah menyokong gagasan  republik. Rujuk video neh.

Kalau sungguh nampaknya sistem pentadbiran negara pilihan aku dan umno takde beza. Ataupun lebih tepat sistem yang aku mahu diamalkan di malaysia adalah sistem yang mahathir juga PERNAH inginkan. Jika umno PERNAH ada keinginan dan mahathir juga PERNAH ada keinginan, maka apa sebab aku tak boleh hah?

kah kah kah

Ameno : UMNO mudah lupa.. bukan melayu mudah lupa oke. Ekekeke

Jumaat, 8 Jun 2012

Tanah rizab untuk kubur kini bertukar status..


Dulu perkasa pernah kecoh pasal neh.

Perkasa dan umno pernah marah dap sebab amek tanah cina buat kubur orang islam. Which is aku pun tak faham apa isu disitu. Dorang beli tanah then gazetkan beberapa hektar tanah untuk buat perkuburan bagi umat islam. Dan itu menimbulkan kemarahan perkasa. Dorang cakap belum pernah lagi tanah cina di ambil untuk dibuat kubur. Oke, tapi kenapa nak marah ek? Aku tertanya2 sampai sekarang.

Tapi satu isu yang menarik kat situ ialah aku tertanya2 betul ka tanah yang dibeli oleh dap bernilai rm20juta? Untuk kos beli tanah kubur sahaja ka ataupun kos keseluruhan tanah yang di ambil alih? Bab tue aku confused tapi bab tue orang umno tak ulas pula. 

kah kah kah

20juta untuk beli tanah bukan satu kos yang rendah tahu. Kena tengok jumlah keluasan tanah yang terlibat, jenis kawasan dan rate semasa kat situ. Aku tatau details so aku takmo ulas lebih2. Mahal atau murah kena tengok pelan dulu baru boleh ulas lanjut.

Tapi kita abaikan bab tue. Sekarang kita ulas isu lain. Kita citer pasal dokumen yang kat atas tue then kat bawah oke ;



Ia melibatkan dua jenis tanah di dua lot yang berbeza di satu negeri yang sama iaitu perak. Jangka masa bagi kedua2 tanah neh tidak lah begitu jauh jaraknya. Satu dalam bulan ogos 2011 dan satu lagi jan 2012.

Aku taktau apa sebab kerajaan negeri batalkan rizab khusus [jenis penggunaan] bagi kedua2 jenis lot tanah tersebut. So aku takmo ulas lanjut2. Bagi aku setiap negeri dan kes adalah berbeza2 situasinya berdasarkan kepada permasalahan penduduk setempat. So susah juga nak buat gambaran umum bagi mengatakan bahawa bn memang terbukti bersalah dalam kes neh.

Cuma aku nak bagitau kat penyokong2 umno dan perkasa khususnya di penang bahawa penukaran status rizab tue sebenarnya wujud di mana2. Boleh wujud di penang dan boleh juga wujud di perak. Dan bila ia wujud sepatutnya jangan tengok 'subject" yang menukarkan status rizab sebaliknya tengoklah sebab apa kerajaan negeri bertindak menukarkan ia.

Cari punca, kaji sebab, dan kalau benar2 tak setuju ko bantah lah. Jangan melalut buat propaganda murahan di tv. Orang kadang2 semak tengok korang. Mungkin korang tak rasa apa2 sebab tak diberitahu tapi ketahuilah kalau korang tahu hakikat sebenarnya korang sendiri pun automatik sanggup terjun bangunan bunuh diri. Almaklumlah sebab dah malooooo sangat.

kah kah kah

Ameno : Tunggu perkasa dan umno perak mengamok pula. Ekekeke..

Jumaat, 30 Mac 2012

Vale memenangi award syarikat paling teruk di dunia.

Ini bukan cakap kosong. Ini bukan persepsi aku. Ini juga bukan tuduhan pembangkang. Ini ialah realiti. Bukti? Boleh. Lihat sahaja video kat bawah neh ;

 

Vale yang memenangi award tue sekarang berada di mana? Ya,betul. Ada di malaysia. Dia kini ada di perak. Lebih tepat manjung. Kenapa VALE memenangi award neh? Takan dia angkat diri dia sebagai calon untuk memenangi award neh? Itu kerja gila.

Mana ada syarikat yang mahu mencalonkan diri sendiri untuk award yang mencemarkan reputasi dan imej syarikat sendiri. Itu bodoh namanya. Vale, dicalonkan oleh rakyat yang ditindas, menderita dan dianiaya. Dalam erti kata lain, ia di undi oleh rakyat. Hanya rakyat yang memahami rakyat.

Untuk rekod, ini ialah anugerah yang baru je VALE terima pada awal tahun neh. Tahun 2012. Rujuk sini

kah kah kah

Bagusnya. Syarikat neh bertindak buruk dan teruk kepada kakitangan dan rakyat brazil disebabkan kelemahan pentadbir brazil menangani dan menguruskan syarikat vale dengan telus.

Wujudnya campurtangan politik dan permainan wang disini sehingga rakyat teraniaya. Adakah malaysia akan menimpa nasib yang sama? Macam aku sebut sebelum2 neh. Rakyat malaysia dan warga perak tidak menolak pembangunan. Sama dalam kes vale. Jika ia boleh membawa kebaikan pada rakyat perak, pintu memang sentiasa terbuka untuk mereka tetapi haruslah mematuhi syarat2 tertentu. 

Tetapi malangnya belum apa2 dah langgar syarat. Syarat bahawa pantai teluk rubiah harus dibangunkan untuk industri pelancongan dah bertukar menjadi industri berat. Itu bukan sekadar syarat. Ia tertakluk pada pelan pembangunan fiskal negara. Dalam dasar dan polisi pembangunan bagi negeri perak, telah ditetapkan dalam perundangan bahawa kawasan pantai teluk rubiah dan hutan simpan yang terjual kepada vale, hanya boleh dibangunkan untuk pembangunan yang berasaskan pelancongan semata2.

Kenapa mesti pelancongan? Apa salahnya tukar zon? Mesti ramai orang tanya soalan neh kan? Jawapan dia ialah kerana kawasan tersebut telah ditakrifkan sebagai kawasan sensitif alam sekitar tahap II. Sebarang pembangunan yang tidak mengikuti zon yang telah ditetapkan dalam rancangan fiskal negara akan menimbulkan kesan negatif kepada ekosistem dan sosio ekonomi. 

Apa itu rancangan fiskal negara? Ia telah ditetapkan awal2 lagi. Mereka mengkaji stuktur bentuk muka bumi dan geografi sebelum mengesahkan bahawa kawasan2 neh adalah begini, kawasan2 tue adalah begitu. Ada kawasan2 yang tidak boleh diusik. Pantai teluk rubiah dan hutan simpan yang terjual kepada vale tertakluk kepada zon yang tidak sepatutnya ditukar sejak dari awal lagi. Itu telah merosakkan ekosistem.

Pembangunan yang tidak terurus, dengan alam sekitar yang semakin tercemar, tidak membantu kawasan2 yang telah ditakrifkan sebagai zon sensitif alam sekitar bertambah baik, sebaliknya ia menjadi teruk dan semakin teruk.

Dalam satu kenyataan kepada FMT, vale cakap mereka hanya menghasilkan habuk je. Ya, hanya habuk.


Dan aku terfikir. Bagaimana dengan habuk neh vale berjaya memenangi award syarikat paling buruk di dunia? Apakah yang ada pada habuk neh vale? Apa? 


Tolong baca sini juga.

Ameno : Habuk je vale kata..

Teluk Rubiah, Vale dan Zambry. - Part 3.

Sehari sebelum demo. Mungkin ramai yang tidak tahu isu apa yang membabitkan teluk rubiah neh, takpe boleh klik sini dan sini terlebih dahulu.

Semalam zambry ada keluarkan satu statement. Mari kita teliti statement dia berhubung isu neh ;

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri sedang mempertimbang untuk diklasifikasi beberapa dokumen berhubung projek pelaburan bijih besi di Teluk Rubiah, Lumut, yang menurutnya, bagi membuktikan kepura-puraan pakatan pembangkang yang konon menjadi pejuang alam sekitar.
NONEKatanya, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk diklasifikasi beberapa dokumen bagi membuktikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (kiri) sebenarnya bersetuju terhadap projek berkenaan semasa menjadi Menteri Besar selama 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir negeri.  
    
"Saya cabar Nizar beritahu perkara sebenar. Saya mahu lihat jika dia cukup bertanggungjawab untuk beritahu rakyat bahawa dia juga terlibat dalam projek ini," kata Zambry selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah di Seri Iskandar semalam.
   
NONE"Tidak dinafikan pelaburan Vale adalah usaha kita (kerajaan Barisan Nasional) apabila ada perbincangan tidak formal dengan syarikat itu sebelum pilihan raya umum 2008.
    
"Tetapi apabila pembangkang ambil alih pentadbiran negeri mereka meneruskannya dan projek pelaburan itu telah disetujui secara rasmi," katanya.  

Ketika ditanya mengenai perhimpunan awam "Save Teluk Rubiah" yang dijadual Sabtu ini, Zambry (kanan) berkata ia jelas bertujuan untuk menimbulkan isu terhadap kerajaan BN tambahan memandangkan pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung.
 
"Vale bukan Lynas. Ia adalah kilang penghasilan bijih besi dan tidak ada kena mengena dengan radioaktif. Projek Vale datang lebih awal," katanya.

- Bernama

Ya,

Apa yang zambry cakap itu betul. Kita tidak mao tipu2. PR juga bersetuju dengan projek vale neh. Dan projek vale neh takde kena mengena dengan radioaktif bagai. Jangan samakan vale dengan lynas. Ini dua isu yang berbeza yang menimbulkan kesan yang berbeza juga.

Pengakuan pr yang bersetuju dengan projek neh dibuat oleh nizar jamaluddin sendiri. Maaf, tiada press statement atau video untuk membuktikan hal tersebut tetapi aku mendengar dengan telinga aku sendiri. Namun perlu difahami bahawa ;

1. Walaupun pr bersetuju dengan projek neh, pr tidak bersetuju dengan tapak lokasi yang disasarkan oleh vale. Sebaliknya pr usulkan tapak lain dan vale sendiri bersetuju dengan tapak baru yang dicadangkan oleh pr.

2. Tapak yang dicadangkan oleh pr ialah tapak yang membawa kurang impak terhadap ekosistem dan jauh dari kawasan penempatan penduduk.

Setakat neh yang aku tahu. Lebih2 aku tak boleh ulas sebab tidak tahu. Bercakap benda yang tidak tahu hanya akan merugikan kita je. Kalau zambry nak dedah, dipersilakan dedah. Mari kita lihat siapa sebenarnya yang akan terperangkap dalam isu neh.

Zambry, ketika meluluskan projek neh dia terlupa bahawa ;

1. Kawasan yang dijual kepada vale ialah punca rezeki nelayan2 di sekitar. Kalau kita tengok map, kita akan dapati kebanyakkan kawasan tue ialah kawasan tempat nelayan cari makan. Tapi kawasan tue dah dijual kepada vale sekaligus nelayan tak boleh memasuki kawasan tue untuk menangkap ikan = kawasan perikanan jadi terhad = pendapatan nelayan susut. Ini zambry kata tak menjejaskan penduduk?

2. Ada nelayan2 yang dibayar untuk tutup mulut. Tapi bukan seme nelayan setuju dibayar. Yang sanggup dibayar tue kita taktahu lah nak cakap apa, tuduh lebih2 kang susah, kita bukan tahu citer sebenar. Mungkin dorang terdesak, mungkin dorang dipengaruhi, mungkin juga dorang ditipu. Kita susah nak predict keputusan mereka kalau tidak memahami situasi mereka.

3. Ada juga yang dibayar untuk berpindah bila perkara neh semakin meluas. Semakin ramai orang mula bangkit menyuarakan rasa marah kepada kerajaan negeri di atas tindakan gopoh mereka meluluskan projek neh tanpa mengambilkira kesan terhadap penduduk dan alam sekitar.

4. Kenapa aku cakap gopoh? Ini kerana sebelum projek neh diluluskan oleh kerajaan negeri, satu mesyuarat antara kerajaan negeri dan penduduk sekitar diadakan untuk berbincang. Hasil perbincangan tersebut memutuskan bahawa 99% mereka yang berada dalam bilik mesyuarat menolak projek neh. Tetapi walaupun penduduk menolak, projek neh masih berjalan dan diluluskan oleh zambry.

5. Kalau mereka kata, kenapa tidak bertindak sebelum perkara neh pergi jauh lebih dalam, mereka seme tue taktau kronologi kejadian. Penduduk2 sekitar dah menentang lama dulu dah. Sebelum tanah dijual mereka dah bantah, selepas tanah dijual pun mereka masih bantah, sebelum projek berjalan pun mereka bantah dan selepas projek berjalan pun mereka tetap bantah. Masalahnya bantah punya bantah, sapa pun takmo amek peduli. Maksud aku kerajaan negeri takmo amek peduli. Walaupun berbakul2 bantahan disuarakan. 

6. Ini bukan isu pr, jangan salah faham. Kalau ditanya pada mereka2 yang bantah projek neh, mereka tak bantah pasal bn yang luluskan projek neh tapi sebab kesan yang bakal timbul. Penduduk2 sekitar tidak menolak pembangunan. Mereka suka dan seronok bn boleh bawa pelaburan yang besar kepada penduduk perak kerana ini akan membantu ekonomi penduduk secara langsung dan tidak langsung cuma mereka berharap agar jangan lah disebabkan projek neh kepentingan rakyat jadi taruhan balas pula. 

Maksudnya, kalau bn nak buat projek, okey ko buat. Tapi benda2 yang dah sedia hak rakyat, ko jangan usik. Pergi tempatkan vale di satu kawasan yang tidak menganggu kepentingan rakyat. Ini maksudnya. Tapi bn gagal faham. Aku faham kenapa bn gagal faham. Aku akan dedahkan kelak tapi bukan sekarang.  Ini masa berkabung, kena hormatlah der. 

Ada banyak isu yang perlu dibongkar dan dishare kepada penduduk2 perak supaya dorang alert apa itu vale. Nanti kita sambung lagi. 


Penduduk dan rakyat perak please alert ==> klik sini.

Ameno : Dedahkan jek seme zambry, dedah, mari kita lihat siapa yang kena. 

Jumaat, 23 Mac 2012

Teluk Rubiah, Vale dan Zambry. - Part 1


Ramai orang tertanya-tanya apa masalahnya dengan isu teluk rubiah neh. Salah ke buat kilang? Salah ke buat pembangunan? Pencemaran? Pencemaran itu risiko yang perlu ditanggung bagi mewajarkan kemajuan. Kalau tidak macam mana nak tawarkan peluang pekerjaan dan mempelbagai ekonomi setempat? Terpulang kepada manusia bagaimana nak mengawal pencemaran kerana ia bukan sesuatu yang boleh dibanteras secara mutlak sehingga menafikan hak pembangunan.

Itu betul. Aku terpaksa kata betul. Aku takmo pergi sekolah jalan kaki berkilo2 meter. Aku pun takmo hidup di kawasan hutan tanpa ada pembangunan dan kemajuan. Walaupun menjaga alam sekitar itu penting, kemajuan juga tidak kurang penting, walaupun mencegah pencemaran itu penting, pembangunan juga bukan kurang penting.

Dalam erti kata lain kesemua di atas ini penting. Bagaimana mahu kita susun tingkat kepentingan bagi keempat2 komponen di atas? Kita tidak boleh kerana setiap satu mereka sememangnya sama-sama penting. Oleh kerana tidak boleh susun ikut aturan nombor maka kita boleh sesuaikan ikut keadaan.

Disinilah kesilapan zambry dan bn bermula.

Apa silapnya zambry? Adakah dia yang jual tanah di teluk rubiah kepada vale, syarikat perlombongan kedua terbesar di dunia? Bukan, memang bukan. Dia bukan penjual tanah sebab dia bukan pemilik. Hanya pemilik tanah sahaja yang boleh menjual tanah.

Siapa pemilik tanah yang menjual tanah kepada syarikat perlombongan gergasi vale? Tk Rubiah Resort, sykt Harta Makmur dan Kemuning Wira. Ini adalah mewakili tiga syarikat. Dari mana ketiga2 syarikat ini mendapat hak pantai teluk rubiah? Yang ini kisah lampau yang mana kalau kita buka akhirnya kesalahan akan berbalik semula kepada bn.

Tapi kita bukan nak buka isu lampau. kita nak citer isu sekarang. Kita nak citer apa yang sedang berlaku sekarang. Itu pun kita akan citer slow2 sampai kita buka kisah pemilik saham dalam ketiga2 syarikat yang terlibat dalam penjualan tanah teluk rubiah kepada vale. Jangan pernah terperanjat jika akhirnya umno akan terkait.

Oleh kerana yang jual ini syarikat swasta kenapa pula zambry dipersalahkan? Sudah tentu kita tidak boleh salahkan zambry jika prosuder hanya melibatkan urusan aku jual dan ko beli.  Tetapi ia melibatkan lebih dari itu. Kalau satu2 zon itu telah diwartakan sebagai zon pelancongan maka urusan jual beli tanah kepada pemilik baru juga terpaksa mengikut peraturan yang telah diwartakan. ]

Maksudnya disini bila vale beli tanah pelancongan maka dia kena buat pembangunan yang ada kaitan dengan pelancongan sahaja. Tak kisahlah dia nak roboh chalet bina hotel, roboh rumah tumpangan bina suite, itu dia punya pasal, janji product pembangunan mestilah berasaskan pelancongan semata2.

Tetapi vale dapat hak bina kilang perindustrian. Dekat laut, bukan sungai. Sungai dan laut berbeza ekosistem dan kesan pencemaran geografi yang berlaku juga membawa impak yang berbeza namun satu hal yang pasti ialah pencemaran tetap pencemaran.

Oleh itu siapakah individu yang bertanggungjawab menukar tanah teluk rubiah zon pelancongan kepada zon perindustrian. Ya, itulah jawapan nya kenapa zambry sedang dipersoalkan sekarang.


Salah ke menukarkan tanah pelancongan kepada zon perindustrian? Yang itu kita akan ulas pada entry sambungan. Sekarang neh fahamkan tiga perkara penting terlebih dahulu ;

1. Tanah teluk rubiah = kawasan pelancongan orang ramai terjejas.

2. Pesisir laut teluk rubiah = kawasan nelayan cari makan terjejas.

3. Mereka yang terlibat dalam industri pelancongan di teluk rubiah seperti peniaga2 kecil dan pekerja2 yang bekerja di syarikat pelancongan juga terjejas.

Zambry kata projek neh tidak akan menjejaskan alam sekitar selepas ia dimulakan tetapi sebelum ia menjejaskan alam sekitar ia telah pun menjejaskan masyarakat di sekitar teluk rubiah. Yang neh sapa nak bertanggungjawab?

Nota :  PUBLIC RALLY Selamatkan Teluk Rubiah Manjung dr kerakusan manusia pada 31 Mac 2012, Sabtu 10.30am Teluk Rubiah! Sebarkan ke serata alam.

Sila baca sini dan sini.

Ameno : Pembangunan tak salah tapi fahami lah keperluan ekosistem..

Khamis, 22 Mac 2012

Oleh kerana masyarakat orang asli begitu setia dan taat pada kita, saya lulus 30 juta! - Najib.

Aku nak tergelak jek tengok video neh. Hello, video neh aku dapat dari wall najib sendiri okey. Dia yang promote kat facebook dia sendiri okey. Dan ayat neh digunakan sebagai tajuk oleh orang yang upload video neh di youtube okey. 

kah kah kah

 

Aku nasihatkan korang tengoklah sampai habis. Memang kelakar. Dan2 jek lulus 30juta itu neh. Dan2 jek beri bantuan dan anggarkan kos nya berjuta2 ringgit. Ke main sebut jek? Aku cenderung tak percaya pada angka2 yang disebut oleh mulut najib neh. Kadang2 angka jek besar tapi hasilnya tak mengambarkan jumlah angka yang dinyatakan pun.

Tapi memang dah terbukti najib sedang berkempen untuk prui - 13. Tarikh pru - 13 dia sorang jek tahu pula tue. Orang lain seme taktahu. Tapi dia pergi mengaku depan press dia dah ada tarikh pru dan dia sorang jek tahu. Bodoh tak dia cakap macam tue? Ini cuma satu pertanyaan yang aku sengaja tanya walaupun aku sendiri dah tahu jawapan nya.

kah kah kah

Ameno : Oleh kerana masyarakat orang asli begitu setia dan taat pada kita, saya lulus 30 juta! - Najib <-- kah kah kah sakit perut aku gelak..

Rabu, 20 Julai 2011

Betul ke zambry pilih kasih soal pembangunan di perak?

Korang baca luahan neh terlebih dahulu ;
 

Assalamualaikum.... 

sori la bro, ak ni orang baru tgok blog ko sejak isu Patriot lawan Bersih.....
rpanya ang ni orang bagan dtoh ka....hahaha
ak ingat orang selangor tau kL...


sama la kita bro, ak orang teluk intan,..... relaks2, ak bukan SB ka, cia ke, kalo ang tgok email ak kat fb pun ang boleh tau ak ni sapa....

ak nak ckp, thnks arr, blog ang mmg besh la, buat lagi pendedahan.....

lagi satu, pasal bas tu....

kerajaan Perak sekarang terlalu manjakan Daerah Manjung..... sememangnya Manjung sekarang merupakan daerah ke dua terkaya selepas Kinta mengalahkan Larut Mtang Selama (taiping) dan umah asal si Zambry....... tapi yang ak peliknya, semangnya Manjung tu daerah pelancongan, tapi kenapa kerajaan Negeri berpenat2 nak letak industri berat kat sana.... byangkan kat lumut tu, dah la dekat dengan kawasan pelancongan, tapi nak juga bina kilang2 kat kawasan perindustrian lumut tu...

kenapa la x ajak2 pelabur utk bukak kilang kat daerah lain, macam kat kamunting ka, teluk intan ke, tapi yg ak nmpak, pabila kerajaan negeri dpt tarik pelabur, tgok2, kerajaan negeri terus letak kat manjung.... dan yang terbaru pasal kilang besi yg akan jadi kilang besi terbesar kat malaysia, dah la kawasan tapak yg akan bina tu dekat gn pantai pelancongan, kenapa la kerajaan negeri smpai rakus nak buat macam tu, pegila buat kat kamunting ka, lagipun kamunting skrang dah kurang kilang dah.... biarkanla manjung itu dgn pelancongan ...

ak malu doe sbb kerajaan negeri skng berat sebelah dengan daerah2 lain especially daerah kita, dorang x tarik pelabur kat daerah kita doe, lgpun ikut prospek kerja ak, InsyaAllah ak semamgnya x kan ddk kat teluk intan ni after ak habis belajar, tapi ak sayang daerah ak, ak sayang teluk intan........sbb tu ak selalu ikut perkembngan pasal kemajuan + politik negeri ni...

pasal bas tu, baru2 ni, daerah manjung dapat bas baru yg dibeli kerajaan negeri berjuta2, mak ai, manja gler manjung tu, tau la lumut tu parlimen menteri pengangkutan.... Zambry tu nak majukan daerah dia je doe...................... sakit ati ak...... mmg lepas kerja nnti, ak malas nak ddk kat perak dah.......kerajaan negeri yg nmpak sngat berat sebelah.......... lepas tu kes Zmbry minta izin ubah laluan lebuh raya pantai barat dari taiping smpai bnting tu, lagi ak sakit hati.... sumpah sakit hati !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!........ semakin nmpak sngat keazaman dia utk majukan daerah manjung sahaja......bodo.............................................

kesimpulan yg ak oleh buat pasal manjung ni, Manjung = pelancongan = dari dulu = sekarang + industri berat = pencemaran = last2 pelancong kurang......
bodo, macam x da tempat lain nak buat industri kat perak ni...... 

ok la bro, blog ang tu setiap ari 30 kali ak bukak nak tgok info baru ang.... thnks arr..... ko dah bukak mata ak tentang situasi politik kita.... =)

asslamualaikum...

Untuk pengetahuan korang gaji di perak neh ialah ;

rm350 - rm500 sebulan. Siyes. Masa aku mula2 tiba kat perak neh aku macam tak percaya itu rate dorang. Rm500 bila ko kerja dari 10 pagi sampai 10 malam. Gila dowh. Betul2 mencekik orang. Dulu aku fikir gaji murah maybe disebabkan kos sara hidup yang rendah di perak. Tapi mana ada. Selain dari sewa rumah yang murah rm150 - rm300 sebulan yang lain2 tue seme sama je dengan rate kl. 

Malahan ayam lagi mahal dari rate kl. RM12 sekilo bhai. Siyes. Ramai orang komplain dah pasal neh. Tue ramai yang beli kat pasaraya. Aku tak join sekaki. Aku dah pesan jangan. Memang murah ayam sana tapi tak tentu sembelih. Itu pasal aku takmo beli. Seboleh-bolehnya kurangkan makan makanan haram. Nak jaga ahti bhai. Ahti aku pun tak cantik mana. Usah lah tambah burukkan ahti sendiri lagi. Kang keras ahti payah plak. Heh

Tapi tue lah kalau korang duduk kat perak korang akan faham situasi sebenar dia. Apa yang zambry pongpang2 depan tv tue seme palsu. Palsu habis-habisan. Aku bukan lah nak ungkit balik kisah sedih neh sebab ustaz pun dah pesan kita kena belajar redha dan bersabar. Doa itu senjata umat islam. Jangan dipandang ringan pada kuasa doa. 

Apabila bersolat, kita berdoa. Apabila 1 orang bersolat, satu doa. Apabila sejemaah bersolat, sejemaah doa, apabila seumat islam malaysia bersolat, maka seumat islam semalaysia berdoa.. dan Allah swt akan makbulkan doa orang yang teraniaya. Buatlah secara kolektif. Nasihat ustaz. [ustaz menggunakan ayat lain tetapi maksud sama seperti di atas]

Kisah nya begini. Ketika nizar jadi MB, nizar telah meluluskan permohonan kepada sekolah SAR. Maka ramai lah ustaz2 yang gembira sakan. Dan di tempat aku neh ada lah satu tempat kecil yang di sediakan untuk tarbiah budak2 muda yang lalai dan buang masa. Ketika PR berkuasa dulu, entah macam mana punyalah friendly polis berkerjasama dengan ustaz [nama dirahsiakan] untuk tarbiah budak2 neh. Polis akan menahan, dan ustaz neh akan tarbiah. Ustaz tidak menghukum. Hanya tarbiah. Ajar solat, ajar islam, dekati masyarakat. 

Memang best. Tapi sejak zambry amek alih, polis2 yang friendly tue tak dapat beri kerjasama lagi. Ustaz tanya kenapa. Mereka cakap cukuplah sampai sini sahaja. Akan datang kita buat lagi kalau ada peluang. Tanpa kuasa polis macam mana ustaz tue nak tahan budak2 muda yang liar neh? Akhirnya usaha terbantut. Bila dekat, budak2 neh lari. Ada lah sorang tue yang telah ditarbiah tetapi meninggal tahun lepas sebab accident. 

Muda lagi. Bagus budaknya. Dia liar sedikit tetapi sejak berkawan dengan ustaz neh dia jadi baik. Solat tak pernah tinggal. Hormat orang tua. Dekati masyarakat. Rapati makcik pakcik. Tolong mereka bila perlu. Tapi Allah swt lebih sayangkan dia. Alhamdullilah sebelum Allah swt jemput, dia berubah. Ini baik.

Ada cakap ini permainan politik ustaz. Itu sebab sejak zambry pegang polis2 neh dilarang oleh ketua mereka untuk terlibat aktif dalam kerja2 macam neh. Tapi ketika dia tarbiah budak2 neh sungguh dia tak sebut pun pasal PAS. Aku tahu. Aku kenal ustaz neh. Memang ustaz suka hijau dan ahli hijau tapi takde dia bawa agenda hijau dalam sesi tarbiah. 

Sebab tue aku heran sangat2. Kita neh nak dalam usaha tarbiah budak2 muda yang lalai. Apa pasal kita kena pandang hijau ka merah ka untuk buat benda2 alah macam neh. Kalau pun dia ahli pas, apa masalahnya dia tarbiah budak2 neh? Ahli pas ialah pandangan politik dia. Tapi dalam bab akidah, umno dan pas sama2 islam. Takan benda macam neh pun nak berkira? Lue fikirlah sendiri. 

Ameno : Apa pun tak boleh..~~

Selasa, 19 Julai 2011

Bas makin kurang kerana kos minyak makin meningkat.

Dua bulan lepas.

Member : Beb, ko tahu tak bas makin kurang sekarang? Gila babi lah kalau nak tunggu bas. Kesian dowh tengok makcik2 dan budak2 yang pergi balik sekolah. Tunggu bas aje dekat berjam2.

Aku : tatau lah plak.

Member : ko tulis pasal neh dalam blog arh..

Aku : okey tapi aku kena naik bas dulu beb. Baru lah boleh bagi testimoni yang bagus.

Semalam : Lokasi bagan dato - simpang empat - teluk intan

Tunggu bas : pukul 3.01 petang

Naik bas : pukul 4.15 petang [bahasa maki dah muncul time neh]

Tunggu bas  : pukul 4.30 lepas bayar bill astro

Naik bas : pukul 6 petang  [bahasa maki dah habis stok]

Kesimpulan? Bas di teluk intan memang macam baybee.

Semalam aku telah melakukan sedikit ujian dengan menaiki bas ke teluk intan. Walaupun ada kenderaan tetapi aku nak naik bas bagi merasai sendiri pengalaman orang naik bas. Dengar citer kat sini dah lama bas berjam2 nak kena tunggu sebelum boleh tiba ke destinasi. So aku pun jadikan diri aku sebagai bahan testimoni. 

Mula2 aku pergi ke busstop yang berhampiran naik motor. Then park motor tue sementara aku tunggu bas. Aku tunggu punya tunggu. Ketika tengah tunggu tue ada lah member2 aku lalu dengan motor sambil memerhatikan aku. Maybe dorang heran apsal aku tunggu kat bus stop tue kot. Padahal motor ada je kat belakang aku. Bengkek gak aku pasal dorang tak nak singgah tanya apasal. Padahal aku dah bosan gila dowh. Sasau tunggu bas lama nak mampos. Kalau boleh bakar bustop tue, aku bakar. Bus stop pun dah buruk gila padahal usia dalam 5 tahun pun tak sampai. Dasar kroni haramjadah. <-- kes belum sahih.

Then bas pun sampai. Aku kelam kabut sikit fikir nak bayar tambang berapa dan kat mana. Silap2 kena sound plak dengan drebar bas. Almaklum lah aku bukan kaki bas. Then dah bayar aku usyar tempat duduk. Aku tengok apsal mamat2 bangla je naik bas neh. Mamat2 melayu yang handsome2 rupa gay tak dak ka? Hampa dowh. Nak cari teman gay dalam bas tak dapat. 

Then ada lah satu nyonya tue. Dah tua sangat2. Alahai kesian dia kena jalan tengah2 panas sebab bas taknak berhenti di tempat yang nyonya tue nak turun. Punyalah zalim. Ko tak fikir ke satu nanti ko akan tua macam tue juga. Aku bengkek betul tengok sesetengah individu yang suka nak berlagak dengan orang tua. Apa salahnya hormat orang tua. Ko tak rugi apa pun kan. 

Then dah sampai destinasi aku turun bayar astro. Lepas bayar astro aku jalan2 kat sana. Tapi bosan. Nak jalan hapa nya aku tak bawa duit. Bangang. Macam mana lah aku boleh terlupa nak bawa dompet. Aku ngam2 bawa duit untuk bayar astro je. Duit yang keluarga aku bagi soh bayar astro. Selain dari tue aku tak bawa apa pun. Siyes kerja kelam kabut semalam.

Then aku lepak kat bus stop. Kat bus stop neh lah aku jumpa macam2 orang. Rupanya best juga naik bas neh. Ko boleh bergaul dengan orang beb. Macam2 orang ko boleh kenal dek menunggu bas lambat nak mampos. Aku tunggu bas dalam pukul 4.30 kot tak silap aku. Then bas sampai dekat pukul 6 petang. Sementara tunggu bas yang punyalah lambat nak sampai aku sempatlah berborak2 dengan orang yang tengah tunggu bas tue.

Menurut maklumat yang aku korek dari kaki bas aku dapati bahawa ;

1. Sejak minyak naik = bas makin kurang operasi sebab tak mampu tanggung kos operasi yang semakin tinggi.

2. Bas disini tiada perjalanan untuk malam. Last bas ialah 7.10minit. [Aku rasa mustahil last pukul 7.10 pasal aku sepatutnya naik bas 5.30 tapi pukul 6 baru dia "show time" apa citer?]

3. Bas setiap 2 jam sekali pada hari minggu. Dan pada hari biasa 1 jam sekali. [Yang neh aku rasa hampir mustahil pasal aku tunggu bas dah berjam2 takde nampak pun macam bas sejam sekali]

4. Ramai orang merunggut tapi dah takde alternatif. Naik bas sekolah, ada yang tak mampu dan tak mahu. Kadangkala balik lambat sebab ada kelas tambahan so bas sekolah dah tak relevan. Teksi punya mahal nak mampos. Teksi dia akan charge tambang pergi dan balik. Contohnya kalau di kl kita kira ikut meter. Tapi disini kira ikut pergi dan balik walaupun ko cuma naik satu trip je iaitu balik ke destinasi ko. Alasan pengteksi bagi, ialah mereka tiada pelanggan ketika pulang dan ini merugikan mereka. 

Aduhaiii kesian betul lah aku dengar kisah2 dorang neh. Tak pernah aku tahu dowh. Almaklumlah aku ada kenderaan so memang lah berlagak nak mampos. Rupanya derita orang yang terpaksa bergantung harap pada kenderaan awam neh ada macam2. Apa lah punya suwei kerajaan perak neh. Dok pongpang2 kutuk negeri orang tapi negeri sendiri macam haramjadah. Dasar baaabeeyyy punya menteri besar.

Ketika ini juga lah aku jumpa dengan seorang pakcik tua bertongkat. Alahaii.. dia tunggu bas dari pukul 4 lebih [awal sikit dari aku]. Dia datang dari penang nak balik ke rumah. Teksi charge rm20 satu kepala. Ada 3 orang. Kalau ikut satu teksi tue dia charge rm60 pergi balik ke destinasi pakcik tue. Tapi pasal ada 3 orang so dia bahagi kanlah kepada 3. 

Tapi pakcik2 [dua orang pakcik] dan sorang makcik menolak untuk menaiki teksi tersebut. Makcik tue cakap kat aku, "aku pun ada rm20 je". Sebelum tue aku suspect makcik tue ada rm30. Tapi dia dah bagi rm10 kat laki dia pasal laki dia minta. Benda tue berlaku kat depan mata aku sebab tue aku tahu. Salah seorang pakcik tue suami dia lah.

Aduhaii.. begini rupanya kehidupan pakcik makcik neh. Apa lah punya bangsat kerajaan zambrey neh. Ini baru satu pakcik makcik. Belum lagi pakcik makcik lain. Pakcik yang bertongkat tue bukan nak naik bas sangat sebab faktor kaki dia. Tapi pasal dia takde duit terpaksa lah dia tunggu bas berjam2 lama nya untuk naik bas. Entah2 bas tak berhenti di depan rumah dia? Jangan2 dia kena berjalan jauh? Aduhaiii kesian betul lah.

Lepas tue aku berborak dengan makcik sporting. Dia memang sporting. Dia tegur aku dulu. Kalau sebelum neh aku dok sebok2 tegur orang, kali neh dia yang tegur aku dulu. Memang ceria dan sporting sungguh makcik neh. Sampai rumah dia kat mana pun aku tahu. Dia yang bagitau beb. Usah kata rumah, pakej astro apa yang dia langgan pun aku tahu. Dia ceritakan kat aku beb. Hopefully dia ada lah internet. Mana lah tahu rezeki dia baca belog neh plak. Boleh lah kami jalinkan ukhwah sambil2 aku kutuk bn neh.

kah kah kah

Antara perbualan dengan makcik tue yang aku ingat ialah ;

Makcik : tunggu bas neh siap dah masak nasi dah.

Aku : nasi je ke? Saya rasa lauk pun dah siap neh.

Makcik : Itu lah pasal. Siap  makan dan sendawa lagi. 

Aku dan makcik tue gelak2. Memang gila dowh. Lambat dan lembab perkhidmatan bas di sini. Macam mana lah kerajaaan perak dan pembangkang perak buat kerja? Satu kumpulan bersidang bawah pokok. Bawah pokok ko dapat apa? Bas takde pun ko tatau. Harga ayam melambung nak mampos kat perak neh pun ko tatau. Ko hanya tahu meroyan ke kumpulan PR? Errhh terdirect plak i.

Dan satu kumpulan pula buat kerja syok sendiri. Selalu jemput orang pergi ke rumah menteri besar. Konon nya nak amek tahu masalah rakyat. Dah tue? Apa alternatif ko lepas dah amek tahu? Errrr ada kakitangan ko yang baca blog neh tak? Neh kira masalah rakyat gak neh. Cuba ko kasi tolong sikit kat penduduk2 yang memerlukan bas neh. Kalau tak boleh tolong takpe, ko pergi lah mampos. Heh.

Punyalah banyak masalah rakyat perak yang boleh diperhatikan oleh wakil2 rakyat tetapi sayang daripada dorang sibuk fikir masalah rakyat, dorang lebih suka luang masa fikir masalah sendiri akibat hilang kuasa sorang, sorang lagi plak sibuk pertahankan kuasa. Next time pru kita kasi bakar pembangkang dan kerajaan. Biar kita lantik diri kita kuasa ketiga tawan neh perak. Amacam? Ada berani ka?

kah kah kah

Ameno : Rakyat je faham kesusahan rakyat. Dah nama wakil rakyat buat cara macam ko tue wakil rakyat. Ada faham?


Tolong aku menang ipad2 kat sini. Jasa anda amatlah dihargai!

Khamis, 31 Mac 2011

Sensasi : Logik ke poco-poco haram di perak?


Baca bawah ;

IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senaman poco-poco diharamkan.

Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.

Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam.

Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan senaman ini di atas pentas bersama isteri dan pembesar negara yang lain. (gambar atas)

Baca dengan jelas. Dan fahamkan betul-betul. Poco-poco cuma haram di perak. Kalau korang nak berpoco-poco boleh keluar perak. Heh.

Sebenarnya, apa yang aku nak cakapkan ialah ;

1. Kenapa perlu wujud perbezaan fatwa antara satu negeri dengan negeri lain sedangkan mahzab kita sama?

2. Bukan kah perbezaan fatwa akan merumitkan suasana?

3. Contohnya poco-poco. Haram di perak. Tapi di negeri lain macam mana statusnya? Haram juga ke? Adakah jika hanya haram di perak ini bermaksud hanya di negeri perak je kita [orang islam] tak boleh poco-poco tetapi di negeri lain dibolehkan?

4. Sebab tue lah aku binggung dok kat malaysia neh. Even soal fatwa pun masih berserabut! Celaru. Kelam kabut.

5. Hoi.. aku bukan kutuk kerajaan. Aku kutuk sistem yang serabut neh. Faham tak?

Baik, aku kasi contoh beb.

Contoh satu ;

Aku bukan orang perak. Aku datang merantau dok kat perak. Then poco2 sekarang haram di perak aku takleh lah nak poco-ing [padahal mmg tak buat pun] di perak. Ble aku keluar dari perak, adakah aku boleh poco2 semula?

Contoh dua ;

Aku orang perak. Poco2 haram di perak. Sekarang aku keluar perak menetap di perlis. di perlis tiada fatwa pengharaman poco2. adakah aku boleh poco-ing di perlis pula?

Jika begitu, apakah kerelevantnya fatwa pengharaman poco2, rokok dan shisha di malaysia apabila ianya tidak diselaraskan?? Pening siottt..!

Selepas itu aku dengan jahatnya nak mengajak korang berfikir lagi.

Contoh satu ;

saya orang perak. saya tidak menari poco2. tetapi saya menari di disko. Menari di disko tidak haram sebab saya pergi disko cuma utk menari bukan utk minum arak ataupun melanggan pelacur. saya exercise nak kasi badan kurus je.

Contoh dua ;

saya bukan org perak. Saya pun tidak menari poco2. saya tahu poco2 tue ada roh kristian. sebab itu saya menari di kelab malam je. Di kelab malam, saya menari dangdut. Dangdut tidak haram sbb mufti tak cakap pun menari dangdut yang menghairah dan berlengok2 pinggul itu haram.

Apa maksudnya? Kenapa hanya roh kristian je patut diharamkan? Kenapa tidak tarian yg menghairahkan di depan penonton dan tunjuk b***** juga difaktwakan haram? Walaupun tiada roh kristian ttp ada roh seks yg menjurus kepada perkara yg bukan2. Malahan tidak keterlaluan jika di-umpamakan seperti tarian seks. Bezanya tak buka baju. Tapi kebanyakkan dari mereka pun pakai baju melekap2 tubuh badan, even tertutup, bentuk badan tue masih jelas terserlah.

Sebenarnya ramai orang islam pergi disko dan buat parti. Mereka tak teguk arak dan mereka kata ianya tak salah sebab disko tempat melepak. Heh.

Begitu juga dengan tarian dangdut. Mereka bebas bergelek dan berpeluk sesama mereka ketika menari. Walaupun tiada unsur kristian ttp ianya menjurus kepada unsur kemaksiatan.

Aku faham, mufti perak ada sebab nak mengharamkan ia. Tetapi cuba jangan fikir poco2 je. Fikir ke dalam sket.. Haramkan poco2 dan semua yang berkaitan. Baru tepat. 

Aku tahu, nanti korang mesti cakap, biarlah buat sikit2 dulu. Lagipun takanlah mereka taktahu disko tue haram. Sebenarnya tarian di disko dan tarian dangdut wujud terlebih dahulu berbanding poco2. Jadi keutamaan utk mengharamkan ia pun haruslah bermula dari tarian2 ini. Lagipun mmg ramai org islam taktahu masuk disko itu haram. Kalau tidak masakan seorang artis pernah berkata, dia masuk disko utk bersenam je? Heh.



Kemaskini :

Aku baca paper utusan tadi, ada individu mengatakan tarian poco2 menjurus kepada kemaksiatan sebab percampuran antara lelaki dengan perempuan. Aku tak pasti samada fakta itu betul atau tidak. Tetapi, bagi aku sendiri, benda itu merepek dan mengarut.

Bagaimana pula jika mereka wujudkan undang2 agar poco2 tidak boleh ditarikan oleh lelaki dan perempuan di satu tempat? Bukan kah ini akan selesaikan permasalahan di atas? Jika itu berlaku adakah ini bermaksud poco2 blh diteruskan? Terdapat banyak wanita berkerjaya yg menari poco2 di kawasan perak even dalam bangunan kerajaan sendiri [KEMAS] sebagai aktiviti riadah. So? Maksiat kah itu?

Jangan kasi umat islam di malaysia neh pening beb. Dah kata ada unsur2 kristian sudahlah. Kita tak payah buatlah. Walaupun cuma di perak je. Heh. Tak payahlah utusan pergi interview beberapa tokoh yg tak perlu untuk memberikan ulasan merepek lagi mengarut. Buat kena maki je beb. Heh.

Aku sendiri bersetuju poco2 diharamkan. Bukan di perak malahan di seluruh malaysia. Aku menyampah dengan org indonesia yang asyik tuduh malaysia ;

malingsia! malingsia!

ataupun

curang.. curang..

entah ble jadi laki bini aku pun confused. Heh.

So mana2 budaya indonesia neh, eloklah kita jangan amalkan dan popularkan di malaysia. Buat kena maki je dengan indonesia beb. Memang tak semua indonesia tue jahat. Aku kenal ramai. Dan ramai di antara mereka memang baik. Malahan aku pernah saksikan macam mana majikan aku mendera mental pekerja indonesia di tempat aku.

Bos aku ialah owner kilang percetakan. Dia itu perempuan cina yang kejam. Selain dari menyuruh pekerja indonesia menjaga anjing, dia juga melarang wanita tersebut bersolat dan tutup aurat.

Kakak indonesia itu mmg kesian. Aku setakat simpati je mampu. Sebagai student yang sedang kerja sementara waktu cuti sem pada ketika itu, aku takley nak buat apa2. Ini antara 3,4 kisah maid indonesia yang dipergunakan oleh majikan cina yang aku alami. Dan semua-nya majikan cina. Aku tak pernah jumpa majikan india ataupun melayu mendera pekerja indonesia islam. Mungkin korang pernah. Pengalaman kita lain2 kan.

Nota : Aku dah check e-fatwa dan aku tak jumpa poco2 haram di negeri lain. Jika korang jumpa ada fatwa tersebut dan ianya di wartakan, tolong inform aku.

Ameno : Pening kepala.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...