Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Nizar Jamaluddin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nizar Jamaluddin. Papar semua catatan

Khamis, 30 Ogos 2012

SAMAN MALU : Utusan kalah dengan Nizar Jamaluddin.


Sumber gambar : sini

Hadoii..

Lagi dan lagi. Mungkin utusan nak cipta rekod ;

1. Akhbar yang paling banyak kena saman.

2. Lepas tue paling banyak kalah dalam kes tuntutan saman.

3. Paling banyak kena minta maaf untuk elak bayar tuntutan saman.

KAH KAH KAH

Apa pun aku faham sangat. Kita sebagai manusia neh tak salah saling maaf memaafkan.. tetapi UTUSAN harus diajar juga.. lainkali kalau dia nak minta maaf suruh dia taip besar2 kat front page dan nyatakan satu muka surat penuh mengenai permohonan maaf.. 

Time sebar fitnah tak hengat donia... tapi minta maaf letak space kecik2 apa barang? Apa pun utusan belum lagi minta maaf kat nizar jamaluddin. Cuma dah minta maaf kat karpal singh aje.. apa pun kita tunggu dan lihat jika utusan nak minta maaf ke or nak bayar wang ke kat nizar jamaluddin..

TUNGGGGGUUUUU..

Rabu, 25 Julai 2012

Cikgu jangan marah2, Nizar Jamaluddin datang melawat je.


Cikgu sabar cikgu.  Sabar banyak2. Kalau cikgu nak tahu ;

1. Nizar jamaluddin tue kan wakil rakyat cikgu.

2. Tak aneh wakil rakyat melawat kawasan2 dia wahai cikgu.

3. Selain melawat untuk mendengar keluhan rakyat, wakil rakyat juga boleh melihat sendiri secara dekat apa yang dialami oleh satu2 keluarga. 

4. Dalam kes neh, bapa kepada anak murid cikgu tue kan, sakit. Dan amat wajar diberikan sumbangan cikgu oii. So nizar mai nak bagi sumbangan cikgu. Nak bagi sumbangan. Itu di anggap gula2 beracun ka cikgu weh? Berdosa ka mp pr bagi sumbangan? Haram ka mp pr bagi sumbangan?

5. So tolong menolong dan ziarah menziarahi orang sakit neh cikgu. Bukan isu politik pun. Tak kira lah cikgu umno ke dia pas ke, kalau dah sesama muslim berpecah dan tak boleh saling menziarah dan tolong menolong disebabkan fahaman politik itu kan dah nama nya taksub wahai cikgu yang kacak handsome bergaya.

6. So adalah amat tidak wajar cikgu menegur anak murid cikgu yang tatau apa2 pasal politik. 

7. Sebelum cikgu tuduh mp nizar yang bukan2 apa kata cikgu jelaskan dulu peranan cikgu sebagai seorang cikgu pada para pelajar.

8. Apa pun yang berlaku pada keluarga anak murid cikgu rasanya bukan menjadi urusan cikgu untuk menentukan yang mana patut dan tak mana patut melainkan anak murid cikgu melakukan kesalahan di dalam kawasan sekolah.

9. Beban yang menimpa anak murid cikgu bertahun2, kalau cikgu terer sangat kenapa tidak cikgu sendiri jek yang bantu?

10. Oleh kerana cikgu tidak berbuat apa2, maka janganlah sesekali cikgu halang orang lain dari berbuat apa2.

Taknak tolong takpe cikgu. Taknak faham pun takpe. Cuma janganlah cikgu mementingkan diri sendiri. Cikgu ada pandangan cikgu, sebenci2 cikgu pada nizar, pada pas dan pada pr, seboleh2nya simpan lah demi menjaga ahti anak murid cikgu, boleh kan? Tak pasal2 orang dah kecik ahti dengan cikgu. Aiii apa pun tak boleh. 

Nota : Caption di gambar tidak ditulis oleh aku dan aku tidak bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan kepada cikgu tersebut. Harap maklum. 

Artikel neh telah dikemaskini : 26/7 9:24am

Isnin, 18 Jun 2012

Penipuan NST terhadap Nizar Jamaluddin dibongkarkan.

Orang menulis ko pun sibuk nak menulis. Jadi lah wartawan yang ada intergriti bukan wartawan syok sendiri. Kalau wartawan pun tulis merapu takde fakta macam neh, apa lah yang boleh diharapkan lagi kredibliti pengamal media arus perdana di malaysia?

Isu nya tak lain tak bukan. Isu no plat WWW. Memang isu remeh tapi diperbesar2kan oleh sesetengah pihak. 


NST ada tulis satu artikel. Tiga kali aku ulang baca. Aku rasa NST menghadapi kecelaruan dalam menerbitkan berita. Menerusi artikel yang korang sendiri boleh baca disini, korang akan dapati NST telah memperbodohkan diri sendiri.

NST cakap ;

SPECIAL NUMBER PLATE: Critic of sultan had obtained AGS 10 for free = Title of the article.

Then content of the article pula ==> 
Records obtained by the New Straits Times showed that the tender for the number, categorised as "golden" (meaning it must fetch no less than RM10,000 in a tender), was made under the name "YAB menteri besar Perak".
While AGS 10 was sold that year for RM60,000, records show that the "offer price", "total" and "deposit" from Nizar were RM0.00

Kat sini simply kita boleh faham bahawa AGS 10 dianggap sebagai  no plat special.  Harga dia paling koman RM10,000. Itu jika JPJ menjual no plat tersebut. Tetapi JPJ tak dapat nak jual sebab menteri besar perak ketika itu APPLY no tersebut. Dia apply dan dia dapat percuma. 

Ketika dia apply, record yang ada membuktikan dan mengesahkan bahawa dia tidak meletakkan apa2 deposit, nilai bidaan dan jumlah pembayaran yang dia perlu buat sebab dia dapat secara percuma. Itu NST sendiri tulis. Bukan statement dari aku.

Actually, before this there were so many cybertroopers of umno keep asked me the same exactly question over and over again. Aku taktau jawapan dia so aku chose to neglect. But now i can give u a proper answer based on NST article itself. Bukan simply rekaan aku oke.

Ini bermakna dan membuktikan bahawa Nizar tidak membida apa2 no plat pun selama dia memerintah perak sebelum neh. So what's issue here, again? Heh.

Itu satu. Yang kedua pula bab accident. Korang tengoklah NST sendiri tulis apa kat bawah neh oke ;
The Camry was procured by the office of the state secretary in January 2009 and was the same one that turned turtle in front of the Perak Umno building in January 2010. Nizar, who suffered minor injuries in the accident, extricated himself out of the vehicle and waved to the crowd.

Kata NST, kereta hitam kat atas ialah kereta yang terlibat dalam accident yang membabitkan nizar dulu2. Yeke? Bukan kah itu kereta kat bawah neh ;




Ini ke penulisan seorang wartawan? Ini ke? Memalukan. Penyelewengan fakta. Ada ke blogger cam aku kena ajar ko pasal etika? Takde maruah ka?

Yang ketiga dan last. 

Oleh kerana Nizar dipersalahkan sebab beli camry bagi mengantikan kereta rasmi kerajaan negeri perak jadi kerajaan negeri perak di bawah pimpinan zambry pergi jual toyota camry yang dibeli dengan harga rm100k dan ke atas sebanyak rm60k jek. Alasan dorang jual sebab nizar beli. Dan nizar telah dipersalahkan sebab beli kereta tersebut.

Kereta tersebut bukan sahaja dijual dengan murah bahkan dijual sekali dengan no plat yang nizar dapat percuma dari jpj tue. Kalau nizar bebal sebab bazirkan wang kerajaan negeri apakah zambry bijak sebab jual kereta mahal dengan harga di bawah harga pasaran? 

Itu juga bukan satu tindakan yang bijak bahkan lebih bodoh lagi keputusan kerajaan negeri sebelum neh. Aku tatau alasan konkrit kenapa nizar beli kenderaan rasmi yang baru tapi yang aku tahu kalau jual kereta semata2 kereta tue nizar pernah guna memang bodoh.

OIeh kerana satu pembaziran sudah dilakukan maka apa sebab ko melakukan pembaziran yang kedua? Elok2 kereta tue kerajaan negeri perak boleh guna, ko lego macam tue aje ? Bodoh ke bijak tindakan tersebut? 

Dan tak habis2 ayat klise mesti keluar. Wang bidaan no plat dapat kat JPJ then jpj bantu rakyat. Macam mana jpj bantu rakyat tue? Apa prosuder dia tue? Apa? Aku tak nampak apa sebab kita perlu membantu rakyat menerusi jpj.

Kalau ko nampak orang susah, direct jek ko bantu. Takpayah nak complicated sangat lah cakap bida itu neh untuk bantu rakyat marhaen. JPJ mengeluarkan bidaan nak untung. Bukan nak membantu. Untuk kebaikan jabatan dorang. 

Aku tak salahkan jpj yang bijak menggunakan akal untuk berniaga. Aku salahkan orang bebal yang reka alasan konon nya bidaan boleh membantu rakyat. Tue aje.

kah kah kah


Updated ; 19 june 2012


Assalam Bos, sorry lah kalau sy tegur sikit kesilapan statement... Sy ni taklah pandai sgt tapi nak tolong kwn2 seperjuangan.... setiap nombor yg dibeli melalui JPJ bukan masuk dalam akaun JPJ untuk kegunaan JPJ semula tapi dimasukkan ke dalam Akaun Kumpulanwang Persekutuan Disatukan melalui Kutipan Hasil Rasmi kerajaan sebagai Pendapatan Kerajaan Persekutuan sama mcm cukai Jalan yg kita bayar, saman dan compound dari JPJ ... JPJ bukan berniaga Bos tapi dia Kutip Hasil bagi Kerajaan Persekutuan dan duit tu akan dimasukan dan digunakan semula oleh kerajaan dalam Bujet tahun depan... sy ni taklah berapa bijak tapi kalau boleh perbetulkan statement sblm Bloger umno bantai Bos.... Tq

Kat atas neh pandangan dia mengenai no plat yang JPJ jual. Maybe kekawan yang kerja kat JPJ kot. So aku letakkan kat sini supaya kita seme terdedah dengan seme info. Inikan demokrasi. Sesiapa pun berhak nyatakan pandangan dan pengetahuan jika benar2 memahami hal tersebut. Oke.

Ameno : Nizar pun dapat free.. ekekke.. 

Khamis, 31 Mei 2012

Nizar Jamaluddin Haram jejak Johor?


kah kah kah

Lawak siotttttttttttttt

Benda yang terang2 HARAM ko taknak pula persoalkan. Benda remeh temeh macam neh korang kecoh habis. Memang betul2 mangkok ayon. Adakah perkataan mangkok ayon boleh membuatkan aku didakwa di bawah akta kenyataan pindaan 2012?

Alamak aiiiii.... pleaseeeeeeeee don't charge aku bawah akta keterangan pindaan 2012. Aku bukan menfitnah. Aku cakap benda betul jek neh. Cuma tak sokong BN saja. Takan itupun nak dakwa orang?

kah kah kah

Sebelum korang pongpang2 pasal nizar, ce ulas sket pasal kosmo. Itu akhbar kesayangan korang tue. Depa terang2 PERLI sultan johor. At least nizar bertanya bukan buat andaian ataupun memerli. Bukti? Ada kat bawah neh oke ;


Sekarang bila nak report polis pasal KOSMO? Bila nak haramkan KOSMO dari JEJAK JOHOR? Cepat pemuda umno johor. Jangan buat tindakan terpilih. Bercakap soal kesultanan melayu, korang kan paling expert dan penyokong tegar sistem kedaulatan beraja neh. Jangan tanya aku. Aku bukan pro kepada sistem neh der.

kah kah kah
Ameno : Benda haram depa halalkan, benda halal depa haramkan.

Rabu, 30 Mei 2012

Jom pancung anak bini Nizar Jamaluddin.

Wowww

Takutnya aku dengan ugutan kat bawah neh ;


Dasat nak mampos. Aku siap tergolek2 gelak lagi sebab terlampau nya takut. 

kah kah kah

Isu kecik macam neh pun nak ajak serang apa seme?  Nampak sangat hidup dia terlampau nya senang sampai isu remeh temeh pun nak ajak serang menyerang. Siap nak pancung anak bini orang pula tue. 

Kalau dibaca betul2 adalah satu ugutan. Tapi biasalah, kalau nyawa pemimpin pembangkang, arhh apa? Yeke? Ada ke? Takpe kita tunggu laporan dulu oke. Kalau nyawa pemimpin kerajaan walaupun sebenarnya bukanlah ugutan pun dan2 terus amek tindakan sepantas kilat.

Inilah malaysia. Undang2 double standard. Keselamatan pro kerajaan jek penting, keselamatan pro pembangkang tak penting langsung. Dah masak dah dengan pemBIASan mereka. Mereka yang cipta undang2 so mereka punya pasal larh.

kah kah kah

Ameno : Cuba tukarkan nama nizar kepada nama najib. Ko tunggu, lepas 5 minit dah terpacak dah budak tue depan balai kena tahan.

Isu no plat WWW - Nizar Jamaluddin di siasat POLIS JOHOR.

Huk aloh.

Benda remeh temeh macam neh pun nak siasat? Tah hapa2. Berlambak2 kes jenayah wujud di malaysia neh takde pun beria2 nak selesaikan. Isu komen kat twitter yang beria2 nak siasat buat apa? Dia dah minta maaf jek pun. Kira selesai sudahlah. Toksah nak kecoh sangat. Buat macam neh orang jadi makin menyampah der. Siyes.


Hina Allah swt takde pula respon secepat neh. Mempersoalkan isu pembaziran dan2 terus nak siasat apa seme. Polis johor setakat neh telah menerima lima report polis yang dibuat terhadap kenyataan nizar. Sebab tue dorang menyiasat.

Mangkok ayon mana larh menyemak buat report polis atas kes remeh temeh neh. Bagi aku isu neh mudah jek. Persepsi rakyat timbul disebabkan kelakuan diri sendiri. Kita bukan nak anggap dan sangka seme orang2 kaya atau apa jahat2 belaka dan suka membazir. Tetapi bila seringkali dihadapkan dengan perlakuan yang sama secara berulangan dan berterusan akhirnya kita akan ditanam dengan satu persepsi.

Jadi komen nizar mahupun komen mana2 orang awam mengenai isu no plat WWW neh bukanlah perkara yang boleh di anggap jenayah sehingga nak menyiasat orang di bawah akta hasutan pula. Dia tak menghasut pun. Cuma mempersoalkan. Aku tak nampak apa kesalahan nya mempersoalkan isu tersebut. Alamak aii. Janganlah pressure orang sangat.

Suka tak suka apa sekalipun, rakyat sekarang bukan macam zaman hang tuah. Kena lah berubah ikut arus semasa. Kenapa bila umno pongpang2 pasal sultan dan raja apa seme sorang pun tak berani nak komplain tapi bila PR persoalkan sikit mula larh nak mengata kita menghasut apa seme ?

Jangan terlalu bersikap bias dan tidak adil kepada pembangkang. Cuba belajar lapangkan diri untuk menerima apa benda yang nizar persoalkan itu ada asasnya. Sudah2lah tue. Tiada manusia maksum di dunia neh lagi dah. Nabi saw yang terakhir dan ia akan kekal begitu sampai bila2. 

Tolong faham oke.

Ameno : Hanya mempersoalkan justifikasi pembelian no plat WWW pun salah ka?

Jumaat, 25 Mei 2012

Gambar-gambar kereta disimbah cat di ceramah Pakatan Rakyat kat PERAK.



Gambar neh bukan merujuk kepada satu kereta je taw. Banyak kereta kena. Seme dicat di bahagian yang sama iaitu di bahagian lampu depan. Bengong dan menyusahkan. Tatau siapa yang buat dan sabotaj sebab ketika dorang cat kereta tiada sesiapa pun yang nampak apa yang berlaku.

Masing2 sedang mengikuti ceramah. Dorang buat senyap2 dan blah dari situ. Kenapa apa seme aku tatau. Siapa yang terlibat apa seme pun aku tatau gak. Cuma dipercayai ia ada kaitan dengan umno. Lihat rakaman video kat bawah neh juga ;




Banyak kereta yang kena cat sebenarnya. Lokasi kejadian di Sayong, Kuala Kangsar pada malam semalam. Nampaknya sekarang serang secara sorok2 plak. Kenapa? Dah takut ke apa?

kah kah kah

Gambar dari team media perak.

Ameno : bien warna biru = cat kaler biru. Ekekeke..

Jumaat, 30 Mac 2012

Teluk Rubiah, Vale dan Zambry. - Part 3.

Sehari sebelum demo. Mungkin ramai yang tidak tahu isu apa yang membabitkan teluk rubiah neh, takpe boleh klik sini dan sini terlebih dahulu.

Semalam zambry ada keluarkan satu statement. Mari kita teliti statement dia berhubung isu neh ;

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri sedang mempertimbang untuk diklasifikasi beberapa dokumen berhubung projek pelaburan bijih besi di Teluk Rubiah, Lumut, yang menurutnya, bagi membuktikan kepura-puraan pakatan pembangkang yang konon menjadi pejuang alam sekitar.
NONEKatanya, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk diklasifikasi beberapa dokumen bagi membuktikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (kiri) sebenarnya bersetuju terhadap projek berkenaan semasa menjadi Menteri Besar selama 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir negeri.  
    
"Saya cabar Nizar beritahu perkara sebenar. Saya mahu lihat jika dia cukup bertanggungjawab untuk beritahu rakyat bahawa dia juga terlibat dalam projek ini," kata Zambry selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah di Seri Iskandar semalam.
   
NONE"Tidak dinafikan pelaburan Vale adalah usaha kita (kerajaan Barisan Nasional) apabila ada perbincangan tidak formal dengan syarikat itu sebelum pilihan raya umum 2008.
    
"Tetapi apabila pembangkang ambil alih pentadbiran negeri mereka meneruskannya dan projek pelaburan itu telah disetujui secara rasmi," katanya.  

Ketika ditanya mengenai perhimpunan awam "Save Teluk Rubiah" yang dijadual Sabtu ini, Zambry (kanan) berkata ia jelas bertujuan untuk menimbulkan isu terhadap kerajaan BN tambahan memandangkan pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung.
 
"Vale bukan Lynas. Ia adalah kilang penghasilan bijih besi dan tidak ada kena mengena dengan radioaktif. Projek Vale datang lebih awal," katanya.

- Bernama

Ya,

Apa yang zambry cakap itu betul. Kita tidak mao tipu2. PR juga bersetuju dengan projek vale neh. Dan projek vale neh takde kena mengena dengan radioaktif bagai. Jangan samakan vale dengan lynas. Ini dua isu yang berbeza yang menimbulkan kesan yang berbeza juga.

Pengakuan pr yang bersetuju dengan projek neh dibuat oleh nizar jamaluddin sendiri. Maaf, tiada press statement atau video untuk membuktikan hal tersebut tetapi aku mendengar dengan telinga aku sendiri. Namun perlu difahami bahawa ;

1. Walaupun pr bersetuju dengan projek neh, pr tidak bersetuju dengan tapak lokasi yang disasarkan oleh vale. Sebaliknya pr usulkan tapak lain dan vale sendiri bersetuju dengan tapak baru yang dicadangkan oleh pr.

2. Tapak yang dicadangkan oleh pr ialah tapak yang membawa kurang impak terhadap ekosistem dan jauh dari kawasan penempatan penduduk.

Setakat neh yang aku tahu. Lebih2 aku tak boleh ulas sebab tidak tahu. Bercakap benda yang tidak tahu hanya akan merugikan kita je. Kalau zambry nak dedah, dipersilakan dedah. Mari kita lihat siapa sebenarnya yang akan terperangkap dalam isu neh.

Zambry, ketika meluluskan projek neh dia terlupa bahawa ;

1. Kawasan yang dijual kepada vale ialah punca rezeki nelayan2 di sekitar. Kalau kita tengok map, kita akan dapati kebanyakkan kawasan tue ialah kawasan tempat nelayan cari makan. Tapi kawasan tue dah dijual kepada vale sekaligus nelayan tak boleh memasuki kawasan tue untuk menangkap ikan = kawasan perikanan jadi terhad = pendapatan nelayan susut. Ini zambry kata tak menjejaskan penduduk?

2. Ada nelayan2 yang dibayar untuk tutup mulut. Tapi bukan seme nelayan setuju dibayar. Yang sanggup dibayar tue kita taktahu lah nak cakap apa, tuduh lebih2 kang susah, kita bukan tahu citer sebenar. Mungkin dorang terdesak, mungkin dorang dipengaruhi, mungkin juga dorang ditipu. Kita susah nak predict keputusan mereka kalau tidak memahami situasi mereka.

3. Ada juga yang dibayar untuk berpindah bila perkara neh semakin meluas. Semakin ramai orang mula bangkit menyuarakan rasa marah kepada kerajaan negeri di atas tindakan gopoh mereka meluluskan projek neh tanpa mengambilkira kesan terhadap penduduk dan alam sekitar.

4. Kenapa aku cakap gopoh? Ini kerana sebelum projek neh diluluskan oleh kerajaan negeri, satu mesyuarat antara kerajaan negeri dan penduduk sekitar diadakan untuk berbincang. Hasil perbincangan tersebut memutuskan bahawa 99% mereka yang berada dalam bilik mesyuarat menolak projek neh. Tetapi walaupun penduduk menolak, projek neh masih berjalan dan diluluskan oleh zambry.

5. Kalau mereka kata, kenapa tidak bertindak sebelum perkara neh pergi jauh lebih dalam, mereka seme tue taktau kronologi kejadian. Penduduk2 sekitar dah menentang lama dulu dah. Sebelum tanah dijual mereka dah bantah, selepas tanah dijual pun mereka masih bantah, sebelum projek berjalan pun mereka bantah dan selepas projek berjalan pun mereka tetap bantah. Masalahnya bantah punya bantah, sapa pun takmo amek peduli. Maksud aku kerajaan negeri takmo amek peduli. Walaupun berbakul2 bantahan disuarakan. 

6. Ini bukan isu pr, jangan salah faham. Kalau ditanya pada mereka2 yang bantah projek neh, mereka tak bantah pasal bn yang luluskan projek neh tapi sebab kesan yang bakal timbul. Penduduk2 sekitar tidak menolak pembangunan. Mereka suka dan seronok bn boleh bawa pelaburan yang besar kepada penduduk perak kerana ini akan membantu ekonomi penduduk secara langsung dan tidak langsung cuma mereka berharap agar jangan lah disebabkan projek neh kepentingan rakyat jadi taruhan balas pula. 

Maksudnya, kalau bn nak buat projek, okey ko buat. Tapi benda2 yang dah sedia hak rakyat, ko jangan usik. Pergi tempatkan vale di satu kawasan yang tidak menganggu kepentingan rakyat. Ini maksudnya. Tapi bn gagal faham. Aku faham kenapa bn gagal faham. Aku akan dedahkan kelak tapi bukan sekarang.  Ini masa berkabung, kena hormatlah der. 

Ada banyak isu yang perlu dibongkar dan dishare kepada penduduk2 perak supaya dorang alert apa itu vale. Nanti kita sambung lagi. 


Penduduk dan rakyat perak please alert ==> klik sini.

Ameno : Dedahkan jek seme zambry, dedah, mari kita lihat siapa yang kena. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...