Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 30 Mac 2012

Vale memenangi award syarikat paling teruk di dunia.

Ini bukan cakap kosong. Ini bukan persepsi aku. Ini juga bukan tuduhan pembangkang. Ini ialah realiti. Bukti? Boleh. Lihat sahaja video kat bawah neh ;

 

Vale yang memenangi award tue sekarang berada di mana? Ya,betul. Ada di malaysia. Dia kini ada di perak. Lebih tepat manjung. Kenapa VALE memenangi award neh? Takan dia angkat diri dia sebagai calon untuk memenangi award neh? Itu kerja gila.

Mana ada syarikat yang mahu mencalonkan diri sendiri untuk award yang mencemarkan reputasi dan imej syarikat sendiri. Itu bodoh namanya. Vale, dicalonkan oleh rakyat yang ditindas, menderita dan dianiaya. Dalam erti kata lain, ia di undi oleh rakyat. Hanya rakyat yang memahami rakyat.

Untuk rekod, ini ialah anugerah yang baru je VALE terima pada awal tahun neh. Tahun 2012. Rujuk sini

kah kah kah

Bagusnya. Syarikat neh bertindak buruk dan teruk kepada kakitangan dan rakyat brazil disebabkan kelemahan pentadbir brazil menangani dan menguruskan syarikat vale dengan telus.

Wujudnya campurtangan politik dan permainan wang disini sehingga rakyat teraniaya. Adakah malaysia akan menimpa nasib yang sama? Macam aku sebut sebelum2 neh. Rakyat malaysia dan warga perak tidak menolak pembangunan. Sama dalam kes vale. Jika ia boleh membawa kebaikan pada rakyat perak, pintu memang sentiasa terbuka untuk mereka tetapi haruslah mematuhi syarat2 tertentu. 

Tetapi malangnya belum apa2 dah langgar syarat. Syarat bahawa pantai teluk rubiah harus dibangunkan untuk industri pelancongan dah bertukar menjadi industri berat. Itu bukan sekadar syarat. Ia tertakluk pada pelan pembangunan fiskal negara. Dalam dasar dan polisi pembangunan bagi negeri perak, telah ditetapkan dalam perundangan bahawa kawasan pantai teluk rubiah dan hutan simpan yang terjual kepada vale, hanya boleh dibangunkan untuk pembangunan yang berasaskan pelancongan semata2.

Kenapa mesti pelancongan? Apa salahnya tukar zon? Mesti ramai orang tanya soalan neh kan? Jawapan dia ialah kerana kawasan tersebut telah ditakrifkan sebagai kawasan sensitif alam sekitar tahap II. Sebarang pembangunan yang tidak mengikuti zon yang telah ditetapkan dalam rancangan fiskal negara akan menimbulkan kesan negatif kepada ekosistem dan sosio ekonomi. 

Apa itu rancangan fiskal negara? Ia telah ditetapkan awal2 lagi. Mereka mengkaji stuktur bentuk muka bumi dan geografi sebelum mengesahkan bahawa kawasan2 neh adalah begini, kawasan2 tue adalah begitu. Ada kawasan2 yang tidak boleh diusik. Pantai teluk rubiah dan hutan simpan yang terjual kepada vale tertakluk kepada zon yang tidak sepatutnya ditukar sejak dari awal lagi. Itu telah merosakkan ekosistem.

Pembangunan yang tidak terurus, dengan alam sekitar yang semakin tercemar, tidak membantu kawasan2 yang telah ditakrifkan sebagai zon sensitif alam sekitar bertambah baik, sebaliknya ia menjadi teruk dan semakin teruk.

Dalam satu kenyataan kepada FMT, vale cakap mereka hanya menghasilkan habuk je. Ya, hanya habuk.


Dan aku terfikir. Bagaimana dengan habuk neh vale berjaya memenangi award syarikat paling buruk di dunia? Apakah yang ada pada habuk neh vale? Apa? 


Tolong baca sini juga.

Ameno : Habuk je vale kata..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...