Peribadi orang jangan kita usik. Jangan kita sentuh kalau ia tak membabitkan rakyat ataupun menyusahkan rakyat. Sebab tue kalau nak bercakap pasal peribadi orang tengok dulu kiri kanan atas bawah kita, betul ke kita berada di landasan yang benar? Betul ke cara hidup kita berada di posisi yang betul?
Kalau diri sendiri pun tunggang langang, tak betul jangan lah sesekali dok pongpang pasal peribadi orang lain. Kalau ko tak puas ahti kat dsai, ko attack dia pasal perkara2 yang membabitkan hal rakyat. Kalau ko tak puas ahti kat pr, ko attack dia pasal perkara2 yang membabitkan penyelewengan dan sebagainya. Sukar untuk aku percaya bahawa pr terlalu bersih. Sudah semestinya kalau dicari betul2 ada jek benda yang korang boleh attack pasal pr. Aku cakap terus terang neh.
Aku takmo wujud satu senario di mana satu pihak menyerang peribadi nanti pihak yang lain in order nak membalas serangan terbabit, serang pula peribadi lawan. Perkara sebegini tidak akan menguntungkan sesiapa sebaliknya menyusahkan kita semua.
Korang bayangkan kalau pengikut2 bagi sesetengah pemimpin terpaksa mengeluarkan pelbagai idea untuk memenangkan peribadi pemimpin masing2, apa yang kita sebagai rakyat dapat? Kita tak dapat apa pun. Pengikut dok sebar dan berbalah pasal peribadi pemimpin aku macam neh, peribadi pemimpin ko pula begini, yang pemimpin dia pula macam neh dan etc2. Dan akhirnya isu2 yang membabitkan kepentingan rakyat diketepikan. Sebab? Masing2 dok jaja dan buka isu peribadi jek. Bila masanya rakyat nak sedar yang dorang tue dihimpit dengan pelbagai masalah yang serius?
Oleh itu, sebagai pemimpin mulakan dulu dengan diri anda. Jangan buka citer peribadi lawan. Kawal mulut dan pertuturan masing2. Jangan dok tuduh2 lawan sebagai anti islam, pro israel, lawan kahwin 2,3,4 lah.. macam lah dia tak berkahwin dan berkahwin, gatal lah, jual ubat seks lah, parti tue sesat lah dan etc2. Nasihatkan semua pengikut anda agar asingkan isu peribadi yang tidak menjejaskan rakyat better tak payah kecoh, kalau isu peribadi tue menjejaskan kepentingan rakyat oke, boleh buka untuk merungkai permasalahan.
Sebagai pemimpin, kalau dimulakan dengan diri anda, insya-Allah lama kelamaan pengikut akan sedar.Orang kata cakap siang pandang2, cakap malam dengar2, jadi pepaham lah. Bukan seme isu ko layak cakap. Ada sesetengah isu sebelum ko bercakap orang macam neh macam tue better ko cermin diri dulu. Macam aku. Better aku cermin dulu sebelum dok pongpang bercakap pasal aurat dan etc2. Pasal apa? Pasal aku reti malu. Aku reti check peribadi sendiri. Siyes. Bai.
Nota : Gambar Noh Omar bersama Isteri ke.. tet tercinta..
Updated ;
Untuk gambar klik sini.
Oleh kerana ada yang menegur dan menganggap aku cakap tak serupa bikin jadi aku padam gambar tersebut untuk membuktikan bahawa aku cuba bercakap selaras dengan apa yang ingin disampaikan, dan berikan link asal gambar tersebut. Kesimpulan yang ingin diperjelaskan ialah elak serang PR dengan isu2 yang tiada kaitan dengan rakyat. Tue jek. tq
Updated ;
Untuk gambar klik sini.
Oleh kerana ada yang menegur dan menganggap aku cakap tak serupa bikin jadi aku padam gambar tersebut untuk membuktikan bahawa aku cuba bercakap selaras dengan apa yang ingin disampaikan, dan berikan link asal gambar tersebut. Kesimpulan yang ingin diperjelaskan ialah elak serang PR dengan isu2 yang tiada kaitan dengan rakyat. Tue jek. tq
Ameno : Amek cermin, tengok diri sendiri.