Kalau dulu ;
Makan bola
Tidur bola
Minum bola
Kerja bola
Bola bola bola dan bola.
Tapi sekarang ;
Buka tv kisah anwar
Buka radio kisah anwar
Buka paper aikk anwar lagi?
Buka fb pun ada anwar.
Buka twitter lagi2 lah anwar
Anwar ada di mana2. Anwar sana dan anwar sini. Hey, aku reti boring oke. Korang penyokong umno tak reti ka nak boring? Ibrahim Ali ko tak reti ka nak boring? Sapa sebenarnya anwarisme neh? Kita orang ka korang? Nama dsai tak pernah lekang disebut dari bibir korang 24 jam sehari, 7 hari seminggu, non stop.
Adoiii dalam pembangkang punyalah banyak pemimpin, nama anwar juga korang angkat2. Kenapa mesti anwar? Sudahlah dok serang individu. Kecik ahti pembangkang2 yang lain. Contohnya lim kit siang dan karpal singh.
Dah bertahun2 depa jadi pembangkang tapi populariti dorang tidak segah anwar walhal anwar tue baru jek jadi pembangkang, sedangkan mereka berdua tue dah jadi pembangkang zaman berzaman lebih lama dari dsai lagi. Apa daa..
kah kah kah
Serangan terbaru untuk dsai datang dari ibrahim ali pula.
Ong ong..
PASIR MAS – Rakyat dinasihatkan berhati-hati sekiranya masih mahu menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Umum Ke 13, kelak. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menasihati rakyat agar menilai semula tindak-tanduk pemimpin pembangkang ini, sebelum berlakunya bencana kepada negara.
Menurutnya, Anwar tidak lekang dengan kontroversi, dibangkitkan oleh bekas pengikut setianya, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakarupan. “Isu demi isu dikaitkan dengan Anwar malah ia bukannya kontroversi yang kecil, tetapi melibatkan isu moral pemimpin terbabit.
“Bukan Nallakarupan yang lantang bersuara, tetapi ramai lagi bekas pengikutnya, mula ‘membuka pekung’ Anwar,” katanya selepas menyampaikan sumbangan zink kepada 250 mangsa ribut di Kelar, berjumlah RM 80,000, semalam. Menurutnya, rakyat perlu mengambil serius terhadap semua pendedahan yang dilakukan bekas pengikut Anwar, agar tidak lagi hidup dalam pembohongannya.
Beliau berkata, pemimpin pembangkang itu menimbulkan isu baru, dengan menyokong Israel dan pluralisme kerana cuba beralih kepada sokongan kaum bukan beragama Islam. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Anwar bijak bermain dengan sentimen mereka, kerana pemimpin PKR ini, hanya mahukan undi kaum lain.
“Anwar tidak lagi mendapat sokongan orang Islam dan Melayu, sebab itulah dia menggunakan pelbagai isu untuk memancing undi,” katanya, semalam. -SH-
Psttt..
Tindak tanduk anwar boleh menghasilkan bencana kata ibrahim ali.
kah kah kah
Kepada rakyat meh? Kepada bien kot lebih tepat. Patut arh takut semacam.
kah kah kah
Adoiiii.. inilah pemimpin pembangkang yang orang paling kenal di malaysia. Selama neh jarang ek orang kenal siapa pemimpin2 pembangkang di malaysia neh. Siyes. Time aku sekolah tue dulu haram aku kenal sapa pemimpin pembangkang.
Yang aku kenal orang tue dari parti neh, bukan orang kerajaan. Kerja dia hentam kerajaan. Tapi anwar ibrahim berjaya membuatkan seme orang bercakap pasal dia. Lupakan samada benda tue bab betul, fitnah, rekaan, fakta or tuduhan. Yang penting sekarang kalau orang ingat najib orang akan teringat anwar juga.
kah kah kah
Ameno : Umno + kumpulan anti anwar = anwarisme.. nama kumpulan pun siap letak nama anwar lagi.. kah kah kah