Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Ibrahim Ali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibrahim Ali. Papar semua catatan

Selasa, 20 Mei 2014

Mainkan Gambar Saya Dengan Dyana - Ibrahim Ali - Penjelasan Kenapa Dyana Bergambar Dgn Ibrahim Ali.

Jawatan takde. Wakil rakyat pun bukan. Harapkan statement2 bodoh je la untuk kekal dikenali oleh orang ramai.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH


Presiden NGO pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali mengalu-alukan Gerakan supaya menggunakan gambar beliau bersama calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai kempen menolak calon parti itu.

Ibrahim berkata strategi yang sama dilakukan oleh PKR dan DAP dalam pilihan raya kecil DUN Kajang dengan tersebarnya sepanduk gambar pemimpin NGO itu bersama calon BN/MCA.

"Tujuannya (mencetuskan) provokasi bagi pengundi Cina (supaya) marah MCA/BN kerana bersama PERKASA. Kononnya PERKASA rasis dan anti-Cina.

"Macamlah DAP tidak rasis. Bila gambar Dyana, calon DAP bergambar dengan saya bersama ibunya Yammy, gambar ini benar.

"Logiknya pengundi Cina marah dan tidak akan undi calon DAP, kerana DAP ada hubungan dengan PERKASA," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini pagi ini.


Actually bergambar sesama rakan ataupun musuh politik adalah perkara yang biasa. Sangat sangat sangat biasa kat negara neh. Takanla orang bodoh2 nak tolak seseorang calon itu atas tujuan bergambar? Kalau begitu baik mainkan gambar GERAKAN dengan BOMOH 1MALAYSIA. Jelas, gambar tue lagi menunjukkan KEBANGANGAN GERAKAN. Sebab sebelum neh beria2 cakap tindakan BOMOH tue stupid lagi menyestupidkan. Lepas tue bergambar pula dengan orang stupid. Siapakah stupid yang sebenarnya? Lue fikirlah sendiri.

Berikut penjelasan berkaitan gambar ;

Hasil pemeriksaan mendapati gambar tersebut diambil dalam sebuah majlis makan malam di sebuah restoran di Kuala Lumpur minggu lalu.

Majlis itu diadakan bagi meraikan Tengku Razaleigh Hamzah yang dianugerahkan Ijazah Kehormat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).


Sekalipun  Dyana ada hubungan kekeluarga dengan Ibrahim Ali pun itu bukan isu. Dan tak patut dijadikan isu. Macam hubungan Khalid Samad dan Shahrir Samad. Berbeza politik tak memutuskan silaturahim la. Matang la dalam meraikan perbezaan.

Kbai.  

Rujukan : sini

Rabu, 6 Februari 2013

Ugutan Bakar Bible Tak Salah - Mahathir.

Hatta perkataan UGUTAN [berbaur hasutan, niat jahat] itu sendiri termasuk dalam kategori melakukan jenayah di Malaysia. Dan ko cakap tak salah mengugut? Biar betul ko neh Mahathir wehh?


Tun Dr Mahathir Mohamad membela Datuk Ibrahim Ali hari ini, mendakwa pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu tidak melakukan penghinaan apabila beliau mencadangkan untuk membakar Bible dalam Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah “Allah”.  

Dr Mahathir yang merupakan penaung Perkasa memberitahu sidang akhbar hari ini, ahli parlimen Pasir Mas itu merujuk kepada amalan biasa membakar penerbitan dikelaskan sebagai haram.

“Biasanya, jika terdapat penerbitan yang diharamkan, tindakan yang diambil ialah membakar buku tersebut. “Jadi pandangan beliau (Ibrahim) jika Bible haram dari segi polisi, beliau memilih jalan biasa iaitu untuk membakarnya,” kata beliau selepas melancarkan buku “Antartica: Malaysia’s Journey to the Ice” di Universiti Malaya disini. 

“Jadi saya tidak fikir dia (Ibrahim) mempunyai niat untuk menghina kitab injil… ini bukan niat dia.” -TMI-

Bible di Malaysia boleh diterbitkan dalam bahasa melayu. Juga ada sesetengah cetakan, version boleh meletakkan kalimah Allah.

Ia dah diluluskan oleh kerajaan apa. Walaupun tak merujuk kepada semua negeri di malaysia. So di mana betulnya statement Ibrahim Ali ini? Kalau ko beli bible di sabah dan bawa balik ke perak, adakah ini salah? Adakah ini dipanggil melakukan kesalahan?

Undang2 ini pincang. Sebab yang buat undang2 ini otak dia BANGANG. Takpela. Kita bukan nak citer bab undang2 BANGANG neh. Kita nak citer pasal pemikiran Mahathir.

Seperti yang kita tahu Ibrahim Ali sedang disiasat oleh PDRM. Tetapi korang seme boleh bermimpi la yang PDRM akan proceed kes neh sampai ke peringkat pendakwaan. Sebab apa?

Sebab Mahathir dah keluar statement. Kata2 Mahathir kan hint. Apa yang PDRM patut buat, apa yang Najib patut buat.. bila Mahathir kata tak salah... so takan la PDRM nak memandai2 melangkaui kata2 Mahathir kan?

Memang la kata2 Mahathir bukan merupakan undang2 tetapi sebab dia dah jadi PM selama 22 tahun, maka sedikit sebanyak kata2 dia merupakan undang2 kepada badan2 tertentu.

Jadi disini tindakan PERKASA yang racist dilindungi oleh kerajaan. Cuba sesiapa keluarkan apa2 kenyataan seperti PERKASA tetapi babitkan agama lain.. korang tengok macam mana layanan yang ko akan dapat. Silap2 nanti mahathir keluarkan statement kenyataan ko merupakan satu malapetaka. Boleh kiamat malaysia tau.

KAH KAH KAH       

Selasa, 25 September 2012

Musim katak mengawan.

Laporan dari berita utusan mengarut.

Kalau korang nak tahu sekarang neh musim katak mengawan. Semalam sekor dah selamat mengawan. Rujuk sini. Hari neh ada lagi sorang. Silap. Maaf ek. Tatabahasa aku failed. Bukan sorang tapi sekor.

Rujuk video kat bawah neh hah ;


 

Anwar pakai cermin mata hitam pun ko kecoh. Ko nak pakai, pakai je la. Pergi la beli. Duit banyak beli kat kedai cermin mata. Beli yang ada brand. Kalau nak jimat layan pasar malam jek. Lantak ko la nak beli mana satu. Ada ka anwar pakai cermin mata hitam pun boleh jadi isu?

Lepas tu sebelum keluarkan apa2 pc, better ko pergi baca berita dan kenyataan terbaru dsai sebab ko nak balon dia kan? Kang termalu kalau salah tembak. Tak pernah pula dsai nafi dia naik jet. Yang dia nafi orang cakap jet tue dia punya. Dia nafi sebab memang bukan dia punya.

Yang aku tak faham apasal pula kalau dsai naik jet = nak tunjuk hebat? Bagaimana dengan najib? Dengan rosmah? Dorang pun naik jet juga. Apa citer?

Tak boleh blah pasal baju pun nak komplain. Lain orang lain taste. Manusia2 baghal macam ko neh la membuatkan orang yang nak berfashion berasa kucar kacir. Orang nak berfashion pun jadi masalah besar buat ko. Aku dah pernah kena neh. Aku pakai kasut butt ala korea pun kemain lagi pompuan2 tak sedar diri menenung. Macam aku tak pakai baju pula. Celake. Badan aku, kaki aku, aku punya suka la.

Lagi satu, ko dah check belum jenama baju rosmah dan najib? Agak2 kalau belum p check dulu. Asyik meraban jek. Tak payah pandang jauh2 la, check dulu jenama baju ko. Kalau takde yang branded punya aku salute la. Tapi aku rasa ko pun lebih kurang dengan orang yang ko kutuk tu. Bezanya ko tak handsome jek. So pakai apa pun sama je kot.

kah kah kah

Jumaat, 3 Ogos 2012

Umat Islam Pasir Mas tak solat rupanya..


Peh..

Terang2 mengaku tue beb. Takde rasa malu dan kias2 lagi. Direct, berdepan dan siap masuk dalam tv lagi tue. Camne arh.. kalau aku maluuu.. 

kah kah kah

ISLAM PAS MACAM MANA NAK WUDUK TIADA AIR.

Ini soklan ke pernyataan? Kalau soalan, takde tanda soal. Kalau pernyataan tapi kenapa macam soklan.. cisss.. buat banner nak kutuk pas pun failed. Aku semalam ada tengok isu neh kat tv3. Terus terang aku cakap dorang seme tue sekumpulan yang bodoh2 belaka.

Marah?

Jangan dulu.

Bukan aku yang tunjuk bodoh dalam tv sehingga menyebabkan orang lain beranggapan pakcik2 dan makcik2 seme tue bodoh. Tapi diri sendiri oke, diri sendiri.

Buat banner menyatakan macam mana nak wudhu kalau takde air. Maksudnya kat situ terang2 lah yang korang tak bersolat kan?

Tak berwudhu = tak bersolat = tak mandi = tak cuci baju = tak berpuasa = sebab tak boleh masak untuk berbuka dan bersahur = tak makan = tak berak = tak kencing = sebab takde air ?

kah kah kah

Boleh nampak kebodohan korang macam mana disitu? Bagi larh alasan kalau sungguh pernyataan dan tuduhan aku neh salah. Aku boleh tunggu je respon balas. Ingat, yang mengaku tak berwudhu tue korang, bukan aku. 

So itu juga membuktikan yang korang tak bersolat. Sebab korang taktau macam mana nak berwudhu tanpa air. Errr.. sememangnya kat situ benar2 takde air kan? Sudah semestinya dari subuh sampai isyak. Errr.. sama juga tak makan tak minum tak mandi dan segala aktiviti yang memerlukan air? Dah 3 hari ek? Good. Jadilah manusia yang bangga masuk tv sebab mengaku tak solat AKIBAT TIADA BEKALAN AIR.

kah kah kah 

Isnin, 23 April 2012

Tipu-tipu Ibrahim Ali..

Aku neh pantang betul larh bila nampak Ibrahim Ali meroyan. Asalnya aku malas nak melayan. Tetapi aku percaya ramai penyokong2 umno boleh terpengaruh dengan tipu daya neh sebab mereka tue kebanyakkannya tidak berfikir mendalam bila mendapat satu2 info. Susah. 

Akal kita berbeza2. Aku tak boleh nak sumbangkan sedikit akal aku untuk dorang supaya dorang jadi bijak sket. Kalau boleh dah lama dah aku sumbang. Siyes.

kah kah kah

Baca kat bawah neh ek ;

"Saya kenal Anwar dah lama. Dari tahun 1970-an lagi... Ada sekali tu, dia ada hubungi saya dan suruh ke rumah... Masa itu dia merayu supaya jumpa dengan Mahathir untuk bagi dia peluang kedua... jangan pecat dia...

"Tapi saya tak nak bersekongkol... Saya tak nak hipokrit," katanya dalam ucapan perasmian pelancaran kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di Kuala Lumpur malam tadi. -MK-


Kita analisis statement dia ;

1. Dia kenal dsai dah lama.

2. Ada sekali tue, dsai call ibrahim ali dan suruh ke rumah.

3. Masa tue dia merayu2 supaya jumpa mahathir untuk bagi dia peluang kedua.

4. Tapi ibrahim ali takmo.

5. Dia cakap dia takmo hipokrit dan bersetongkol.

Inilah pecahan kenyataan dia. Sekarang kita akan analisis lebih dalam.

1. Apa jawatan ibrahim ali ketika anwar ibrahim di pecat? = Jawatan parti. Jawatan neh kemudian nya di upgrade menjadi timbalan menteri. Di upgrade sebab jasa Ibrahim Ali mempertahankan tindakan mahathir yang memecat dsai.

2. Apa tindakan Ibrahim Ali ketika mahathir memecat dsai? = Menyokong mahathir sepenuhnya, jelajah satu malaysia membela tindakan mahathir. Siap hentak meja jerkah anwar ibrahim dalam satu mesyuarat umno di pwtc. = Anwar kena jerkah dengan Ibrahim Ali depan orang.

2. Jadi apa relevantnya anwar ibrahim merayu2 kat ibrahim ali agar jumpa mahathir supaya mengembalikan jawatan nya semula? = Lue fikirlah sendiri. Kalau lue dah kena jerkah, kena herdik dan orang tue jelajah satu malaysia untuk kutuk2 lue.. lue nak merayu bagai ka apa kat orang macam neh? Lue kalau takde akal mesti lue buat macam tue kan?

Lepas beberapa tahun, ketika paklah memerintah, zaman ibrahim ali jatuh. Dia hilang jawatan. Dia bengang dan rasa marah sehingga menyebabkan dia bertanding atas tiket bebas ketika pru pada tahun 2004. Lepas habis pru - 10, dia dipecat dari umno sebab buat hal sebagaimana yang disebut kat atas neh. Dia bertanding atas tiket bebas di pasir mas.

Dia masih tak berhenti. Dia merapati pimpinan pakatan rakyat khususnya tuk guru nik aziz. Dia rapati pas sebab nak menang kawasan jek. Tuk guru kena tipu. Ramai gak orang tak percaya ibrahim ali neh tapi dah tuk guru restu orang pun maleh nak cakap apa. Lepas menang kawasan dia orang pertama lompat. Boleh nampak tak pemikiran dia macam mana? Tapi nak cakap bodoh tak bodoh juga dia neh sebab dia tetap berjaya memperbodoh2kan pas dan pas sebenarnya lebih bodoh dari ibrahim ali sebab diperbodoh2kan der. Logic sense.

Sejarah dia melompat bukan bermula pada tahun 2008 der. Awal dari itu. Ketika parti semangat 46 dibubarkan. Dulu dia keluar umno sekejap. Join masuk sokong ku li. Lepas tue dia orang pertama lompat tinggal ku li dan masuk umno semula. 

Sejarah dia dengan demo pun bukan sejarah cikai2. Dia sendiri berdemo teruk2 sehingga menyebabkan rusuhan. Kita takmo citer pasal sejarah ibrahim ali kat sini. Dia patut faham sendiri bagaimana sikap dia neh. Sekarang kita nak cakap jika pada tahun 1998 dia cakap dia takmo hipokrit sokong dsai kenapa pada tahun 2008 dia boleh jadi hipokrit dan ke hulu ke hilir berceramah satu pentas dengan pimpinan PR?

Kenapa tak boleh pada tahun 1998 tapi boleh pula pada tahun 2008? Kalau tanya aku mudah jek jawapan dia. Tak boleh pada tahun 1998 sebab ada jawatan dan mencari jawatan. Walaupun dia dan dsai pernah dipenjarakan bersama2, berdemo sama2, tapi dsai pergi lebih jauh dari dia dalam bidang politik walaupun sama2 akhirnya masuk umno sebelum sama2 ditendang keluar dari umno.

Boleh pula pada tahun 2008 sebab masa tue takde jawatan, takde duit dan hilang pengaruh. Dia sanggup bersetongkol dengan sesiapa sahaja untuk mendapatkan apa yang dia mahu tanpa mempertahankan konsistensi perjuangan politik dia. Inilah dia mahluk yang bernama Ibrahim Ali. Makhluk yang tak boleh pakai. 


Cari mana satu ibrahim ali. Heh.

Ameno : Gambar ibrahim ali mencetuskan huru hara di UITM dulu2.. sapa ada ?

Jumaat, 20 April 2012

Ibrahim Ali intip mahasiswa yang berkhemah di dataran merdeka.


Peh.

Ibrahim Ali pandai kaw. Dia dah jadi penyiasat sekarang neh. Korang lihat dan baca sendiri apa yang dia cakap kat dalam paper di atas neh ;

"Malam kelmarin saya pergi ke sana senyap2. Lama saya perhatikan dan tengok ada kereta berhenti dan menghulurkan duit serta khemah kepada pelajar ini".

kah kah kah

Adoii.. sakit otak aku.. sakit otak sebab gelak kuat sangat. Dari perut bawa ke otak. Punya kelakar larh statement ibrahim ali neh. Bukanlah perkara yang rahsia pun benda yang dia cakap tue. Aku dan ramai orang siap sebarkan lagi.. kepada sesiapa yang nak menaja dialu2kan.. apa benda yang dia siasat tue? Apa pun takde sebenarnya.

kah kah kah

Memalukan!

By the way, kepada kekawan yang nak menaja atau nak menyumbangkan apa2 secara direct kepada mahasiswa2 yang berdemo tue boleh larh berhenti buat sementara waktu sebab mereka dah mengosongkan kawasan perkhemahan untuk memberikan laluan kepada konsert diraja. Perkhemahan akan bersambung semula pada hari ahad neh. Selepas berlalunya konsert tue kalau nak menaja ke apa boleh larh berbuat demikian.

Errr.. kalau ibrahim ali nak menaja pun boleh. Dan errr... penajaan kepada mahasiswa tue bukan larh satu perkara yang sangat rahsia atau sulit taw.. kita orang seme dah tahu. Harap ibrahim ali kalau nak menyiasat ka, buat penaakulan ka analisis ka apa ka tolong larhhh.. tolong call detektif conan dulu. Insya-Allah dia pasti akan membantu..

kah kah kah

Ameno : Kelakar dowhh.. 

Sabtu, 31 Mac 2012

Ibrahim Ali nasihatkan rakyat agar berhati-hati dengan Anwar sebelum berlakunya bencana.

Kalau dulu ;

Makan bola
Tidur bola
Minum bola
Kerja bola

Bola bola bola dan bola.

Tapi sekarang ;

Buka tv kisah anwar
Buka radio kisah anwar
Buka paper aikk anwar lagi?
Buka fb pun ada anwar.
Buka twitter lagi2 lah anwar

Anwar ada di mana2. Anwar sana dan anwar sini. Hey, aku reti boring oke. Korang penyokong umno tak reti ka nak boring? Ibrahim Ali ko tak reti ka nak boring? Sapa sebenarnya anwarisme neh? Kita orang ka  korang? Nama dsai tak pernah lekang disebut dari bibir korang 24 jam sehari, 7 hari seminggu, non stop. 

Adoiii dalam pembangkang punyalah banyak pemimpin, nama anwar juga korang angkat2. Kenapa mesti anwar? Sudahlah dok serang individu. Kecik ahti pembangkang2 yang lain. Contohnya lim kit siang dan karpal singh. 

Dah bertahun2 depa jadi pembangkang tapi populariti dorang tidak segah anwar walhal anwar tue baru jek jadi pembangkang, sedangkan mereka berdua tue dah jadi pembangkang zaman berzaman lebih lama dari dsai lagi. Apa daa..

kah kah kah

Serangan terbaru untuk dsai datang dari ibrahim ali pula.

Ong ong..

PASIR MAS – Rakyat dinasihatkan berhati-hati sekiranya masih mahu menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Umum Ke 13, kelak. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menasihati rakyat agar menilai semula tindak-tanduk pemimpin pembangkang ini, sebelum berlakunya bencana kepada negara.

Menurutnya, Anwar tidak lekang dengan kontroversi, dibangkitkan oleh bekas pengikut setianya, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakarupan. “Isu demi isu dikaitkan dengan Anwar malah ia bukannya kontroversi yang kecil, tetapi melibatkan isu moral pemimpin terbabit.

“Bukan Nallakarupan yang lantang bersuara, tetapi ramai lagi bekas pengikutnya, mula ‘membuka pekung’ Anwar,” katanya selepas menyampaikan sumbangan zink kepada 250 mangsa ribut di Kelar, berjumlah RM 80,000, semalam. Menurutnya, rakyat perlu mengambil serius terhadap semua pendedahan yang dilakukan bekas pengikut Anwar, agar tidak lagi hidup dalam pembohongannya.

Beliau berkata, pemimpin pembangkang itu menimbulkan isu baru, dengan menyokong Israel dan pluralisme kerana cuba beralih kepada sokongan kaum bukan beragama Islam. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Anwar bijak bermain dengan sentimen mereka, kerana pemimpin PKR ini, hanya mahukan undi kaum lain.

“Anwar tidak lagi mendapat sokongan orang Islam dan Melayu, sebab itulah dia menggunakan pelbagai isu untuk memancing undi,” katanya, semalam. -SH-

Psttt..

Tindak tanduk anwar boleh menghasilkan bencana kata ibrahim ali.

kah kah kah

Kepada rakyat meh? Kepada bien kot lebih tepat. Patut arh takut semacam.

kah kah kah

Adoiiii.. inilah pemimpin pembangkang yang orang paling kenal di malaysia. Selama neh jarang ek orang kenal siapa pemimpin2 pembangkang di malaysia neh. Siyes. Time aku sekolah tue dulu haram aku kenal sapa pemimpin pembangkang. 

Yang aku kenal orang tue dari parti neh, bukan orang kerajaan. Kerja dia hentam kerajaan. Tapi anwar ibrahim berjaya membuatkan seme orang bercakap pasal dia. Lupakan samada benda tue bab betul, fitnah, rekaan, fakta or tuduhan. Yang penting sekarang kalau orang ingat najib orang akan teringat anwar juga.

kah kah kah

Ameno :  Umno + kumpulan anti anwar = anwarisme.. nama kumpulan pun siap letak nama anwar lagi.. kah kah kah

Isnin, 20 Februari 2012

Rosmah layak digelar srikandi negara, we all love you - Ibrahim Ali.

Gila ke apa?

kah kah kah

Tak hingin aku. Buang masa jek love2 mem. Bukan dapat duit pun. Ibrahim Ali neh tak kira waktu ada jek time nak membodek siot. Lawak beb. Lawak. Baca bawah neh ;

Ibrahim antara lainnya berkata ijazah kehormat tersebut melayakkan Rosmah digelar "srikandi negara."

Tambahnya, Rosmah juga seorang individu yang luar biasa kerana sering dilemparkan fitnah oleh pembangkang dan juga media baru "yang nakal dan tidak bertanggungjawab."

Beliau juga meminta Rosmah mengulas fintah berkenaan -- "Penting ni. Ramai dok bercakap. Malam ni saya kira selesai."


Tambahnya, beliau juga sering mengulas mengenai dakwaan pembelian cincin bernilai RM24 juta oleh Rosmah dalam ceramahnya.

NONE"Cincin ni kalau RM24 juta lebih berkilo-kilo (beratnya) lebih besar dari tembikai Cina. Boleh pakai ke tidak?" soalnya.

Beliau juga mengucapkan syabas kepada Rosmah kerana berjaya mengharungi fitnah tersebut.

Tambahnya, PERKASA juga akan terus menyokong Rosmah dan suaminya Datuk Seri Najib Razak.

"We all love you," katanya lagi. -MKINI-

kah kah kah

Perkasa nak love ka nak bodek? Patut ucapan dia we all bodek you. Baru betul beb. Dia neh kan setiap kali orang kecoh pasal satu2 hal kan mesti ada jek terpampang komen2 dia walaupun takde sapa pun expect dia untuk bagi komen. Tak boleh blah betul.

Selain dari itu di satu majlis yang sama rosmah juga menjelaskan bahawa dia tak kuasa beb nak beli2 ijazah neh. Hehehe.. 

"Ada yang kata saya bayar Curtin (untuk dapatkan ijazah tersebut). Tak kuasa saya...
"Daripada saya bayar lebih baik saya beri sumbangan kepada Wiranita PERKASA.

"Mungkin sebab dia selalu bayar, sebab itu dia kata saya bayar," katanya lagi dalam ucapannya di majlis makan malam pertubuhan itu malam tadi.


 Mengulas lanjut, Rosmah berkata beliau tidak kisah dengan tohmahan yang dilemparkan itu.

"Janganlah percaya apa yang didengar... Biaq pi la (biarlah), esok dialah yang terpaksa jawab bila dah sampai sebelah sana (meninggal dunia)," katanya lagi kepada kira-kira 700 orang yang hadir.

Rosmah turut bersyukur kerana presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali turut menyokong beliau dalam isu tersebut. -MKINI-

Rosmah,

Dengar nasihat aku. Mem tak sepatutnya rasa bersyukur bila Ibrahim Ali sokong mem dalam isu neh. Itu sebenarnya petanda buruk. Mem patut rasa gelisah dan resah. Sesuatu yang Ibrahim Ali sokong, confirm majoriti rakyat malaysia yang cerdik takan sokong. Lue fikirlah sendiri mem.

kah kah kah

Ameno : Lawak siottt..

Selasa, 31 Januari 2012

Kad raya awal untuk Ibrahim Ali


Fulamak..

Raya lambat lagi tapi ibrahim ali dah dapat kad raya. Jeles gile aku neh. Siyes neh. Betul2 punya cakap neh beb. Muahahahah.. tengok atas neh. Kat atas tue kad raya taw.  Peh.

Aku dapat kad raya neh dari blog ASD. ASD cakap kad raya neh dikirimkan oleh salah seorang pembaca blog nya. Tujuan nya nak balas balik apa yang ibrahim ali buat dalam satu majlis open house yang meraikan tahun baru cina baru2 neh.

Ibrahim ali masa tue bagi angpow guna kertas angpow putih. Bagi adat orang cina, putih itu warna suwey dan disamakan dengan warna hari kemamposan. Orang raya happy2 kaler merah jek beb. Terima kasih ibrahim ali. Baru aku tahu putih ialah warna sensitif time tahun baru cina. Selama neh aku ingat kaler hitam je. Muahaha..

Apa pun aku no komen dalam isu kad raya neh. Bagi aku ibrahim ali wajar minta maaf je. Dah tatau, lue minta maaf selesai larh seme masalah. Jangan nak meroyan pula. Manakala kepada mereka2 yang nak balas perbuatan ibrahim ali neh wa siyes taktau nak sokong ka nak bantah ka apa. Wa duduk tengah2 je larh ek. Tak campur dan tak tolak. Tengok je. Amacam? Okey tak?

kah kah kah

Ameno : Ibrahim ali tue larh ko.. racist sangat..

Khamis, 27 Oktober 2011

Tidak turun 9julai satu tindakan strategik - Ibrahim Ali

Kelakar gile. 

Akhirnya Ibrahim Ali dah buktikan dia ialah seorang pengacau dan pencetus provokasi dalam isu bersih 2.0. 

Tengok bawah apa dia cakap pasal 9 julai ;

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik.

Katanya, beliau tidak seharusnya mendedahkan kesemua perkara tersebut dalam situasi "perang" pada waktu itu.

"Ada yang boleh beritahu ada yang tidak boleh beritahu. Takkan saya nak cerita semua. Strategi perang takkan saya nak cerita semua," katanya dalam ucapan penggulungannya di persidangan agung PERKASA.

"Kita buat laporan polis sebagai senjata perang saraf. Kalau (BERSIH) nak buat (perhimpunan), kita buat (perhimpunan juga).


"Sebab itu mereka tak dapat permit, kita pun tak ada permit,"
Tambahnya, beliau bagaimanapun memutuskan supaya tidak menyertai perhimpunan berkenaan setelah melihat satu titah daripada Istana berhubung perhimpunan 9 Julai.

"Bukan kita takut. Orang yang kata saya takut, dia jel sehari pun tak masuk lagi.
"(Perhimpunan) boleh timbul kucar-kacir, huru-hara. Kita tengok apa yang berlaku di London.



"Rakyat semua ada ijazah tapi masih bakar bangunan, bakar kereta,"


Ibrahim turut menyatakan kekesalannya kerana Perhimpunan Sejuta Umat pada Sabut lalu turut gagal meraih jumlah peserta yang disasarkan.

"Kata sejuta umat, tapi sampai jam 4 petang tak sampai 10,000 orang. Malunya kita," katanya lagi.


KAH KAH KAH

Tindakan strategik? 

KAH KAH KAH

Tak turun berhimpun sebab titah sultan?

KAH KAH KAH

Strategi perang kepala hotak kau. Ko ingat pembersih [pendemo bersih] nak berperang ka apa dengan lue?

Bukan kah dia sendiri yang mengaku dia sms semua ahli2 perkasa bahawa perhimpunan di batalkan pada hari tue? Dia bagitau gak yang bas2 yang memuatkan ahli2 perkasa di halang daripada memasuki kl. Malahan dia siap hantar mata2 dia untuk memantau pergerakkan bersih pada hari tersebut. Jadi, apa benda plak yang dia melalut kat atas neh? 

Aku ingat kisah dia. Dia cakap pada awalnya bas2 dihalang memasuki kl, selepas dia dapat info dari informer dia yang menyamar sebagai peserta bersih, dia terus sms kepada ahli2 perkasa bahawa perhimpunan di batalkan. Dalam erti kata lain, bukan pasal titah sultan, bukan pasal tindakan strategik tapi pasal dia malu takde orang turun support dia. Kan?

KAH KAH KAH

Ibrahim ali mudah lupa? Adoihaiii.. hari tue cakap lain. Hari neh cakap lain. Dia punya belit memang berbelit2 beb.

Lagi satu baca bawah neh. Yang neh lagi kelakar.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi amaran bahawa anggota pertubuhan itu tidak akan memberi sokongan kepada wakil rakyat tertentu yang dianggap sering membuat kenyataan mengguris perasaan golongan Melayu.
Katanya, PERKASA boleh berbuat demikian dengan mudah melalui kiriman SMS kepada ahlinya yang memberi arahan untuk tidak mengundi calon tertentu.
Ditanya, beliau berkata wakil rakyat yang diperhatikan itu bukan sahaja dari kalangan Pakatan Rakyat.
"Jadi pihak yang mahu sokongan PERKASA itu hendaklah dapat mendekati kita,"
Ibrahim juga yakin PERKASA akan berjaya menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya akan datang apabila keanggotaan pertubuhan itu dijangka mencecah 500,000 orang.
"Nanti lepas pilihan raya baru dia tahu, bila kalah 600 undi sebab orang PERKASA tidak undi.
Ahli perkasa mencecah hampir = 500,000.00 ribu orang.

Jumlah perhimpunan himpun = kurang dari 10,000 ribu orang.

Ahli perkasa = melayu = islam.

Jadi disini boleh larh utusan menyalahkan perkasa atas faktor kegagalan himpun. Sekurang2nya perkasa mesti ada ahli yang melebihi 100 - 300 k sekarang. So apsal depa tak join himpun? Pasal pe utusan dan mashitah nak salahkan pas dalam hal neh? Bengong. Kata ada ramai ahli. So buktikanlah. Ahli2 pas dan pkr memang kurang. Sebab setiap hari depa masuk umno. Tak caya tanya arh utusan.

kah kah kah

Ameno : Katak lagi pandai belit dari ular rupanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...