Baca dengan jelas. Dan fahamkan betul-betul. Poco-poco cuma haram di perak. Kalau korang nak berpoco-poco boleh keluar perak. Heh.
1. Kenapa perlu wujud perbezaan fatwa antara satu negeri dengan negeri lain sedangkan mahzab kita sama?
2. Bukan kah perbezaan fatwa akan merumitkan suasana?
3. Contohnya poco-poco. Haram di perak. Tapi di negeri lain macam mana statusnya? Haram juga ke? Adakah jika hanya haram di perak ini bermaksud hanya di negeri perak je kita [orang islam] tak boleh poco-poco tetapi di negeri lain dibolehkan?
4. Sebab tue lah aku binggung dok kat malaysia neh. Even soal fatwa pun masih berserabut! Celaru. Kelam kabut.
5. Hoi.. aku bukan kutuk kerajaan. Aku kutuk sistem yang serabut neh. Faham tak?
Baik, aku kasi contoh beb.
Contoh satu ;
Aku bukan orang perak. Aku datang merantau dok kat perak. Then poco2 sekarang haram di perak aku takleh lah nak poco-ing [padahal mmg tak buat pun] di perak. Ble aku keluar dari perak, adakah aku boleh poco2 semula?
Contoh dua ;
Aku orang perak. Poco2 haram di perak. Sekarang aku keluar perak menetap di perlis. di perlis tiada fatwa pengharaman poco2. adakah aku boleh poco-ing di perlis pula?
Jika begitu, apakah kerelevantnya fatwa pengharaman poco2, rokok dan shisha di malaysia apabila ianya tidak diselaraskan?? Pening siottt..!
Selepas itu aku dengan jahatnya nak mengajak korang berfikir lagi.
Contoh satu ;
saya orang perak. saya tidak menari poco2. tetapi saya menari di disko. Menari di disko tidak haram sebab saya pergi disko cuma utk menari bukan utk minum arak ataupun melanggan pelacur. saya exercise nak kasi badan kurus je.
Contoh dua ;
saya bukan org perak. Saya pun tidak menari poco2. saya tahu poco2 tue ada roh kristian. sebab itu saya menari di kelab malam je. Di kelab malam, saya menari dangdut. Dangdut tidak haram sbb mufti tak cakap pun menari dangdut yang menghairah dan berlengok2 pinggul itu haram.
Apa maksudnya? Kenapa hanya roh kristian je patut diharamkan?
Kenapa tidak tarian yg menghairahkan di depan penonton dan tunjuk b***** juga difaktwakan haram? Walaupun tiada roh kristian ttp ada roh seks yg menjurus kepada perkara yg bukan2. Malahan tidak keterlaluan jika di-umpamakan seperti tarian seks. Bezanya tak buka baju. Tapi kebanyakkan dari mereka pun pakai baju melekap2 tubuh badan, even tertutup, bentuk badan tue masih jelas terserlah.
Sebenarnya ramai orang islam
pergi disko dan buat parti. Mereka tak teguk arak dan mereka kata ianya tak salah sebab disko tempat melepak. Heh.
Begitu juga dengan tarian dangdut. Mereka
bebas bergelek dan berpeluk sesama mereka ketika menari. Walaupun tiada unsur kristian ttp ianya menjurus kepada unsur kemaksiatan.
Aku faham,
mufti perak ada sebab nak mengharamkan ia. Tetapi cuba jangan fikir poco2 je. Fikir ke dalam sket.. Haramkan poco2 dan semua yang berkaitan. Baru tepat.
Aku tahu, nanti korang mesti cakap, biarlah buat sikit2 dulu. Lagipun takanlah mereka taktahu disko tue haram. Sebenarnya tarian di disko dan tarian dangdut wujud terlebih dahulu berbanding
poco2. Jadi keutamaan utk mengharamkan ia pun haruslah bermula dari tarian2 ini. Lagipun mmg ramai org islam taktahu masuk disko itu haram. Kalau tidak masakan seorang artis pernah berkata, dia masuk disko utk bersenam je? Heh.
Kemaskini :
Aku baca paper utusan tadi, ada individu mengatakan tarian poco2 menjurus kepada kemaksiatan sebab percampuran antara lelaki dengan perempuan. Aku tak pasti samada fakta itu betul atau tidak. Tetapi, bagi aku sendiri, benda itu merepek dan mengarut.
Bagaimana pula jika mereka wujudkan undang2 agar poco2 tidak boleh ditarikan oleh lelaki dan perempuan di satu tempat? Bukan kah ini akan selesaikan permasalahan di atas? Jika itu berlaku adakah ini bermaksud poco2 blh diteruskan? Terdapat banyak wanita berkerjaya yg menari poco2 di kawasan perak even dalam bangunan kerajaan sendiri [KEMAS] sebagai aktiviti riadah. So? Maksiat kah itu?
Jangan kasi umat islam di malaysia neh pening beb. Dah kata ada unsur2 kristian sudahlah. Kita tak payah buatlah. Walaupun cuma di perak je. Heh. Tak payahlah utusan pergi interview beberapa tokoh yg tak perlu untuk memberikan ulasan merepek lagi mengarut. Buat kena maki je beb. Heh.
Aku sendiri bersetuju poco2 diharamkan. Bukan di perak malahan di seluruh malaysia. Aku menyampah dengan org indonesia yang asyik tuduh malaysia ;
malingsia! malingsia!
ataupun
curang.. curang..
entah ble jadi laki bini aku pun confused. Heh.
So mana2 budaya indonesia neh, eloklah kita jangan amalkan dan popularkan di malaysia. Buat kena maki je dengan indonesia beb. Memang tak semua indonesia tue jahat. Aku kenal ramai. Dan ramai di antara mereka memang baik. Malahan aku pernah saksikan macam mana majikan aku mendera mental pekerja indonesia di tempat aku.
Bos aku ialah owner kilang percetakan. Dia itu perempuan cina yang kejam. Selain dari menyuruh pekerja indonesia menjaga anjing, dia juga melarang wanita tersebut bersolat dan tutup aurat.
Kakak indonesia itu mmg kesian. Aku setakat simpati je mampu. Sebagai student yang sedang kerja sementara waktu cuti sem pada ketika itu, aku takley nak buat apa2. Ini antara 3,4 kisah maid indonesia yang dipergunakan oleh majikan cina yang aku alami. Dan semua-nya majikan cina. Aku tak pernah jumpa majikan india ataupun melayu mendera pekerja indonesia islam. Mungkin korang pernah. Pengalaman kita lain2 kan.
Nota : Aku dah check e-fatwa dan aku tak jumpa poco2 haram di negeri lain. Jika korang jumpa ada fatwa tersebut dan ianya di wartakan, tolong inform aku.
Ameno : Pening kepala.