Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 31 Mac 2011

Hot! Ustazah mashitah : Poco-poco hanya senaman!!



Kan aku dah cakap. Fatwa pasal poco-poco neh bakal mengundangkan kekeliruan. Tapi ada pula anom-anom yang marahkan aku segala bagai kat sini. [baca situ].

Aku bukan mempersoalkan kenapa perkara itu di HARAM kan. Aku cuma mempersoalkan sejauh mana perkara yang HARAM itu diperluaskan keHARAManya di malaysia. Itu je. Kalau dah haram kat perak sahaja, so budak-budak perak je lah takley poco-poco. Budak2 dari negeri lain boleh je. Apsal pula ada anom nak mengamuk segala bagai kat aku pula?

Baca bawah neh sendiri beb ;

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berpendapat tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara.


"Dari satu tempat ke satu tempat tarian poco-poco ini berbeza. Lagu pun tidak sama. Jadi besar kemungkinan ditimbulkan di Perak kerana di Perak tidak sama dengan tempat lain.
"Tapi di tempat-tempat lain yang saya sendiri perhatikan ia berbentuk lebih kepada senaman yang mana kalau nak buat aerobik itu pada orang tua mungkin agak agresif.Jadi poco-poco ini digunakan sebagai wadah untuk orang bersenam, itu yang saya lihatlah," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini. 

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti yang diumumkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya setiap negeri berhak mempunyai fatwa yang bersesuaian dengan negeri masing-masing, begitu juga di Perak yang sudah tentu mempunyai alasan tersendiri untuk mengharamkan tarian itu.



Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan terhadap fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

"Poco-poco itu adalah muzakarah fatwa di Perak sahaja. Sehingga kini keputusan itu belum diwartakan. Bermakna selagi itu, ia tidak berkuatkuasa.Kalau berkuatkuasa pun ia hanya di Perak sahaja kerana ia bukan hasil dari keseluruhan muzakarah mufti," kata Mashitah.
Ketika ditanya sama ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu mengkaji pengharaman tarian itu, beliau berkata ia perlu dikaji sekiranya terdapat aduan daripada rakyat.


Kalau tidak ada orang nak mengadu, jadi tiada punca kita nak mengkaji benda ini kerana tidak ada sebarang aduan yang melihat bahawa poco-poco ini associate dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan agama," katanya.

Terdahulu beliau melancarkan prapelancaran Album Masjid: Lambang Ketamadunan Islam di Malaysia yang mempamerkan keunikan gabungan seni fotografi dan fakta mengenai masjid-masjid di seluruh negara.

Dan lepas tue baca kat bawah neh pula ;
Anonymous said... 

Banyak sebenarnya kekeliruan yang masih tidak jelas dan tidak di fahami kita... biar aku jawab persoalan penulis blog... kenapa mufit tidak keluarkan fatwa menari di kelab malam itu haram.. perlu kah kita keluarkan fatwa bahawa arak itu haram? sedangkan kita semua memang sedia maklum bahawa arak itu memang haram.... sbb tu fatwa tidak di keluarkan lagi bnyak kali... sama juga menari di kelab malam or pakai ketat2... semua dah sedia maklum bahawa perbuatan di dalam kelab malam itu haram... tetapi, tentang tarian poco2 ini... ia satu fenomena baru.... ramai yang menyangka tarian itu utk kesihatan... dalam tarian poco2 tidak diletakkan syarat perlu berpakaian seksi.... yang menjadi isu sekarang, ia sedang meresap dalam budaya kita... ada juga makcik2 yang bertudung labuh dan berpakaian sopan yang menyertai nya, kononnya nak sehat.... tapi x tahu bahawa ia adalah perbuatan salah dan haram... itu lah yang membimbangkan mufti perak... berkenaan dengan perbezaan pendapat... saudara kena faham, untuk mengeluarkan fatwa oleh majlis fatwa kebangsaan, ia perlu mengambil masa.... setiap mufti2 perlu membuat penyelidikan dan analisis dahulu... ia mengambil masa.... sbb itu mufti perak dan mesyuarat fatwa negeri mengeluarkan fatwa dahulu... sbb perkara sebegini tidak boleh ditangguah2.... cuba anda baca artikel diatas.. ada mufti perak kata ia haram di 'PERAK' sahaja??? fatwa tersebut sebenarnya merujuk kepada semua umat islam... tapi fatwa tersebut dikeluarkan diperak... kita sbg umat islam, x perlu la terbantut pemikiran sampai fikir ia di perak sahaja.. jngn nak mempolitikka agama.... Perak keluarkan fatwa dahulu, sbb ia tidak mahu tunggu majlis fatwa kebangsaan.. tapi perkara ini pasti akan di bawa kepada majlis fatwa kebangsaan... kemudia baharu ia akan dikeluarkan... kita pula, jngn la terlalu benak sngt, sampai nak tunggu majlis fatwa kebangsaan mengeluarkan kenyataan....

Dipetik dari sini

Pendapat aku masih sama seperti semalam rujuk sini. Dan macam aku katakan semalam perlu ada fatwa bahawa orang islam dilarang menari di kelab malam dan disko. Kalau nak tahu siap ada kerja penari lagi di kelab malam beb. Takan halal pula kot? Heh.

Perlu buat fatwa sebab umat islam di malaysia nampaknya dah tak nampak line haram halal lagi beb. Aku siyes cakap neh.


Ameno : Siapa benak sebenarnya wahai anom? Anda? Saya? Ataupun..

Share this

31 Responses to " Hot! Ustazah mashitah : Poco-poco hanya senaman!! "

  1. haram le..sbb setakat ni aku tak pernah jumpa poco2 yang mengasingkan lelaki dan wanita.. lepas tu wat persembahan beramai2 lagik ada..senaman ape kalau gerakkan pinggul bagi jantan tengok..


    Makna disebalik kata-kata seorang perempuan

    BalasPadam
  2. MAAP YER... SY NK TANYE SIKIT SAPE MASHITAH NIE??? LAYAK KE DIA NK KUAR KAN STATEMENT ROPE NIE? DIA NIE JUGAK AHLI ULAMAK KE AHLI FATWA KE??? BG SY SECARA PRIBADI MASHITAH NIE ADALAH BARUA KERAJAAN NERAKA YG ADER SKRG...!!! PECACAI UMNO SEMATA2...!!! X CAYA KOME TANYE LAH PENDUDUK BALING KEDAH....!!!

    BalasPadam
  3. Sejak dia menghina hukum HUDUD..kelayakannya utk memberi pandangan berkaitan fatwa atau hukum dan ketetapan dalam ISLAM tak perlulah dipersoalkan..MEMANG TAK LAYAK!

    BalasPadam
  4. APA PUNYA BANGANG ++ BAHLOL PUNYA MASHITAH NIE...NK TGU OWG REPROT BRU NK KAJI...PALA BAPAK DIA LARRR...!!! KEDARAH GAJI BUTA BETOI...!!! ELOK LAR JAKIM TUKAR NAMA PD JAKUN = JABATAN ANGGUK KEPALA UNTUK NAJIB....!!! SEKIAN TIMA KASIH

    BalasPadam
  5. Anom ;

    itu tempat ko. tempat ko. aku ulang tempat ko. tempat aku neh.. banyak makcik2 menari poco2 di tempat tertutup tiada percampuran laki pompuan. aku cakap benda yg jelas aku nampak. mana sama tempat ko dan tempat aku. apa lahh.. cuba ko buka minda ko luas2 dan pergi check dulu keseluruhan bagaimana poco2 ini ditarikan. step nya pula di ubah2. bukan ikut step asal pun. cuba bercakap brdasarkan apa yg ko nampak. arhh lupa nak cakap, cikgu sekolah rendah yg dkt sekolah aku pun mengajar poco2 di sekolah. dan dia okey. hahahahha..

    BalasPadam
  6. ala. aku rasa statement pembaca tu ok je.

    BalasPadam
  7. sebab tu... dia takde keluarkan hadis dan firman... tak boleh ikut...

    BalasPadam
  8. 2 kaedah dalam memahami masalah poc0-poco ni.
    Kaedah fiqh dan tauhid(sebab ura-ura ada kaitan dengan agama lain). Tapi apa yang dilihat setiap tempat berbeza kedah poco-poco, Ada yang sekadar senaman,menutup aurat dan asing laki perempuan.ada kat tempat lain makcik2 just pakai tudung "adek" dan poco-poco secara campur baur.mungkin perlu perbincangan lebih meluas perlu majlis fatwa lakukan. lagi satu jangan hanya poco-poco difatwakan haram , perlu perluaskanlagi perkara lain juga.tapikan kata seorang menteri "fatwa bukan undang-undang".
    Minah Indon hina Rasulullah S.A.W di Facebook ?
    Golongan Pemuda Zaman Nabi
    Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

    BalasPadam
  9. yang aku tau aerobik kat dalam dewan kat sini pun ada makcik sebelah umah aku ni cakap poco-poco jugak.

    kan senang nak sebut poco-poco. sebut aerobik sampai herot2 mulut makcik tu. huhu...

    dulu aku pun tatau poco-poco ni apa. ingatkan poco-poco tu aerobik dalam bahasa indon. huhu.

    BalasPadam
  10. Sejak masuk UMNO, Mashitah banyak keluarkan statement yang bertentangan dengan majoriti ulama,
    Mashitah jugala yang dulu kata melacur sebab terpaksa takpe,
    matlamat xmenghalalkan cara, lagi satu Mashitah ni pangkat USTAZAH je, bukan ULAMA, harap dapat beza mana lagi tinggi ilmu...

    Poco2 bg aku memang haram, sebab ada unsur agama lain,
    sama la macam yoga dulu, unsur hindu,
    yang aku pelik yoga dulu elok je terima,

    hai, dah ketagih poco2 ke?

    kalau warga tua xmampu nak aerobik, Nabi saw ada ajar satu senaman, baik tua atau muda boleh amalkan,
    xberat pon, xguna banyak tenaga,

    ianya dipanggil SOLAT

    I rest my case..

    BalasPadam
  11. Setakat pembacaan sy, poco-poco ni langsung takde kaitan dgn Kristian atau pemujaan roh (even dlm agama Kristian pn takde bnda2 puja2 roh ni). Untuk makluman para pembaca skalian, poco-poco ni berasal dr Sulawesi kira2 20 tahun lepas n sekadar ditarikan untuk iringi lagu pop Poco-poco yg terkenal masa tu. Lirik lagu Poco-poco tu plak hanya memuji kecantikan perempuan yg chubby2, so langsung takde apa kaitan dengan akidah whatsoever. Sy pn tatau apa sbenarnya asas yg diambil utk wartakan pengharaman tersebut. Adakah disebabkan kurangnya pengetahuan tentang budaya atau disebabkan terlalu terpengaruh dengan email berantai yg banyak auta daripada fakta?

    BalasPadam
  12. Dr. Asri ada menulis berkenaan ini di blognya:
    http://drmaza.com/home/?p=1384

    BalasPadam
  13. "Adakah disebabkan kurangnya pengetahuan tentang budaya atau disebabkan terlalu terpengaruh dengan email berantai yg banyak auta daripada fakta?"

    gamaan95, aku rasa kau yang banyak terpengaruh dengan email berantai yg banyak auta daripada fakta, asal usulnya dari Filipina, Filipina majoriti adalah Kristian, kemudian di bawa ke Indonesia, yang juga berpenduduk Kristian di sebilangan kawasan....

    Ingat, pembacaan kau je xcukup, kau bukan ulama, bukan nak membidas, cuma orang yang tinggi ilmu je layak nak keluar fatwa, kalau nak bidas fatwa ni pon, hanya orang yang sama taraf, seperti Mufti negeri lain..

    BalasPadam
  14. aKU tak peduli mashitah atau harussani. aku mmg tak peduli seme tuee yang aku peduli poco2 tak haram kat seme negeri, masih tak faham ke apa yg aku nak sampaikan?

    BalasPadam
  15. Lawak siottt..

    kan aku dah cakap aku tak peduli ianya mashitah ataupun harussani. yang aku peduli KECELARUAN FATWA. tak faham ka? fahamkan dulu oit..

    kah kah kah

    BalasPadam
  16. Sekali masitah ni pakai bj cam paderi daa....dah xde design lain ker...

    BalasPadam
  17. POCO2.. POCONg2.. bagi pandangan saya xperlu poco2... benar apa yg diterangkan oleh kawan2 kita diatas..senaman yg paling sihat tubuh badan adalah... bangun pertengahan mlm..ambil wudhuk... solat tahajud ataw solat sunat apa shaja..sunat taubat juga bagus.. xterkira jenis2 solat yg kita blh amalkan dipertengahan mlm.. xperlu la berPOCO2... Laki2 sudah pasti ambil tempat belakang Perempuan..semua sudah sedia maklum sebabnya kan? nama pon manusia... klau tiada nafsu..bermakna bukan maknusia normal la.. cuma apa yg kita boleh buat..elakkan perkara demikian(poco2)
    lagi satu..dari pandangan mata kasar la..tengok makcik2 ke anak dara ka dok terglek2 terlangut2 kepala dok poco2 tu..huduh la tengok..itu komen budak darjah 3 4... klau dari pndagan ulama..kan dah difatwakan haram...telah diterangkan bnda tu adalah amalan memuja roh.. sekalipon bnda tu masih ragu2... lebih elok tgglkan..kerana tanpa poco2 xkan dtg apa mudhorat walau sebesar zarrah pon kan? klau diamalkan..kan jadi perbalahan..
    yg mempunyai pikiran waras..boleh berpikir.. yg x boleh berpikir..byk2 doa pada ALLAH swt supaya hati terbukan apabila ditegur untuk kebaikan :>

    BalasPadam
  18. jadik 6 jahanam mashitah nii.....apa nya ustazah nii....

    BalasPadam
  19. Fatwa ni utk benda yg ragu2 samada halah atau haram. kalau menari kat disko & minum arak tu dah sah2 haram, tak perlulah keluarkn fatwa..

    BalasPadam
  20. aku setuju..kepada kawan2 yg kata SOlAT adalah senaman yang paling ampuh untuk kita org islam amalkan..tak payah nak poco2,senam aerobik,ikut sunnah nabi je..ikut perintah Allah,kan senang..lagi satu.kalau dah Mufti keluar fatwa.kita tak nak percaya lg,aku tak tau nak ckp apa dah..mmg korang sengaja nak ikut logik akal koranglah,ingatlah,kita ni hamba Allah,kena faham maksud hamba tu,jgn sampai kita terpesong dari ajaran Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W...allaualam..

    BalasPadam
  21. siapa kata kita perlu senaman dengan solat sahaja.. solat itu mmg boleh sihatkan badan.. tp nabi juga suruh kita bersukan.. memanah, berkuda dan berenang.. masudnya bukan denagn hanya solat.. saya xrasa yg semua yg memberi pandangan solat sebagai senaman mengaplikasikannya setiap masa..
    bermain badminton, berbasikal, silat, berjogging, bermain bola sepak juga adalah sukan.. bolehkah kita kata mereka yg melakukan aktiviti mcm tu membuang masa?

    setiap perkara yg bukan ibadah hukum asalnya adalah harus, kecuali ada dalil mengenainya.. dalam bab yoga kita boleh berlapang dada mengapa tidak poco-poco?

    kita boleh ambil yg baik dari org bukan islam selagi xbercanggah dgn agama.. kita ambil fizikal, bukan yg spiritualnya..

    BalasPadam
  22. masitah tu kan...."demo loni ni tok serupo mulo..' hehehe...
    ScaniaZ Hot's Post...Ranking Zakar Terpanjang Mengikut Negara!

    BalasPadam
  23. masitah tu kan...."demo loni ni tok serupo mulo..' hehehe...
    ScaniaZ Hot's Post...Ranking Zakar Terpanjang Mengikut Negara!

    BalasPadam
  24. aku setuju..kepada kawan2 yg kata SOlAT adalah senaman yang paling ampuh untuk kita org islam amalkan..tak payah nak poco2,senam aerobik,ikut sunnah nabi je..ikut perintah Allah,kan senang..lagi satu.kalau dah Mufti keluar fatwa.kita tak nak percaya lg,aku tak tau nak ckp apa dah..mmg korang sengaja nak ikut logik akal koranglah,ingatlah,kita ni hamba Allah,kena faham maksud hamba tu,jgn sampai kita terpesong dari ajaran Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W...allaualam..

    BalasPadam
  25. Sekali masitah ni pakai bj cam paderi daa....dah xde design lain ker...

    BalasPadam
  26. aKU tak peduli mashitah atau harussani. aku mmg tak peduli seme tuee yang aku peduli poco2 tak haram kat seme negeri, masih tak faham ke apa yg aku nak sampaikan?

    BalasPadam
  27. 2 kaedah dalam memahami masalah poc0-poco ni.
    Kaedah fiqh dan tauhid(sebab ura-ura ada kaitan dengan agama lain). Tapi apa yang dilihat setiap tempat berbeza kedah poco-poco, Ada yang sekadar senaman,menutup aurat dan asing laki perempuan.ada kat tempat lain makcik2 just pakai tudung "adek" dan poco-poco secara campur baur.mungkin perlu perbincangan lebih meluas perlu majlis fatwa lakukan. lagi satu jangan hanya poco-poco difatwakan haram , perlu perluaskanlagi perkara lain juga.tapikan kata seorang menteri "fatwa bukan undang-undang".
    Minah Indon hina Rasulullah S.A.W di Facebook ?
    Golongan Pemuda Zaman Nabi
    Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

    BalasPadam
  28. ala. aku rasa statement pembaca tu ok je.

    BalasPadam
  29. APA PUNYA BANGANG ++ BAHLOL PUNYA MASHITAH NIE...NK TGU OWG REPROT BRU NK KAJI...PALA BAPAK DIA LARRR...!!! KEDARAH GAJI BUTA BETOI...!!! ELOK LAR JAKIM TUKAR NAMA PD JAKUN = JABATAN ANGGUK KEPALA UNTUK NAJIB....!!! SEKIAN TIMA KASIH

    BalasPadam
  30. okelah...dari segi pergaulan laki pompuan, korang boleh ckp kt tempat korang diadakan kt tempat tertutup...
    tp sbnrnya gerakan kaki tarian poco2 ni memang hampir sama dengan gerakan kaki tarian tambourine yg dilakukan dalam majlis org2 kristian untuk pemujaan dan penyembahan jesus....
    nnti ada yg akan ckp mn ada sama...tp aku ulang balik....hampir sama...
    so...kenapa kita perlu buat benda2 yang agak menyerupai golongan yg jelas2 bukan golongan islam? kalau nk bersenam, byk lg benda lain yg boleh korang buat....jalan cepat setiap pagi pn boleh jd senaman yg paling baik, selain solat 5 waktu kita...kalau dh benda2 yg syubhah tu...knp la kita nk pertahankan sgt...
    jd...korang pikirlah...tny iman korang...

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...