Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 April 2011

Hot! Pegawai JKM layan orang susah macam anjing!

Ini ialah email yang aku terima. Dan email neh ada sedikit suntingan sebab pengirim email neh guna nama sebenar. So aku dah edit bahagian nama sebenar. Manakala bahagian ** tue pula aku sembunyikan nama syarikat, nama tempat dan nama pegawai tersebut atas beberapa sebab. Pengirim email TIDAK menyuruh aku menyembunyikan perkara tersebut. Cuma aku sembunyikan atas faktor-faktor tertentu. 

Saya nak berkongsi satu cerita dengan ameno. Saya harap ameno boleh tulis tentang ini di blog ameno. Kebetulan semalam saya ada online dan terbaca satu artikel mengenai gaji pekerja estet [korang baca sini] dan saya rasa terpanggil nak bagitau ameno beberapa kebenaran yang ameno perlu tahu.

sebenarnya pekerja di estet tidak layak mendapat bantuan jabatan kebajikan masyarakat walaupun mereka termasuk dalam kategori orang susah. saya cakap mcm ni sbb saya pernah memohon bantuan utk abg saya yang susah. Kebetulan waktu itu mmg dia bekerja di estet **** *****. Tapi kehidupan nya sangat daif dan gaji pula sedikit. Macam dia ni, gaji ada juga cecah rm1k sebulan ttp itupun setelah berkerja 16jam sehari. Kerjanya berat dan penat. mcm ameno cakap tak setimpal dengan upah yang diterima.

disebabkn gaji nya sikit dan anaknya pula ramai, saya pernah menolong abg saya ni pergi minta bantuan di jkm dan baitumal. ttp jawapan yang diterima benar2 menguris perasan abg saya. pegawai jkm datang ke rumahnya di estet dan melihat ada peti ais dan mesin basuh. Katanya org miskin mana ada peti ais dan mesin basuh. kira dah kayalah ni. nasib baik sy di kl ketika itu, kalau tidak mmg saya tampar2 mulut perempuan tu. setelah menunggu 2,3bulan surat dari jkm sampai memberitahu bahawa abg saya tidak berkelayakan dapat bantuan sbb anak sulung dah mencecah umur 13 tahun dan blh berusaha cari pendapatan utk tolong keluarga. Apa jenis alasan ini?

jawapan di baitulmal pula mengatakan abg saya tidak berkelayakan. ttp salah seorang anak dia ada mendapat bantuan baitulmal menerusi yuran persekolahan. itupun baru tahun lepas dapat setelah di usahakan oleh cikgu sekolah dia. kadangkala anak2 dia yang lain malu nak kesekolah sbb yuran sekolah tak bayar2. namun cikgu di sana tidak pula mendesak utk anak2 dia bayar yuran kerana tahu ibu-bapa budak2 tersebut susah.

setelah hampir 19 tahun berkerja di estet, abg saya akhirnya buat kptsn utk berhenti. katanya tidak sanggup terus berkerja dengan upah yang sedikit tetapi waktu kerja yang panjang disamping badan pula kerap sakit. dia berhenti dan kami adik beradik ada usahakan utk cari sebuah rumah kampung utk di diami oleh dia. rumah kampung tersebut agak uzur. kami adik beradik pun ada tanggungan masing2.. kami telah cuba sedaya upaya. kami ada belikan enjin dan sampan agar abg kami blh pergi tangkap ikan utk cari pendapatan sendiri.

ttp mcm yg saya sebutkan tadi, bantuan kami terhad. kebetulan kakak ipar saya, isteri kpd abg saya pandai menjahit. jadi isteri saya telah mendaftarkan kakak ipar saya ke sebuah pusat utk belajar jahitan agar jahitannya lebih kemas supaya dia blh ambil upah.

Dan alhamdullilah, dia dah mula ambil upah jahitan sekarang. Bolehlah digunakan utk tampung apa2 yg kurang. cuma apa yang dikesalkan ialah rumah abg saya tiada bekalan air paip dan tandas. saya sendiri dah turun naik macam2 pejabat utk dapatkan geran agar rumah abg saya blh sambung paip. ttp gagal. kalau tiada geran, mmg tak blh masuk air sampai bila2. saya pernah pergi ke jabatan kesihatan utk adu masalah ini sehingga sekarang sudah setahun tiada respon balas dari mereka. saya buntu nak tolong abg saya mcm mana?

anak2 pula terpaksa mandi di sungai. air sungai tahu2 je lah bukan bersih mcm dulu. sebenarnya saya pernah juga pergi jkm utk mohon bantuan masuk air dan buat tandas buat abg saya. ttp gagal. alasan yang diberikan oleh jkm ialah abg sy masih sihat dan blh usaha sendiri. namun jkm berikan bantuan lain sebanyak rm100 sebulan selama setahun dan bantuan tersebut telah pun tamat pada bulan lepas.

pegawai jkm datang ke rumah abg saya pada bulan february yang lepas dan menyuruh kakak ipar saya belajar menjahit baju dalam dan seluar dalam di pejabat jkm. bayangkan nak pergi balik sudah tentu kena keluar tambang bas. mereka org miskin nak makan pun kadang2 bajet apatah lagi dengan beban kenaikan harga barang. Ini kan pula nak suruh keluar duit pergi ke sana ke mari?
apa yang amat dikesalkan ialah kakak ipar saya sambil menangis bercerita kepada isteri saya ttg insiden yang brlaku di jkm ***** ***** oleh seorang pegawai yang bernama ****** ****** yang mengherdik kakak ipar saya sebagai pemalas, mengharapkan bantuan kerajaan je, tiada usaha sebab itulah miskin.

pegawai tersebut marahkan kakak ipar saya sambil menunjuk satu keratan akhbar sinar. keratan akhbar tersebut memaparkan kesusahan keluarga abg saya yg mendapat perhatian adun pas ketika itu. kebetulan abg saya mendapat bantuan jkm atas usaha adun pas pada tahun lepas. dan jika berkesempatan mmg saya nak jumpa adun pas ***** ***** untuk adu masalah ini kepada dia. biar pegawai yang bernama ****** ****** sedar yang dia sepatutnya berkerja utk bantu org susah bukan herdik org susah.

disebabkan insiden itu kini abg sy mmg putus harapan nak minta bantuan dari kerajaan lagi. saya pada awalnya bercadang nak bawa abg saya pergi ke jabatan kesihatan utk tanya status permohonan geran dan masuk air serta bantuan bina tandas ttp abg saya mati2 menolak ajakan saya. katakannya lebih baik begini tidak mengharapkan belas ihsan org. rupa2nya setelah diceritakan oleh isteri saya ttg apa yang berlaku pada bulan lepas, baru saya tahu puncanya kenapa keluarga abg saya enggan mengharapkan bantuan lagi.

kalau inilah kesusahan yang orang susah terpaksa lalui, saya tak hairanlah kenapa kebanyakkan org susah lebih suka cari sampah dari minta pertolongan kerajaan. minta pertolongan kerajaan umpama minta sedekah.

Ameno : Aku sokong penulis email. Jabatan kebajikan masyarakat patut bantu orang susah bukan herdik orang susah.

Share this

19 Responses to " Hot! Pegawai JKM layan orang susah macam anjing! "

  1. Salam, nama pena saya Batik Biru. Saya nak tolong orang yg dianiaya tu. Bole tak msg saya utk no hp dan maklumat yg berkaitan untuk di bawa ke Biro Pengaduan Awam. Sebab perkara ni takleh nak diamkan, kang makin berlemak plak derang ni. Kurang ajar betul la derang ni. Aku sendiri akan tolong orang tu buat aduan kat BPA.

    BalasPadam
  2. dedahkn je!!!!!!!!!!!!!!org camni x pyh bg muke!!!!!!!

    BalasPadam
  3. bagus batik biru.. tolong dieorg!! kadang2 org kerje kerajaan nih rase dieorg slamat sgt.. bley bwat sker ati... dahla displin takde, perikemanusiaan pn kurang

    BalasPadam
  4. aku pembantu kebajikan masyarakat S17(spm je..)
    aku xtau lh pulak dlm JKM nih ada spesis pegawai mcm nih....kat tpt aku jgn kn keja estet keja company pun kalau gaji ciput anak ramai n msh dbwh 18thn(mengikut akta kanak2 2001-seseorang yg berumur 18thn kbwh adalah knk2)...skolah ataupun x...layak dsyorkan bantuan kanak2 RM100 sorg jika 5@lbh RM450 sbln...tujuan nya jika masih bskolah dpatlh byr tmbg bas atau apa2 yg ptt...jika xskolah sbb ibubapa xmampu...kmi akan usahakn spy mrk skolah....tp bl bace email nih tkilan lh..kmpm org tuh xkhatam lg etika pkerja sosial n etika kakitangan JKM....

    BalasPadam
  5. memnag xgune..namenye pegawai...biase dengar ni..bile org betol susah mintak memnag xdpt..tp klu adik bradik kronik sendiri mintak senang je dpt..bilr org tanye leh jwp duit peruntukan lebih psl xramai mintak....dieorg ni xpelah leh senang eksyen kat dunia..kat akhirat kite untut psl xjalankan amanah

    BalasPadam
  6. As Salam... admin ameno tlg bagi contac num si pengadu.. PM ke akaun FB OZARU IZRAEL (sharkque_77@yahoo.com).. TQ

    BalasPadam
  7. itu duit kerajaan..duit bapak aku ade dlm dlm tu.. nape ssh sgt nk kasi...mesin basuh n peti ais dh jd bnde wajib yg kne ade kt umah..mcm ni pnye pgawai pn ade ke..tp mmg x heran pn...pgwai tu xtau ke..hdp senag die tu bile2 je boleh kene tarik...

    BalasPadam
  8. eh mangang btolla..orang susah tu manusia jugak..try org wat camtu kat mak bapak ko...korang nie wat malu penjawat awam je..bodoh punye JKM!
    Scaniaz Hot's post...Ranking Zakar Terpanjang Mengikut Negara!

    BalasPadam
  9. doakan supaya pegawai tu jadi susah dan bagi pengalaman yg sama macam abg pengadu..

    BalasPadam
  10. Memang kalo pegawai2 yg xsedar diri ni memang perangai cam ni. nak ikutkan perangai2 bos2 diorg la tu.... banyak sgt karenah birokrasi....
    dan pengalaman aku dulu semasa bantuan banjir di sg petani menjadikan aku bertambah benci dgn pegawai2 hipokrit dan dato'2 yg kononnya berkerja utk rakyat.....aku rasa tersentuh sgt apabila org yg betul2 susah minta bantuan kt kerajaan.....kalo diorg betul2 senang xdlah merayu minta bantuan....lainla kalo yg xtau malu.....diorg pun ada maruah.....ni manusia bukannya binatang......kpd yg herdik dan hina org susah cm ni....xp...nanti korang pulak yg kena balik......

    BalasPadam
  11. akak dah pernah ckp sebelum ni..sapa2 yg nk keluarkan zakat sila cari sendiri asnab yg layak..ramai di keliling anda. kadang2 kita tak tahu dan mereka malu nk bgtahu. kalau dh masuk tabung zakat, jd pengemis la nk mntk tlg.

    BalasPadam
  12. وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ

    Adapun orang yang meminta (bantuan) maka janganlah engkau tengking herdik;

    [93) Adh-Dhuha ( الضحى), ayat 10]

    BalasPadam
  13. Akupun dah mula tak percaya dgn Pusat Zakat bwh kerajaan sekarang. Ntah betul sampai ke duit kita pada org2 susah ni? Entah2 sampai kat kroni2 dan kaki kipas jerr.....

    BalasPadam
  14. krjaan pn x leh harap kalu lagu ni

    BalasPadam
  15. ada baiknya ia didedahkan nama dia ...biar dia sebagai satu pengajaran...saya yakin pegawai tu bukan sekali jer dia buat ....tapi kali ini biar dia bertemu buku dengan ruas...

    BalasPadam
  16. akak dah pernah ckp sebelum ni..sapa2 yg nk keluarkan zakat sila cari sendiri asnab yg layak..ramai di keliling anda. kadang2 kita tak tahu dan mereka malu nk bgtahu. kalau dh masuk tabung zakat, jd pengemis la nk mntk tlg.

    BalasPadam
  17. itu duit kerajaan..duit bapak aku ade dlm dlm tu.. nape ssh sgt nk kasi...mesin basuh n peti ais dh jd bnde wajib yg kne ade kt umah..mcm ni pnye pgawai pn ade ke..tp mmg x heran pn...pgwai tu xtau ke..hdp senag die tu bile2 je boleh kene tarik...

    BalasPadam
  18. Salam, nama pena saya Batik Biru. Saya nak tolong orang yg dianiaya tu. Bole tak msg saya utk no hp dan maklumat yg berkaitan untuk di bawa ke Biro Pengaduan Awam. Sebab perkara ni takleh nak diamkan, kang makin berlemak plak derang ni. Kurang ajar betul la derang ni. Aku sendiri akan tolong orang tu buat aduan kat BPA.

    BalasPadam
  19. huihhhh.. maju sungguh mentality org jabatan kebajikan ni ek.. prihatin sungguh. ade ke budak 13 tahun da boleh keje. ni masuk jkm pakai kabel ke ape. jgn2 org tu yg brenti skola time umo 13 pastu ade sedare mare yg rekemen keje jkm. tau tak hak asasi kanak2? 13 tahun bleh cari pendapatan tolong family.. tu buruh kanak2 namenye. nak budak tu berenti skola? pastu ckp anak2 estet ni xbleh pakai. skola xmo tinggi2. pastu nyusahkan org plak da beso keje mcm mak bpknye. sbb ape? sbb xnak skola. eh.. salah sape tu? cube check balik.. kalo bebudak rempit/bohsia/bohjan kat bandar berenti skola sbb gatal nak keje tu xpe la jugak sbb memang dah liat.. hadoiiii.. baik tukar dr jabatan kebajikan jd jabatan kekejaman.. iskkkk..

    pastu ade mesin basuh n peti ais die ckp kaya. peti ais tu bkn jenis berkilat mirror-like finish 3 pintu yg bleh kuar ais tu kan? mesin basuh bkn jenis yg diamond drum apekejadah technology yg siap bleh buat special care utk dry cleaning punye baju kan? kalo cmtu buruh kasar sume kaya2 belaka rumah ade tv 14 inci, mesin basuh auto 2nd hand, peti ais, kipas 2 bijik kongsi 10 org, ade moto sbijik kongsi 2 org pegi/balik keje.. mewahnye msiaku tercinta..

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...