Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 April 2011

Apa kaitan ron 97 dengan pasaran minyak global?

Baiklah sekarang kita dah tahu yang minyak ron 97 dah naik ke paras paling tinggi dalam sejarah/rekod negara kita. Ini bermaksud, minyak ron 97 yang dijual kini adalah yang PALING MAHAL berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sebelum ini ron 97 dan ron 95 tidak pernah melebihi 2.70 seliter. Namun, selepas kenaikan ini ron 97 menjadi rm2.80 seliter dan kenaikan ini akan BERTERUSAN. Kenapa ini berterusan?

Kerana menerusi berita antarabangsa, kita dapati krisis di asia barat akan berterusan untuk suatu tempoh yang lama dan ini akan memberikan kesan kepada harga minyak dunia. Bagi pandangan aku lah kan ;

1. Minyak dunia naik, minyak malaysia turut naik = malaysia untung.

2. Malaysia import minyak low quality dari venuezuela. Dan jualkan semula kepada rakyat malaysia. Di manakah nilai subsidi itu sebenarnya, aku tak pasti.

3. Jika kita fahamkan betul2. Setiap kali kerajaan naikkan harga minyak, mereka bandingkan dengan harga minyak pasaran hadapan. Ini bermaksud, harga minyak untuk bulan neh dah keluar [dah ditetapkan] pada 2,3 bulan yang lepas. Bulan ini ialah bulan april. Ini bermaksud kenaikan harga minyak dunia berlaku pada bulan satu awal tahun ini sekurang-kurangnya bagi membolehkan kerajaan menaikkan harga minyak pada bulan april 2011. Tetapi bulan satu awal2 kerajaan dah naikkan harga minyak. Manakala pada bulan oktober, november dan disember tahun lepas, harga minyak berada pada paras yang stabil. 

Memang kenaikan harga minyak dunia berlaku pada pertengahan bulan satu, bulan dua dan pertengahan bulan tiga. Tetapi kenaikan tersebut tiada kena mengena dengan kita kerana hanya minyak yang berkualiti tinggi je naik. Manakala minyak yang kita pakai dan guna ialah ron 97 dan ron 95. Ron 97 kualiti biasa-biasa, dan ron 95 kualiti cikai. [pandangan ini merujuk kepada iklan-iklan shell] 

Jika kerajaan tidak ikut mekanisme ini, lalu kenapa canangkan kenaikan harga minyak berkaitan dengan kenaikan minyak global? Jika kerajaan beli minyak pada bulan jan 2011, mestilah harga yang perlu dibayar kerajaan dah tahu awal2 sebab harga minyak untuk bulan jan 2011 dah keluar 2,3 bulan lebih awal. Begitu juga jika kerajaan beli minyak pada bulan april 2011. Sudah tentulah kerajaan dah tahu awal2 berapa harga minyak untuk april 2011 sebelum april 2011 lagi. Dari situ kerajaan dah boleh buat perancangan belanjawan.

Lebih kurang contoh macam neh ;

Harga sotong bulan april rm1.80
Harga sotong bulan may rm1.80
harga sotong bulan june 2011 ialah rm2.00
harga sotong bulan julai 2011 ialah 2.20

Sekarang bulan april. Aku dah beli sotong pada bulan april ikut harga bulan april. Dan aku beli stok banyak2. Aku beli ber-tan2 dengan harga 1.80 untuk buat stok. Sebab apa? Sebab aku dah tahu yang harga sotong utk bulan 6 dan 7 akan meningkat. Dari situ aku jimatkan sedikit kos, dan aku akan naikkan harga kat customer. Dorang taktahu aku dah order banyak2 ikut harga lama. Yang dorang tahu sekarang harga sotong dah meningkat. Ia disebarkan di seluruh saluran media. 

Dalam erti kata lain, siapa tahu yang kerajaan dah buat simpanan stok lebihan ikut harga lama tetapi jual kat kita dengan harga baru? Bila kerajaan dah tahu awal2 lagi yang minyak akan naik, sudah semestinya mereka dah order awal2 dengan kuantiti yang banyak. Rugilah mereka bayar mahal dengan kualiti bahan yang sama [walaupun sebenarnya kita yang bayar].

Walaubagaimanapun ini adalah pandangan aku semata-mata. Korang dinasihatkan jangan percaya melainkan menerima pandangan aku seadanya.

Memandangkan kerajaan tidak tunjuk bukti jual-beli dan laporan kewangan petronas sudah tentulah pelbagai spekulasi akan timbul. Kerajaan tak boleh nak sekat pemikiran rakyat bila mereka sendiri memilih untuk menyembunyikan angka2 tersebut. Namun apa yang amat dikhuatiri ialah kesan yang timbul akibat kenaikan minyak ron 97 neh.

Seperti yang kita tahu, minyak tidak semestinya digunakan untuk kenderaan je. Untuk kilang2 pun ada yang guna mesin2 berat, pun ada yang guna petroleum untuk mengerakkan kuasa mesin. Jenis2 mesin neh aku tak tahu nama dia. Namun bukan semua mesin guna eletrik semata-mata sebagai sumber tenaga. Ada yang mencampurkan dua tenaga untuk mengerakkan jentera berat. Tak pastilah mereka pakai minyak petroleum yang macam mana tetapi ini akan memberikan kesan sedikit sebanyak.

Itu belum lagi peniaga-peniaga di malaysia. Mereka bukan kira minyak apa yang naik. Tak kiralah diesel ke, petroleum ke, asal dengar je minyak naik, mereka automatik naikkan harga barang mereka. Untuk mengatasi sikap tamak neh, kerajaan kenalah ajar mereka dengan serius. Masalah neh bertambah rumit sebab otak kerajaan pun lebih kurang otak peniaga2 malaysia. Last2 yang tersepit rakyat juga.

Apa yang aku dapat info  ;

- semua harga makanan ringan akan naik. Mungkin takde effect sangat kot benda alah neh pada kita.

- harga rempah naik.

- harga spare-part kereta naik

- harga barang eletronik naik.

Ini bermaksud di malaysia kita bukan sahaja berdepan dengan harga makanan yang mahal, tetapi harga kenderaan, harga rumah, harga barang2 keperluan [baju, hp, etc] pun mahal juga. Namun tangga gaji kita masih di tokok lama dan aku tak tahu sampai bila rakyat malaysia akan terus bertahan. Dan aku pun taktahu sampai bila aku mampu bertahan.

Ameno : Minyak naik sebab nak tunggu rakyat naik minyak.


Share this

5 Comments to " Apa kaitan ron 97 dengan pasaran minyak global? "

FARISZ@AZ.Com berkata...

April Fool : Bulan memperbodohkan atau anda yang dibodohkan?
FARISZ@AZ.Com FanPage
Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

FARISZ@AZ.Com berkata...

Harga dah dijangka dinaikkan lagi sebab kat tv dah beberapa kali segaja war-warkan konon harga minyak pasaran dunia naik.sebelum nak naikkan harga mesti brainwash masyarakat.

sarah mohamad berkata...

yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin. kerajaan .. ntah la. nampak nya malaysia patut jadik macam mesir kot.

mykhalis berkata...

sebagai rakyat..terima apa sahaja berita..tak buleh nak wat ape..tgu pru nnt jugakla

http://blogslucumenarik.blogspot.com/2011/04/bila-memilih-isteriinilah-caranya.html

Tanpa Nama berkata...

BIJAKLAH MEMILIH TIME PRU13 NANTI. HARAP MINYAK TURUN IF PKR MENANG KE PUTRAJAYA. KALO TAK TURUN JGK KENALAH RAKYAT BERDEMO...BUAT PILIHAN BIJAK ANDA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...