Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Barang naik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Barang naik. Papar semua catatan

Isnin, 2 April 2012

'Kenaikan harga gula, bahan bakar tak akan beban rakyat'


Menteri yang cakap. Dia cakap tidak akan membebankan rakyat. Dia bercakap bagi pihak siapa? Diri dia or mewakili rakyat? Isu nya mudah. Nak tahu benda neh beban ke tak beban ke ko kena tanya rakyat sendiri. 

Direct, jangan tapis2. Bagi aku keluar tv3. Aku nak cakap dalam berita. Aku nak cakap kenaikan apa jenis barang makan dan apa jenis barang keperluan asas pun memang membebankan rakyat. Lepas tue kita buat sesi telefon. Jangan tapis2 gak. Tengok ramai yang setuju dengan aku atau ramai yang sokong kenyataan menteri. Ada berani kah?

Dan aku suka nak petik pandangan facebooker di mkini yang cakap ;

nak tau beban pada rakyat @ tidak, try la naikkan harga  -mkini-

Ya, aku setuju dengan pandangan dia. Kalau ko nak tahu benda neh beban ke tak beban kepada rakyat, SEKARANG ko NAIKKAN seme barangan keperluan tue, naik dan potong segala bentuk subsidi yang wujud. Mari kita sama2 saksikan siapa yang terkena.

Dan dalam waktu yang sama, kebodohan menteri malaysia memang terserlah. Dia pongpang2 cakap kenaikan tak membebankan lepas tue dalam masa yang sama dia pongpang2 sembang pasal kedai rakyat 1malaysia. Dah kalau tak membebankan buat apa ko buat kedai rakyat 1malaysia? Bodoh ke tak bodoh jawab nya tue?

Susah. Memang susah. Susah orang2 cerdik diperintah oleh orang2 bodoh. Tolonglah orang2 bodoh, beramboslah dari situ. Itu bukan tempat korang. Menderita kami yang cerdik neh. Please lah faham.

kah kah kah

Kenaikan terbaru harga gula dan bahan api tidak akan terlalu membebankan rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.


Menurutnya, kenaikan harga gula tidak memberi impak yang besar kepada pengguna kerana setiap isirumah hanya menggunakan purata 5kg sebulan.


Bercakap ketika sesi soal-jawab di Dewan Rakyat, beliau kenaikan (20 sen) harga gula sekilogram hanya membabitkan tambahan RM1 sebulan kepada mereka.


Ketika menjawab soalan Che Uda Che Nik (PAS-Sik), timbalan menteri menjelaskan bahawa kenaikan harga bahan api juga merupakan peningkatan kecil kepada purata pengguna jalan raya.


Sementara itu, Bernama melaporkan Tan berkata kerajaan memperkenalkan beberapa inisiatif yang mampu membantu meringankan beban rakyat dalam menangani masalah peningkatan kos sara hidup.


Beliau memberitahu Dewan Rakyat ini termasuk memberi subsidi dan mengawal harga serta memastikan bekalan barang kawalan termasuk barangan keperluan.


Menurutnya, kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia merupakan inisiatif yang diharapkan dapat mengawal kenaikan harga barang runcit agar pengguna yang berpendapatan rendah masih mampu membeli berdasarkan kepada kemampuan dan keperluan mereka.-MKINI-

Lihat petikan kaler merah. Tidak terlalu membebankan rakyat tetapi buat alternatif untuk meringankan beban rakyat? Korang faham dia cakap apa? Yang sebenarnya memang membebankan rakyat, mengaku je terus terang. And alternatif ko pun alternatif sampah. Langsung tak guna dan haprak.

Sebenarnya kalau dibuat betul2, ada jek alternatif yang lebih baik tapi masalahnya kerajaan suka buat kerja cincai boncai. Ada ramai cerdik pandai yang sudi salur idea kat kerajaan tapi kerajaan nak terima ka idea kami? Pergi mampos. Kroni dulu, untung dulu, rakyat paling terakhir. Itupun time undi. Itulah hakikatnya di malaysia.

Ameno : Tak membebankan rakyat macam ko jek kot.

Selasa, 23 Ogos 2011

Harga kangkung naik disebabkan masalah global!

Video wajib tonton. Kalau korang tak tonton macam mana korang nak faham masalah neh betul2? Sebab tue lah wajib tonton untuk faham

Apa

Bagaimana

Macam mana

Mengapa

Kenaikan harga kangkung di malaysia neh boleh dikaitkan dengan fenomena global?


Tonton sampai habis dan fahamkan. Benda neh lah kerajaan tak faham2. Dan dalam masa yang sama dok pongpang cakap rakyat tak faham2. Padahal yang tak faham sekarang kerajaan. Bukan nya kita rakyat. Susah betul bercakap dengan kerajaan yang pentingkan diri sendiri. Bila larh dorang boleh berambos sebagai kerajaan. Dah menyampah rasanya aku..

kah kah kah 

Ameno : Harga air kosong pun masalah fenomena global.. Muahahah..

Ahad, 21 Ogos 2011

Kerajaan tak salah isu barang naik di malaysia - Menteri meroyan baru wakeup tidur.


Kah kah kah

Lawak gile !!!

Aku tak faham perangai menteri neh. Napa dia suka meroyan tanpa memahami situasi sebenar? Perhatikan ulasan menteri neh di bawah ;

1. Kerajaan BN tiada kuasa untuk naikkan harga barang.

Owh ? Apa? Itu alasan ka? Itu boleh di anggap alasan ka? Gula beras minyak monopoli cukai pentadbiran lue pegang seme then lue boleh pongpang2 canang cakap lue takde kuasa nak naikkan harga barang segala bagai? Kalau dah takde kuasa boleh pula umumkan ye? Lagi satu jangan lupa lue punya video neh. Lihat sini. Dap punca kenaikan harga2 barang di malaysia ma. Bukan masalah global. Itu kan hujah anak buah lue juga. So apa lagi? Lue kasi rembat lah sama dap. Wa pun nak tengok neh.

kah kah kah

2. Hal neh memang disedari oleh pihak PAS.

Larhhh.. lue dah salah faham. PAS sedar lue ialah pemangkin / penentu kepada harga barang2 di malaysia je. Contohnya kalau lue turunkan cukai berjenama barangan mewah untuk mem rosmah maka rosmah boleh beli belah beg branded dengan harga yang lebih rendah lagi. Sebab cukai kemasukkan rendah ma. Sama gak dengan lain2 barang. Kalau lue boleh buat sistem pengagihan keuntungan yang cantik dan winwin situation di antara pengilang - pemborong - peniaga sudah tentu lah customer macam wa neh dapat benefit baik punya. Ini tidak, lue biar suka2 pemborong dan pengilang tentukan harga. Sebab apa? Semakin mahal barang jualan = semakin tinggi untung = semakin banyak cukai lue dapat ma. Lue mesti suka punya. Rakyat macam wa larh yang tersiksa.

3. Kerajaan sangat berpengalaman dalam menangani isu kenaikan harga.

Bab neh wa setuju. Antara cara2 yang kerajaan gunapakai ialah ;

- Iklan jimat cermat <-- duit bayar iklan ada. Duit kawal kenaikan harga barang takde.

- Banner jimat cermat satu malaysia <-- bayar kroni buat banner ada duit, duit untuk rakyat takde.

- Nasihatkan rakyat jimat cermat <-- Dan lue pula sewa bil api + air beratus2 ribu sebulan. Cantek.

- Suruh rakyat beli kereta nasional dan barangan buatan malaysia <-- dan lue layan import guna duit gaji yang rakyat bayar tiap2 bulan kat lue.

- Bagi nasihat suruh menabung dan kerja lebih masa <-- supaya lue boleh rembat wang rakyat dan bila anak2 bermasalah lue boleh blame mak bapak yang sibuk cari duit sampai tiada masa utk anak2.

- Iklan rancang kewangan dan membeli belah secara bijak <-- dan lue pula beli belah sampai rabak guna duit rakyat pun okey. Beg seratus ribu pun cantik. Konon lue ada bakti sama rakyat. Bakti apa? Wa satusen pun tak merasa makan bakti tue. Makan ahti ada wa rasa. Banyak kali pula tue.

- Iklan jaga kesihatan tubuh badan dan berdiet serta bersenam <-- Ya betul tapi lue sendiri gemuk dan buncit nak mampos. Bukan salah kalau lue gemuk or buncit dan segala bagai tapi salah bila lue sendiri gemuk nak mampos lue nasihatkan orang lain supaya kurus padahal lue tak cermin diri.

- Berita2 merapu mengenai obesiti, penyakit, amalan jimat cermat mula ditulis oleh wartawan2 upahan lue <-- Ya taktik yang tak pernah basi. Orang bodoh percaya. Wa bijak. Wa nampak permainan manipulasi minda rakyat neh. Wa dikalangan yang berfikir. Lue tak boleh kawal wa sampai mampos. Lue surrender je lah beb.

- Drama2 swasta menteri bagi jaminan, bagi janji, tangkapan dua tiga kali peniaga tamak dibuat <-- Ya, ya ini pun taktik yang tak pernah lapuk. Sekali lagi wa copypaste. Orang bodoh percaya. Wa bijak. Wa nampak permainan manipulasi minda rakyat neh. Wa dikalangan yang berfikir. Lue tak boleh kawal wa sampai mampos. Lue surrender je lah beb


- Nasihatkan rakyat bertubi2. Sambil2 salahkan rakyat <-- Jalan terakhir lue. Itu je modal lue ada. Rakyat confirm salah. Lue confident betul. Wa minta 1ominit berucap dalam buletin utama kalau lue siyes cakap lue betul. Wa takmo edit2. Wa siyes nak kutuk lue dalam tv. Itupun kalau lue bagi can. Wa memang suka nak buat tue. 

kah kah kah

Sekian.

Berita asal : sini

Ameno : Myfootlah kau!

Rabu, 10 Ogos 2011

Harga tong gas rm230? Wak lue lah !

Gila apa? Takan harga tong gas semahal neh? Setahu aku rm75 je beb. Paling mahal pun takde lah sampai  seratus. Korang baca bawah jap ;


Nampak tak? Kalau aku dok sarawak memang mampos lah jawabnya. Kalau harga tong gas dah cecah rm230 setong, macam mana pula harga refill? Maksud aku setiap kali kita nak beli gas memasak bila tong gas dah habis gas kita kan akan buat macam trade in. Tong lama dia amek, tong baru dapat kat kita. So harga refill gas memasak tue berapa pula? Mahal gak ke?

Gila betul kos sara hidup kat sarawak. Mahal. Lebih mahal dari kl. Tapi kalau tengok dari sudut ekonomi, sarawak antara negeri yang miskin. Miskin pasal taib lah. Sapa lagi. Tak sangka sarawakian masih memilih taib dan mengundi bn pada prn yang lepas. 

Dorang memang suka hidup susah kot. Kepada pengundi bn je lah. Walaupun kita semua tahu bahawa sarawak mampu menjana hasil yang banyak dan mencukupi untuk rakyat mereka. Malahan kl dan jb sepatutnya dah lama kalah whorrr.. apa yang berlaku? Lue fikirlah sendiri.

Sumber penuh baca sini

Ameno : Macam neh punya mahal hidup di sarawak... patutlahh..

Ahad, 31 Julai 2011

Telur masin 80sen sebijik dan tipsi jimat duit sempena ramadhan.

Korang tahu tak telur masin tue apa? Ada sesetengah orang panggil ia telur asin. Tak kisahlah tue telur asin ka masin ka janji product yang aku maksudkan dalam kepala hotak aku sama dengan apa yang korang bayangkan dalam kepala hotak masing2.


Sebenarnya untuk pengetahuan korang harga telur masin di perak ialah rm0.40sebijik. Ya betul. Itu harga yang aku silap dengar. Harga sebenarnya ialah rm0.80sen sebijik. Ya. Ini harga yang aku tak silap dengar tapi rasa macam nak silap buat bayaran. Sejak bila harga telur masin di perak neh mahal nak mampos?

Memang benar aku jarang makan telur masin. Asal nak makan telur masin je mesti time ramadhan. Asal time ramadhan je mesti rasa nak makan telur masin. Apasal hah? Trend ka? Tradisi ka? Ataupun wajib? 

Kah kah kah

Pandai2lah korang fikir sendiri. Yang penting sekarang telur masin dah naik harga. Harga asal sebelum najib jadi piem ialah 40sen sebijik. Setahun dia jadi piem naik 20sen kepada 60sen sebijik. Dua tahun dia jadi piem naik lagi 20sen. Dari 60sen sebijik kepada 80sen sebijik. Harga neh kuatkuasa bila aku taktau. Aku pun dah malas nak tanya makcik tue. Dah lah aku silap dengar harga dia.

makcik harga telur masin neh berapa? [aku bawa rm10 je so kena tanya harga. Kalau rm100 aku bantai redah beli tak hengat donia. Siyes]

rm0.40sen <-- Makcik tue jawab. harga aku silap dengar.

rm0.40 yer makcik?

tak. 0.80sen sebijik <-- harga yang buat aku rasa macam nak teranjang seseorang.

ok. Saya nak 3 biji je <-- untuk 2 hari lepas kot. Kalau jimat cermat ler cara makan nya. Ye tak?

kah kah kah

Gila punya mahal. Itu baru telur masin. Belum apa kejadah barang lain. Sebab tue aku nak kongsi dengan korang tipsi aku jimat cermat time bulan ramadhan. Takyah pening2 kepala hotak korang nak fikir hari neh buka makan apa, nak beli lauk apa, nak buat kuih apa, nak bajet berapa dan segala bagai.

Ikut je plan aku yang nak masuk tahun keempat di perak neh. Caranya mudah. Iaitu berbuka di masjid. Lantak ko lah buka kat masjid mana atau apa. Asal nama tempat tue masjid, ada sediakan juadah berbuka, ko serbu lah sana. Meriah beb. Aku dah buat untuk 3 tahun berturut. Amat jarang2 sekali aku berbuka kat rumah. Aku pun tak perlu penat lelah macam orang lain yang beria2 masak segala bagai. Aku hanya perlu sediakan keperluan serba sedikit dan berlenggang2 ke masjid dengan seronok. 

So kalau korang nak jimat macam aku dan keluarga aku, jangan segan2 lepak masjid. Ini siyes punya cakap. Bukan main2. Mari kawan dengan masjid sebab boleh berbuka puasa percuma + dengar ceramah + dapat ilmu percuma.

Hidup is sempoi. Terlalu membazir untuk dibiarkan ia di isi dengan masa2 memasak juadah untuk berbuka puasa di bulan ramadhan.  <-- motto hidup seorang pemalas macam aku. Tak sia2 mak aku panggil aku pemalas. Memang sebijik kena dengan perangai aku.

kah kah kah

Ameno : Malas masak takpe, jangan malas benda lain beb. kah kah kah

Selasa, 26 Julai 2011

Subsidi beras di hapuskan.

Okey neh berita yang baru diterima dari member. Belum keluar kat mana2 lagi. Berita yang diterima adalah seperti berikut ;

BERMULA JUN 2011 - DIMAKLUMKAN SUBSIDI BERAS 15% (BERAS NASIONAL)10KG DI TARIK BALIK OLEH KEMENTERIAN PERTANIAN....

Maksudnya apa? Maksudnya ialah ;

subsidi untuk beras 10kg yang sebanyak 15% tue telah ditarikbalik oleh kementerian pertanian. Adakah ini salah satu proses pengurangan subsidi secara berperingkat?  Aku tidak tahu. Penarikkan subsidi neh lazim akan mempengaruhi harga beras. Bukan kah akan berlaku kenaikan harga andai subsidi untuk beras ditarikbalik?

Subsidi beras hapus = beras naik harga <-- Bukan kah ini sepatutnya berlaku?

Ia diluluskan pada bulan jun 2011. Tapi sampai sekarang kita belum lihat kerajaan mengwar2kan berita neh lagi. Kenapa? Adakah mereka tunggu beras tersebut berada di pasaran dan tunggu orang perasan perubahan harga baru terkecoh-kecoh nak umumkan? 

Haizhh.. penat lah nak maki kerajaan hari-hari. Maki - maki pun harga barangan terus meningkat. Kalau kicap dia suruh kita tukar jenama. Habis tue neh beras. Adakah mungkin totok umno akan bagi alasan macam neh ;

Sila berhenti makan beras?

Sila bertukar makan ubi kayu?

Sila berdiet?

kah kah kah

bn = barang naik = memang sinonim!

Sumber dari sini

Ameno : BN lue blah larrhhh... bagi orang lain rule lah

Isnin, 25 Julai 2011

Harga baru kicap - Naik lagi ye..


harga baru kicap kipas udang:
KICAP KIPAS UDANG MANIS 345ML 5.80
KICAP KIPAS UDANG MANIS 645ML 8.00
KICAP KIPAS UDANG MASIN 345ML 5.70
KICAP KIPAS UDANG MASIN 645ML 7.70

Korang tahu tak harga kicap udang manis neh baru naik ? Tak silap aku 2 bulan lepas dia dah naik 20sen. Neh dia naik lagi? Takan pasal tarif elektrik naik + levi 1% dia pun sibuk nak naikkan harga? Ataupun faktor harga kicap masih lagi rendah di malaysia berbanding negara jiran?

kah kah kah

Okey2.. aku faham dah. Korang pun aku nasihatkan jangan banyak komplain der. Kang kena sound tak pepasal der. Aku dah boleh memorizekan nasihat2 dorang neh dalam kepala hotak aku dah. Siap mengkitabkan lagi alasan2 wajib yang dorang mesti bagi. Lihat bawah ;

Sila beli kicap jenama lain <-- totok umno dah sound tue weh.

Alah tak mampos der tak makan kicap <-- Geng suku dia sound lagi tue..

boikot lah kicap terus <-- perkasa masuk gelangang

kicap udang brand yahudi woo  <--  totok meleis anti dap main peranan

neh seme anwar punya pasal neh.. <-- fans umno anwar start komplain

kurangkan makan kicap untuk jaga kesihatan <-- menteri kesihatan dah bagi petua kesihatan

jimat cermat amalan mulia.. membazir perbuatan syaitan.. makan kicap lebih dari dua titik hukum dia menghampiri perbuatan membazir dan pembaziran itu haram <-- ulama dan ustaz umno bagi fatwa dah

Kita akan import kicap dari luar negara supaya rakyat dapat beli kicap dengan lebih murah lagi macam kita import susu 1malaysia yang murah dari korea <-- menteri pendidikan punya akal

Rakyat kini semakin matang. Mereka tak perlukan kicap lagi. Kita bakal menuju ke arah negara yang berpendapatan tinggi.. kita akan naikkan semua harga barang di malaysia.. hiduppp 1malaysia.. saya mendapat sokongan padu dari semua rakyat pelbagai kaum.. kita hapuskan kicap.. kita ganti dengan garammmmm... <-- najib dan rosmah 

kah kah kah


Sumber : sini

Ameno : Menteri2 aku kebanyakkan nya bodoh piang.

Ahad, 24 Julai 2011

Hot : Tarif elektrik naik lagi beb!


Levi hotak kau. 

Dah bertahun2 ko collect untung lepas tue time nak simpan dana untuk segala bagai projek masa depan ko korek duit rakyat lagi. Sebab tue aku cakap levi hotak kau! Mustahil untuk syarikat gergasi macam neh takde fund dan modal pusingan. Pergi mampos dengan kau punya alasan. Asal ko cakap pasal bil elektrik pengguna yang bakal berubah tak kira lah samada ia disebabkan levi ka tarif ka apa ka pergi mampos. Jawapan aku jelas dan tepat iaitu 

pergi mampos.

Ko ingat rakyat petik duit dari pokok ka? Ko ingat duit boleh tumbuh dari tanah ka? Ko ingat time hujan turun dalam bentuk duit ka? Ko ingat doraemon wujud ka? Tak kan? So berhentilah segala bagai apa juga pelan ko sekarang. So berhentilah segala bagai plan yang memerlukan ko korek dana tambahan dari rakyat. Dana yang rakyat bagi pada ko selama neh sudah mencukupi untuk apa jua projek yang ko nak buat pada masa kini dan pada masa hadapan. 

Yang penting sekarang neh ko berhenti untuk bersikap tamak. Jangan cabar kesabaran rakyat. 1rakyat mungkin ko boleh mamposkan dengan bom. Dua rakyat mungkin ko boleh sogokkan wang dan hantar ke luar negara. Tapi kalau dah berakyat2? Apa tindakan ko? Mana ko nak lari? So berhenti sebelum ahti kami mencecah ke tahap marah yang maksimum. Berhenti memperbodohkan rakyat atau korang akan lihat kemarahan rakyat.

Untuk rekod aku sepatutnya termasuk ke dalam kumpulan yang tidak terjejas bil elektriknya. Tetapi aku heran kenapa sejak bil elektrik naik, bil rumah aku turut naik. Aku dah confused untuk 2 kali sejak terima bil. Oleh itu bila kerajaan ataupun sesiapa sahaja cakap bahawa rakyat majoriti tidak akan terjejas aku rasa aku dah tak patut percaya lagi. Dorang menipu. Sapa yang terima bil dorang tahu. 

Dan selain dari itu, nafsu aku terus terang mengatakan bahawa charge levi ialah kenaikan tarif elektrik dalam bentuk baru. Mereka dah malas nak guna terms penyelarasan sebab asyik kena ejek so now mereka using word levi pula untuk cekik wang rakyat. Dasar tak kenang budi rakyat punya kerajaan. Kita baik dengan dia, last2 kita kena pijak balik.

Memang betul lah bn = barang naik..

kah kah kah

Berita penuh disini

Ameno : levi = tarif elektrik naik dalam bentuk baru.

Khamis, 16 Jun 2011

Harga barang makanan terkini yang naik


Kat atas neh ialah gambar roti. Roti neh harga lama dia ialah rm1. Sekarang sudah hampir seminggu harga dia dah naik menjadi rm1.10. Memang kenaikan yang kecil. Iaitu rm0.10sen sahaja. Sama macam penurunan petrol ron 97 semalam. Cuma 0.10sen. Laa dah korang gak cakap 10sen tue murah. So kalau naik 10sen kira murah lah. Sama gak kalau turun 10sen. Kan kan kan? Ke nak soh aku sujud kat kaki najib pula? Takmo arh aku. Mampos lagi bagus. Heh.

Selain dari roti neh hasil tinjauan aku kat kedai runcit mendapati ;

roti gardeniar yang kaler hijau naik 20sen. Harga lama rm3.00. Sekarang rm3.20sen

Kicap cap kipas udang botol kecil naik 20sen. Harga lama rm4.50. Sekarang rm4.70sen.

Gas memasak naik rm0.50sen. Harga lama taktahu berapa pasal aku tak pernah beli. Keluarga yang beli. Tak silap aku dalam rm27 ke rm28 kot. Itupun aku dengar tokei kedai makan bersembang dengan pelanggan time tunggu nasi lemak. Pelanggan bercerita kat tokei kedai makan yang gas memasak dah naik 50sen. Dalam 3 hari dah. 

Sambung balik kat kedai runcit. Harga ayam bersih di perak untuk sekilo ialah rm9.50. Lagi 50sen nak dekat rm10. Apsal mahal sangat hah? KL pun kalah. Kat pasar dalam rm8.90 paling murah. Tapi ada harinya. Itupun kalau amek banyak2. Standard harga sekarang rm9 sekilo kat perak. Tapi bukan seme tempat leh dapat harga tue. Kat pasaraya leh dapat murah. RM6 sekilo pun ada. Tapi halal ke haram ke lue tanggung sendiri, aku tak campo.

Harga ikan sardin pulak rm6 untuk tin besar. Isi dalam? Kurang. Tak caya korang beli. Jenama brand. Aku dah beli beb. Aku tahu dulu harga dia rm5.50 - rm5.70. Dah naik dekat 2 bulan. Tapi kan dia naik harga = kurangkan isi ikan. Hehehe cantik. Bagus punya pelan menipu. Aku mesti puji. Heh

Ikan bilis pun naik. Sebab kenaikan aku tatau. Aku jarang beli ikan bilis. Tapi aku tahu kalau beli rm1 dapat banyak mana. Sekarang kalau aku beli rm2 dapat macam aku beli rm1 dua tiga bulan yang lepas. Sabar je lah.

Pendek kata kalau aku bawa rm50 untuk beli makanan seminggu, baik aku g mampos dulu. Biar aku takyah makan sampai bila2 boleh save rm50 tue forever. RM50 untuk makan 3 hari pun belum tentu lepas. Ini kan pula seminggu. Melainkan aku beli maggie je. Itupun dah naik. Hahahaha.. nasiblah. Nak buat macam mana. Anda undi barang naik, maka barang naik lah yang anda dapat.

kah kah kah

Sekarang padan lah muka masing2.


Link untuk share di facebook ==> http://gengblogger.com/v/503846

Ameno : Bila nak simpan duit neh?

Isnin, 13 Jun 2011

Cuti sekolah punca harga naik

Entry second last sebelum aku tutup laptop. Tadi sempat belek-belek beberapa berita sekali terbaca berita neh. Korang tengok bawah neh ;


Sebenarnya aku faham apa yang kementerian cuba sampaikan. Bagi mereka ;

cuti sekolah = musim orang kahwin = permintaan tinggi = peniaga main harga.

Tapi kalau nak blame peniaga pun susah juga padahal kementerian pun otak lebih kurang macam peniaga juga. Cakaplah macam mana kerajaan adalah punca utama kenaikan barang neh. Bukan peniaga ataupun musim cuti sekolah. Tetapi kerajaan. Terima lah hakikat. Harga ikan pun dah naik melambung2 neh. So apa tindakan kementerian pula? Sekarang neh dah start sekolah balik taw. Dah tak boleh nak bagi alasan musim cuti sekolah lagi..

kah kah kah

Ameno : pandai bagi alasan tapi malas nak selesai masalah = menteri bodoh piang.

Hot : Harga ikan naik 30%!


Kah kah kah

Masa untuk kita padan muka sama-sama. Padan muka aku. Padan muka korang. Padan muka kita. Imbasan kenangan suatu ketika dulu ;

amenoworld yang bijak : alamakk dudee harga ayam dah naik neh pe citer? ini akan membebankan rakyat marhaen

perkasa bangang : boikot lah ayam. toksah makan ayam.

umno bahlol : hek eley.. makan lah ikan. macam mati kalau tak makan ayam

rakyat kurang info pasal leka dengan dunia hiburan dan tak keluar duit satu sen pun tanggung apa2 : ada aku kesah?

Kah kah kah

Sekarang nelayan dah marah neh. Mereka mogok bila kerajaan batalkan subsidi diesel super untuk dorang. Dan kesan sementara ialah harga ikan naik mendadak sebab kekurangan bekalan. Tapi kenaikan harga ikan tidak akan berhenti beb. Mula2 memang lah alasan nya pasal mogok. Tapi lama kelamaan alasan nya akibat pemahsuhan subsidi diesel super untuk nelayan bot dalam. Modal untuk "melaut dalam" bertambah. Dan jangan harap nelayan nak tanggung kos. Bebanan kos nak taknak akan dicampak kat kita. So harga ikan memang akan mengalami kenaikan sekarang ataupun akan datang.

Apakah perkasa akan suruh kita boikot ikan pula? Apakah penyokong umno akan menegakkan benang yang basah? Sama2 kita nantikan itupun kalau dorang berani nak meroyan dalam blog aku neh lah.

kah kah kah

Sumber : sini

Ameno : aku cadangkan kita jangan makan apa pun untuk save cost.

Isnin, 6 Jun 2011

Bil astro naik sehingga rm15 bulan depan.

Padan muka! Sapa soh langgan astro. Sorry aku bukan cakap padan muka kat korang beb. Aku cakap kat diri aku sendiri disebabkan aku langgan astro. Baca berita kat bawah neh ;




kah kah kah

banyak lah ko punya alasan astro woiiittt.. aku punya bil rm60++ sebulan. Berapa agaknya bil bulan lapan aku kelak? Itu pun sebab ada penambahan GST 6% dari kerajaan. Neh ko pula nak naikkan harga? Apa plak alasan ko? Minyak naik harga?

kah kah kah

Bodoh2nya aku kena tindas dengan kerajaan. Taknak langgan astro memang boleh. Tapi masalahnya cerita2 kat tv percuma aku kurang layan. Aku suka tengok cerita korea, dokumentari dan drama2 csi serta kisah2 penyiasatan. Memang lah tak boleh kalau tak langgan. Daripada dok mengadap tv free yang satu haramjadah aku tak faham kesah mereka. Sikit2 joget. Dah habis joget drama2 orang2 kaya. Dah habis drama orang2 kaya sambung menyanyi pula. Peh tue sambung meroyan paksa artis mengaku dah cerai. Peh tue sambung mengarut puji umno. Arhhh sudah. 

Sapa nak layan tv free macam tue. Dah cukuplah otak aku selama neh bertahun2 dok tengok cerita2 free sampaikan kena tipu hidup2. Taknak aku sambung lagi. Baik aku layan kisah kartun kat 612. Dalam belajar speaking. Lagi ada faedah. Hahaha..

Pape pun bapak si dafi neh dah bersuara beb.  Neh antara kenyataan dia ;


“Sepatutnya Astro menimbangkan perkara ini (kenaikan harga pakej) terlebih dahulu melihatkan suasana sekeliling dengan orang ramai dibebani dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan,
“Sudah lah kita juga membayar untuk menonton filem-filem baru, dan pada masa yang sama, ada iklan komersial yang diselitkan dalam tayangan, oleh itu, tidak adil untuk Astro menaikkan harga pakejnya pada ketika orang ramai terbeban dari segi kewangan,
“Kerajaan juga menanggung beban yang banyak tetapi masih memikirkan masalah rakyat dan beban pengguna, Astro walaupun dimiliki secara persendirian hendaklah prihatin dalam hal-hal sebegini

Dan dalam satu kenyataan yang sama dia turut meluahkan bahawa akedemik fantasia ialah program yang menarik. Korang boleh baca kat sini sendiri.

kah kah kah

owh ya tak ya juga dafi kan bekas af.

kah kah kah

Gasak ko lah bapak dafi oii. Ko ingat aku taktau ko main wayang je. Sambil2 kondem astro [kat atas neh] sempat lagi ko puji kerajaan. Ceh. Haramjadah. Dua kali lima je pun. Baik astro baik kerajaan sama je pun. Masing2 cari untung. Tapi astro ada maafnya lagi. At least kita tahu dia syarikat yang memang aim profit. Yang kerajaan neh bikin kacau. Patutnya aim dia untuk kesejahteraan rakyat. Tapi semakin lama dah semakin tersasar bila umno semakin lama memegang tampuk kuasa. Apa kes?

Sumber dari sini.
Kenyataan balas astro terhadap kerajaan sebab2 mereka naikkan harga pakej disini.

Ameno : Naik lagi naikk...malaysian sukaaa...

Selasa, 24 Mei 2011

Petrol Ron 95 dijangka naik 20sen.

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika, demikian menurut AmResearch. Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.

Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya....

Urmm kalau ikut analisa aku kerajaan akan naikkan 10sen je. Tapi amresearch cakap kerajaan maybe akan naikkan 20sen. Kenaikan 10sen tue pun dah parah beb. Ini pula 20sen? Hahahah.. habislah kita. 


Dan kenaikan itu akan di umumkan dalam masa terdekat.. auww habislah.. yang neh pun dah tercekik2 untuk hidup neh tambahkan beban lagi.. memang mamposlah jawab nya..

Ameno : Baca tajuk, kenaikan di jangka di umumkan pada minggu neh tapi dalam masa yang sama nak cari alternatif bagi kurangkan beban rakyat? Macam tak sepadan je pernyataan dengan tajuk berita tue..

Ahad, 22 Mei 2011

Tong gas bakal naik pula..




KUALA LUMPUR – Semakan semula harga gas asli yang menerima subsidi besar, yang sudah lama tertangguh, penting memandangkan permintaan untuk harga gas yang murah di Malaysia jauh mengatasi bekalan.
Penganalisis berkata jika keadaan gangguan dalam pasaran ini tidak diperbetul oleh kerajaan dengan segera, Malaysia akan kehabisan rizab gas dan akan menjejaskan generasi akan datang.
Kerajaan sehingga ini terus memberi subsidi gas sehingga 71-77 peratus, yang bermakna kehilangan peluang untuk negara, dan ekonomi tidak menguntungkan dari segi kos.
Ini kerana berbilion ringgit yang dibelanjakan untuk memberi subsidi gas, boleh digunakan untuk projek-projek pembangunan sosioekonomi seperti kemudahan awam, jalan, sekolah dan lain-lain perkhidmatan.
Untuk gas sahaja Petronas membayar jumlah yang besar untuk subsidi, sebanyak RM131.3 bilion antara 1997 dan 2010. – BERNAMA

Hahaha.. satu lagi berita bangang yang ko bagi kat aku bernama. Ye, ye bukan salah ko. Ko cuma lapor apa yang menteri bangang tue merapu. Aku pun tak faham apa kejadahnya semua neh secara tiba2 setiap hari kerajaan ko canang kerajaan kehabisan rizab lah kerajaan tanggung hutang lah subsidi mamposkan perjalanan ekonomi lah dan pelbagai lagi berita merapu untuk hasut minda rakyat. Atau paling tepat untuk hasut minda rakyat yang benak + bodoh + menyusahkan aku dan penyokong2 pakatan rakyat + atas pagar.

Berita kat atas neh tak lain tak bukan hanya berita bebal. Apakah buktinya petronas bagi subsidi gas? Tarak. Dorang cakap pong pang pong pang kat parlimen kita bagi berbillion2 subsidi untuk rakyat, tapi betul ke kita dapat manfaatnya daripada subsidi itu? Pun tarak juga. Belum lagi ada data jelas yang dapat dibuktikan bahawa kesemua subsidi itu benar2 dirasai oleh kita. Belum ada beb. Kalau sungguh sana sini subsidi apsal aku tak merasai kebaikan subsidi pun? Dan apsal member2 aku yang duduk luar negara merasa hidup mereka lebih baik di sana berbanding di malaysia meskipun mereka hidup tanpa subsidi? Why?

Kesimpulannya mudah je beb. Dorang nak naikkan ;

1. petrol ron 95

2. tariff elektrik <== 25 mei, tapi time lulus ketika gula naik 20sen hari tue.

3. petrol naik, maka gas memasak sure naik punya.

4.minyak masak pun naik. Apa kena mengena? Pengangkutan punya pasal lhor. Subsidi diesel super dah hapus pada jun 2011 nanti.

5. Semua jenis barangan di malaysia akan naik. Kenapa? GST maa.. gst nak dilaksanakan bhai.. 

Dah tue apa yang tak naik? Tarak. Semua pun naik. Memang puak haramjadah. Taknak dengar langsung keluhan rakyat. Aku pun bukan suka marah2. Aku marah pasal kenaikan neh memang siyes membebankan aku. Ramai org2 macam aku pecah kepala hotak nak kerja 24 jam cari rezeki beb.Bukan duduk goyang kaki minum arak macam parpu kari. Kami ada usaha tapi usaha2 tue macam tak terkejar. Pasal apa setiap bulan mesti ada barang naik. Maksudnya macam neh ;

Gaji bulan 1 : rm1,200. guna beli barang makanan rm900.

Gaji bulan 2 : rm1,200 + 200 [part time job]. guna beli barang makanan rm1,300,

Arhh sudah pening, takpe usaha lagi sampai mampos. Jadi 

Gaji bulan 3 : rm1,200 + 500 [part time job] guna beli barang makanan 1,500..

Faham tak aku nak cakap apa? Aku cakap sehebat mana pun aku usaha, kenaikan harga barang2 dah tak terkawal lagi. Dah takde fullstop bhai. Duit habis beli barang. Mana nak saving? Mana ada satu sen pun. Kuantiti makanan pula? Makin lama makin sedikit. Kualiti? Makin hampeh. Aku terpaksa bayar kos makanan + barang2 lain dengan harga lebih mahal namun dalam masa yang sama kuantiti + kualiti = susut.

Kualiti bersama keluarga pun susut.
Kualiti nak menyimpan pun susut.
Kualiti nak beli barang2 untuk diri sendiri pun susut.
Kualiti untuk belajar dan beli buku2 pun susut.
Kualiti untuk pergi kursus ke apa2 pun susut. Kalau yang dah kahwin + ada anak, kualiti untuk hantar anak2 pergi belajar itu ini pun susut. Susut pun susut, pasal income statik. Kalau pun berjaya menambah income, tak terkejar dek kenaikan harga barang yang melambug2 ganasnya.

Dan khusus untuk PENYOKONG2 UMNO, disini ialah LUAHAN BLOGGER UMNO sendiri terhadap isu BARANG NAIK. Lue baca, lue fikir. Kalau blogger umno totok pun dah merasa kecewa dengan barang naik, lue boleh fikir semula samada patut ke tak patut lue bodoh2kan diri lue untuk sokong kerajaan?

Aku pun bukan nak musuh dengan penyokong2 umno neh sebenarnya. Sebab aku pun nak minta tolong kat dorang untuk undi pr sekali, sekali pun jadi lah beb. Kita tengok macam mana malaysia under pr untuk 5 tahun. Kalau PR benar2 gagal dan teruk aku rasa takyah tunggu 5 tahun untuk tumbang, dan2 masa tue gak kita leh berdemo dan protes hapuskan PR sebab PR tentu takan seganas umno dalam mengawal kebebasan di malaysia beb. Fikirlah kalau polis + media cetak pro bn. Sudah tentulah pr tak boleh nak kawal kebebasan media kalau media bukan milik dorang dan polis pula takan sanggup defend pr sebab tak diberikan duit. PR tak bagi duit [rasuah] sebab kena jaga reputasi + jawatan akibat baru perintah negara. Jadi kita nak takut apa bhai?

Takyah takut lah undi PR, kita ubah sekarang. Kita ubah nasib kita. Kita bagi peluang pada diri kita untuk melihat kebenaran siapa yang lebih cekap mentadbir dan siapa yang tidak cekap. Kita kena berhijrah. Kita perlu berhijrah. Orang yang tidak mahu berhijrah adalah orang yang lemah beb. Tidak berani mencuba dan takut pada sesuatu yang tidak sahih dan terbukti.

Amacam penyokong umno? Ubah sekarang, save malaysia, save malaysians, save ourselves.

Ameno : Dah penat explain, penyokong umno aku tak percaya korang ahti batu.. siyes. Aku yakin korang pun sesak macam aku.. pekata kita pakat2 ubah. Kita bagi peluang pada diri masing2 utk kaji kebaikan dan keburukan pemerintahan bn dan pr.. amacam?

Sabtu, 21 Mei 2011

Malam ini minyak naik 0.10sen - .0.30sen.

Dah ramai yang menghebahkan berita neh di facebook. Mereka cakap malam ini kerajaan akan umumkan kenaikan minyak. Bermula tengah malam nanti minyak ron 95 akan dinaikkan sebanyak 30sen. Namun aku rasa sedikit pelik dengan berita tersebut. Dan ramai gak yang pelik dan minta aku check kesahihan berita neh.

Ada lah beberapa orang yang mesej cakap betul ke beb malam neh minyak ron 95 naik 0.30sen? Ada gak yang cakap maybe bukan ron 95 tapi ron 97 sebab kerajaan asyik mainkan isu minyak dunia naik padahal mana ada naik. Sebab tue dua tiga hari neh kerja kerajaan asyik potpet2 pasal subsidi untuk org malas lah, membebankan lah, usaha lah cari pendapatan lain,  pelbagaikan pendapatan lah, kerja keras lah, hutang kerajaan meningkatlah blablablablablabla dan bila lah bn nak blahhhhh berambos terus. Hehehe..

Buat masa sekarang aku dah semak group saya benci harga barang naik dan tiada sesiapa pun dari sana yang bagi info bahawa minyak akan naik malam neh. Selalunya group tue akan dapat info dari member2 yg kerja kat stesen minyak or pemilik station minyak. Tapi ikut rekod sekarang kerajaan pun memang memilih untuk umumkan pada saat2 akhir tanpa notis. Kalau dulu mereka diberikan notis dan di inform through surat tapi sekarang tiada beb. Benda neh disorok habis-habisan sehingga lagi 5,6 jam sebelum petrol di naikkan barulah benda neh leak.

Jadi aku sendiri pun tak pasti betul ke tidak berita yang  tersebar via facebook neh. Dan lagi satu bagi aku kalau kerajaan memilih untuk naikkan petrol pun kerajaan tidak akan naikkan ron 95 pada hari ini or at least sekarang. Sebab apa?

1.Kerajaan dah cakap mereka akan semak harga pada bulan june, so bulan june lah naik harga petrol pun, bukan sekarang. Tapi kalau naik hari neh memang dorang bodoh piang.

2. Tidak akan dinaikkan sehingga 30sen. Aku syak 0.05 - 0.10sen je. Tapi taktahu pula kalau sungguh2 kerajaan kali neh nekad nak naikkan kemarahan rakyat sampai sanggup naikkan 30sen pula. Dan lepas tue bolehlah aku panggil dorang bodoh piang kuasa dua.

3. Kerajaan belum umumkan kenaikan tariff elektrik. Ikut twitter kj beruk tue dia cakap kerajaan akan naikkan tariff elektrik + ron 95 =  dalam masa yang sama. Bila dah kecoh benda tue, tiba2 kerajaan decided nak umumkan kenaikan tariff elektrik dulu pada bulan mei then baru lah minyak ron 95. Kalau ikut aturan tue minyak hanya akan naik selepas tariff elektrik di umumkan naik lah. Maknanya selepas 25 mei pun paling2 cepat.

Apapun kesimpulan yang aku buat satu benda yang pasti minyak pasti akan naik. Oleh itu tak salah pun kita nak meraikan kenaikan minyak sekarang.. hahahhaah..betul tak? So anggaplah hari2 minyak naik!

Ameno : Nak tumbuk muka pemimpin.

Jumaat, 20 Mei 2011

Subsidi bot nelayan hapus, makanan laut naik harga!



WOW.. ini yang aku suka neh. Dari satu kenaikan membawa kepada satu kenaikan pula. Sebab tue aku ajak reramai untuk sambut "bulan barang naik" = june 2011, bagi mengenangkan kenaikan harga barangan secara besar-besaran di malaysia.

TPM = Muyyiddin yasin dalam satu kenyataan yang dipetik oleh aku dalam akhbar utusan memberitahu begini  ;

" Kerajaan terpaksa melaksanakan rasionalisasi termasuk mengurangkan subsidi diesel BOT LAUT DALAM mulai 1 jun ini. Mulai jun pengusaha bot nelayan perlu membeli diesel pada harga rm1.80 seliter berbanding rm1.25 seliter pada masa kini "

Owhh.. okey fine. Apa kena mengena dengan aku pula? Aku bukannya nelayan bot dalam pun. So kenaikan 0.55sen diesel untuk nelayan bot nelayan sepatutnya takde effect kat aku. Apa kerja bot nelayan laut dalam neh? Tangkap ikan? Udang? Sotong? Ketam? Makanan laut? Adakah kenaikan diesel akan dicampakkan kepada barang2 perniagaan mereka kelak? Iaitu makanan laut? Jadi nanti makanan laut akan naik harga lah yerk?

Kalau gitu penguasaha2 makanan laut terpaksa berbelanja lebih untuk dapatkan bahan mentah lah yerk? Pengilang2 yang menggunakan makanan laut untuk membuat product mereka pun terpaksa up kan lagi modal mereka lah yerk? Owh.. okey. Ada effect lah pada harga makanan laut dan berasaskan makanan laut. So apa? Takyah makan makanan laut? Ada banyak makanan lain? Biar kita boikot makanan laut pula ke? Owh okey. Thanks atas cadangan pencacai2 umno. Kumawwoo.. heh 

Ameno : Boikot makanan laut = boikot product nelayan = gangu periuk nasi mereka + kerajaan naikkan kos sara hidup = hapus subsidi = bagi kroni = support langkah kerajaan? Adakah aku bodoh piang mcm orang umno?

Khamis, 19 Mei 2011

Elektrik naik pada 25 mei.

Nampak sangat kerajaan kita neh kerajaan penipu alzalim alpembohong. Mula2 semalam khairy dah bagitau melalui twitter bahawa pemuda umno akan membuat satu usul kepada kerajaan untuk membantah kenaikan ron 95 dan tariff elektrik. Ketua pemuda umno juga meminta agar semua cawangan pemuda umno seluruh negara membuat usul yang sama.

Alih2 hari neh kerajaan cakap mereka takmo naikkan harga minyak sebaliknya nak gantikan dengan elektrik? Apa ke bangang sangat kerajaan neh? Cuba korang baca statement neh baik2  ;



Kalau korang faham ikut apa yang aku faham maka kesimpulannya adalah begini  ;

1. Kerajaan dah luluskan kenaikan tariff elektrik pada hari mereka naikkan harga gula. Bila tue? Dah lama kan?

2. Okey, peh tue ismail sabri pula umumkan kerajaan nak naikkan ron 95.

3. Sekarang kerajaan flipflop cakap cam ular belit2 pula. Mereka kata mereka mungkin tak jadi naikkan ron 95 tapi mengantikan ia dengan kenaikan tariff elektrik padahal benda neh kerajaan dah lama lulus. Cuma tak berani umum time kenaikan gula sebab takut!! WTF!!!

4. Tapi diesel super tetap dimahsuhkan bulan june neh.

5. Kenaikan tambang tetap berlaku.

6. Kenaikan harga barang tetap berlaku. Risiko kenaikan tambang bas 30% tetap wujud.

7. Walaupun kerajaan naikkan tariff elektrik sekarang akan datang kerajaan tetap cari alasan untuk menaikkan minyak ron 95.

8. Hampir kebanyakkan penduduk di malaysia menggunakan elektrik. Termasuklah bidang perniagaan. Semua guna elektrik sekarang. Jadi kalau kerajaan kata impak kenaikan elektrik lebih kecil dari kenaikan ron 95 kerajaan silap. Ron 95, elektrik = semua rakyat malaysia pakai.  Jadi apa pula impak kenaikan elektrik lebih kecil dari ron 95?

Pendek kata, bagi aku mudah je. Kerajaan nak naikkan, naikkan je. Naik. Penatlah. Setiap hari pun kita dilanda kegelisahan. Bila ron 95 nak naik? Bila gas memasak nak naik? Bila tambang bas nak naik? Kerajaan pula dalam masa yang sama asyik2 mengungkit itu ini. Subsidi menyusahkan kerajaan..blablabla.. najib baru2 neh kutuk subsidi candu kepada rakyat.. blablabla.. seolah2 kita neh ketagihan gila duit kerajaan. Sumpah siyes dia buat kita macam peminta sedekah bhai. Siyes sakit ahti macam kita neh takde maruah pula dok injak2 maruah kita. Paddykutty betul lah.

Lepas tue nanti mulalah dok ugut2 "dont bite hands that feeds u". So lalu ke kita nak menghadapi tekanan2 neh? Sanggup ke korang hidup dan dalam masa yang sama kerajaan asyik canang2kan 24 jam yang kehidupan korang tue 100% dibawah kekuasaan kerajaan, kalau takde kerajaan korang bukan sapa2 pun. Sanggup ke? Aku siyes tak sanggup.Malas dan tak hingin aku nak mengharapkan simpati org yang tak satusen pun tak ikhlas nak simpati kat aku. Baik aku cari simpati pada orang yang betul2 ikhlas nak bantu aku. 

Sebab tue kalau kerajaan nak naikkan, biar je dorang naikkan. Jangan nanti bila dorang tak naikkan ron 95 neh dorang pergi canang 1malaysia bahawa dorang simpati pada nasib rakyat padahal sebelum2 neh dan akan2 datang mereka tetap akan naikkan apa2 barang selagimana mereka memerintah malaysia neh. Lakonan mereka tue mungkin digunakan untuk meraih undi. Apa yang pasti ron 95 tetap akan dinaikkan. Cepat atau lambat. Sebelum ataupun selepas pilihanraya. Tiada jaminan kerajaan tidak akan naikkan ron 95 meskipun selepas mereka naikkan tarif elektrik.

Ameno : U can straight go to hell. I dont want any government of barang naik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...