Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Subsidi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Subsidi. Papar semua catatan

Isnin, 9 Januari 2017

Kerajaan Kekalkan Subsidi Untuk Minyak Masak Paket 1KG Tapi Minyak Masak Itulah Hilang Dari Pasaran - Apa Cerita?

KAH KAH KAH

Aku teringat beberapa minggu lepas baca posting dari geng-geng Najib yang berapi kutuk kita macam-macam sebab komplen itu ini kenaikan harga minyak masak dan penghapusan subsidi pukal untuk minyak masak.

Kata dorang, kalau takde duit beli je la minyak masak 1kg. Nak susah apa. Subsidi masih ada pada minyak masak 1kg apa. Bising-bising takde duit beli je minyak masak subsidi 1kg kalau kebuluq sangat dengan subsidi. Ayat babi betul. Tak mesra pada situasi orang miskin dan terdesak. Dorang mesti ingat semua orang yang takde duit ialah orang malas, kan?

Oke, berbalik pada cerita asal. Ini ada satu berita yang aku baca di Utusan. Aku screenshot untuk korang pula baca. Klik image untuk paparan yang lebih jelas okey.


Kita zoom petikan penting sat.


Inila kebabian yang nyata tentang kerajaan kau. Nak pastikan bekalan cukup konon. Kedai 1Malaysia pun takde bekalan. Sembang berapi boleh la. 

Pengguna juga meluahkan kekecewaan kerana terpaksa beli minyak masak yang lebih mahal! Bayangkan kalau pengguna tu peniaga? Kang tak pasal-pasal kena naikkan harga jualan. Bila peniaga naikkan harga barang jualan menteri marah salahkan DAP tapi bila menteri sendiri yang hapuskan subsidi = menyebabkan harga barang naik takpe pula? Matematik apa korang guna neh? Celaru gile.

Suri rumah Norsidah Gari turut menyatakan dia tak mampu nak beli minyak masak pada harga yang lebih mahal. Ini menyusahkan rakyat yang berpendapatan rendah. Nampak?

Ahhh.. mungkin geng2 UMNO dan menteri2 bingai akan menasihati rakyat begini, "takde minyak masak? TAK PAYAH LA MASAK GUNAKAN MINYAK! Kan ada banyak lagi menu lain. Masak la yang itu. Apa susah!"

DORANG KAN BODOH NAK MAMPOS. So, expect la jawapan yang BODOH dari dorang juga.

Kbai!

Selasa, 1 November 2016

Petrol Sepatutnya Naik 20 Sen Tetapi Disebabkan Najib, Petrol Naik 15 Sen Je Kata Menteri.

Owh.

Jadi patutnya kita semua bersyukur kan?
Disebabkan Najib, minyak yang sepatutnya naik 20 sen telah dikurangkan sebanyak 5 sen. Makanya dia naik 15 je. Bukannya naik sebanyak 20 sen.

Nampak tak campurtangan Najib disitu demi meringankan beban rakyat?
Menurut kata menteri seperti yang dipetik menerusi laporan portal Malaysiakini, kenaikan petrol bulan ini sepatutnya 20sen dan bukannya 15sen kerana berdasarkan harga semasa petrol pada Oktober namun perdana menteri berpendapat kenaikan itu wajar dikurangkan sedikit demi kepentingan pengguna.
Menurut Datuk Johari lagi, kadar kenaikan harga minyak di negara ini dibuat berdasarkan purata harga pasaran minyak mentah dunia pada bulan sebelumnya dan tidak mengikut harga harian global.
"Diharapkan pada November - jika keadaan pasaran bertambah baik - maka kerajaan tidak perlu membuat kenaikan lagi," katanya lagi kepada pemberita.
Harga pasaran untuk petrol dan diesel di negara ini dinaikkan 15 mulai tengah malam tadi mengikut formula ditetapkan kerajaan selepas langkah rasionalisasi dibuat sebelum ini.
Kenaikan itu adalah yang tertinggi pernah berlaku pada tahun ini.
Dengan perubahan kadar berkenaan petrol RON95 kini dijual pada harga RM1.95 manakala RON97 menjadi RM2.30 seliter. Diesel pula dijual pada harga RM2 seliter.
Kadar terendah pada tahun ini berlaku pada Mac lalu iaitu RM1.60 seliter untuk RON95, RM1.95 untuk RON97 dan RM1.35 untuk diesel.
Namun dalam masa yang sama, kerajaan turut memutuskan bahawanya subsidi ke atas minyak masak akan dimahsuhkan secara berperingkat mulai Nov 2016. Ini bermaksud minyak masak akan mengalami peningkatan harga disebabkan pemahsuhan tersebut. 
Boleh tanya tak kenapa Najib benarkan pemansuhan tersebut? Kan akan menyebabkan harga minyak masak naik? Yang ini Najib tak fikirkan bab kepentingan pengguna ke macam mana? Aku harap menteri kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani boleh bagi jawapan cerdik sampaikan aku diam kelu membisu tak terbahas. Pleaseeeeee.

Sabtu, 29 Oktober 2016

Mahsuh Subsidi Minyak Masak Baik Untuk Kesihatan Kata Menteri - Masak Laksa Banyak2 Untuk Pecah Rekod Dunia Kemudiannya Dibuang Begitu Sahaja.

Penghapusan subsidi minyak masak bermula November ini tidak sepatutnya dilihat sebagai suatu tindakan negatif. Sebaliknya masyarakat boleh mengambilnya sebagai satu alternatif untuk mula membeli belah secara sihat, memasak secara sihat dan makan secara sihat.


Dengan penuh bangga update kat fb




Itulah yang dikatakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan bagi Sarawak, Datuk Dr. Sim Kui Hian ketika ditemui media dalam satu program menyediakan (masak) Laksa Sarawak terbesar (terbanyak) di Malaysia untuk dimasukkan ke dalam Malaysia Book Of Record pada semalam.


Pusat membeli belah Plaza Merdeka menyaksikan percubaan untuk mencipta rekod baru bagi acara menyediakan Laksa Sarawak paling banyak/besar dan mereka telah pun berjaya mencatatkan rekod tersebut pada semalam. 

Sumber : sini

Dialihbahasa oleh Amenoworld.

----------

Okey. Part pertama dalam cerita neh memang penting. Sebab aku nak tunjukkan kepada kau semua. Betapa menteri kau neh kalau bercakap fuhhhh.. berlagak nak mampos.

Semalam rasmikan satu event. Untuk pecah rekod Malaysia. Masak Laksa Sarawak. Nak mempromosikan makanan dari Sarawak kononnya. Niat kemain cantik lagi. 

Lepas tu siap kata penghapusan subsidi minyak satu langkah bagus untuk rakyat mula belajar memasak secara sihat.

Nampak?

Tup tup hari neh kecoh. Laksa Sarawak yang banyak sekawah besar gedabak nak mampos semalam kena buang. Ye, kena buang beb. Kena buang!

Sekawah laksa dibuang kerana tak menyihatkan.

Menurut laporan yang dipetik menerusi Malaymail (sini) ;

1. Sebanyak 1,500 mangkuk Laksa Sarawak yang dimasak secara ber-ramai2 dan berbanyak-banyakkan pada semalam perlu dibuang.

2. Ini dilakukan kerana laksa semalam disifatkan sebagai makanan yang TIDAK SIHAT.

3. Ia akan dibuang kerana tidak selamat (tidak sihat) untuk dimakan oleh manusia kata Debra Sim memetik sumber dari Borneo Post.

4. Semalam pihak pengurusan membeli belah Plaza Merdeka telah menyediakan 100kg bahan laksa (untuk kuah), 225kg laksa beras, 90kg udang, 1,008 biji telur, 90kg tauge dan 80kg ayam bagi memasak Laksa Sarawak terbesar di Malaysia untuk mencipta rekod di Malaysia book of record.

5.15 tukang masak digunakan bagi menyediakan masakan tersebut. Dengan masa selama 18 jam.

6. Dan kesemua laksa yang dimasak pada semalam telah pun selamat masuk ke tong sampah. Babai.

Ewahhh. Subsidi minyak mahsuh = masyarakat boleh la masak secara sihat.

Lepas tu laksa yang dia masak dan promote bagai kena buang sebab tak sihat. Apakebendanya tu?

KAHKAHKAHKAHKAH!

Sembang kencang ja rupanya depa neh.

Mall yang anjurkan rekod tu pun sohai.
Plan la event yang bermakna sikit.
Bina rumah untuk orang miskin ke.
Taja student ke.
Bantu OKU ke.
Bantu orang sakit yang memerlukan kos perubatan ke.
Sakai.
Yang bahlol-bahlol macam neh gak laju-laju orang suka buat.
Meluat.

Selasa, 11 Oktober 2011

Kenapa kita kena tolak subsidi.

Rakyat malaysia, kita semua kena tolak subsidi. Kenapa kita kena tolak subsidi? Apa yang best sangat subsidi neh? Kenapa mesti ada subsidi? Apa itu subsidi?

Subsidi ialah istilah yang kerajaan cadangkan dan canangkan kepada kita.  

Maksudnya disini ialah ;

Bagi kerajaan apabila mereka menghulurkan hak rakyat, ia adalah bukti bahawa kerajaan sedang buat kerja. Bagi memberikan pemahaman kepada rakyat bahawa kerajaan sedang buat kerja, maka istilah subsidi dicadangkan. Apabila rakyat ditarbiah dengan perkataan subsidi secara automatiknya rakyat akan ditampal dengan rasa prihatin dan kasih kepada kerajaan. Bagi mereka, tanpa kerajaan bn maka tiada lah subsidi walaupun secara fakta subsidi ialah hak milik rakyat samada kerajaan buat kerja ataupun tidak buat kerja.

Sebab itu cadang dan canang istilah subsidi neh diperluaskan oleh kerajaan agar rakyat tidak berpaling dengan mengundi yang lain. Walaupun seteruk mana mereka menyeleweng, sejahat mana mereka merompak wang rakyat, andai dijaja isu subsidi maka rakyat sedikit sebanyak akan mengenangkan jasa BN.

Kita harus membetulkan balik maksud sebenar subsidi disini. Selagi mana istilah subsidi tidak dibetulkan selagi itulah kerajaan akan mengambil kesempatan terhadap rakyat dengan istilah tersebut.

Apa yang best sangat subsidi neh?

1. Subsidi ialah hak. Hak neh selayaknya diberikan kepada pihak yang berhak. Adakah semua rakyat malaysia berhak menerima hak masing2? Ya. Semua rakyat malaysia dan bukan rakyat malaysia berhak menerima hak masing2 berdasarkan kepada perlembagaan negara.

2. Contoh kes ;

Subsidi petrol. 

Petrol ialah kegunaan orang yang memiliki kenderaan. Andai kata subsidi petrol yang diperuntukkan oleh kerajaan hanya untuk orang2 miskin dan mestilah berwarganegara malaysia, maka itulah yang harus dilaksanakan oleh kerajaan.

Dengan mengagihkan subsidi kepada golongan yang berhak dan layak, kerajaan boleh menggunakan wang selebihnya untuk perkara2 yang lain. Contohnya ;

meningkatkan fasiliti dan gaji kakitangan hospital kerajaan agar setanding dengan perubatan swasta. Kita tidak mahu lagi wujud orang2 begini ;

- rakyat terpaksa berusaha keras untuk menjadi kaya raya atas tuntutan hidup. Mereka mahukan perubatan yang baik, mereka mahukan pendidikan yang baik, mereka mahukan rumah yang baik, mereka mahukan kualiti hidup yang baik tetapi semua itu memerlukan kos yang sangat tinggi, disebabkan itu dikalangan mereka ada yang berusaha menggunakan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat. Seolah2 matlamat mereka adalah hidup demi duit. Dan mengabaikan aspek2 yang lebih penting seperti kerohanian, agama, dan pergaulan sosial.

- rakyat yang miskin pula terpaksa merayu2 mengharapkan bantuan dan simpati. Walaupun mereka sedar mereka memerlukan bantuan tetapi mereka juga ada perasaan malu. Ada yang gagal dapatkan bantuan sehingga mati akibat tidak mampu merawat penyakit.

-  faktor gaji yang rendah di kalangan pekerja kerajaan menyebabkan pekerja2 di hospital kerajaan kurang berdaya saing. Mereka bukan sahaja kerap marah, tidak mesra pelanggan, malahan ada di sesetengah hospital, mereka tidak mematuhi piagam yang ditetapkan sehingga menyebabkan kematian, kecacatan, dan sebagainya. Andai lebihan subsidi digunakan untuk menaikkan gaji mereka agar selevel dengan beban kerja mereka, sudah tentu faktor kekurangan pegawai perubatan dapat di atasi sekaligus mengurangkan beban mereka.

Selain itu, sudah sampai masanya kerajaan menghulurkan lebihan subsidi kepada perkara2 yang lebih memerlukan perhatian. Antara cadangan ialah melantik badan bebas yang memantau operasi hospital kerajaan secara berkala dengan mengejut dan berlakon sebagai pesakit. Cara sama boleh digunapakai untuk semua agensi kerajaan bagi meningkatkan kecekapan pekerja kerajaan.

Sesetengah orang akan bertanya, kenapa subsidi untuk orang miskin je? Bagaimana dengan orang kaya? Apakah kami tidak membayar cukai? Kenapa hanya kami sahaja yang perlu memberi lagi dan lagi?

Ada banyak sebab kenapa subsidi hanya untuk golongan yang berhak. Orang yang berhak menerima subsidi, bukan sampai bila2 hanya akan menerima subsidi. Mereka juga perlu di ajar agar keluar dari kelompok penerima subsidi. Ini perlu dilakukan supaya mereka boleh berdikari dan subsidi disalurkan pula kepada golongan yang lain. Keadaan neh akan berterusan, sehinggalah tiada lagi rakyat malaysia yang layak menerima subsidi.

Penerima subsidi juga tidak boleh dibuat berdasarkan bangsa dan agama. Ia harus dibuat berdasarkan rakyat malaysia. Sesiapa yang miskin dan perlukan bantuan, maka dia seharusnya layak menerima tanpa kira bangsa dan anutan dia.

Andai kata penerima subsidi dikurangkan, sudah tentu kerajaan ada lebihan wang. Maka dari sini, golongan kaya akan menerima faedah. Sudah semestinya lebihan wang akan disalurkan kepada sektor pendidikan, pengangkutan, perubatan, jalanraya, harga kereta yang lebih rendah dan sebagainya. Untuk sektor2 seperti neh, tidak patut ada tingkat perbezaan di antara golongan kaya dan miskin. 

Jika kerajaan mampu sediakan sekolah satu sistem yang efisien, sudah tentu orang2 kaya akan menghantar anak2 mereka belajar di sekolah kerajaan. Yakni, mereka mampu lakukan penjimatan dari segi kos pendidikan untuk anak2. Dari sini, mereka dapat kembali merasa pembayaran wang cukai mereka. 

Jika kerajaan boleh hapuskan tol dan tingkatkan tahap keselamatan, sudah tentu ianya akan dirasai oleh semua golongan tanpa kira kaya dan miskin. Yakni, mereka dapat kurangkan kos perjalanan dan bayaran untuk menjaga keselamatan masing2. Dari sini, semua rakyat malaysia berhasil menikmati kembali cukai yang mereka bayar.  Sudah tentu orang2 kaya tidak akan merunggut lagi kenapa mereka perlu bayar lebih.

Jika kerajaan boleh wujudkan pasaran kos pendidikan yang berpatutan untuk semua rakyat malaysia, dengan kualiti pendidikan yang setara dengan tahap piawaian antarabangsa, sudah tentu orang2 kaya tidak akan salurkan wang ke luar negara bagi menghantar anak2 belajar di luar negara.  Yakni, mereka dapat lakukan penjimatan dari segi kos pendidikan lanjutan untuk anak2. 

Sebaliknya kita yang akan menarik pelajar luar masuk ke malaysia. Suasana seperti ini sudah tentu akan dirasai oleh golongan2 kaya dan sudah tentu mereka seronok kerana dapat merasai kembali hasil pembayaran wang cukai mereka. 

Jadi, tolak subsidi kita boleh maju?
Ya. Sudah tentu.

Tapi kenapa hanya subsidi yang membabitkan rakyat? Bagaimana pula dengan subsidi untuk kroni kerajaan?

Kita akan tolak semua bentuk subsidi. Bukan hanya rakyat sahaja perlu di educate untuk mengeluarkan diri dari kelompok subsidi, kerajaan pun sama. Kita tidak mahu lagi wang kerajaan digunakan untuk bailout MAS, PROTON dan lain2 GLC. 

Kita juga tidak mahu kerajaan wujudkan subsidi IPP untuk syarikat2 besar seperti YTL. Subsidi untuk rumah rasmi PM dan TPM pun tidak perlu. Sudah sampai masanya untuk kerajaan beli rumah rasmi sendiri, dan hanya gunakan api dan elektrik jika ada urusan rasmi yang mewajibkan penggunaan rumah terbabit.
6 perkara yang paling penting ;

pendidikan

pengangkutan

sara hidup yang berpatutan

keselamatan
kesihatan

rumah

Kita dapat tinggal dengan selesa, kita boleh membeli belah dengan selesa, kita boleh bergerak dengan selesa, kita boleh belajar dengan selesa, kita boleh mengubati penyakit dengan selesa, sambil hidup dengan tahap keselamatan yang selesa, lalu apa lagi yang kita inginkan dalam kehidupan neh? 

Kerajaan sekarang tak boleh bagi apa yang kita inginkan di atas. Subsidi hanyalah ubat untuk mengkhayalkan kita. Sampai bila kita kena hidup berasaskan subsidi? Kerajaan sepatutnya salurkan subsidi kepada golongan dan sektor yang memerlukan sambil mendidik masyarakat betapa peri pentingnya untuk keluar dari kehidupan bersubsidi.

Dalam waktu yang sama, kerajaan juga sepatutnya tidak menyalahgunakan istilah subsidi untuk kepentingan politik mereka. Subsidi ialah hak kepada mereka yang berhak. Subsidi itu sendiri ialah antara cabang kerja yang kerajaan kena laksanakan dengan telus. Bukan nya mengagihkan ia kepada golongan tertentu [kroni] dan menyasarkan kepada penyokong mereka sahaja. Suasana seperti ini menyebabkan rakyat malaysia berbalah sesama mereka.  

Yang layak mendapat subsidi, merunggut kerana tidak dibantu. Yang tidak layak pula, merunggut kepada orang lain dengki dia dapat, yang tidak dapat pula hairan kenapa mereka berbalah, sedangkan dia boleh hidup walaupun tanpa subsidi, meskipun dia agak marah kerana terlalu kerap memberi daripada menerima kembali wang cukai mereka dan begitulah seterusnya. Dan sampai bila2. Andai yang hak tidak menerima hak, yang tidak berhak, menerima hak dan yang tidak layak seringkali dipaksa mengeluarkan hak sehingga melebihi dari apa yang sepatutnya.

Memandangkan kerajaan sekarang gagal educate rakyat apa itu subsidi dan sering mencandukan kita dengan subsidi, maka kita kena cari jalan lain untuk ubah cara hidup dan pemikiran kita agar kita lebih maju ke depan berbanding negara2 lain. Kita kena sentiasa berfikir bahawa kitalah perintis dan bukannya pengikut.  

Untuk langkah pertama, kita kena ubah kerajaan sekarang. Kerajaan sekarang tidak pandai menguruskan malaysia dan malaysians. Kita kena berani mengubah andai kita mahu berubah. Kita tak pernah rugi apa andai menolak kerajaan corrupt. Tetapi kita akan rugi berterusan andai undi kerajaan yang rasuahkan subsidi semata2 demi undi.

Lagipun, ini baru isu penyelewengan wang subsidi. Kita belum ambilkira penyelewengan wang zakat lagi.  Jika kesemua neh di ambilkira, maka kita akan faham betapa teruknya kita di aniaya oleh kerajaan selama neh.

Sudah sampainya masa untuk kita menolak subsidi. Kita mampu berdikari dengan usaha dan kaki kita sendiri. Buktikan ia dengan menolak BN terlebih dahulu.

Ameno : Apa pun nak menipu lah kerajaan neh..

Selasa, 26 Julai 2011

Subsidi beras di hapuskan.

Okey neh berita yang baru diterima dari member. Belum keluar kat mana2 lagi. Berita yang diterima adalah seperti berikut ;

BERMULA JUN 2011 - DIMAKLUMKAN SUBSIDI BERAS 15% (BERAS NASIONAL)10KG DI TARIK BALIK OLEH KEMENTERIAN PERTANIAN....

Maksudnya apa? Maksudnya ialah ;

subsidi untuk beras 10kg yang sebanyak 15% tue telah ditarikbalik oleh kementerian pertanian. Adakah ini salah satu proses pengurangan subsidi secara berperingkat?  Aku tidak tahu. Penarikkan subsidi neh lazim akan mempengaruhi harga beras. Bukan kah akan berlaku kenaikan harga andai subsidi untuk beras ditarikbalik?

Subsidi beras hapus = beras naik harga <-- Bukan kah ini sepatutnya berlaku?

Ia diluluskan pada bulan jun 2011. Tapi sampai sekarang kita belum lihat kerajaan mengwar2kan berita neh lagi. Kenapa? Adakah mereka tunggu beras tersebut berada di pasaran dan tunggu orang perasan perubahan harga baru terkecoh-kecoh nak umumkan? 

Haizhh.. penat lah nak maki kerajaan hari-hari. Maki - maki pun harga barangan terus meningkat. Kalau kicap dia suruh kita tukar jenama. Habis tue neh beras. Adakah mungkin totok umno akan bagi alasan macam neh ;

Sila berhenti makan beras?

Sila bertukar makan ubi kayu?

Sila berdiet?

kah kah kah

bn = barang naik = memang sinonim!

Sumber dari sini

Ameno : BN lue blah larrhhh... bagi orang lain rule lah

Sabtu, 28 Mei 2011

Subsidi minyak : Najib atau rakyat yang terkantoi?

KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah rasionalisasi subsidi yang dilakukan kerajaan bukan bermaksud kerajaan perlu mengurangkan jumlah subsidi ketika ini.
Sebaliknya kata Perdana Menteri, ia bermakna kerajaan terpaksa mencari lebihan RM8 bilion lagi kerana jumlah subsidi bertambah daripada RM11 bilion kepada RM20 bilion.
''Tetapi ramai yang tidak faham mengenai dasar rasionalisasi ini dan jumlah lebihan yang perlu ditambah oleh kerajaan itu sebenarnya bukan sedikit,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

 Aku kat luar neh beb. Idea aku merapu bila guna komputer luar bhai. Tapi minda aku tetap nak merapu so terpaksalah aku update belog beb. Benda yang aku nak sentuh neh berat sket. Memula aku pun confuse gak time baca benda alah neh. Last2 aku dah dapat tangkap benda alah tue. Korang perhatikan kat sini. 


Nampak tak apa yang aku nampak? Ini ialah carta subsidi minyak time 2007 beb. Masa tue harga minyak ialah rm1.92 sen seliter. Dan harga tue merujuk kepada harga minyak ron 97. Bukan ron 95 beb. Sebab ron 95 tak wujud time tue. Kalau nak di ikutkan subsidi untuk ron 95 mestilah rendah lagi ye tak? Sebab minyak ron95 kan minyak murah. Okey2, then korang perhatikan pula benda kat bawah neh ;


Bukti bahawa masa tue harga ron 97 ialah rm1.92sen seliter. Then korang perhatikan benda kat bawah neh plak beb ;


Nampak tak apa yang aku nampak? Perasan tak apa yang aku perasan? Meh aku simpulkan kat korang kalau2 korang neh still blur lagi beb;

1. Jumlah subsidi minyak pada tahun 2007 ialah rm 16.2 dengan 8.8billion = subsidi.

2. Subsidi minyak neh cuma merujuk kepada ron 97 semata2.

3. Pada ketika itu harga minyak ialah USD 91.36sen setong.

Okey, ulang balik harga minyak ron 97 pada ketika itu ialah USD 91.36 sen dan jumlah subsidi ialah 16billion.

Tapi sekarang ron 97 dah takde subsidi. Yang ada cuma ron 95.Ikut logik akal aku, ron 95 patutnya lagi murah lagi dari 97 sebab tue lah kerajaan buat keputusan memperkenalkan ron 95 dan mansuhkan subsidi untuk ron 97. Kalau pada tahun 2007, 

1. ron 97 = subsidi 16.2billion = pada harga rm1.92 seliter.

maka apa sebabnya 

2. ron 95 = subsidi 20billion = pada harga rm.1.90 seliter?

Korang nampak apa yang aku nampak? Aku sesungguhnya pelik kenapa ya kita kena rujuk harga minyak mentah yang sama untuk penghasilan minyak yang berbeza ron? Maksudnya kat sini kenapa nak anggap minyak ron 95 = 97 = 99 = minyak mentah yang sama jenis? Mungkin kerana ianya minyak mentah yang belum diproses?

Kalau begitu adakah satu2 tong minyak mentah yang siap diproses boleh menghasilkan ;

1. ron 95

DAN

2. ron 97

Jika ya kita kena fikir ke dalam lagi beb. Kalau setong minyak mentah yang kerajaan beli boleh proses pelbagai jenis ron so sudah tentulah nilai subsidi akan berkurangan.. betul tak? Ataupun mungkin kerajaan kira nilai subsidi selepas minyak mentah diproses? Kalau ini berlaku maka sah lah harga minyak dunia tidak boleh dijadikan perantaraan utama untuk mencanangkan nilai subsidi negara meningkat. 

Sebab apa minyak dunia cuma mengambarkan nilai pembelian import malaysia. Namun bukan nilai subsidi. Jumlah subsidi hanya boleh di ambilkira selepas setong minyak diproses habis, betul tak? Silap2 kerajaan jual balik ron 99 yang terhasil semasa pemprosesan minyak kepada negara lain, siapa tahu? Siapa boleh bagi jaminan bahawa setong minyak mentah cuma boleh menghasilkan ron 95 dan ron 97 je beb?

Dan tengok bawah neh pula ;

Malaysia mengeluarkan minyak jenis Tapis, namun minyak tersebut tidak digunakan dalam negeri kerana berkualiti tinggi serta harga lebih mahal dan lebih menguntungkan jika dieksport. 
Oleh itu, Malaysia mengimport minyak jenis lain yang harganya lebih rendah untuk kegunaan
tempatan. Dengan ini Malaysia mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak yang lebih mahal dan mengimport minyak yang lebih murah.

Dan ;

Dari segi produk petroleum tempatan (petrol, diesel dan LPG), PETRONAS hanya
membekalkan 42 peratus daripada pasaran runcit produk petroleum. Bakinya dibekalkan oleh syarikat asing seperti Shell, Exxon-Mobil, BHP dan Chevron. Jika harga runcit produk petroleum hendak dikekal rendah, Kerajaan terpaksa menanggung keseluruhan subsidi minyak dan adalah tidak bijak Kerajaan berbuat demikian. Jika PETRONAS pula dikehendaki menanggung keseluruhan subsidi tersebut, bermakna PETRONAS juga terpaksa menanggung subsidi yang sepatutnya dibayar oleh Shell, Exxon-Mobil, BHP dan Chevron. Ini kerana
Kerajaan tidak boleh memaksa syarikat minyak asing untuk menanggung subsidi tersebut kerana ia bukan milik kerajaan.

Korang faham apa yang aku faham? Meh aku elobrate kan sket ;

1. Aku faham minyak malaysia lagi mahal dari minyak dunia.

2. Minyak itu tidak digunakan dalam negara kerana berkualiti tinggi, bukan nya kerana minyak itu tidak sesuai untuk kereta. Kalau minyak kualiti tinggi = kereta kualiti tinggi. Namun kerana kerajaan sedar diri bahawa proton tiada kualiti = minyak pun mestilah low standard.

2. Malaysia mencari keuntungan sebab itulah mereka eksport minyak dunia kepada negara luar. Ini diakui sendiri oleh mereka, bukan aku okeyh..  boleh baca sini beb.

3. Petronas membekalkan 42 peratus minyak di malaysia untuk rakyat malaysia. Selebihnya? Dibekalkan oleh syarikat luar. Namun kerajaan tetap menanggung kesemua jumlah subsidi disebabkan syarikat itu bukan syarikat milik kerajaan. Korang faham tak apa yang kerajaan dok terangkan neh? Aku siyes tak faham bhai. Memandangkan syarikat tue bukan syarikat kerajaan so lagilah senang kerja kerajaan. 

Bayangkan enh kerajaan tak yah tanggung subsidi kat syarikat2 minyak luar negara = automatik harga minyak di petro station dorang akan tinggi = keuntungan petronas meningkat sebab semua orang nak beli minyak petronas. Kan mudah? Makna nya petronas menguasai pasaran malaysia. Duit anak tempatan pergi ke anak tempatan. Yang heran nya kalau exxon ke esso ke apa ke keuntungan mereka tak pergi pun untuk anak tempatan. Tengoklah pekerja2 mereka seme spesis bangla mangla.. so apa untungnya kerajaan dok tanggung subsidi / cukai jualan untuk mereka? Faham tak?

Last baca benda kat bawah neh pula ;


Untuk minyak kerajaan bukan sahaja bekalkan subsidi malahan ada pengecualian cukai jualan. Maksudnya ;

kerajaan bagi subsidi + potong cukai jualan = syarikat minyak asing = yang upah pekerja asing = duit malaysia keluar dari negara = 1sen takde faedah kepada rakyat.

Tak reti aih aku tengok cara umno ruling malaysia. Aku rasa kita dah terkantoi sebab percayakan umno last2 umno tipu kita hidup2. Semua maklumat di atas korang leh baca dan selidik kat sini.

Nota : Penulisan aku agak belur sikit hari neh coz diri kue agak belur.. soweeiii

Ameno : Ngantuk siott..

Rabu, 25 Mei 2011

Kabinet tangguh keputusan kurangkan subsidi?

Taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dimana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

Taklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Ia dipercayai berhubung kenaikkan tarif elektrik dan pengurangan subsidi petrol setelah jemaah menteri bermesyuarat pagi tadi.

Bagaimanapun menjelang tengahari, media dimaklumkan bahawa kedua-dua acara itu telah dibatalkan.

Tiada alasan diberikan tetapi seorang pembantu menteri itu memberitahu wartawan bahawa Chin masih bermesyuarat sehingga jam 12.30 tengahari tadi.

Beliau juga enggan mendedahkan sebarang butiran berhubung pembatalan itu.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan LPG pada mesyuarat mingguannya itu.

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Aku taknak komen apa2 tapi.. aku cuma nak gelak je bila memikirkan bahawa ;

1. Jika kerajaan tak jadi naikkan harga minyak maka sia2 lah kempen tv3 seminggu dua neh pasal subsidi.

2. Jika kerajaan jadi naikkan harga minyak maka kerajaan mesti kena maki..

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Lue yang pandai2 canangkan keputusan lue satu malaysia lepas tue lue dah gabra2 dan takut2 untuk umumkan keputusan lue.. 

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Gasaklah dapat kerajaan pengecut macam neh.. kena lah redha .. sapa yang mengundi? Korang jugaaa.. bukan aku..kah kah kah

Ameno : flipppp flopppeeeppp..

Selasa, 24 Mei 2011

Bukti : Kerajaan kini tiada wang.

Sila klik untuk besarkan imej. Benda neh di share oleh rakan facebook aku. Fuhh. Korang faham tak apa yang aku faham? Apa yang aku faham sekarang neh ialah ;

1. Dalam kerajaan kini tiada jawatan kosong.

2. Kenapa? Di bekukan.

3. Kenapa? Takan berlaku lebihan kakitangan pula? Heran, kes penyeludupan gula pun minta kita tolong sama dia. Tak percaya? Tanyalah bodoh piang gila kuasa [awang adek] dengan bodoh piang pendek [ismail sabri].

4. Jadi, kalau bukan pasal lebihan kakitangan, mestilah pasal bajet kan? Peruntukan untuk kerajaan melantik pegawai baru tarak.. urmm peruntukan = wang = duit rakyat = perbelanjaan kerajaan = tarak! Aik.. mana pergi dana2 kerajaan sekarang neh hah? Takan habis kat rosmah kot? Hehehe..

5. Okey2, sekarang kita hujah seriyus jap. 

- Kalau kerajaan terpaksa bekukan semua jawatan kosong kerana ketiadaan dana untuk bayar gaji pekerja ini bermaksud kerajaan tiada wang.

- kalau kerajaan terpaksa naikkan harga minyak + semua jenis barang + memperkenalkan gst = ini juga bermaksud kerajaan sudah tiada wang.

Maknanya kerajaan tiada wang = adalah perkara yang benar. Kenapa kerajaan tiada wang? Apa yang kerajaan buat dengan semua dana2 hasil negara malaysia?

Beb, perhal lah lue nak persoalkan samada kerajaan ada wang ke takde? Dah kerajaan takde wang so dia terpaksa lah cut macam2 kos, lue tak boleh faham dan sabar ke terima situasi sekarang? Sabarlah beb, kasi peluang untuk najib atasi masalah neh. Lue patut bantu dia atasi masalah neh bersama2 sebab negara malaysia neh milik lue dan kita semua beb. Berkerjasama tak boleh ka bhai?

Hek eley.. kepala hotak kau! Kalau najib nak selesaikan masalah negara ofcoz aku mesti tolong punya. Masalahnya yang dok canang ekonomi baik sapa? Najib juga. Yang cakap malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi melebihi unjuran bank negara sapa? Najib juga.. so mestilah rakyat2 mcm aku terfikir bahawa ekonomi negara berkeadaan yang baik.. dah tue tiba2 dia nak cut itu ini dan suruh kita jimat cermat padahal dia boros2 ko taknak tegur pula?

Ada otak fikir lah bangang!!! Takan najib nak kecoh 1 dunia bahawa malaysia mengalami masalah ekonomi dan defisit yang tinggi.. bebal lah lue neh der..

Huk aloh.. lue yang bebal bangang.. time najib bilang ekonomi baik untuk tutup kepincangan penyusutan ekonomi negara lue kata najib buat gitu untuk lindungi masalah negara daripada diketahui oleh orang luar, tapi time najib nak naikkan segala bagai barang dia cakap negara defisit, negara nak muflis, negara nak mampos, negara itu, negara ini, blablablablablablabla yang lue boleh semak sendiri kat website2 government lue taknak fikir pula apasal time tue najib taknak selindungkan masalah negara dari pengetahuan umum? Kesimpulannya begini bhai, meh aku terangkan kat ko ;

- duit untuk berjoli sakan ada = ekonomi ada bagus = malaysia bagus = rakyat bagus = semua bagus. <== sikap najib + pemimpin kerajaan time duit berlambak2, masa tue tak fikir keperluan rakyat.

- bila duit berjoli habis = ekonomi teruk = malaysia tak bagus = rakyat malas = semua nak pun bankrupt. <== sikap najib + pemimpin2 kerajaan bila duit berjoli habis sebab duit nak hulur kat rakyat dah lesap.

Faham? Sebab tue najib otak bingai tue hanya tahu bagi idea bodoh untuk bina menara menangis bukan menara merdeka tetapi menara menangis. Menara menangis = tangisan rakyat untuk pembinaan menara. Dan email 1bangang. Bukan 1malaysia. 1bangang sebab dia fikir rakyat = sama bangang mcm dia. Padahal dia yang bangang bila fikir rakyat bangang. Hanya dia yang bangang. Owhh lupa bukan dia je penyokong umno pun sama bangang macam dia sebab sokong kerajaan yang bangang. Heh

Ameno : Duit takde tapi melancong ke luar negara tiap2 bulan.. 'menteri' sapa lah tue yerk.

Selasa, 17 Mei 2011

Subsidi diesel super dimahsuhkan!

Merujuk kepada laporan akhbar berita utusan hari neh kerajaan mengumumkan bahawa subsidi diesel super untuk semua jenis kenderaan akan dimahsuhkan kecuali pengangkutan awam. Ia akan berkuatkuasa pada 1 jun 2011. Ia dibuat untuk mengurangkan beban kerajaan dan juga memberikan kesedaran kepada rakyat untuk tidak mengharap sepenuhnya kepada kerajaan. Dan dibawah ini ialah kategori kenderaan yang tidak lagi akan menikmati subsidi diesel super ;

1. Penggerak utama 
2. Kargo am
3. Luton kotak
4. Van [panel van, semi panel, window van]
5. Lori rigid minuman botol
6. Lori tangki rigid - tepung
7. Lori rigid - refrigerated
8. Lori tangki air
9. Teksi limosin

Perkara neh diputuskan dalam majlis mesyuarat ekonomi yang bersidang pada 9 mei yang lalu. Dan kerajaan akan berusaha memastikan hanya golongan sasaran sahaja yang layak menerima subsidi di malaysia.

Benda neh aku petik dari paper utusan malaysia. Bukan utusan online. Taktahu lah kalau utusan online dah update belum berita pasal neh. Aku sejujurnya belum faham sangat apa yang dimaksudkan dengan diesel super neh. Malahan aku belum nampak lagi secara jelas penarikkan subsidi neh akan membebankan aku dari segi apa dan macam mana.

Aku juga tak faham satu haramjadah pun apa yang dimaksudkan sebagai penggerak utama. Aku cuma nampak secara kabur2 dan samar2. Aku syak yang dimaksudkan kat sini ialah semua jenis lori dan kenderaan berat yang bersize serdahana - besar. Kalau apa yang difikirkan oleh aku itu benar maka ini bermaksud kos pengangkutan untuk semua jenis kenderaan neh akan naik. Orang yang angkut ikan akan naikkan harga ikan. Orang yang angkut ayam akan naikkan harga ayam. Orang yang angkut pakaian akan naikkan harga pakaian. 

Pendek kata semua barang yang memerlukan pengangakutan untuk bergerak dan menggunakan diesel super akan memerlukan kos yang lebih untuk bergerak. Bagi menampung beban neh mereka akan sandarkan kepada bahu pengguna. Sudah tentu lah bukan semua jenis peniaga terjejas. Mungkin mereka kurang untung sedikit berikutan kos pengangakutan yang naik. Tapi mereka tak sanggup hadapi kekurangan untung so mereka akan lambakkan "kerugian" yang bukan "kerugian" kepada kita. Nak salahkan kerajaan di atas ketamakan mereka? Tidak. Mereka cuma contohi kerajaan je. Kerajaan tamak + peniaga tamak = rakyat merana.

Boleh jadi memang ada peniaga yang akan terjejas. Tidak dapat nafikan perkara neh. Boleh jadi akan ada pekerja2 yang terlibat dalam sektor neh terjejas. Yelah, mungkin majikan boleh menaikkan gaji mereka tetapi terpaksa ditangguhkan akibat kenaikan kos operasi itu ini yang drastik. Itupun tak masuk lagi minyak ron 95 dan gas memasak yang dijangka akan naik pada bulan 6 [paling awal] ataupun bulan 7 [paling lewat]. Almaklumlah kerajaan nak nasihatkan kita agar bersedia dan jangan terkejut dengan kenaikan yang mungkin berlaku. So bersedia je lah. Nak buat macam mana. Sendiri pilih kerajaan sohai. Maka dapatlah layanan sohai.

Ameno : Bila umno nak hapuskan subsidi pada kroni ipp? * asking for second time *
1pad free dengan hanya mendaftar P1 4G.. 

Isnin, 9 Mei 2011

Hot: Rahmat kenaikan gula!

Nampaknya ramai yang suka marah melulu bila kerajaan naikkan harga gula. Biasalah jenis tak bersyukur memang cam gitu. Susah kita nak terangkan kepada mereka satu persatu hasil yang dapat kerajaan dan rakyat nikmati kesan daripada kenaikan gula. Owh lupa buat yang belum tahu lagi, gula telah pun dinaikkan sebanyak rm0.20. Daripada rm2.10 kepada rm2.30 Berkuatkuasa esok. Baca bawah ;



Sebenarnya kadangkala rakyat malaysia suka sangat menilai perkara-perkara macam neh dari aspek negatif. Padahal apa yang kerajaan buat sebenarnya tak semua buruk dan teruk. Contohnya isu kenaikan gula. Selain dapat menjimatkan subsidi, tahu kah korang bahawa peratusan penghidap kencing manis, darah tinggi, obesiti dan kanser telah menurun akibat kenaikan harga gula sejak dua tahun neh? Semua penyakit2 neh berkaitan rapat dengan gula.

Hah. Ramai yang tak tahu pasal benda neh sebab apa? Sebab blog dan media pro pembangkang [termasuklah aku] tak perasan [bagi aku] dan tidak mahu ambil peduli mengenai hal ini. Bagi mereka alah.. benda kecik setakat dapat mengurangkan beberapa jenis penyakit dan mengamalkan gaya hidup sihat.. biasalah tue. Semua kerajaan mesti buat macam tue. Memang betul. Tapi masalahnya benda baik yang kerajaan buat kita kena support. Apatah lagi benda-benda neh di sokong oleh fakta dan data2 yang terperinci bhai. Jangan lah asyik nak hentam kromo je. 

Adooiiiyaiii... Kat sini aku bagi 3 bukti keratan akhbar dan link website yang menunjukkan bahawa peratusan pesakit obesiti, kencing manis, kanser, darah tinggi telah menurun sekaligus menurunkan bil perubatan untuk merawat penyakit2 ini.




Selamat membaca. Dan ingatlah kita pembangkang hanya menentang dengan fakta, bukannya auta.

Ameno : Manis. Hehehe..

Isnin, 21 Mac 2011

Terkini : Ismail Sabri nak selamatkan RM13 billion!

Aku neh tak berapa faham ble baca benda alah kat bawah neh. Siyes. Aku dah cuba nak fahamkan. Aku cuba sungguh-sungguh.. tapi aku tetap gagal. Aku nak share dengan korang kegagalan aku memahami perkara di bawah neh. Manalah tahu kot2 ada di antara korang leh terangkan kat aku. Tengok bawah ;





1. Ismail sabri cakap malaysia membelanjakan 13 billion setiap tahun untuk mengimport keperluan makanan.

So salah ke? Ke guna duit kerajaan? Kalau mengimport kan ada duit import? So kerajaan untung melalui cukai kan? So salah gak ke benda alah neh? Tak faham aku. Lagipun jumlah penduduk malaysia semakin bertambah dari hari ke hari. Jumlah penduduk malaysia + penduduk asing = semakin meningkat. Tetapi kos mengimport keperluan makanan tetap statik iaitu pada angka 13 billion je. So apa je masalah di situ. Siyes aku blur. Ya, ya aku tahu korang seme bijak pandai. So elobrate lah untuk aku.

2. Tu diaaaa.. aku tengah tulis pasal neh peh tue tiba-tiba pengacara astro awani mengulas isu neh [ lebih kurang jam 12.06 am. saja aku catit masa neh]. Pengacara cakap "kerajaan membelanjakan sebanyak rm13billion ringgit setahun untuk mengimport keperluan makanan, memetik kenyataan ismail sabri"

Aku cakap terus terang, aku tak dengar ismail sabri cakap. Aku cuma dengar pengacara awani yang cakap. Tapi dalam utusan [lihat atas] hanya menulis "malaysia" bukan "kerajaan". So lue all fikirlah sendiri ya.

Kalau kerajaan mengimport dari luar pun apa masalahnya? Kan kerajaan jual balik kat rakyat. Sebenarnya aku dah pening sket. Adakah kementerian sabri yang menguruskan hal import makanan luar neh? Lalu mereka port makanan tue seme kat mana? Mereka jual kat sapa sebelum di agihkan kepada rakyat? Makin aku fikir makin aku pening. Arhhh sudah.

3. Ismail sabri cakap jumlah 13billion dapat diselamatkan jika rakyat mengusahakan  tanaman kontan dan tanah terbiar.

Aku tak tolak usaha kerajaan untuk membangunkan tanah-tanah terbiar dalam sektor pertanian. Aku rasa idea neh bagus. Tapi aku pelik sket. Contohnya ikan lhar kan. Bukan seme ikan yang wujud kat perairan luar negara tue wujud kat dalam perairan kita betul? Ada jenis-jenis ikan yang hanya boleh hidup di perairan tertentu. Sama juga macam sayur lhar, bawang dan etc. So.. tetap kena import juga kalau nak makan benda alah tue.

Tapi aku pelik ble ismail sabri guna perkataan "selamatkan" tue. Apa yang dia nak selamatkan pula? Duit tue bukan duit dia. Dan kita beli sayur guna duit kita. So kat sini apa kena mengena dengan dia sampai dia nak selamatkan pula? Hishh.. makin aku fikir makin aku pening. Arhhh sudah. Tidur je lhar. Korang plak sambung fikir.



Ameno : Apa dia nak cakap sebenarnya neh? Jangan2 dia cuma nak bagi hint bahawa petrol nak naik lagi kot?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...