Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 17 Mei 2011

Subsidi diesel super dimahsuhkan!

Merujuk kepada laporan akhbar berita utusan hari neh kerajaan mengumumkan bahawa subsidi diesel super untuk semua jenis kenderaan akan dimahsuhkan kecuali pengangkutan awam. Ia akan berkuatkuasa pada 1 jun 2011. Ia dibuat untuk mengurangkan beban kerajaan dan juga memberikan kesedaran kepada rakyat untuk tidak mengharap sepenuhnya kepada kerajaan. Dan dibawah ini ialah kategori kenderaan yang tidak lagi akan menikmati subsidi diesel super ;

1. Penggerak utama 
2. Kargo am
3. Luton kotak
4. Van [panel van, semi panel, window van]
5. Lori rigid minuman botol
6. Lori tangki rigid - tepung
7. Lori rigid - refrigerated
8. Lori tangki air
9. Teksi limosin

Perkara neh diputuskan dalam majlis mesyuarat ekonomi yang bersidang pada 9 mei yang lalu. Dan kerajaan akan berusaha memastikan hanya golongan sasaran sahaja yang layak menerima subsidi di malaysia.

Benda neh aku petik dari paper utusan malaysia. Bukan utusan online. Taktahu lah kalau utusan online dah update belum berita pasal neh. Aku sejujurnya belum faham sangat apa yang dimaksudkan dengan diesel super neh. Malahan aku belum nampak lagi secara jelas penarikkan subsidi neh akan membebankan aku dari segi apa dan macam mana.

Aku juga tak faham satu haramjadah pun apa yang dimaksudkan sebagai penggerak utama. Aku cuma nampak secara kabur2 dan samar2. Aku syak yang dimaksudkan kat sini ialah semua jenis lori dan kenderaan berat yang bersize serdahana - besar. Kalau apa yang difikirkan oleh aku itu benar maka ini bermaksud kos pengangkutan untuk semua jenis kenderaan neh akan naik. Orang yang angkut ikan akan naikkan harga ikan. Orang yang angkut ayam akan naikkan harga ayam. Orang yang angkut pakaian akan naikkan harga pakaian. 

Pendek kata semua barang yang memerlukan pengangakutan untuk bergerak dan menggunakan diesel super akan memerlukan kos yang lebih untuk bergerak. Bagi menampung beban neh mereka akan sandarkan kepada bahu pengguna. Sudah tentu lah bukan semua jenis peniaga terjejas. Mungkin mereka kurang untung sedikit berikutan kos pengangakutan yang naik. Tapi mereka tak sanggup hadapi kekurangan untung so mereka akan lambakkan "kerugian" yang bukan "kerugian" kepada kita. Nak salahkan kerajaan di atas ketamakan mereka? Tidak. Mereka cuma contohi kerajaan je. Kerajaan tamak + peniaga tamak = rakyat merana.

Boleh jadi memang ada peniaga yang akan terjejas. Tidak dapat nafikan perkara neh. Boleh jadi akan ada pekerja2 yang terlibat dalam sektor neh terjejas. Yelah, mungkin majikan boleh menaikkan gaji mereka tetapi terpaksa ditangguhkan akibat kenaikan kos operasi itu ini yang drastik. Itupun tak masuk lagi minyak ron 95 dan gas memasak yang dijangka akan naik pada bulan 6 [paling awal] ataupun bulan 7 [paling lewat]. Almaklumlah kerajaan nak nasihatkan kita agar bersedia dan jangan terkejut dengan kenaikan yang mungkin berlaku. So bersedia je lah. Nak buat macam mana. Sendiri pilih kerajaan sohai. Maka dapatlah layanan sohai.

Ameno : Bila umno nak hapuskan subsidi pada kroni ipp? * asking for second time *
1pad free dengan hanya mendaftar P1 4G.. 

Share this

0 Comment to " Subsidi diesel super dimahsuhkan! "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...