Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 16 Mei 2011

Kiub tomyam pun dah naik harga? WTF!!!



Huishh dasatnya betul lah harga barang2 kat malaysia sekarang. Especially harga barang2 makanan. Macam tak percaya lah dalam tempoh dua hingga tiga tahun neh perbelanjaan untuk membeli makanan telah meningkat melebihi dari 50%. Ini bukan satu peratusan yang rendah bhai. Ini sangat2 tinggi. Kita perlu berbelanja lebih untuk makan. Itu baru makan je. Belum masuk keperluan lain. Tak heran kenapa rakyat malaysia berebut2 wang syiling yang berteraburan atas jalanraya. Tak hairan juga kenapa beras direbut2 oleh rakyat malaysia ketika eksiden. 

Apa? Takde perikemanusiaan terhadap mangsa kemalangan jalanraya? Nak ada perikemanusiaan macam mana kalau diri sendiri pun dah tersepit segala bagai beb. Lue jangan nak salahkan tangan yang mengutip2 duit syiling dan beras-berasan atas jalanraya tue aje. Lue mesti faham gak kenapa rakyat malaysia jadi macam neh. Kos sara hidup kian meningkat dengan kerajaan haramjadah tak amek peduli masalah rakyat melainkan meneruskan misi dendam peribadi untuk menjatuhkan anwar ibrahim dan PR aje bhai.

Berbalik kepada tajuk artikel neh, aku betul2 terkejut tadi beb. Pagi tadi aku pergi kedai. Beli paper dan lauk basah. Takat rm10 memang dapat dua benda aje beb. Nak cepat punya pasal nak hantar budak pergi sekolah last2 aku terbawa rm10 je. Tak kesahlah tue.

Ayam : rm3.59 = suku ayam je neh bhai.
Sotong 6 ekor : rm3.
Paper : rm1.50 
Roti : rm1.20

Neh je lah yang aku dapat. RM10 je aku bawa. Nak beli rencah2 masakan? Hah kena reload duit lah jawab. Tapi pasal busy sangat, aku soh lah orang lain belikan rencah2 tomyam. Nak masak karang. Buat makan petang. Memang jarang aku makan betul2 sharp tengahari. Jarang yang amat2.

Then masa aku masak tadi, aku pun buka lah kiub tomyam tue. Masukkan dalam kuali. Aku perasan label harga dia rm1.30. Hurm. Bukan kah harga kiub neh rm1.10 je? Sebelum tue rm1. Sebelum tue rm0.90. Sebelum tue rm0.70. Sebelum tue rm.50. Hurm.. ada lagi ke sebelum2 tue? Entah. Aku cuma ingat dulu benda neh rm0.50sen je. Pada tahun 2008 kot. Tapi sekarang dah rm1.30? Sejak bila neh bhai? Baru je aku beli bulan lepas rm1.10. Pasal tue aku bengkek gila.

Gula naik 20sen. Kiub tomyam pun naik 20sen gak. Apa kena mengena gula dengan kiub tomyam pula? Takan pasal minyak ron 97? Arhh sudah. Mampos lah macam neh. Kalau setiap satu barang makanan naik 10-20sen tak ke kita sedang berada di alam kemamposan sekarang neh? Barang makanan ada berapa jenis? Berapa banyak rencah nak dibeli untuk masak satu2 jenis lauk. Boleh kalau kita nak masak ayam, kita beli ayam je. Peh tue automatik ayam tue transform jadi ayam masak halia. Boleh ke? Dah tentu2 tak boleh punya.

Nak masak kena guna bahan. Kena guna rencah. Kalau barang basah naik + barang kering naik = kos untuk memasak makanan pun naik. Kalau masak kat rumah pun dah rasa mahal. Apatah lagi yang makan kat kedai. Lagi lah mahal nak mampos.

Kalau ada sejuta jenis product makanan di malaysia neh, bayangkan sejuta2 tue meningkat kos pembuatan dia. Dah tentu2 harga pembelian kita meningkat. Contohnya macam neh  ;

Bulan april 

Ayam = rm5 suku
ikan = rm7 4 ekor
tomyam = rm1.10
bawang = rm2
ikan bilis = rm3
lobak = rm2 total = rm20.10sen

Peh tue kerajaan umumkan kenaikan minyak ron 97 dan gula.

Bulan mei

Ayam = rm5.50 suku
Ikan = rm7.30 4 ekor
Tomyam = rm1.30
Bawang = rm2.40
Ikan bilis = rm3.30
Lobak = rm2.20 total = rm22

Faham tak apa yang aku cuba cakapkan neh? Maksudnya kat sini walaupun kenaikan kiub tomyam tue cuma 0.20 = macam pencacai umno punya alasan, tapi itu kalau satu barang punya harga. Kalau dah 10 barang? 20 barang? 30 barang? Sekali beli berapa banyak kos tambahan kita kena peruntukan? Nampak tak? Memang kalau kita beli satu barang je takde lah kita nak kecoh atau terasa sangat bila kenaikan cuma 0.20 sen. 

Tapi ia jadi isu bila semua barang yang kita beli semua naik harga. Daripada semurah2 kenaikan rm0.10 kepada semahal2 naik harga macam horlick yang dah naik rm0.50sen kot. Member lah cakap. Entah betul entah tidak aku taktahu. Jarang aku minum horlick. Dah alang2 bercerita pasal kenaikan harga neh, untuk pengetahuan korang maggie tomyam kat tempat aku sekarang harga dia ialah rm1.30 sebungkus. Untuk maggie kari ada sesetengah tempat rm1 dan sesetengah tempat rm1.10. Heh. 

Lue bayangkan. Makan maggie je pun dah mahal. Lue nak kami makan apa? Pasir? Boleh makan ke? Kalau boleh sekarang gak aku telan. Sanggup der. Janji halal.

Nota : Kerajaan akan umumkan kenaikan minyak ron 95, gas memasak, dan diesel pada bulan 6. Ismail sabri minta kita bersedia supaya kita tidak rasa terkejut. Ya, rasa terkejut mungkin tidak. Tapi rasa nak mencekik seseorang tue wujud. Heh

Ameno : Ini betul2 kerajaan sial!


Share this

0 Comment to " Kiub tomyam pun dah naik harga? WTF!!! "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...