Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 18 Mei 2011

Zaid : Yakin Anwar pelaku seks dan minta PDRM dedahkan!

Zaid hari neh masuk paper utusan dan muncul di front page. Tajuk dia ialah dedah segera pelakon seks. Heh. Pelakon seks? Pelakon? Bukan pelaku? Pelakon neh bukan ke maksudnya seseorang yang melakonkan sesuatu adegan? Heh. Lantaklah tue. Tapi aku tak gemar pasal dia tuduh dsai berzina. Huk aloh.. dia neh berdendam ke apa dengan dsai?

Kenyataan dia dalam utusan adalah seperti berikut ;

1. Polis akan dituduh punyai kepentingan politik jika terus main tarik tali.

2. Jangan sampai masyarakat melihat polis pun ikut rentak tarian orang politik.

3. Siasatan sudah lengkap dan disahkan tulen oleh pakar antarabangsa, dedahkanlah siapa pelakunya.

4. Seseorang sudah dikaitkan dan saya yang menonton juga yakin tetapi pemimpin tersebut menafikan. Jadi penting polis sahkan siapa pelaku agar kekeliruan ini ditamatkan.

5. Anwar ibrahim boleh didakwa oleh undang2 jika pelaku video seks terbabit terbuktinya dirinya kerana membuat laporan polis palsu menafikan dia adalah pelaku dalam video seks terbabit.

6. Itu sebab pdrm perlu dedahkan siapakah pelaku video seks terbabit.

WOW.. 

WOWW..

WOWWWWWW...

Kenapa zaid ibrahim sewenang2nya menuduh dan mengatakan bahawa dia yakin lelaki tersebut ialah anwar ibrahim?Kenyataan zaid ibrahim dalam utusan neh bagi aku ialah statement balas dendam. Pasal apa? Pasal tak dapat duduk dalam PKR. Itu je sebabnya.

Apa yang aku dapat simpulkan dalam isu neh ialah  ;

1. Jika pdrm main tarik tali dengan tidak menyebut nama dsai secara direct adalah pelaku video seks terbabit maruah dsai tetap tercemar sebab penyokong kerajaan akan menggunakan hujah2 polis bahawa video seks adalah tulen. Yakni video tulen = pelaku tulen.

2. Jika pdrm dedahkan nama pelaku video seks ialah dsai, dsai juga akan di dakwa dan pihak polis tidak berminat nak layan laporan dsai berhubung isu neh meskipun dsai adalah mangsa. Dalam erti kata lain daripada polis sibuk siasat siapakah dalang pencipta skandal video seks yang menyasarkan untuk menyerang maruah dsai agar dia brhenti berpolitik, polis lebih rela bersama2 kerajaan untuk menuding semua kesalahan kepada anwar ibrahim meskipun anwar ibrahim sudah menafikan dia terlibat dalam sebarang kegiatan perzinaan dalam video terbabit. Polis tidak akan berusaha untuk mencungkil kebenaran bagi pihak anwar ibrahim.

So samada dsai buat laporan polis ataupun tidak dsai tetap akan dibalon kiri kanan atas bawah. Hurmm..

Jadi polis cuma menyiasat ketulenan video seks dan hanya menyiasat cerita eskay. Polis tidak menyiasat cerita anwar ibrahim. Kalau begitu ini memang berat sebelah.

Polis tidak akan mendedahkan anwar ibrahim bukan pelaku video seks. Kemungkinan neh bagi aku hampir mustahil tetapi tak mungkin ia tidak akan berlaku. Samada polis diam tidak mendedahkan pelaku seks ialah dsai bagi membiarkan segala tohmahan buruk terhadap dsai ataupun mendedahkan pelaku video seks ialah dsai.

Penyokong2 pakatan rakyat khususnya pkr kena bersiap sedia lah hadapi fitnah zina I ya. Nampaknya kita dipihak yang tiada kuasa, tiada duit dan tiada apa2 kena menggunakan strategi iman + akal untuk melawan kezaliman dan membanteras fitnah.

Nota : apsal belog aku takley upload gambar hah? Dia tulis server rejected.

Ameno : bila fitnah + duit + kuasa bersatu = syaitan bermaharajalela..

Share this

0 Comment to " Zaid : Yakin Anwar pelaku seks dan minta PDRM dedahkan! "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...