Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 Mei 2011

Nazri: Tiada tindakan terhadap Ibrahim Ali



Nazri berkata pengguna Twitter dan penulis blog juga telah melakukan kesalahan membuat kenyataan yang dianggap sensitif terhadap kumpulan lain.

"Jika saya mengambil tindakan sekarang (terhadap Ibrahim), saya mesti berbuat demikian terhadap semua blog dan mereka (yang membuat komen yang sama) dalam Twitter," kata Nazri.

Itu, tambahnya, akan merupakan satu tugas yang sukar kerana kerajaan akan dituduh mengekang kebebasan bersuara.

Nampak sangat nazri aziz neh pilih kasih. Kenapa pula nak kaitkan kenyataan ibrahim ali dengan blog dan pengguna twitter? Kalaupun kenyataan2 mereka bersifat marah, kebencian dan racist, itu sebab ibrahim ali yang mulakan isu neh dulu.

Kalau ibrahim ali tak cakap pasal perang2 dan menfitnah penganut kristian macam2, takde sapa nak marah atau hentam-balas ibrahim ali. Bukan susah sangat nak faham. Ketika dsai dedahkan kerjasama malaysia-apco tue, kerajaan amek tindakan nyahkan dsai dari parlimen padahal dsai bercakap benar. Tetapi tuduh dsai memberikan kenyataan berupa hasutan dan memberikan persepsi negatif kepada imej kerajaan. Boleh pula amek tindakan?

Nik aziz dilarang masuk dan memberikan ceramah di masjid2 seluruh negara kerana didakwa menghasut, yang itu boleh pula kerajaan amek tindakan? Bullshitlah kerajaan neh. Aku bukan apa. Aku fikir benda neh ada effect buruk kalau ibrahim ali dibiarkan. Dia tue orang melayu. Melayu yang mengaku islam. Tindakan2 dia dan kenyataan2 dia sebenarnya tak membuatkan orang benci kat dia aje beb. Orang bukan islam sebenarnya membenci org islam disebabkan kenyataan2 bodoh dia. Siyes. 

Aku baca beberapa komen negatif yang pro kristian dan di dalam neh banyak orang cina. 90% semua kutuk dan kondem melayu + islam segala bagai. Ingatkan nak cerca ibrahim ali je. Ini tidak, dengan ibrahim, dengan melayu, dengan islam semua dorang balon. Hanya 10% yang rasional je nasihatkan member2 dorang bahawa ibrahim ali bukan mewakili kaum melayu + islam. So kalau nak maki hamun tolong lah maki ibrahim ali dan perkasa je. Tapi ramai gak yang ingore nasihat2 macam tue. Dorang fikir melayu hipokrit. Kalau bukan mewakili islam + melayu kenapa kerajaan tak amek tindakan? Budak2lah katakan. Dorang masih tak faham perjalanan politik neh macam mana.

Aku nak printscreen pun cuak. Kasar gila bahasa dorang. Memang segala bagai maki kepada melayu dan islam. Nak marah dorang pun takley. Dah nasihat tak makan pula. Last2 blah je. Itu baru dunia facebook. Belum dunia realiti. Berapa ramai lah yang marah bila tahu ibrahim ali cakap nak perang salib dengan puak kristian neh? Dan berapa ramai lah yang sakit ahti bila kerajaan tak haddle isu neh betul2. Isu neh betul2 menjejaskan keharmonian kaum di malaysia lah. Ibrahim ali neh nak kena sumbat katak dalam mulut dia baru berhenti mengarut kot.

Ameno : Ibrahim ali bukan melayu, dia berbangsa katak yang masih bertatih pasal islam.

Apa yang ditakuti oleh potatoes nehh?? 

Share this

0 Comment to " Nazri: Tiada tindakan terhadap Ibrahim Ali "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...