Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 21 Mei 2011

RON 95 bakal Mansuh,

PKR mendakwa Kerajaan Pusat bawah Barisan Nasional (BN) akan memansuhkan penggunaan minyak petrol RON95 dan menggantikannya dengan RON97 sekiranya menang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa, perkara sama pernah dibuat Kerajaan Pusat sebelum ini sewaktu rakyat negara ini menggunakan dua jenis minyak petrol iaitu jenis RON92 dan Superb sebelum RON92 dimansuhkan untuk digantikan dengan RON95.
Menurutnya, kenaikan harga RON97 yang dibuat secara berperingkat sebelum ini seharusnya dijadikan petanda bahawa Kerajaan Pusat kini sedang merancang mewujudkan jenis minyak petrol baru bagi menggantikan RON97 setelah mendakwa tidak menampung bebanan tanggungan subsidi bahan bakar itu yang semakin tinggi.

“Jika sebelum ini, pengguna minyak petrol didedahkan dengan jenis RON92 dan jenis Superb di mana harga RON92 tidak pernah diselaraskan sebelum pemansuhan dibuat, sebaliknya harga jenis Superb yang mengalami beberapa kali kenaikan harga.

“Berdasarkan tren Kerajaan Pusat sedia ada, saya yakin BN tidak akan menaikkan harga minyak petrol RON95 buat masa ini untuk mengekalkan sokongan rakyat. Bagaimanapun, jangan terkejut apabila RON95 akan dimansuhkan dan digantikan dengan RON97 selepas mereka menang PRU ke-13 nanti,” katanya sewaktu menyampaikan ceramah di Markas Pas Kubang Pasu Padang Tok Kesop.

Kalau betul lah dakwaan pkr neh maknanya kerajaan akan memperkenalkan ron 99 lah. Betul tak? Urmm.. taktahu benda neh positif ke negatif ke tapi kalau kualiti minyak makin bagus aku rasa takde masalah pun kat situ. Cuma apa yang dipersoalkan ialah adakah kualiti minyak itu setanding dengan harga minyak. Itu je lah bagi aku. Sebab aku rasa tiada apa2 masalah pun kalau kerajaan nak tingkatkan kualiti petrol untuk kenderaan di malaysia.

Cuma dakwaan pkr kali neh agak pelik. Belum apa2 lagi pkr macam dah kalah dalam pertarungan. Tian chua tak boleh fikir begitu. PRU-13 umno dan bn pun tak yakin mereka boleh menang besar. Kenapa pula tian chua macam mengiyakan bahawa umno akan kekal berkuasa selepas pru-13 nanti? Adoii macam mendoakan aje aku tengok. Hehehhe..

Apa2 pun bagi aku isu neh isu kecik. Mungkinlah kerajaan akan cut subsidi ron 95 or hapuskan terus ron 95 dan memperkenalkan ron 99 serta mengekalkan ron 97 tanpa subsidi tapi semua itu hanya menjadi realiti jika kerajaan menang pilihanraya pru-13. Untuk menidakkan tindakan kerajaan [namun aku masih tak nampak kenapa tak bagusnya meningkatkan kualiti minyak petrol di malaysia bagi kenderaan2 di malaysia] PKR kena rajin2 lah buat kerja, dekatkan dengan rakyat dan kurangkan bergaduh tak tentu pasal.

Tolong nasihatkan juga geng2 AMK. Kadangkala ada tindakan mereka memang tak berapa manis di pandang. Tapi yelah aku tak menolak andaian bahawa mereka mungkin difitnah umno dan tv3 pula jadi batu api. Segalanya mungkin. Dah tahu macam tue lagilah kena jaga diri, AMK diperhatikan 24 jam. Macam ada cctv yang mengekori. Sebab tue AMK kena waspada tak kira apa pun. Janganlah bagi can kat umno untuk tembak AMK. Nampak sangat umno anti AMK. Aku pun heran kenapa. Hehehe.. dendam peribadi kot.


Ameno : Bila lah nak tukar kerajaan neh? Tak sabar2 nak ubah.. hehehe..

Share this

0 Comment to " RON 95 bakal Mansuh, "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...