Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label amk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amk. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Mei 2011

RON 95 bakal Mansuh,

PKR mendakwa Kerajaan Pusat bawah Barisan Nasional (BN) akan memansuhkan penggunaan minyak petrol RON95 dan menggantikannya dengan RON97 sekiranya menang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa, perkara sama pernah dibuat Kerajaan Pusat sebelum ini sewaktu rakyat negara ini menggunakan dua jenis minyak petrol iaitu jenis RON92 dan Superb sebelum RON92 dimansuhkan untuk digantikan dengan RON95.
Menurutnya, kenaikan harga RON97 yang dibuat secara berperingkat sebelum ini seharusnya dijadikan petanda bahawa Kerajaan Pusat kini sedang merancang mewujudkan jenis minyak petrol baru bagi menggantikan RON97 setelah mendakwa tidak menampung bebanan tanggungan subsidi bahan bakar itu yang semakin tinggi.

“Jika sebelum ini, pengguna minyak petrol didedahkan dengan jenis RON92 dan jenis Superb di mana harga RON92 tidak pernah diselaraskan sebelum pemansuhan dibuat, sebaliknya harga jenis Superb yang mengalami beberapa kali kenaikan harga.

“Berdasarkan tren Kerajaan Pusat sedia ada, saya yakin BN tidak akan menaikkan harga minyak petrol RON95 buat masa ini untuk mengekalkan sokongan rakyat. Bagaimanapun, jangan terkejut apabila RON95 akan dimansuhkan dan digantikan dengan RON97 selepas mereka menang PRU ke-13 nanti,” katanya sewaktu menyampaikan ceramah di Markas Pas Kubang Pasu Padang Tok Kesop.

Kalau betul lah dakwaan pkr neh maknanya kerajaan akan memperkenalkan ron 99 lah. Betul tak? Urmm.. taktahu benda neh positif ke negatif ke tapi kalau kualiti minyak makin bagus aku rasa takde masalah pun kat situ. Cuma apa yang dipersoalkan ialah adakah kualiti minyak itu setanding dengan harga minyak. Itu je lah bagi aku. Sebab aku rasa tiada apa2 masalah pun kalau kerajaan nak tingkatkan kualiti petrol untuk kenderaan di malaysia.

Cuma dakwaan pkr kali neh agak pelik. Belum apa2 lagi pkr macam dah kalah dalam pertarungan. Tian chua tak boleh fikir begitu. PRU-13 umno dan bn pun tak yakin mereka boleh menang besar. Kenapa pula tian chua macam mengiyakan bahawa umno akan kekal berkuasa selepas pru-13 nanti? Adoii macam mendoakan aje aku tengok. Hehehhe..

Apa2 pun bagi aku isu neh isu kecik. Mungkinlah kerajaan akan cut subsidi ron 95 or hapuskan terus ron 95 dan memperkenalkan ron 99 serta mengekalkan ron 97 tanpa subsidi tapi semua itu hanya menjadi realiti jika kerajaan menang pilihanraya pru-13. Untuk menidakkan tindakan kerajaan [namun aku masih tak nampak kenapa tak bagusnya meningkatkan kualiti minyak petrol di malaysia bagi kenderaan2 di malaysia] PKR kena rajin2 lah buat kerja, dekatkan dengan rakyat dan kurangkan bergaduh tak tentu pasal.

Tolong nasihatkan juga geng2 AMK. Kadangkala ada tindakan mereka memang tak berapa manis di pandang. Tapi yelah aku tak menolak andaian bahawa mereka mungkin difitnah umno dan tv3 pula jadi batu api. Segalanya mungkin. Dah tahu macam tue lagilah kena jaga diri, AMK diperhatikan 24 jam. Macam ada cctv yang mengekori. Sebab tue AMK kena waspada tak kira apa pun. Janganlah bagi can kat umno untuk tembak AMK. Nampak sangat umno anti AMK. Aku pun heran kenapa. Hehehe.. dendam peribadi kot.


Ameno : Bila lah nak tukar kerajaan neh? Tak sabar2 nak ubah.. hehehe..

Khamis, 5 Mei 2011

7 NGOs lapor polis perbuatan biadap pkr dan pas di masjid.

WOW.. apsal tujuh je? Aku fikir ia sepatutnya lebih. Hehehehe.. Lihat bawah ;


Dah takde apa yang boleh diperkatakan lagi dah pasal isu neh. Tv3 dah jaja. Tv1 pun dah jaja. Semua tv dan media arus perdana dah jaja cerita neh. Pokoknya hanya pkr dan pas je yang bersalah, yang biadap, yang kurang ajar dalam masjid. Sudahlah fakta diselewengkan. Bukanlah aku nak kata AMK tak bersalah langsung. Salah memang salah. Tapi bukan salah kepada AMK je. Sepatutnya semua pihak yang bertengkar dalam masjid itu bertanggungjawab dan sama-sama mengaku salah. Baru betul.

Dengan meletakkan beban kesalahan ke atas bahu AMK dan PAS amatlah tidak wajar sama sekali. Sedangkan umno yang start menjerit-jerit dulu. Tapi benda dah lepas. Cakap banyak pun tak guna. Semua salahkan AMK. Aku fikir mungkin inilah faktornya AMK taknak minta maaf kot.

Yerlah sebab media arus perdana memutarbelitkan cerita. Kalau citer hal yang sebenar terbuka pula pekung di dada masing-masing.Nak taknak media terpaksa ampu kerajaan dan menyalahkan AMK 100%. Tapi itu bukan alasan lah AMK berdegil dan ego nak mampos. Minta maaf je lah. Sudahlah ramai yang pandang serong kat AMK. Bertambah-tambah serong lagi bila berita ini ditambahkan perasa fitnah oleh semua tv media perdana. Berita kat bawah neh pun aku taktahu betul ke tidak. Dipetik dari utusan ;


Pepaham je lah. Berita tadi utusan neh bukan boleh percaya. Melainkan bab cuaca je dan waktu solat je. Selain dari itu apa-apa perkara yang terpapar di utusan online memang boleh diragui habis. 

Bagi aku sendiri walaupun apa pun alasan yang AMK nak cakap, ianya sekadar alasan je. Elok mereka minta maaf je. Samada provokasi neh ditimbulkan oleh umno ke apa, itu belakang cerita. Depan punya cerita sekarang, aku tahu, ko tahu dan kita sama2 tahu yang AMK dok lawan jerit2 dengan umno dalam masjid. So benda yang menyebabkan AMK kena minta maaf neh ialah sebab AMK dok terjerit2 dan meroyan2 dalam masjid. Bukan minta maaf pasal mencetuskan provokasi. Depan punya citer neh banyak saksi dan video membuktikan. Sekarang neh AMK nak atau taknak tanggung kesalahan atas depan punya citer neh? Apa? Taknak? Owhh segeng dengan umno rupanya. Kalau gitu boleh lah reject AMK sebab dah segeng dengan umno kan? Heheheh.. Sekian terima kaseyy... 

Ameno : Muka macam umno, sikap macam umno, perjuangan macam umno tp bukan umno.. Heh.


Sabtu, 26 Mac 2011

Terbaru : Anwar Ibrahim di halang berceramah.



Aku tulis ringkas je enh. Berdasarkan info yang aku dapat dari twitter rafizi ramli ;
1. Ceramah menangkis fitnah umno / bn terhadap dsai yang diadakan di pusat khidmat rakyat, parlimen gombak, taman melawati mendapat beberapa ganguan sejak awal ceramah.

2. Rupanya pihak polis dan FRU dah siap2 tunggu kat lokasi ceramah.

3. Mereka cuba nak menhalang ceramah dengan memberikan beberapa alasan.

4. Namun setelah rundingan dengan azmin ali, akhirnya ceramah boleh diteruskan.

5. Pihak polis dan FRU masih berjaga di kawasan ceramah.

6. Ketika dsai sedang berucap, polis dan fru bertindak menghentikan ceramah tersebut atas alasan yang tidak diketahui.

7. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati penonton.

8. Terdapat laporan bahawa beberapa AMK ditahan.

9. Mungkin sebab mengangu tugas polis. [padahal polis yg gangu ceramah]

10. Ketika dsai dipaksa secara kasar utk turun dari pentas, jam belum menunjukkan 12 tengah malam, masih ada setengah jam lagi. So tak pastilah sebab sebenar kenapa ceramah dihentikan tiba2.

Haittt heran aku. Lantaklah dsai nak berceramah ke apa ke bukan keluar tv3 pun. BN dah kontrol semua media arus perdana, takan masih nak kecut perut dengan anwar ibrahim yang takde apa-apa kuasa. Aisehmenn tak gentleman betul lah!

Ketika aku check update twitter, jam belum pun pukul 12 tengahmalam.. tetapi dsai dihalang dan dipaksa turun dari pentas. Pelik!

Downloaod operamini for free now

Nota : dikemaskini dengan penambahan beberapa info. 

Ameno : Tugas polis dan fru apa? Halang berceramah ke tangkap penjenayah? Aku confused!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...