Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umno. Papar semua catatan

Rabu, 4 April 2018

Mahathir, Ingatlah Tuhan Sama - Portal Pro UMNO.

Oleh : Mykmu.net
SAYA mahu melihat UMNO jatuh” dan “Najib tidak sembah Tuhan, dia sembah cash” – Mungkin tidak siapapun akan terfikir bahawa seorang yang satu ketika dijulang sebagai Negarawan sanggup menge­luarkan perkataan sedemikian.
Tetapi itulah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dalam usia 93 tahun dilihat semakin bercelaru fikirannya akibat dendam kesumat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sayang sekali seorang pe­mimpin hebat seperti beliau boleh ‘huru-hara’ fikirannya semata-mata kerana politik sehingga sanggup mengeluar­kan kenyataan politik yang semakin merapu.

Dua kenyataan politik be­liau tersebut membuktikan Dr. Mahathir sudah hilang pertimbangan dan ‘kewarasan’ dalam politik. Kalaupun mahu menang pilihan raya dan kemaruk sangat ingin menjadi Perdana Menteri boneka di bawah Pakatan Harapan yang DAP pasti menjadi parti pa­ling berkuasa, ingatlah Tuhan sama.
Sepatutnya dalam usia 93 tahun, Dr. Mahathir lebih banyak ingat Tuhan dalam melakukan apa juga tindakan. Tidak mengapa kalau menggunakan umur panjang yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk terus berpolitik, walaupun satu ketika dulu beliau sendiri berkata bila tidak lagi menjadi Perdana Menteri, beliau akan menghabiskan masa membuat persiapan untuk akhirat, tetapi janganlah melampau dalam tindakan dan kenyataan.
Bertekad mahu melihat UMNO yang merupakan parti keramat orang Melayu jatuh dan menuduh Najib tidak menyembah Tuhan adalah satu kenyataan yang sudah melepasi batas-batas kewarasan seseorang berpolitik.
Kalaupun sudah berkawan dengan DAP dan PAN, sebagai seorang negarawan, Dr. Mahathir tidak sepatutnya terikut-ikut dengan rentak serta pendekatan politik murahan pemimpin-pemimpin parti itu.
Dr. Mahathir seharus­nya mempunyai standard tersendiri walaupun sudah menjadi pemimpin pembangkang. Tetapi sekarang beliau tiada bezanya dengan beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang dianggap bertaraf ‘badut’ menghiburkan orang ramai di ceramah-ceramah.
Atas sebab itulah dalam usia semakin lanjut dan ke­ada­an kesihatan yang sering terganggu, Dr. Mahathir ingat­lah Tuhan sama ketika berpolitik. Janganlah ikut sedap mulut sahaja ketika berkata-kata sehingga tohmahan, fitnah dan maki hamun sudah menjadi ‘wirid’ harian.
Sesungguhnya penulis ti­dak menafikan jasa besar Dr. Mahathir dalam membangunkan negara ini tetapi janganlah sampai segala jasa dan bakti beliau akan tertutup atau dilupakan akibat dosa-dosa politik yang dikumpulkan sepanjang berada dalam gabungan Pakatan Harapan.
Oleh itu Tun, ingatlah Tuhan sama. Berpolitikpun agak-agaklah, apatah lagi dalam usia 93 tahun. Berhati-hati dalam berkata-kata kerana bimbang sampai pada satu tahap, Dr. Mahathir yang pernah dianggap antara ahli politik berfikiran tajam ‘terhumban’ ke dalam golongan yang digelar ‘nyanyuk’.

Sabtu, 9 September 2017

Kenapa Harga Minyak Malaysia Naik Walaupun Harga Minyak Dunia Turun? Ini Penjelasan Dari Pro Najib.

Oleh : Syahir

HARGA MINYAK DUNIA TURUN, HARGA MINYAK MALAYSIA NAIK

Selepas harga RON95 meningkat sejumlah 4 sen daripada RM2.16 kepada RM2.20 liter bermula tengah malam semalam saya ada terbaca status dan tweet di Facebook dan Twitter seperti di bawah.


Di pasaran minyak antarabangsa, harga minyak mentah Brent "merosot" 19 cent kepada AS$53.19 setong, tapi di Malaysia?

Status seperti ini menunjukkan betapa rendahnya pemahaman rakyat Malaysia tentang kaedah pengiraan harga minyak runcit di sini.

Mereka membaca berita tentang harga minyak antarabangsa yang jatuh sedikit untuk satu hari kemudian membuat kesimpulan harga minyak minggu ini perlu turun.


Sudah 5 bulan harga runcit petrol dan diesel ditetapkan secara mingguan. Sepatutnya semua sudah tahu bagaimana harga runcit ini ditetapkan setiap minggu. Saya pernah tulis bagaimana harga minyak Malaysia ditetapkan di bawah Automatic Pricing Mechanism semasa harga ditetapkan secara bulanan.

Mungkin sudah tiba masanya saya terangkan bagaimana harga minyak ditetapkan secara mingguan walaupun formulanya tetap sama, untuk mengelakkan kekeliruan saya tunjuk cara pengiraannya. 


Harga runcit petrol dan diesel di Malaysia ditetapkan melalui ditetapkan secara apungan terkawal mingguan sejak 30 Mac 2017.
Harga runcit petrol ditetapkan berdasarkan komponen-komponen iaitu:

1. Produk Petroleum

Untuk RON95, MOPS95 digunakan sebagai penanda aras harga produk minyak yang telah diproses. Ianya berbeza dengan harga minyak mentah yang belum diproses. Produk petroleum seperti MOPS95 adalah lebih mahal daripada harga minyak mentah seperti minyak mentah Brent.

Data harga MOPS95 adalah data yang hanya tersedia untuk mereka yang melanggan data tersebut, bermakna orang awam tiada akses kepada data tersebut. 


Walaubagaimanapun laman web seperti Australian Institute of Petroleum ada menunjukkan secara kasar pergerakan harga MOPS95. Dengan itu anggaran sama ada harga MOPS95 naik atau turun boleh dibuat dengan melihat carta yang disediakan.

2. Tukaran Matawang

Harga MOPS95 adalah dalam US Dollar. Untuk mendapatkan harga runcit dalam Ringgit, ianya perlu ditukarkan kepada Ringgit. Saya gunakan tukaran USD/MYR yang diambil di laman web Bank Negara Malaysia setiap hari pukul 5 petang.

3. Kos dan Margin

Kerajaan menetapkan kos tetap seperti kos operasi yang terdiri daripada kos pengangkutan (hantar minyak ke stesen) dan kos pemasaran sejumlah 9.54 sen seliter. Kerajaan juga menetapkan margin kepada stesen minyak sejumlah 5 sen seliter dan kepada pengusaha stesen minyak sejumlah 12.19 sen seliter. Terdapat juga kos Alpha sejumlah 5 sen iaitu kos perbezaan di antara harga sebenar produk petroleum dan harga MOPS95 yang diterbitkan.

Jumlah kos tetap = Alpha (5 sen) + Kos Operasi (9.54 sen) + Margin Keuntungan Syarikat Minyak (5 sen) + Margin Keuntungan Pengusaha Stesen Minyak (12.19 sen) = 31.73 sen setiap liter = 32 sen (selepas dibundarkan).

Contoh Pengiraan Harga Runcit

Saya ambil contoh harga semalam 6 September 2017. Harga MOPS95 adalah AS$71.070, tukaran USD/MYR = 4.2415.

Pertama untuk menukar harga setong kepada seliter, 71.070 perlu dibahagi dengan 158.99 (1 tong minyak = 158.99 liter minyak).

1 liter MOPS95 = 71.070/158.99 = AS$0.447

Kemudian untuk menentukan 1 liter MOPS95 dalam Ringgit perlulah didarabkan dengan tukaran matawang semalam 4.2415

1 liter MOPS95 (dalam RM) = AS$0.447 x 4.2415 = RM1.90

Untuk mendapatkan harga runcit RON95, kita tambah dengan kos tetap yang saya sebut di atas berjumlah 32 sen.

Harga Runcit RON95 pada 7 September 2017 = RM1.90 + RM0.32 = RM2.22 seliter.

RM2.22 adalah harga untuk semalam atau sehari sahaja. Di dalam penetapan harga minyak secara mingguan harga RON95 perlu dikira untuk tempoh 5 hari daripada hari Khamis sehingga hari Rabu minggu depannya (hari bekerja sahaja) kemudian dikira secara purata untuk 5 hari tersebut.

Dibawah adalah pengiraan harga minyak 2 minggu lepas dan minggu lepas.


Minggu sebelum Merdeka iaitu 24 Ogos sehingga 30 Ogos, purata harga RON95 adalah RM2.16 berbanding harga yang ditetapkan pada minggu sebelumnya iaitu RM2.15. Maka harga RON95 pun dinaikkan 1 sen. Minggu lepas (31 Ogos - 6 September) purata harga RON95 adalah RM2.22 dan harga yang ditetapkan adalah RM2.20.

Sebagai rumusan, harga runcit petrol ditetapkan dengan harga purata 5 hari sebelumnya bukan ditetapkan mengikut pergerakan harga minyak harian atau satu hari sahaja. Katakan harga minyak pada hari Rabu turun, belum tentu purata harga 5 hari lebih rendah daripada minggu sebelumnya. Kata kuncinya, harga purata.


Dan sememangnya harga runcit petrol di Malaysia mengikut trend pergerakan harga minyak antarabangsa seperti carta di atas.

Berbalik kepada isu harga minyak antarabangsa turun, harga minyak Malaysia naik. Sekali lagi kita kena ambil harga purata minggu sebelumnya (5 hari sebelumnya). Yang dilaporkan Berita Harian sebagai merosot adalah harga satu hari bukannya harga purata 5 hari.

Benar harga minyak mentah Brent "merosot" 19 sen kepada AS$53.19 setong tetapi banyak yang tak sedar harga minyak mentah Brent pada awal minggu adalah sekitar AS$52.38 bermakna hari sebelum Brent merosot 19 sen, ianya meningkat hampir 1 dollar.


Kalau harga minyak mentah turun 1 sen pun, berita akan melaporkan ia sebagai "merosot" tanpa mengambil kira harga yang meningkat lebih banyak pada hari hari sebelumnya. Ambil contoh di atas, harga Brent "merosot" 0.78% pada 4 September, tetapi hari-hari sebelumnya iaitu 31 Ogos dan 1 September ianya telah pun meningkat 2.99% dan 0.71%.

Janganlah berita melaporkan harga minyak mentah turun sehari, kita terus anggap harga runcit petrol yang ditetapkan secara mingguan kena turun. Mesti ambil kira harga purata minggu tersebut. Ini perkara asas.

Saya harap sedikit sebanyak boleh fahamkan kekeliruan harga minyak dunia turun, harga minyak Malaysia naik. Kepada yang malas membaca tulisan panjang, boleh tonton video dibawah tentang cara pengiraan harga runcit minyak di Malaysia mengikut mekanisme APM.

 


Kita kena banyak membaca supaya tidak mudah tertipu, terpedaya dan terikut-ikut dengan apa yang orang lain cakap. Tidak salah jadi skeptik sebelum hadam berita atau post yang kita baca. Biar otak lebih laju daripada jari jangan jari lebih laju daripada otak.

Selamat membaca.

Sabtu, 4 Mac 2017

Siapa Kata Mahathir Buat Pembangunan Tidak Menyusahkan Rakyat, Yang Bayar 2 Billion Setahun Sewa Putrajaya Tu Apa Soal Portal UMNO

Oleh : Ab Jalil Backer (Mykmu)

Kenapa Mahathir Boleh Bangunkan Negara Tanpa GST dan Hutang Tinggi? 

Najib Razak bina infrastruktur seperti MRT, Lebuh Raya Pan Borneo, keretapi pantai timur dan sambungan LRT melalui pinjaman langsung kerajaan. Tiada lagi perjanjian konsesi yang menindas rakyat dan menguntungkan kapitalis secara berleluasa. Maka hutang kerajaan pun meningkat. 

Mahathir
Gambar Google : Mahathir.
Tapi kita tahu berapa perlu bayar dan tidak terdedah dengan ancaman kapitalis mahu menaikkan harga menjelang pilihan raya atau perjanjian konsesi berat sebelah. Ya, atas kertas kerajaan Zaman Mahathir tidak banyak berhutang secara langsung. 

Mahathir bina semua Lebuh Raya, Putrajaya, LRT, ERL melalui "public–private partnerships" atau "private finance initiative" (PFI). Jadi kerajaan tidak ada apa-apa hutang. Sebaliknya, syarikat konsesi dibenarkan memerah rakyat sesuka hati. 

Jika mereka gagal perah rakyat melalui kenaikan tambang dan tol, mereka boleh perah duit kerajaan. Kerajaan mesti bayar kepada mereka. 

Mahathir reka perjanjian yang akan meningkatkan jumlah pampasan pada masa hadapan. Itulah yang terjadi sekarang. Mahathir benarkan tuntutan kenaikan yang tidak munasabah kepada kemampuan rakyat. 

Apabila menjadi isu politik maka kerajaan terpaksa bayar pampasan kepada pemilik konsesi. Kerajaan telah membayar RM 4 bilion pampasan kepada syarikat konsesi tol sahaja sejak 15 tahun lalu. 

Sistem LRT projek Star dan Putra LRT diambil alih oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), masing-masing dengan kos RM3.3 bilion dan RM4.5 billion. 

RM 7.8 bilion ini kerajaan beli tunai? Ini kena hutang yang hanya muncul selepas Mahathir bersara. Jadi hutang makin bertambah kerana Mahathir terlampau cerdik tidak mahu kerajaan berhutang tetapi membenarkan swasta berhutang dengan kadar faedah yang lebih tinggi. 

Bila rugi atau lingkup kerajaan terpaksa membelanjakan kos yang lebih besar dari kos pembinaan untuk menyelamatkan projek-projek infra ini. 

Jadi di mana logiknya Mahathir buat pembangunan tidak menyusahkan rakyat, tidak perlu kutip GST dan tidak berhutang? 

Sekarang juga Kerajaan Persekutuan perlu membayar sewa Putrajaya hampir RM 2 bilion setahun. Kerajaan sekarang menanggung kos pampasan RM 2.9 bilion apabila menghalang ERL milik kroni Mahathir, YTL menaikkan kadar tambang. 

Tahukah anda selain itu ERL juga mendapat RM 5 setiap kali pengguna KLIA membayar cukai lapangan terbang? 

Ya memang Mahathir boleh bangunkan negara ini tanpa GST kerana beliau bangunkan negara dengan cara kita sekarang kena bayar pampasan berbilion ringgit. 

Dia bukan peduli apa hendak jadi pada masa depan. Janji dia boleh kaut dan nampak hebat dalam sejarah.

(Ini adalah respon saya kepada jawapan melalut penyokong Mahathir dalam entri sebelum ini: https://www.facebook.com/Jalil.backer/posts/10212359107153154)

Selasa, 2 Disember 2014

PAS, UMNO, PKR Bergabung Bantah Cadangan DAP Untuk Kerusi Timbalan Speaker II.

Kasihan.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Boleh jadi bantahan ini akan berterusan sampai bila2. Boleh jadi bantahan ini akan bertahan sekejap. Boleh jadi DAP akan cari jalan sedaya upaya untuk merealisasikan hasrat mereka bagi mendapatkan jawatan tersebut. Boleh jadi di masa2 akan datang DAP akan berhasil memujuk PAS dan PKR untuk menukar pendirian mereka.

Walau apa pun ketika ini, PAS, UMNO dan beberapa pihak dalam PKR tidak menyenangi langsung tindakan DAP dalam menuntut kedudukan tersebut.

Bahkan. Kalau baca point dari ketua AMK. Dia sendiri menafikan yang PR pernah membincangkan tentang jawatan tersebut.

Alamak.

Adakah DAP Selangor telah melakukan pembohongan bagi memadamkan persepsi orang ramai bahawa mereka TAMAK KUASA DAN KEDUDUKAN?

Lue fikirlah sendiri.

Baca sat laporan dari Malaysiakini ;

ADUN PAS dan Umno menolak tuntutan yang dikemukakan oleh DAP untuk mewujudkan jawatan timbalan speaker kedua bagi DUN Selangor.

ADUN Sabak Sallehen Mukhyi berkata tiada keperluan melantik seorang lagi timbalan speaker kerana jawatan speaker daripada DAP dan timbalannya daripada PAS, sudah memadai.

"Keperluan timbalan speaker ini hanya untuk waktu bersidang sahaja. Yang sedia ada cukup efektif dah. Jadi, untuk seorang lagi timbalan speaker tak perlu.

"Daripada guna duit itu untuk bayar (gaji) timbalan speaker, lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas sesi sidang DUN bagi sesi pagi tamat.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias pula berkata, tindakan DAP menuntut jawatan timbalan speaker menunjukkan parti itu tamak kuasa.

Beliau yang juga ADUN Sungai Burong turut mempersoalkan keperluan mewujudkan jawatan itu memandangkan terdapat ahli DAP - Hannah Yeoh - yang telah menjadi speaker sekaligus membazir wang rakyat.

"Saya nak nyatakan bahawa DAP ini tamak kuasa. Dah ada speaker daripada DAP, nak pula timbalan speaker. Apa lagi dia nak?

"Saya rasa tak perlu (jawatan timbalan speaker kedua). Sebab jika tidak, kuranglah tugas mereka (speaker dan timbalan speaker) sebab nanti akan dibahagi tiga, malah membazirkan wang rakyat," katanya.

Isu ini timbul selepas Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menyuarakan hasrat untuk melobi jawatan timbalan speaker kedua selepas PAS memenangi jawatan itu melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN minggu lalu.

Tony berkata, pihaknya menuntut jawatan itu berdasarkan kesetiaan DAP kepada Pakatan Rakyat semasa krisis menteri besar berlaku.

Sementara itu Exco Pendidikan Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata perkara berhubung pertambahan jawatan timbalan speaker tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

ADUN Seri Setia itu juga berkata buat masa ini, beliau menyokong jika mengekalkan kuota jawatan yang sedia ada tanpa perlu menambah seorang lagi timbalan speaker.

"Isu itu tidak timbul sebab setakat ini kita tidak ada berbincang untuk perkara itu (jawatan timbalan speaker kedua)  diadakan. Buat masa ini kita kekalkan apa yang ada pada hari ini iaitu satu timbalan speaker sahaja.

"Sistem sekarang sudah terbaik. Jadi, pada saya untuk masa sekarang tidak ada keperluan untuk tambah," kata ketua AMK PKR.

Isnin, 28 Oktober 2013

Mahathir Dedah Konspirasi Politik Wang Dalam UMNO.

Satu persatu rahsia bocor. Oleh kerana Mahathir sendiri mengakui perkara tersebut wujud dan telah pun berlaku dalam pemilihan UMNO baru2 ini maka adalah amat wajar untuk Mahathir tampil ke depan dan buat laporan rasmi menerusi SPRM.

Setakat cakap2 depan press, maaf ia tak bernilai pun. Bahkan di anggap bersubahat sekali sebab tidak mahu tampil sebagai saksi.

Ini juga membayangkan bahawa 3 jawatan NP UMNO yang dimenangi oleh Hishsmmudin,Zahid dan Shafie adalah berlandaskan amalan politik wang seperti yang dinyatakan oleh Mahathir sendiri.

Rujuk bawah ;

Ramai orang yang tidak layak menang dalam pemilihan Umno baru-baru ini ekoran wang yang ditaburkan mereka, dakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kita diberitahu bahawa mereka menghapuskan rasuah dalam pemilihan Umno baru-baru ini, saya tidak yakin.

"Saya rasa banyak wang terlibat, sehingga berjuta ringgit dan ramai orang yang tidak patut diundi mendapat undi kerana wang yang mereka belanjakan," katanya dalam ucapan di Putrajaya hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...