Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 15 Mei 2011

DR. Juanda Jaya : Dakwa pelaku seks



Dr. Juanda hari neh muncul kat front page akhbar mingguan utusan berhubung topic di atas. Kenyataan dr Juanda yang aku petik dari akhbar terbabit ialah ;

1. Mahu pihak berkuasa bertindak terhadap pelaku video seks yang didakwa mirip pemimpin pembangkang

2. Pihak yang dedahkan video juga perlu disiasat. Bagaimana mereka perolehi video dan siapakah dalangnya?

3. Jabatan peguam negara, penguatkuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah jangan hanya jadi penonton dan duduk di atas pagar.

4. Sekiranya kerajaan indonesia boleh mengambil tindakan terhadap penyanyi ariel peterpan, kenapa kerajaan malaysia tidak?

Tiada yang tak kena pun pada saranan mufti perlis neh. Bagi aku dia mempunyai hujah yang bernas. Masalahnya sekarang pdrm enggan mendedahkan pelaku video seks terbabit kepada umum atas alasan mereka tahu jika ;

- mereka cakap pelaku video seks ialah anwar ibrahim, mereka kena hasilkan bukti konkrit bagi mendakwa dsai. Sudah tentu ramai rakyat akan marah jika pdrm tidak ambil apa2 tindaka terhadap dsai.

- Mereka juga akan menerima tekanan dari media dalam dan luar negara kenapa dsai masih boleh berpolitik dan tiada pendakwaan dijalankan jika pdrm mengesahkan pelaku video seks ialah dsai.

Sebab tue sampai sekarang pdrm tak berani amek apa2 tindakan. Bukan pasal dsai berada dalam video terbabit. Kalau sungguh dsai berada dalam video terbabit, senanglah kerja polis. Tak payah susah2 import player fitnah dari luar negara Dah sah2 dsai sendiri akan undur diri. Dan mungkin akan didakwa sebab dia org islam. 

Masalah jadi rumit sebab pdrm tahu bukan dsai dalam video terbabit. Itu pasal mereka tak boleh nak mengesahkan bahawa pelaku video seks ialah dsai. Mereka hanya berani cakap video seks terbabit adalah tulen. Yang mana aku semakin ragu2 sekarang sebab baru2 neh orang umno ada keluarkan video seks terbabit versi color bhai. Terkejut aku beb. Video seks yang tersebar versi tiada color, mereka leh pula buat kasi ada color. Fulamakk.. canggih tue bhai. Macam mana jika aksi seks itu juga adalah rekaan? Ini semua peranan teknologi. Bagi mereka yang blur teknologi macam aku dengan mudah akan terperangkap dengan kecangihan teknologi zaman kini.

Dalam kenyataan yang sama juga pdrm mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah tulen yang mana kali ini ia disahkan oleh pakar khidmat pengimejan video dari luar negara [USA]. Sebelum neh dari korea selatan. Sebelum korea, pdrm juga sahkan bahawa video itu tulen. Masuk kali neh dah 3 kali polis hanya berani ulas bahawa video itu tulen tapi tidak mahu sahkan pelaku video seks terbabit.

Dengan membiarkan persoalan siapakah pelaku video seks sebenarnya sedikit sebanyak membebankan dsai. Selagi nama dsai tidak dibersihkan selagi itulah penyokong umno akan menggunakan hujah2 neh untuk mengutuk dsai segala bagai. Mana boleh macam neh. Polis patut tegas sket. Kalau nak cakap dsai, cakap betul2. Kalau taknak cakap ia dsai pun cakap terang2. Jangan main tarik tali. Kalau pdrm tuduh dsai senang sket dsai dan pkr cari jalan utk bersihkan fitnah ke atas dsai. Kalau pdrm tak tuduh dsai lagi senang kerja dsai. Ini tidak. Jawapan yang pasti takde. Nak defend diri kang, pdrm tak tuduh bahawa dsai terlibat dalam rakaman terbabit. So macam mana? Kan dah menyusahkan orang tue. 

Walau bagaimanapun kenyataan utusan tidak memetik seluruh kenyataan mufti perlis yang asal. Mufti perlis TIDAK menuduh dsai ialah pelaku dalam video terbabit. Kenyataan asal mufti perlis boleh di rujuk kat sini.

Ameno : Utusan hanya berani amek sekerat2 dan selewengkan banyak2. Heh

Share this

0 Comment to " DR. Juanda Jaya : Dakwa pelaku seks "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...