Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 1 November 2016

Petrol Sepatutnya Naik 20 Sen Tetapi Disebabkan Najib, Petrol Naik 15 Sen Je Kata Menteri.

Owh.

Jadi patutnya kita semua bersyukur kan?
Disebabkan Najib, minyak yang sepatutnya naik 20 sen telah dikurangkan sebanyak 5 sen. Makanya dia naik 15 je. Bukannya naik sebanyak 20 sen.

Nampak tak campurtangan Najib disitu demi meringankan beban rakyat?
Menurut kata menteri seperti yang dipetik menerusi laporan portal Malaysiakini, kenaikan petrol bulan ini sepatutnya 20sen dan bukannya 15sen kerana berdasarkan harga semasa petrol pada Oktober namun perdana menteri berpendapat kenaikan itu wajar dikurangkan sedikit demi kepentingan pengguna.
Menurut Datuk Johari lagi, kadar kenaikan harga minyak di negara ini dibuat berdasarkan purata harga pasaran minyak mentah dunia pada bulan sebelumnya dan tidak mengikut harga harian global.
"Diharapkan pada November - jika keadaan pasaran bertambah baik - maka kerajaan tidak perlu membuat kenaikan lagi," katanya lagi kepada pemberita.
Harga pasaran untuk petrol dan diesel di negara ini dinaikkan 15 mulai tengah malam tadi mengikut formula ditetapkan kerajaan selepas langkah rasionalisasi dibuat sebelum ini.
Kenaikan itu adalah yang tertinggi pernah berlaku pada tahun ini.
Dengan perubahan kadar berkenaan petrol RON95 kini dijual pada harga RM1.95 manakala RON97 menjadi RM2.30 seliter. Diesel pula dijual pada harga RM2 seliter.
Kadar terendah pada tahun ini berlaku pada Mac lalu iaitu RM1.60 seliter untuk RON95, RM1.95 untuk RON97 dan RM1.35 untuk diesel.
Namun dalam masa yang sama, kerajaan turut memutuskan bahawanya subsidi ke atas minyak masak akan dimahsuhkan secara berperingkat mulai Nov 2016. Ini bermaksud minyak masak akan mengalami peningkatan harga disebabkan pemahsuhan tersebut. 
Boleh tanya tak kenapa Najib benarkan pemansuhan tersebut? Kan akan menyebabkan harga minyak masak naik? Yang ini Najib tak fikirkan bab kepentingan pengguna ke macam mana? Aku harap menteri kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani boleh bagi jawapan cerdik sampaikan aku diam kelu membisu tak terbahas. Pleaseeeeee.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...