Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 5 November 2016

Projek ECRL - Apa Yang Rakyat Perlu Tahu & Tentang Pinjaman 55 Billion.

Baru-baru neh kita diberitahu bahawanya ada satu projek membina laluan keretapi di kawasan Pantai Timur yang dinamakan sebagai ECRL.

East Coast Rail Link ialah singkatan kepada ECRL. Projek Laluan Keretapi Pantai Timur adalah dalam versi bahasa.

Apa itu projek ECRL?

Ia adalah projek pembinaan rel berkembar yang akan menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor dan Bandar Tumpat di Kelantan.

Kenapa perlu projek ini?

Kerajaan mempunyai beberapa visi dalam projek ini. Ini adalah apa yang mereka rancangkan ;

i. Mengurangkan kos pengangkutan yang melibatkan laluan keretapi ECRL, dengan niat untuk mengurangkan harga barangan di Pantai Timur dan memendekkan masa perjalanan.

ii. Di samping menaiktarafkan kemudahan pengangkutan sedia ada.

iii. Dalam erti kata lain, memberikan variasi kepada pengguna untuk memilih lebih banyak jenis pengangkutan bagi menuju ke destinasi pilihan.

iv. Membangunkan kawasan-kawasan yang terlibat dalam laluan keretapi ini.

Adakah ianya baik untuk rakyat?

Jika ia bertujuan untuk memudahkan rakyat dalam urusan pengangkutan, sudah tentu.

Lebih banyak pilihan pengangkutan yang kita ada, lebih baik sebenarnya.

Lebih banyak kawasan yang diliputi dengan pengangkutan awam yang effisien, ia lebih bagus.

Kita boleh bergerak dengan selesa. Ke tempat kerja. Melawat. Beriadah. Beli barang. Melancong. Belajar. Pengangkutan adalah perkara yang sangat penting untuk memudahkan pergerakan kita ke pelbagai destinasi.

Apatah lagi jika benar kawasan-kawasan yang terlibat dalam projek laluan keretapi ini akan terbangun sekali. Ini mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf pendapatan rakyat di kawasan luar bandar.

Berapakah anggaran kos projek laluan keretapi ini?

55b setakat ini (5 November 2016)

Dari mana kerajaan dapat wang?

Export-Import Bank Of China. Ataupun lebih dikenali sebagai EXIM.

Mereka akan membiayai projek keretapi ini. Di mana kerajaan perlu membayar semula dalam tempoh 20 tahun. Manakala kontrak pembinaan pula diberikan kepada CCCC. Iaitu China Communication Construction Company Ltd. 

Baca : CCCC yang dapat projek bina laluan rel berkembar di blacklist World Bank.


Memetik laporan The Star pada 1 November lepas (sini) ;


- Selama 7 tahun. Malaysia akan dikecualikan daripada membayar apa-apa pinjaman pokok mahupun bunga kepada EXIM.

- Manakala tempoh pembayaran akan berlangsung selama 20 tahun.

- Bunga yang dikenakan juga 'below market price'. Iaitu lebih rendah dari paras semasa. 55b ini adalah soft loan (bunga pinjaman yang rendah).

- China juga akan lead (menyediakan) dalam urusan reka-bentuk, bahan-bahan, peralatan, kejuruteraan dan segala kaitan perincian tentang projek dan deliver kepada Malaysia.

Apa lagi tentang ECRL?

Projek ini akan bermula pada tahun hadapan dan akan siap 5 tahun selepas itu. Projek ini dilaporkan ada 3 fasa utama.

Fasa pertama melibatkan laluan Pelabuhan Klang ke Kuantan.

Fasa kedua melibatkan laluan Kuantan ke Kuala Terengganu.

Fasa ketiga melibatkan laluan Kuala Terengganu ke Kota Bharu dan Tumpat.

Tetapi kenapa projek ini menimbulkan kekecohan dan kritikan awam?

Kenapa kecoh-kecoh? Ini adalah sebab-sebabnya.

1. Kenapa bukan Khazanah Nasional yang bina laluan keretapi itu? Ini menjadi tanda-tanya kepada umum. Sedangkan prasarana pengangkutan awam selalunya melibatkan Khazanah Nasional. Meminjam dari bank China dan menyerahkan projek membina kepada syarikat China. Rakyat beranggapan Najib mengenepikan kepentingan syarikat tempatan dan GLC.

2. Kenapa nilainya meningkat kepada 55b berbanding anggaran asal iaitu 30b? Sarawak Report mendakwa bahawa Najib akan menggunakan projek laluan rel berkembar ini untuk membayar hutang2 #1MDB. Projek yang dianggarkan bernilai 30b ini akan meningkat kepada 60b bagi membolehkan Najib 'menarik' wang2 itu untuk membayar hutang.

Meskipun penulisan Sarawak Report agak tersasar iaitu kos projek ini bernilai 55b bukannya 60b namun masih berlaku kenaikan berbanding anggaran kos asal.

3. Rafizi juga mendakwa di mana projek ECRL ini tidak mengikuti standard pembinaan kebiasaan. 'Kajian kemungkinan' atau dalam bahasa popularnya 'Feasibility Studies' tidak dipatuhi secara protokol kebiasaan negara ini. Apabila perkara asas ini juga dilanggar, ini memberikan gambaran bahawanya by hook or by crook kerajaan tetap ingin melaksanakan projek ini tanpa peduli dan faham kepada sentimen-sentimen yang bakal timbul akibat pembinaan laluan keretapi tersebut. Pentingnya kajian ini dijalankan supaya manfaat-manfaat yang dinyatakan oleh kerajaan tentang projek ini benar-benar akan 'hadir' selepas terlaksananya projek ini kelak.

4. Perlu ke buat masa sekarang? Dalam kegawatan ekonomi. Mampu ke kita membayar semula hutang? Tidak boleh ke kita tunggu sedikit masa lagi yang mana ketika itu keadaan ekonomi kita lebih stabil bagi meneruskan projek ini? Ini antara yang menjadi tanda-tanya rakyat.

5. Butiran perjanjian yang tidak dibincangkan kepada umum. Projek ini tidak dibicarakan secara terbuka oleh kerajaan dari segi perjanjian dan ini membuatkan rakyat berspekulasi sesama sendiri. Adalah lebih baik jika kerajaan boleh meluangkan masa dengan menerangkan kepentingan dan isi kandungan projek pembinaan ini kepada umum supaya kita sebagai rakyat jelas dengan susur galur projek ini. Penting kepada kita untuk peduli agar di masa hadapan kelak tidak la kita terikat dengan perjanjian2 bangang yang akan menyeksa poket kita. Ambil contoh seperti perjanjian konsesi tol. Naik ke tak naik ke tetap pembayar cukai perlu keluar wang bayar kepada konsesi tol.

6. Selain dari itu, kita juga mahu tahu butiran kandungan perjanjian berkaitan pinjaman soft loan 55b kepada kerajaan. Bagaimanakah pembayaran balik itu dibuat? Dari segi penjualan tiket kah? Atau apa?

7. Kita juga mahu tahu, bagaimana anggaran kos itu ditentukan? Apakah ada dua, tiga firma berbeza menentukan nilai projek itu benar2 memerlukan kos sebanyak 55b?

8. Kita juga mahu tahu apakah kerajaan akan melayan secara adil dan saksama jika ada mana-mana individu, pihak, kumpulan, penduduk yang mungkin perlu berpindah bagi membina rel keretapi. Adakah mereka akan menerima pampasan seadilnya dan apakah kerajaan bersedia kepada segala kemungkinan2 seperti ini kelak. Sebab itulah kajian kemungkinan itu penting. Supaya kerajaan dapat kenalpasti liabliti, risiko dan manfaat. Jika ini tidak dikaji dengan cermat, kita akan menghadapi masalah-masalah yang menyebabkan projek ini tergangu sekaligus meningkatkan kos apabila ia semakin lambat dibina.

Kesimpulannya?

Bagi aku, projek ini ada manfaatnya. Sebab ia pengangkutan awam. Dan aku suka pengangkutan awam kita meliputi kesemua tempat. Tak tertumpu kepada bandar-bandar besar sahaja. Aku kurang gemar jika ada yang berpendapat pengangkutan awam hanya perlu kepada bandar atas tujuan keuntungan. Sebenarnya, menyediakan kemudahan pengangkutan awam juga merupakan perkara asas pada kehidupan zaman sekarang. Seperti rumah, rasa selamat, makanan, pakaian, pendidikan, kesihatan, jaringan pengangkutan awam juga merupakan satu keperluan yang tidak patut dinafikan mengikut jumlah majoriti - minoriti.

Namun, harapnya projek ini benar-benar memanfaatkan rakyat sepertimana yang kerajaan visikan. Tiada tujuan tersembunyi yang akan menyeksa rakyat di kemudian hari.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...