Khamis, 3 November 2016

BERNAMA Edit Berita Najib Jumpa Komunis, Zahid Gelak2 Bila Ditanya Tentang Riza & Jho Low, Senarai Delegasi Ke China Tersebar.

Ringkasan.

Pertama.Kisah siang tadi. Bernama telah menyunting salah satu berita berkaitan Najib yang bertemu dengan pimpinan komunis.

Sebelum.


Selepas.


Perkataan yang disunting ialah kunjungan hormat. Ia ditukar kepada pertemuan. Sebenarnya ia bukanlah isu apa sangat pun tetapi oleh kerana baru-baru ini salah seorang wartawan BERNAMA telah digantung tugas kerana menyiarkan kritikan terhadap Najib makanya kita tertanya-tanya juga apakah suntingan tersebut diarahkan seseorang dari UMNO? Ini kerana wartawan yang digantung tugas itu juga berpunca dari arahan seseorang dari UMNO. Rujuk sini untuk lebih jelas cerita tentang itu.

Kedua.Aku menonton satu rakaman video sidang parlimen tentang kelakuan Zahid dalam menjawab soalan ahli parlimen Puchong dan Taiping tentang dua persoalan iaitu ;

1. Kenapa Riza Aziz terlibat dalam lawatan rasmi Najib ke China.

2. Apakah tindakan PDRM dalam usaha mengesani Jho Low memandangkan individu itu terlibat dalam aktiviti penyelewengan yang membabitkan dana #1MDB.

Rujuk sini untuk video tersebut.

Yang aku nak sentuh sekarang neh ialah, kenapa si Zahid neh gelak-gelak dalam menjawab (actually tak bagi jawapan apa pun sebaliknya mengelak dari menjawab) persoalan tersebut? Apakah ini cerita kelakar?


Mungkin Zahid seronok kerana Najib teruk dikritik berikutan penyertaan Riza ke China? Ada peluang besar nak duduk kerusi no 1 ke?

Atau mungkin Zahid berasa soalan itu kelakar. Soalan tentang intergriti, kredibliti dan ketelusan sesebuah organisasi kerajaan dalam menguruskan isu penyelewengan dijawab dengan nada seperti mengejek orang.

Kalau pun Zahid takde jawapan tentang Riza Aziz. Sekurang2nya Zahid patut ada jawapan tentang Jho Low. Jho Low ini individu penting yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit dalam #1MDB tau. Ada juga orang2 UMNO yang beranggapan bahawanya Najib ditipu Jho Low (aku tak fikir begitu). So aku percaya kita semua nak tahu apa usaha yang telah dilakukan oleh PDRM dalam mengesan Jho Low supaya PDRM boleh bertanya secara terus kepada individu ini tentang kerugian 1MDB. Kelakar ke bila tanya soalan macam neh? Atau PDRM langsung tak pernah ada usaha untuk kesan Jho Low? Jika tiada, kenapa? Tidak kah PDRM mahu tahu tentang kebenarannya ataupun kebenarannya ialah PDRM tidak perlu siasat tentang skandal 1MDB kerana patuh arahan orang politik? Kali terakhir aku semak dalam undang2 negara, penyelewengan merupakan satu jenayah. Apakah itu sudah berubah?

Ketiga.Ada sebaran tentang maklumat delegasi ke China. Nama beberapa individu yang menyertai rombongan tersebut didedahkan. 


Jika gambar ini benar (abaikan andai fitnah), maka betul la kenyataan bahawanya keluarga Najib dijemput. Senarai delegasi ini membuktikan bahawanya ahli keluarga Najib telah tersenarai antara tetamu rasmi yang akan ditanggung secara rasmi oleh pembayar cukai sepanjang mereka menyertai rombongan rasmi kerajaan ke China.

Ia juga membayangkan Riza berada di Malaysia untuk mereka bersama-sama ke China.

Point aku ialah, tak boleh juga kita nak marah kepada Riza dan Ashman kerana yang buat keputusan seperti ini ialah tentunya individu yang berkuasa menentukan senarai tetamu rasmi yang akan dibawa ke China.

Persoalannya ialah kenapa Najib bawa mereka berdua? Mereka mesti ada sesuatu peranan. Dan apakah peranan mereka itu? Rakyat berhak tahu memandangkan kos perjalanan mereka dibiayai oleh pembayar cukai. 

Dalam pada itu, Twitter rasmi Najib telah mengcrop / sunting gambar-gambar rasmi Najib ketika tiba di China. Gambar asal ada memaparkan kelibat Riza namun gambar kedua, versi disunting, kelibat Riza ditiadakan. Kenapa Najib nak buat macam neh? Mula-mula padamkan. Kemudian, upload versi yang telah disunting. Nak control damage ke? Boleh ke? Sedangkan ramai orang dah copy, screenshot malahan siap ada bukti gambar dari siaran berita TV1 lagi. Nak lari macam mana? Semua tahu Riza ikut serta. Ada dua keadaan yang Najib perlu faham. 

i. Akui je yang kita orang dah tahu Riza ikut ke sana. Tak payah nak control damage apa kebenda lagi.

ii. Jelaskan peranan Riza. Kenapa perlu dia ikut serta. Terus terang aje. 

Dengan usaha Najib yang sedaya upaya cuba 'baiki kerosakan' dalam isu Riza, membayangkan Najib akui yang dia telah melakukan kesalahan apabila membawa Riza ke China.

Tak perlu susah-susah kita nak cakap eh Najib salah. Tindakan Najib sendiri membuktikan Najib akui dia memang salah. Nampak? So, aku harap Najib lebih baik jadi terbuka. Jelaskan kenapa perlu ada Riza disitu. Lagi ditutup lagi kita akan fikir bukan2. Bila kita ada usaha nak tanya itu maksudnya kita cuba nak faham. Bagi la peluang. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...