Ahad, 30 Oktober 2016

Akhirnya Menteri Kata Mungkin Tak Cukup Masa Nak Bahas Usul Hadi, Apa Kata Penyokong PAS?

Malaysiakini melaporkan ; 

Dewan Rakyat mungkin tiada masa menangani Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata menteri hal ehwal Parlimen, Datuk seri Azalina Othman Said. 

Azalina berkata Dewan hanya mempunyai baki 2 hari lagi selepas perbahasan Bajet 2017 selesai, tetapi urusan kerajaan perlu didahulukan. “Mengikut kalendar, ada 2-3 usul menanti untuk diluluskan selepas perbahasan Bajet selesai,” katanya lapor Sin Chew Daily. Turut berada dalam agenda adalah usul menggantung Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng selama 6 bulan.



“Kami hanya ada dua hari untuk selesaikan semua urusan, saya tak tahu sama ada kita ada masa kecuali kita semua bermalam di Parlimen,” katanya yang turut dipetik portal Free Malaysia Today. Sidang Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung sehingga 24 November. Sebanyak 6 hari diperuntukkan untuk rang undang-undang dan urusan kerajaan, manakala 23 November hingga 24 November diperuntukkan untuk urusan lain. 

Hadi mengemukakan usul mendapatkan persetujuan ahli Dewan untuk membentangkan rang undang-undang memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah. Sekiranya usul diluluskan, RUU dianggap sudah dibentangkan tetapi ia perlu dikemukakan menteri berkaitan untuk dibahaskan. 

RUU itu bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan mahkamah syariah negeri melaksanakan sebarang hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang Islam kecuali hukuman mati. 

----------------------- 

Nampak tak permainan UMNO kat situ? Tak nampak-nampak juga tatau la nak cakap apa dah dengan korang neh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...