Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 1 November 2016

"Janganla Cakap Pasal SRC Lagi, Awak Tahu Takde Solution" - Lihatlah Jawapan Bodoh Menteri Korang Neh Sendiri.

Video mesti tonton. Reaksi menteri yang tertekan apabila diminta mengulas tentang SRC International. SRC International ialah salah satu syarikat pelaburan juga ditubuhkan oleh Najib atas alasan pelaburan strategik. 

Punyalah strategik pelan pelaburan dorang sampaikan duit sangkut sana sangkut sini nak bayar hutang bunga pun takde duit apetah lagi hutang pokok. Kalau nak tahu, dalam rakaman temubual ini, menteri kewangan II turut mengesahkan SRC International ialah syarikat yang sedang mengalami masalah. 

Memetik laporan Malaysiakini, wang pelaburan syarikat Kementerian Kewangan SRC International tidak dapat dikeluarkan dari Bank BSI selepas bank Switzerland itu berdepan siasatan berkaitan 1MDB, kata Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani. “Kebanyakan wangnya yang dilabur, mereka letak di Bank BSI. “Oleh kerana Bank BSI sedang disiasat, saya diberitahu oleh pengurusan SRC bahawa wang itu berada di BSI Bank tetapi dibeku dan oleh itu mereka tidak dapat ambil balik. 

“Tetapi saya tidak dapat beri kamu perincian lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama dalam Sidang Kemuncak Pasaran Modal Malaysia ke-21 di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini. 

Datuk Johari Abdul Ghani juga enggan mendedahkan rancangan kerajaan mengenai pembayaran semula hutang SRC terhadap KWAP kerana ia bukan lagi di bawah tanggungjawabnya. 


Dan apabila wartawan terus mengasak bertanyakan soalan tentang SRC, Menteri Kewangan II itu kemudiannya menjawab, "Janganlah cakap lagi tentang SRC la.. awak tahu takde penyelesaian.. nanti dulu, sabar" dengan nada seperti tertekan. Mungkin juga takut kantoi malu lagi. Sebenarnya menteri yang sama telah dikantoikan menipu dalam isu subsidi minyak masak. Sebelum neh viral di media-media bahawanya kerajaan akan memahsuhkan subsidi minyak masak. Yang mana dinafikan oleh menteri kewangan, Datuk Johari. 

Namun dalam masa 3 hari, Datuk Johari kantoi apabila KPDNKK mengesahkan subsidi minyak masak akan dihapuskan secara berperingkat mulai Nov ini. Datuk Johari kemudiannya tidak langsung mengulas isu tersebut. Mungkin, kerana tidak mahu dilihat seperti menipu pada masa akan datang, Datuk Johari seakan mengelak dari menjawab isu mengenai SRC International. 

Untuk rekod, SRC meminjam RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). Dan SRC menghadapi masalah pembayaran semula selepas BSI diarah ditamatkan operasinya di Singapura pada Mei lepas. 

Perkara ini pernah didedahkan oleh Rafizi Ramli, ahli parlimen Pandan pada tahun lepas. Dalam pendedahan itu turut disebut bahawanya KWAP turut lewat membayar wang pencen kepada pesara-pesara askar yang mungkin berpunca dari masalah aliran wang tunai. 

SRC sepatutnya membayar RM164 juta faedah tahunan kepada KWAP tetapi jumlah itu dianggarkan akan meningkat kepada RM660 juga tahun depan, untuk melangsaikan pinjaman pokok. BSI setakat ini berdepan prosiding jenayah, antaranya susulan kegagalan mematuhi peraturan antipengubahan wang haram dalam menguruskan transaksi berkaitan 1MDB. 

Ia disiasat oleh pihak berkuasa Singapura dan Switzerland. Pihak berkuasa Switzerland, Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) juga mengarahkan tindakan sama, dengan meluluskan pengambilalihan penuh BSI oleh EFG International. 

Ini dilakukan dengan syarat BSI dibubarkan dalam tempoh 12 bulan melalui penyerapan dalam EFG International. 

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...