Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 2 November 2016

Syarikat China Yang Biayai Projek ECRL Disenaraihitam Kerana Terkait Rasuah - Apa Kata Najib?

Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang 620 kilometer (km) menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) akan dibina dan dibiayai oleh China. 

Kontrak pembinaan dianugerahkan kepada syarikat China Communication Construction Company Ltd (CCCC) manakala perjanjian kewangan akan dibuat dengan Export-Import Bank of China (EXIM). 

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata Malaysia mendapat pinjaman kewangan kompetitif dari China yang jauh lebih rendah berbanding pasaran antarabangsa.

Ini adalah petikan laporan yang dipetik menerusi portal Berita Harian

Point dia ialah kita nak mengesahkan bahawanya menerusi laporan tersebut kita dapat tahu dua perkara. 

Pertama. Syarikat yang dapat tender projek ECRL.

Kedua. Syarikat yang bakal biayai kewangan pembinaan projek berkenaan.

Apabila digoogle tentang syarikat China Communication Construction Company Ltd (CCCC), ini adalah antara maklumat yang ditemui.

http://www.monitor.co.ug/News/National/World-Bank-blacklisted-company-hired-to-build-Entebbe-Highway/688334-1723822-iixibez/index.html

http://themaharlikan.info/news/chinese-firms-who-will-build-ph-railway-is-currently-under-blacklist-for-corruption/

http://www.worldbank.org/en/news/press-release/2011/07/29/world-bank-applies-2009-debarment-to-china-communications-construction-company-limited-for-fraud-in-philippines-roads-project

Apakah itu?

Secara ringkasannya begini. Pada 29 Julai 2011, Bank Dunia telah menyenaraihitamkan CCCC dan kesemua anak-anak syarikatnya dari dibenarkan untuk mendapatkan sebarang bentuk pinjaman menerusi Bank Dunia mahupun agensi berkaitan Bank Dunia kerana amalan penipuan yang ditemui dalam projek berskala besar iaitu Fasa 1 : Penambahbaik & Pengurusan Projek Lebuhraya Nasional, Filipina.

Sekatan itu berkuatkuasa sehingga 12 Januari 2017. Iaitu lagi beberapa bulan dari sekarang sekatan itu akan dimahsuhkan. 

Dalam satu lagi berita berkaitan, syarikat yang sama turut mendapat projek pembinaan Lebuhraya Entebbe-Kampala, di Uganda. Ia mula menjadi topik pada 2013 apabila didedahkan syarikat itu disenaraihitamkan oleh Bank Dunia atas amalan korupsi. Sungguhpun menjadi sasaran kritikan, kerajaan Uganda mempertahankan projek tersebut atas alasan senaraihitam itu tiada impak dan kesan ke atas projek yang telah dirancang.

Dan, pada tahun 2016, kerajaan Pilipin sekali lagi menganugerahkan projek bernilai 24b kepada syarikat CCCC untuk projek keretapi yang mencetuskan polemik disebabkan syarikat tersebut pernah terlibat dalam skandal korupsi di negara berkenaan.



Selain dari bakal terlibat dalam projek ECRL, anak syarikat CCCC juga telah diberikan lesen kewangan oleh Kementerian Kewangan baru-baru ini. Tindakan itu kemudiannya menjadi sasaran kritikan di laman sosial. Menteri dipersoalkan kerana berkemungkinan membuat keputusan berdasarkan amalan favoritism.



Pun begitu, apakah kerajaan kita patut yakin dan percaya pada syarikat yang pernah terkait dengan amalan rasuah sehingga disenaraihitamkan oleh Bank Dunia untuk membiayai dan membina projek ECRL? Tak takut ka akan berbalik semula kepada kita kerana mempercayai syarikat yang layak dipersoalkan kredibliti dan reputasinya? Fikirkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...